Hakikat Kehidupan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian,

life-instructions[1]

“Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan” – Harieta Wahab

Siapa kata hidup ini hanya penuh dengan kedukaan? Dan siapa kata hidup ini hanya penuh dengan kegembiraan. Allah SWT menjadikan kehidupan satu kursus yang baik untuk manusia membina kemanisan iman dan juga kehebatan akhlak. Oleh kerana itulah kehidupan tidak semestinya diberikan kesenangan semata-mata. Pasti akan ada ujian demi ujian untuk melihat sejauh mana komitmen kita memegang jawatan hamba Allah ini.

Ujian adalah ibarat peperiksaan di dunia. Jika lulus maka gred manusia akan meningkat dan diangkat darjatnya oleh Allah SWT. Tetapi jika gagal bukan bermakna anda manusia bodoh atau tidak berguna. Sebaliknya anda masih boleh ulang peperiksaan tersebut pada waktu yang lain.

sumber: motivasi kerja

4 comments:

Fezzy Sha said...

Hakikat kehidupan perlu diteruskan.. Jangan sesekali mudah putus asa dengan dugaanNYA.. sebaliknya kembali berjuang menjadi hamba yang terbaik disisiNYA..:)

Khairiz said...

Fezzy : yup betul tu, Ameen :)

Mrazzamar Lemonade said...

^_______^......sokong2...=)

Khairiz said...

Mrazzamar : yup sokong sangat2