Adakah mimpi mainan tidur atau realiti ???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada semua pembaca.

Alhamdulillah….semoga semuanya berada didalam keadaan yang baik2…dan di jauhi dari perkara yang tidak diingini.

Aku nak tanya korang, pernah x korang dapat mimpi yang aneh berulang kali dalam tido kamu????

Apa yang aku ingin kongsi ni adalah mimpi yang aneh, yang telah lama dah aku mimpikan, tetapi sampai sekarang mimpi tu masih menghantui tido aku, aku tahu mimpi adalah mainan tidur, tetapi mimpi juga adalah satu petanda, sama ada petanda baik atau petanda buruk.

Korang mesti nak tau apa mimpi yang selalu muncul dalam tidur aku kan???? apa yang aku cerita ini adalah benar, dan telah banyak ustaz yang aku tanya tapi satu pun blm dapat jawapannya, mimpi ini masih menjadi persoalan dalam minda aku.

Mimpi ini selalu muncul dalam tidur aku, ketika waktu hampir masuk waktu subuh setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Aku mimpi ketika aku pergi ke suatu tempat, tapi aku tak tau mana tempat itu, dan waktu itu muka aku sangat berminyak dan aku mencari toilet untuk aku cuci muka aku yang berminyak, tetiba je aku ternampak ada satu toilet lama yang kat bangunan yang dah x digunakan lagi, tanpa aku berfikir aku terus masuk, kalau di tengokan dari luar, pintu toilet itu amat la buruk sekali, bahagian bawah pintu tu pun dah hancur. kalau tengok pun macam seram je, tapi masa tu macam aku x pk apa2 pun aku main masuk je,

bila aku masuk ke dalam, memang toilet tuh da lama terbiar , dengan baunya yang teramat busuk sekali, tapi tu semua aku x pedulikan, aku terus pergi ke singki dan buka paip air, lega sikit hati bila buka pili air ada air mengalir, pada melengah kan masa, aku terus basuh muka aku, bila dah sudah aku basuh muka, aku angkat kepala aku ingin melihat di cermin….ketika aku melihat di cermin tu aku tergaman, macam x terkata-kata….

korang nak tau apa yang berlaku? keadaan sekeliling aku menjadi putih berseri2, yang mana sebelum ni aku tengok diding dia berlumut dan kotor, dengan sekelip mata hilang, semuanya menjadi bersih dan baunya amat wangi sekali, macam toilet baru lepas dicuci, dan cermin didepan aku bersih bersinar-sinar, dalam keadaan aku tergaman tadi, aku di kejutkan oleh seorang wanita yang berpakaiain jubah serba putih, dan memakai purdah, yang sedang tangan nya memegang bahu kanan aku, tanpa aku bersura, tetiba wanita itu bersuara, dan memberi tahu aku “dik muka adik putih berseri-seri, dik lambaian sudah sampai…” bila sampai perkataan dik lambaian sudah sampai wanita tadi terus hilang, dan aku terus terjada dari tidur.

Mimpi ini sering aku alami sehingga kini, mimpi yang aku dapat ni ketika aku berusia 17 tahun lagi, pada mulanya aku ingin berdiam diri je, sebab aku pk ini semua mengarut je, aku fikirkan ini semua mainan tidur, tapi kelama-lamaan aku diam kan diri, semakin kerap kali aku mimpikan perkara yang sama, sehingga la aku masuk IPT, masa aku ingin daftar masuk belajar, tetiba aku terdengar dua orang pensyarah perempuan bercakap sesama mereka, dengan nada yang dapat aku dengari, mereka berkata, muka aku ni putih berseri-seri dan bila aku dengar ayat tu aku terus teringat pada mimpi aku tuh.

Mulai hari tu la aku tanya abah dan ma aku, tapi masih juga x dapat jawapannya, aku ty ustaz yang bagi ceramah kat masjid pun sama juga xda jawapan nya, cuma aku dapat jawapan yang di maksudkan lambaian sudah sampai itu, samada lambaian kaabah atau lambaian malaikat maut yang datang ingin mencabut roh aku.

aku dah lama ingin kongsikan mimpi aneh ini, tapi sering kali x jadi, tapi entah kenapa malam ni aku nak kongsi plak cerita ini dengan korang semua,

Korang pernah x dapat mimpi seperti aku dapat ini???? kalau ada boleh kongsikan dengan aku, aku juga ingin tahu, aku memang tidak percaya, aku cuma anggap ni mainan tidur je, tapi aku hairan kenapa mimpi ini sering kali berulang sehingga kini, tapi satu petanda pun belum aku perolehi, walau macamana sekali pun, aku tetap percayakan kekuasaan Allah swt, kerana Allah swt sahaja yang tahu apa jawapan yang sebenarnya, tetapi aku berusah juga ingin mendapat kepastian diatas apa yang aku alami ni.

ini lah di katakan kuasa Allah swt, yang mana telah di jelaskan, bahawa mimpi kita itu adalah benar berlaku, sebagai contoh kita mimpi kita di kejar anjing, kita berlari sekuat yang mungkin kan? bila kita terjaga kita akan rasa penat betul x? jadi maknanya disini, apa yang kita mimpi itu adalah benar, cuma di dalam mimpi saja la, bukan di dunia yang realiti….

ini sahaja yang dapat aku kongsikan ngan korang semua, jika korang ada pendapat dan pandangan terhadap mimpi aku ni, sila kemuka kan k Smile

9 comments:

Mohd Khairi Khadzir said...

hurmm xtaw ape jwpnnye tp tgh bayangkn kata2 wanita tu .. lambaian dah tiba... mcm2 maksud kan ...

Khairiz said...

khairi : itu la yang sedang mencari, tapi belum juga dapat2 jawapan nya, masih bersabar....

::FAIZ FARISH:: said...

aku tak sure pasal Lambaian tu... buat tertanya-tanya kan?

Joe_Hans said...

seram meyh.. better gi tanyer pada yg pakar...

Syira Rara said...

mimpi yg baik dtg dr Allah dan mimpi yg buruk dtg dr syaitan....sy baru je follow ur blog..n if u dont mind pliss singgah2 la my blog n follow (^_^)..blh share cerita

Khairiz said...

Faiz : yup memang buat tertanya2 di minda ini :)

Khairiz said...

joe_hans : telah di tanya :)

Khairiz said...

syira : betul tuh, btw thanks ya, insyaAllah akan saya singgah disana k :)

Anonymous said...

lambaian untuk anda menyahut seruan mempertahankan agama Islam..Dunia ini semakin tua, jgn kita alpha..bangun bangkit dan terus sedar..
wallahualam