Alhamdulillah…Rindu aku terbalas jua

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana telah memakbulkan doa aku, yang selama ini aku rindukan kepada Abah dan Ma aku akhirnya terbalas jua.

Semalam Abah aku tiba di KL dan sekarang berada di rumah aku, sayu hati aku bila dapat tengok muka Abah aku, rindu seoarang Abah terhadap anak jelas ternampak, gembira hati aku hanya tuhan saja yang tahu.

Diwajah abah ku jelas ternampak di mamah usia, kini ayah aku berumur 61 tahun, terfikir di minda aku, sempat kah aku membalas segala jasa pengorbanan abah aku terhadap aku selama ini??? aku sedih sekali, kerana aku x dapat pulang ke kg tuk bersama mereka, tetapi sebaliknya mereka datang berjumpa aku…..tidak terkata dek akal aku,

apa pun aku happy sangat, abah aku berada disi aku sekarang, tgk wajah abah aku tengah tido, tenang je, terubat segala rindu aku selama ni, dan aku x sabar nak jumpa ma aku petang ni, tanpa di duga ma n abah aku datang kl tanpa aku ketahui dari awal, semuanya last minute, tapi sayang abah n ma aku x dapat nk datang bersama kerana mereka ada urusan yang berlainan,

sekejap je aku dapat luangkan masa ngn abah aku, sedih sangat2 sebab ptg besok lepas habis program abh aku terus pulang ke kelantan, dan mak aku pula habis program malam besok terus pulang, baru ingat nak bawa ma n abah berjalan2 di KL nih Sad smile

Nak wat camanakan, dah mereka ada urusan yang perlu di laksanakan, redha je la, dapat jumpa ma n abah pun dah cukup la……serius rindu dan sayang aku terhdap ma n abah aku lebih pada segala2nya

7 comments:

Papa PUSS said...

Salam..

Syukur alhamdulillah..

"aja2 fighting" said...

aja pon rindu abah dan mak...sob3...minggu depan cuti midsem seminggu...abah cakap abah jemput lambat beberapa hari sebab rotex da tamat tempoh...huhu

Joe_Hans said...

akan kembali kepangkuan kelaurga next week! yeah!!

Mak Usu said...

Rindu ngan parent memang yang paling2 xboleh nak tahan..

Khairiz said...

papa puss : tq :)

Khairiz said...

aja : ok xpa nanti boleh la jumpa parent ye

Khairiz said...

mak usu : yup betul2 hehehe