Kita Sedar tak??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dikala sepi aku merenung sorang diri memikir masa hadapan aku, apa akan jadi selepas 10 tahun akan datang? adakah hidup aku seperti ini lagi atau dah berubah? tu semua masih belum boleh aku jawab lagi…tunggu dan lihat bagaimana nanti.

Di kala kesepian aku mula terfikir, apa yang telah aku lakukan dalam hidup aku selama ini? adakah betul cara aku, atau pun salah cara aku lakukan sebenarnya…di dalam kesibukan dengan tugasan harian mana sempat aku nk pk semua ni, di kala malam yang sepi yang tenang ni lah yang dapat aku berfikir balik dan merenung balik apa yang telah aku laksanakan hari-harian hidup aku.

Di kala kesepian ini juga aku rasa jiwa aku kosong, minda aku tenang untuk berfikir…alangkah indahnya kurniaan Allah swt terhadap mahkluk ciptaannya….Hanya perkataan yang indah keluar dari mulut aku adalah Alhamdulillah, syukur Ya Allah, Ya Tuhan Ku.

Adakah kita sedar, bahawa kita sebenarnya jauh dari Nya, adakah kita sedar yang kita telah abaikan perintah dan suruhanNya, adakah kita sedar bahawa siapa idola sepatut kita contohi? adakah siti nurhaliza idola kita, adakah aaron aziz idola kita, adakah artis2 lain yang menjadi idola kita??? Jawab lah dengan jujur siapa idola kamu yang sebenarnya???

Adakah kita sedar, yang kita hanya perlukan Allah ketika kita dalam kesedihan, ketika kita dalam kesusahan, ketika kita dalam kesepian, ketika kita bersedih..dan bagaimana pula dengan keadaan kita tengah bergembira, ketika kita hidup senang dengan kemewahan, ketika kita di lamun cinta, ketika kita dapat apa yang kita impikan..adakah kita ingat pada Allah swt? ada kita ucap Alhamdulillah? adakah kita menadah tangan berdoa dan bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaanNya? kalau ada Alhamdulillah syukur, kerana anda berada di jalan yang benar, kalau xda renung2kan lah ya….

Aku disini bukan lah ingin menunjukkan diri aku baik bagai ustaz pilihan tu, tidak sama sekali, tujuan aku disini adalah dengan satu niat, satu tujuan iaitu niat dan tujuan untuk kongsikan sesama umat islam, aku tidak dahagakan pada pujian, aku tidak dahaga dengan bangga nya korang, apa yang aku mahu, adalah supaya korang tahu apa yang korang x tahu.

Penulisan kita biar la ada ilmiah sedikit sebanyak, semoga pembaca mendapat apa yang dia baca, bukan sekadar lawak sahaja, malah biar tersimpan di hati dan terfikir diminda. Aku x kisah kalau ada orang yang x suka baca entry panjang2…bukan paksaan sedikit pun xda…amalan membaca itu adalah amalan yang mulia, orang yang membaca dia akan mendapat ilmu pengetahuan yang lebih dari orang yang kurang minat membaca.

Aku x salahkan korang kalau korang kata blog aku membusankan, aku xsalah kan korang kalau korang nak kata aku apa sekali pun, aku terima semuanya…aku x kisah juga kalau korang lebih suka entry yang mengarut, entry yang berunsul kata mengata orang, aku x kesah sedikit pun, sebab bila korang baca entry tersebut korang akan tergelak betul? korang akan kata wahh!! blog ni best la, selalu citer pasal gosip artis…

Tetapi berapa banyak kah blogger yang ada kat malaysia ni nak menceritakan perihal kebaikan dan keburukan dalam hidup ini, perihal agama, perihal dosa pahala dan sebagainya yang berkenaan agama islam, adakah ramai yang menggemari blog sedemikian, adakah ramai yang nk comment bagi pendapat masing2 tentang isu agama??? aku x nk jawab, biar la korang jawab sendiri, sebab jawapan itu ada dalam diri anda, yang mana satu anda sebenarnya…..

Kali ni aku x kesah, aku nk celoteh panjang mana pun aku x kesah korang nk baca atau pun tidak, tetapi kalau yang ada baca sampai ke tahap ni..Alhamdulillah terima kasih tak terhingga untuk korang semua….

Ingatlah dunia ini adalah satu tempat persinggahan yang sementara sahaja bagi kita semua, kerana dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah swt…dalam kita mengejar dunia itu jangan la sesekali kita lupa untuk mengejari hari akhirat…sudah cukup ke bekalan kita nak bawa kesana?? adakah wang ringgit dan keseronokkan duniawi yang kita kejar selama ini boleh bawa sekali ke dunia akhirat? mungkin korang akan berkata alah semua orang da tau kot, apa nak kecoh, kubur masing2, ko jaga kubur ko, aku jaga kubur aku..sungguh indah kan perkataan tu? terdetik dihatiku untuk bertanya kepada orang yang menyatakan sedemikian, macamana dia boleh jaga kubur dia apabila dia dah kembali kepada Allah???

Dan lagi satu ayat yang indah selalu keluar dari mulut anak2 muda mudi kita sekarang, “ alah masa muda ni lah kita enjoy puas2, masa muda2 ni la kita boleh wat dosa, nanti dah tua nanti taubat la, kita dok je kat masjid, comfirm Allah akan ampunkan dosa kita nanti” sungguh menakjubkan ayat tersebut, aku x mampu nk berkata-kata sedemikian, korang boleh berkata macam tu?? kalau la kita ni tahu bila dan masa bila kita akan mati, ok xda masalah, tetapi jika la ditakdirkan selepas kita cakap ayat tu Allah tarik nyawa kita, adakah masa tu kita sempat bertaubat???? renung2 kan lah ya..ini sume orang dah laluikan???

sesungguhnya kuasa itu ada ditangan Allah swt, kita tidak mampu berbuat2 apa, tanpa keizinan Allah swt..kita manusia yang kerdil di sisi Allah swt…kita hanya mampu merancang sahaja, tetapi Allah sahaja yang dapat menentukan segala2 nya.

Apa yang aku katakan diatas adalah niat untuk berkongsi, tiada kaitan dengan siapa2 ok…yang baik semuanya datang dari Allah swt, dan yang silap dan salah tu semuanya datang dari diri aku sendiri, andai tersalah kata, tersalah ejaan, tersalah maksud, tersalah huraian, ampun dan maaf aku pinta..sesungguhnya setiap kesalahan itu kita sesama islam saling tegur menegur, supaya kesilapan yang sama tidak akan berulang kembali, insyaAllah Smile

sekian dari aku….Assalamualaikum.

6 comments:

encikReza said...

bro
kita memang sedar
dan sentiasa sedar
cuma
kita selalu lupa
dan sentiasa lupa

kan??

Khairiz said...

encikReza : betul, kita sering lupa

Oshin said...

sayu oshin baca entry ni khai...rasanya terlalu banyak kekurangan pada diri nih huhu rasa kerdil sgt..terlalu fikirkan dunia hingga abaikan akhirat..ya Allah...

Khairiz said...

oshin : terlebih dahulu terima kasih, kerana sudi baca entry ini..
betul tu oshin, ini sy bukan kata pada sapa2, sy kata pada diri sy sendiri juga :)

eija83 said...

huhu,,... sayu giler bace yg ni...:-(

Khairiz said...

eija83 : biasala tu..sekara berkongsi aja