Kisah Kertas, Kebaikan dan Keburukan

Seorang fasilitator mempamerkan sekeping kertas di hadapan anak buahnya sambil bertanyakan "apa yang kamu lihat pada kertas yang saya tunjukkan sekarang?" Ada yang menjawab "warna putih, dan kebanyakan di antara mereka menjawab demikian juga. Fasilitator itu mencoretkan satu titik hitam di tengah-tengah lalu bertanya "sekarang apa yang kamu lihat?" Dan mereka membalas "ada titik warna hitam di tengah-tengah kertas tersebut".

Realiti kehidupan

Berapa ramai di antara kita yang hanya memandang warna hitam itu adalah lebih besar daripada warna putih yang lebih banyak? Seringkali kekurangan, kelemahan, kesilapan, kejahatan yang sedikit telah memadamkan kebaikan serta kelebihan yang banyak. Semakin ramai yang terkorban akibat persepsi yang memandang setiap manusia itu perlu menjadi insan yang maksum.

Dahulu

Dia adalah tempat bergantung harap, dipinta pertolongan, diluahkan apa yang terbuku dihati, segala kerunsingan, kegelisahan, tempat kembali ketika kesusahan. Kerana dia adalah seorang yang tidak berkira dalam memberi.

Kini

Aku melarikan diri darinya. Dirinya tidak sekuat dahulu lagi setelah kelihatan terdapat bibit-bibit kesilapan yang dilakukannya. Dia telah menyakiti hatiku. Entah… untuk apa lagi menanggung biawak hidup. Jika Aku masih bersamanya lagi tentu bising suara yang lain di alam ini… oleh itu, aku harus menjauhkan diri darinya sejauh yang mungkin..

Lalu dari belakang, aku mencabik-cabik perihal dirinya. Dia perlu dijatuhkan tanpa dapat bangun untuk disambut. Dan segala kebaikan dibuatnya bagiku itu adalah kejahatan.

Natijah

Dia dan Aku, adakah kita yang pernah mengalaminya atau akan menghadapinya?.

Kita… fahamilah tentang tribulasi sebuah kehidupan. Jika menjadi Dia, maka bersedialah untuk berkorban, ditikam belakang, menjadi bahan fitnah dan dipinggirkan. Orang yang berjiwa besar tidak mudah melatah, sebab kemuliaan itu hanya akan dicapai bila diri semakin bertambah dugaan dan cabaran. Lalu dihadam dengan lumat dengan sabar dan senang hati kerana kita masih di alam permusafiran untuk bertemu Tuhan..

Jika menjadi Aku, ingatlah duduk dan berdirimu tidak akan bertapak lama. Sampai bila diri akan menjadi parasit yang hanya tahu mengambil keuntungan, yang hanya tahu menerima tanpa memberi. Jika tidak pandai mengambil pengajaran, percayalah suatu hari nanti engkau akan menjadi seperti Dia.

Di dalam kehidupan…

Jadilah sahabat yang baik, teman yang bermakna, kawan yang tahu mengenang budi. Sebab perkiraan kita bukan hanya di sini, tetapi sehingga di alam sana. Mudah-mudahan di sini kita bertemu untuk berkumpul di akhirat sana…Aminn

2 comments:

eszyamin said...

nice word bro..mmg terkadang hidup ini trlalu kejam dirasa atas kerana penindasan yg bertitik tolak hanya kerana seringkas kesilapan..tak tahu mana silapnya manusia berakal tetapi sering mempunyai akal yang dangkal..

Khairiz said...

eszyamin : betul juga apa yang di nyatakan, hidup kita macam di buai mimpi sahaja, kita hanyut dalam arus masa yang berlalu begitu pantas, diiring dengan peradaran dunia yang makin laju skunk, semua yang patut diikut, di lupakan, perkara yang x patut di ikut, di dahulukan....