Sayangi lah ayah anda…

Assalamualaikum dan Salam sejahtera…

Hari ini aku ingin kongsikan citer ni ngan korang, dan korang baca la dan korang renunglah dan korang fikir la, betul atau tidak citer ini…

4151father

 

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan  keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayah lah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

 

 

Semasa kecil, ibu yang lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik sahaja ayah pulang dari kerja dengan wajah yang letih, ayah lah yang selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian ?

 

father00

 

Saat kita sakit atau demam, ayah lah sering membentak “ sudah diberitahu! jangan minum ais! “. Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau..???

 

 

Ketika kita remaja, kita minta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas  berkata “tidak boleh!”..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

 

 

Saat kita  sudah di percayai , ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaan nya…Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau….

 

Father-and-son.-001

 

Setelah kita dewasa , ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk  belajar..di saat kita perlukan itu ini , untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak , beliau memenuhinya…

 

 

saat kamu berjaya…ayah adalah orang yang pertama berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum  dengan bangganya….

 

kahwin-2

 

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah…Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin bersama pasangan nya…ayah pun tersenyum bahagia

 

 

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia…Dan dia pun berdoa “ Ya Tuhan, tugasku sudah selesai dengan baik..bahagiakan lah putra putri kecilku yang manis bersama pasangan nya”…

 

FatherFlye1

 

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita dengan cucu-cucunya yang sesekali datang  untuk menjenguk..Dengan rambut yang memutih dan badan yang x lagi kuat untuk menjaga kita…

 

Aku memang sayangkan ayah aku, I love u Dad, aku tahu ayah telah banyak berkorban apa saja demi membesarkan kita..xda sorang ayah pun yang x sayangkan anak nya, kalau ada pun, mungkin ayah kurang siuman.

10 comments:

encikReza said...

♥ my dad too...

normi nieza said...

ermm..sedihnya baca pasl ayah ...bru mlm td akak mimpikan ayah akak....huhu

ed shokolath said...

sedih.. sob sob sob

emieysandra said...

i love my dad too!

abg, tu ayu la..anak pok su ya, abg xtahu k die kawin?huhu..

Adylia Qarissa said...

dkna dah kehilangan ayah 11 tahun yang lalu...

dan kenangan bersamanya tetap dalam ingatan...dan dkna paling rapat dengan ayah berbanding mak...

bertuah bagi mereka yang masih punyai ayah.. hargailah mereka..mereka hidup cuma sekali..

bila dah pergi tak mungkin perkataan 'abah' akan muncul di bibir nie..

tapi hanya perkataan 'arwah abah' yang sentiasa dibicarakan :)

Khairiz said...

encikRiza : yup sama2 la kita syg ayah kita :)

Khairiz said...

kak norm : sedih kan? tp itu la hakikat sebenarnya..

Khairiz said...

ed : memang sedih, tapi selagi ayah kita ada sayangi lah beliau dan jangan derhaka pada ibu atau bapa:)

Khairiz said...

emieysandra : yup abe pon...

abe x tau langsung pun, xpo la nok wat gano sepupu sendiri pun xda bunyi khabar...

Khairiz said...

Dkna : Al-Fatihah untuk Allajyarham dkna k...

yup, kira dkna sempat la ngn ayah selama 11 tahun, itu pun di kira lama..

xpa la jasa ayah biar sentiasa terpahat di hati, rindu ayah atau teringat kat ayah..

sedekah la Al-fatihah kepada nya..semoga roh ayah dkna di tempatkan dikalangan org2 yg mulia k..amin