bila tiba masanya…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

kita di lahir kan ke muka bumi ini adalah sebagai seorang khalifah, yang mana akan mentaati dan mematuhi segala perintah dan suruhan Allah swt, jangan sesekali kita ingkarkan kepada perintahNya, dan jangan sesekali kita buat Allah murka kepada kita sebagai seorang hambanya.. kerana apa yang kita nikmati, apa yang kita kecapi, apa kita ada sekarang ni, semuanya datang dari Allah swt.

Jangan kita terlalu leka, dan jangan kita buat2 lupa yang kita ada tuan, tuan kita adalah Allah swt, jangan sesekali kita ketepikan Allah swt, kerana sesungguhnya Allah sentiasa berada disisi kita sebenarnya. apa yang kita lakukan apa yang kita cakap sebenarnya Allah mengentahui segala2 nya, kerana Allah Maha mengetahui.

tetapi zaman sekarang manusia mudah lupa asal usul diorang datang dari mana, manusia mula ego dan magak dengan kemewahan dan keseronokkan yang mereka miliki selama ini, tanpa rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Allah swt. kalau Allah tidak memberi semua itu kepada kita, kita x akan perolehi dan kecapi semua ini…

bila tiba masanya kita akan kembali kepada Allah, kembali kepada Maha Pencipta kita, masa tu kemewahan dan keseronokkan x akan dapat kita bawa bersama ke sana nanti, ketahui lah….kita datang dari tanah dan kita kembali pun ke tanah jua, sungguh Indah kuasa Allah swt….

Sesungguhnya kita x tahu bila masa kita akan sampai, x semestinya umur kita dah tua baru masa kita sampai, kita xda kuasa untuk mengetahui bila masa kita, kecuali Allah swt sahaja yang tahu bila masa kita akan sampai, samaada kejap lagi, besok, lusa atau bila2…semua ni kita x akan dapat tahu, jadi sentiasa lah ingat hari kematian kita, takut la akan hari kematian kita, kalau kita berada di jalan Allah swt, insyaAllah kita akan menuju ke syurga, kalau kita sebaliknya…..kita akan tahu kemana kita nanti, jadi cepat2 la cukupkan amal ibadat kita sebagai bekal di sana nanti…insyaAllah…

kalau kita tanya kepada semua orang, sudah tentu jawapan nya nak masuk syurga, kerana syurga itu indah, tetapi bila kita tanya adakah amalan kita cukup x nk ke sana, kebanyakkannya diam membisu tanpa sepatah kata, kalau ada pun, ayat seperti ini…” alah..nanti aku taubat la, bukan aku nak mati lagi pun….” aku selalu dengan perkataan ni di sebut oleh sesetengah orang, macam la diorang blh tahukan bila masa nya…..

kenapa aku kuar kan entry ini.? sebab pagi tadi aku ternampak dua jenazah yang lalu depan aku masa aku ambil stok kat store tadi…masa aku tengok tadi aku terfikir tentang kemantian yang aku nanti, kalau boleh biar la aku pergi dengan sempurna….insyaAllah…..

Enrty ni aku x tuju kan kepada siapa2 pun, sekadar untuk diri sendiri je…..mungkin pandangan korang lain dari aku…tapi sesungguhnya memang aku takut mati, kerana aku tahu amalan aku belum cukup lagi nak bawa ke sana…aku syukur kehadrat illahi, kerana masih memberi peluang kepada aku hidup dan sihat tubuh badan…….

setakat ini dulu entry aku kali ni k. salah silap tu harap di maaf la ya, yang baik datang dari Allah swt, yang buruk tu datang dari diri aku sendiri…Assalamualaikum…

No comments: