#Peribahasa 1

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Pembaca sekalian.

tak kenang budi

Di saat mata aku yang masih lagi x dapat nak lelapkan ni, pada aku dok klip2 mata baik aku habiskan masa aku kat blog ni, adalah juga peneman nya. Ya la nk suruh org teman, semuanya dah dibuai mimpi yang indah.

Dalam aku x dapat nak lelapkan mata ni, aku terfikir la plak tentang segmen peribahasa..mulai hari ini aku akan selitkan entry aku dengan peribahasa serta maksudnya, mungkin ramai yang dah lupakan?? so mari la kita sama2 freshkan balik minda kita ni…

Ok la untuk peribahasa hari pertama ini aku bagi 2 dulu  :

 

1. Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi.

Maksudnya, biarlah wajah kacak atau cantik, tapi kalau buruk budi bahasanya, maka pasti dipandang hina jua oleh masyarakat. Kesilapan biasa di zaman sekarang, menggunakan perkataan ‘kendi’. (kendi=bekas air bertangkai, kundi = biji saga, kurik= bintik-bintik )


2. Putih tulang dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga. (atau, Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. Keduanya boleh digunapakai)

Maksudnya, budi bahasa yang baik akan tetap diingat orang, walaupun kita telah lama meninggal dunia.

sesungguhnya peribahasa itu indah …

F56B545C780FED4FAB72FDEE6663B450

4 comments:

hawiz said...

wa'alaikummussalam..salam kenal..selamat hari raya..

محمد رازيق said...

salam idul adha

Khairiz said...

hawiz : yup salam kenal juga, terima kasih kerana sudi bertandang ke blog sy :)

Khairiz said...

razik : salam idul adha juga..thanks ya :)