bila fikiran berkecelaru…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepad a pembaca sekalian.

setelah beberapa hari aku tidak mengupdate blog aku, pagi ni aku ambil kesempatan untuk mengupdate, bukan kerana aku busy, dan bukan juga aku tidak punyai masa, cuma aku terasa malas untuk mengupdate, jadi pagi ni aku merajinkan diri untuk update satu entry.

hari ni aku akan bertolak balik ke kampung halaman yang tercinta, aku harapkan perjalanan aku pulang ke kelantan lancar dan selamat sampai, kali ni aku drive persendirian, jika sebelum ini aku ada co-pilot yang boleh tukar ganti drive, tapi kali ni co-pilot yang x dapat nak tukar ganti huhu…

habis sudah intro aku untuk pagi ini, aku terus pada entry aku, dalam kehidupan kita semua, kita di anugerah kan akal fikiran, di mana akal itu berfungsi untuk memikir, tanpa berfikir, apa sekali pun perkara yang kita ingin laksanakan x akan dapat laksanakan dengan sempurna…

sama seperti aku, kebelakangan ini banyak dugaan yang menimpa aku, yang mana mahu aku berfikir dengan waras, dan jangan buat tindakan melulu, dek kerana fikiran aku dikusut kan dengan pelbagai masalah yang di alami seblum ini, membuatkan aku selalu rasa ingin marah, selalu bad mood dan macam2 lagi, di sebabkan itu juga aku tak mahu update blog aku, kerana aku bimbang dan takut aku menaip tanpa aku berfikir, kan salah ayat kan susah la plak kan, so dat y aku ambil masa tuk aku tenangkan fikiran aku, dan Alhamdulillah pagi ni, fikiran aku normal,dan tidak lagi memikirkan hal2 yang remeh temeh nih.

kita dah x boleh nk lari dari situasi ini, ini adalah lumrah kehidupan seorang insan yang bergelar manusia, ini semua ujian dari tuhan yang mana ingin melihat kita samaada kita mampu atau tidak menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan bijak atau bodoh, tapi Alhamdulillah tuhan telah memberi jalan penyelesaian yang baik,walaupun pahit untuk di terima.

aku dah x kesah apa yang apa mereka ingin kata kan kepada aku, aku yakin aku berada di pihak yang benar, jika aku tidak salah kenapa aku nk takut, sebaliknya orang yang kononnya x salah, kenapa takut nak berdepan dengan aku??? kalau betul nak settel masalah, sepatutnya sit down sama2 n discuss dengan cara elok, baru lah sedikit sebanyak masalah tersebut dapat diselesaikan, tetapi dek kerana ego, dek kerana percaya pada diri yang mengatakan mereka benar, terpulang lah, tetapi stop memutarkan belit cerita, jangan kerana kamu nk tutup salah kamu, kamu pergi buruk2kan aku di depan orang lain, apa yang ko dapat berbuat sedemikian???

apa yang pernah aku katakan sebelum ini, sepandai-pandai tupai melompat, ketanah jua akhirnya dia jatuh, memang sekarang ni kamu berada di posisi yang teratas, jangn kamu menyesal nanti satu hari ko berada disisi paling bawah, dan jangan harap masa itu ada orang mahu membantu kamu….renung3 kan lah dan fikirla apa yang terbaik untuk hidup kita, amalkan hidup sihat, elakkan dari pergaduhan dan salam faham antara satu sama lain, kerana ini semua tidak mendatangkan faedah….

akhiri kata dengan senyuman ikhlas dari aku untuk korang semua ya :)

DSC06403

2 comments:

eszyamin said...

dia yg bercelaru sbnrnye sbb x nk selesaikan masalah dgn cara yg spatutnye..sabar je..Allah uji insan yg Dia sayangi, dan tiada ujian yg Allah turunkan jika hambanya tak mampu nk hadapi..

Mohd Khairi Khadzir said...

bnykkn sabar dan berdoa smoga diri tabah mnghadapi dugaan & cabaran hidup.. khai kne kuatkn smgt n biarkn apa org nk kate, aslkn kita bahagia dgn cara kita n kita yakin yg ape yg kite buat tu betul . (^__^) senyumlah selau .heee