Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua.

khai riz

Alhamdulillah kita dah sampai ke penghujung tahun 2011, dan tahun baru 2012 akan datang x berapa lama lagi, sekejap sahaja masa berlalu pergi, setahun bagaikan sehari sahaja, begitu la yang dapat digambarkan, banyak kenangan manis dan pahit yang kita alami dalam masa setahun ini, dan banyak perubahan status, dari bujang ke alam rumahtangga, dan ada yang bertukar gelaran dari abg ke papa kerana sudah dikurniakan cahaya mata, dan pelbagai lagi yang kita semua hadapi dalam masa setahu ni.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca dan blogger yang dikasihi, dengan harapan datang nya tahun baru ni, kita semua punyai azam yang baru, kehidupan yang baru, dan kisah lama 2011 kita tinggalkan sekejap, dan kita bina semula dengan lebih baik di tahun baru ini.

dan disini juga aku ingin menasihat sedikit, semperna kedatangan tahun baru ini, kita sambutlah dengan ucapan Alhamdulillah dan bersyukur kehadrat illahi kerana masih memberi peluang kepada kita semua teruskan kehidupan di muka bumi ini, jangan la kita lupa padaNya, kerana tanpa Dia, kita semua x dapat merasa tahun baru ini. Dan bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk berblog ini.

Memang x dapat nak nafikan lagi, dunia kita semakin canggih dengan teknologi dihujung jari sahaja, internet sebagai peneman hidup kita semuanya, kalau dulu ibu bapa peneman kita, bila kita dah besar sikit, awek peneman kita, dan sekrang internet lagi diutamakan menjadi peneman kita, kerana masing2 punyai laman sosial sendiri x kira yang dah kahwin or sedang bercinta semuanya sama, tapi sayang kita semua mengejar arus dunia yang berjalan dengan pesat, sehingga kan suruhan dan perintah Allah swt kita abaikan kerana terlampau mengejar trend orang kata, sehinggakan ingin melihat sejadah pun dah x mau, apa tah lagi baca ayat suci al-quran kan? jauh sekali, dan ada juga sesetengah orang yang langsung x tau nak baca Al-quran, amat lah sedih, kalau kita post panjang2 kat fb dan blog sanggup luangkan masa untuk habis baca, nak2 lagi part gosip artis, bukan aku nk kata tapi inilah realiti…apa yang berlaku didepan mata aku sekarang ini.

bukanlah aku nak jadi ustaz disini, tetapi ingin juga memberi nasihat dan pendapat aku untuk tahun baru ni, kita bukalah jendela baru sempena tahun 2012 ini dengan penuh harapan, semoga apa impian yang belum dikecapi sebelum ini akan tercapai di tahun baru ini, dengan izinNya…InsyaAllah. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang akan menentukan….berusaha dan terus berusaha jangan berputus asa.

Tahun baru juga, kita cuba bina hidup yang aman dan harmoni, dan banyakkan amal ibadah semoga hidup kita diberkati oleh Allah swt…..sebab kita x tahu sampai bila lagi kita boleh teruskan hidup di muka bumi Allah swt ini…

Kepada yang mahu sambut tahun baru ini, sambut la ya, tapi biarla berpada-pada..insyaAllah aku percaya semua nya yang baik2 belaka k….

Akhir sekali, aku mohon maaf jika sepanjang tahun 2011 aku berblog ini ada salah dan silap kepada korang semua k…..biasalah aku juga manusia biasa yang x pernah terlepas dari melakukan kesilapan…insyaALlah tahun baru ini akan ku cuba ubah menjadi yang lebih baik dan korang semua juga ya InsyaAllah.

6 comments:

Mak Usu said...

Selamat tahun baru kawan.. haha..
God bless u..

"aja2 fighting" said...

selamat tahun baru juga!aja2fighting!

normi nieza said...

khai doakan akak bertemu jodoh tn nie yer..aamiin..:)

Khairiz said...

mak usu thanks ya, selamat tahun baru juga buat mak usu :)

Khairiz said...

aja thanks, selamat tahun baru juga ya, mudah-mudahan tercapai apa yg dihajati

Khairiz said...

kak norm insyaAllah saya akan doakan k