Nasi Kerabu Aidil Adha

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Seperti yang aku maklum kan di entry aku sebelum ini yang aku ingin masak nasi kerabu sempena raya aidiladha yang ke-2. Alhamdulillah jadi juga plan aku untuk masak nasi kerabu semalam. Oleh kerana aku da lama mengidam nak makan nasi kerabu ni, akhirnya memaksa kan diri aku untuk masa sendiri.

Ni adalah kali pertama aku cuba masak nasi kerabu ni, dan kali pertama juga aku masak makan seperti ini, selalunya aku masak simple2 ja. Berpandukan resepi di laman web, aku dengan gigihnya cuba untuk masak nasi kerabu ni, Jadi pagi semalam aku menyimbukkan diri ke pasar untuk mencari bahan2nya. Nasib baik aku ada dua orang assistant yang membantu aku dari segi persiapan barang.

Aku tak nak citer panjang2 korang tengok sendiri la ya hasilnya di bawah ini.

Antara hidagan yang aku sediakan seperti :

IMG_1865

Nasi Daun Pandan

IMG_1857

kerabu kelapa goreng.

IMG_1863

Tumis Budu.

IMG_1871

Ikan Goreng Tepung.

IMG_1875

Ayam Goreng Berempah.

IMG_1858

Sayur Kobis

IMG_1859

Timun Batang.

IMG_1860

Taugeh.

IMG_1861

kacang Panjang.

IMG_1868

Budu

IMG_1867

Keropok Keping.

IMG_1879

Buah Epal.

Ini antara hidangan aku yang dapat aku sediakan, kalau tgk kan sayur je banyak kan? sebab aku memang suka makan ulam, sebab tu aku buat banyak ulam, hakikatnya bukan senang bagi aku untuk buat semua ini. Dan di bawah ni adalah yang telah siap terhidang di atas meja, maafla susunan x menarik, aku ni bukannya masterchef hahaha…..

IMG_1878

Dan nk tengok hasil nasi kerabu ni bila di make up???? taraaa….

IMG_1883

IMG_1881

Nampak banyak kan aku masak??? dah la ini first time aku masak nasi kerabu, dan kena plak hidang untuk seramai 15 org, pada mulanya….aku cakap mak ai…mamposs aku..dah la aku x tau lagi apa akan jadi ngan nasi kerabu ni, tetiba kena sediakan untuk seramai tu, tapi aku yakin pada diri aku, yang aku boleh, sentiasa yakin diri aku dengan perkataan “aku boleh”.

Mengambil masa satu jam gak la nk siapkan semua ni, tapi xpa hasilnya berbaloi, pada mulanya takut la juga, sebab 15 org pengkritik bebas ni, Tapi Alhamdulillah..aku dapat feedback yang bagus. Aku bukan mengharapkan pujian, cuma aku harapkan hasil air tangan aku buat mereka yang makan rasa puas hati dan kenyang itu sahaja.

Aku x sangka semua makanan aku hidang tu habis dimakan, sejuk hati aku bila tengok diorang makan, Dan sambal tumis tu terpaksa aku masak untuk kali ke 2, itu aku x kesah la, apa2 pun Alhamdulillah aku syukur sangat dia atas rezeki dan kurniaan Allah swt.

Dulu orang selalu kata, orang laki ni kejanya tau makan je, masak malas, tapi sekarang x boleh kata sedemikian dah, sebab ramai laki yang da pandai masak, bagi aku x salah lau laki pandai memasak, dan ini dikira anugerah Tuhan.

Apappun aku cukup berpuas hati dengan hasil kerja aku semalam, insyaAllah di lain hari aku akan cuba masak resepi lain pula..sampai disini saja aku ingin kongsikan. InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi…

Assalamualaikum.

18 comments:

Qarl said...

nak
nak
nak
nak
nak

ok :(

Khairiz said...

Qarl : hahaha lambat dah habis da la...

Fezzy Sha said...

nak order untuk 100 org blh?
Glupp! sedap..

Khairiz said...

Fezzy : mak ai...ni dah kira boleh wat business dah nih hehehe

Hamzanizzamudin said...

Menyelerakan....

Sumpah nampak sedap kalau makan mesti lagi sedap.. tahniah yer!!!

Edy Fee said...

masterchef..hikhik....smp cari internet na masak tu//sempoii

Syafiqah Sabki said...

perghh hebat sangat nih boleh masak nasi kerabu

Khairiz said...

Hamzani : haha thanks ya...yup rasa dia not bad la huhu.

Khairiz said...

Edee : biasa la, first time masak, nk ty ibu, takut busy, so ty pakcik google aja la, kan senang :)

Khairiz said...

syafiqah : thanks, nak kata hebat tu xda la..ala2 aje la

Oshin said...

nampak sedap...iera da mula suke makan nasi kerabu skang hihi nak jugakkkkk

Khairiz said...

Oshin : dah terlambat semua dah di kebas ehehe

Pojiepooh Abdullah said...

OMG bestnyaaa. Pandai buat meh? Leh la order nanti :)

Khairiz said...

Pojiepooh : hahaha boleh sekadar tuk makan2 biasa2 je

nirhamna said...

aik?

nasi daun pandan? bkn ke kalau nasi kerabu guna bunga telang?

Hairry Mohd Sadali said...

huhu,,sdpyer lh pos x,,hehe

Khairiz said...

nirhamna : sama je, nasi kerabu kelantan dia letak daun pandan atau daun limau purut, bg ada rasa hehe

Khairiz said...

hairry : nak post kemana? hehe