belum tentu kita kecapi…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan blogger,

Malam ni aku x tahu kenapa mood aku nk update je blog ni, maklum la sekarang ni jadual aku dah banyak berubah dah, so x selalu ada masa free tuk aku update blog aku ni, jadi ada peluang ni aku gunalah dengan sebaiknya, memang x dapat nak di pisahkan dunia blog dengan kehidupan aku ni, kalau sehari aku x buka blog cam gelisah je hehe…

berbalik pada entry aku, apa yang kita inginkan dan kita angankan belum tentu kita kecepai jika tanpa usaha yang gigih, bab kata pepatah nk seribu daya dan x nak seribu dalih, dalam hidup aku ni terlampau banyak impian yang aku impikan, tetapi belum satu pun yang tercapai, mungkin ni semua silap aku kot, atau ini adalah dugaan bagi aku kot? sapa tahu kan? keputusan semuanya berada di Kuasa Allah swt….aku tahu untuk mncapai apa yang kita impikan kita perlu lah banyak bersabar dan mengharungi rintangan dengan tabah/

Kalau korang tanya apa impian aku, mungkin x terjawab kot, tapi cuma satu je impian paling besar yang aku impikan adalah untuk membahagiakan kedua ibubapa aku, dan ingin menunaikan fardhu haji atau umrah bersama kedua ibubapa aku, insyaAllah jika aku usaha dengan betul, impian aku akan tercapai juga suatu hari nanti, tapi bila? ma n abah aku semakin membilang usia, aku x tahu sempat atau tidak aku tunaikan impiankan aku ni, tapi aku sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya di percepatkan masa itu, dan semoga ma n abah aku panjang umur. itu saja harapan aku,

bagi aku yang x penting, yang lebih penting hati ma n abah harus aku jaga dan aku gembira kan, cukup la selama ni ma n abah aku banyak berkorban demi membesarkan aku dan mendidik aku sehingga aku dah menjadi manusia nih, terima kasih aku x terucap kepada jasa ma n abah aku, kerana terlalu besar jasa mereka terhadap aku, hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa mereka.

dalam hidup aku ini, ada juga perasaan ingin membina masjid sendiri, bila tengok kawan2 aku semua dah bina masjid dan dah ada pun tiangnya, tapi aku ni apa pun xda, tapi aku tahu belum sampai masa aku lagi, yang penting aku haruslah bersabar dan terus berusaha…memang di kala umur aku sekarang ni aku ingin punyai family sendiri, lau tanya korang semua mahukan? xda sapa pun yang x nak pada perkahwinan, semua mahu ada keluarga sendiri kan?? ini juga impian besar dalam hidup aku. tapi apa pun kena la ukur baju di badan sendiri kan? insyaAllah jika ada rezeki dan di izinkan Allah swt akan ku bina juga masjid suatu hari nanti, cuma masa je belum tahu bila.

banyak lagi impian yang aku impikan, tapi cukup yang ni je yang boleh aku paparkan disini, yang lain tu biarlah aku dan Allah saja yang tahu k, tanpa usaha kita x akan perolehi apa2pun sebenarnya, kejayaan itu tidak datang depan mata kalau x diusahakan dengan bersungguh, dalam kita berusaha, Allah serta kan ujian dan dugaan, bagi tujuan mahu menguji tahap kesabaran kita sebenarnya. Kita adalah manusia biasa, insan yang lemah, insan yang kerdil, kita hanya mampu berusaha, tetapi segala ketentuan hanya di Kuasa Allah swt sahaja. Kita x mampu tuk menandingi kuasa Allah swt Yang Maha kuasa dan Maha aggung.

akhir kata dari aku, ampun maaf jika ada tersalah dah tersilap k, yang baik datang dari Allah, yang buruk tu datang dari diri aku yang lemah ini. semoga kita jumpa lagi di lain waktu dah hari, Assalamualaikum, semoga hari jumaat ini penuh makna, dan dilimpahkan dengan rezeki,,insyaAllah.

3 comments:

Oshin said...

mendirikan masjid pon salah satu cara untuk bahagiakan kedua ibu bapa..sebab sebagai anak lelaki sampai bila2 pon tanggungjawab pd ibu bapa takkan putus...

normi nieza said...

Emm..sdh plk baca luahan hati khai nie...:(

Nur Liyana Chew said...

singgah bace, abg, moga cpt dirikan masjid..moga dikurniakan yg solehah buat abg. amin ;)