Semuanya kerana duit….

 

 

Benar bukan, apabila kocek penuh ada manusia menghampiri kita?. Kegembiraan dikongsi bersama. Malah apa sahaja yang kita percakapkan pasti akan dianggukkan jarang sekali ada salahnya. Diri kita bagaikan lauk yang dihurung oleh orang kiri dan kanan.


Duit, wang, money (apa sahaja yang dipanggil nilaian wang) di zaman mutakhir ini menjadi satu keperluan yang amat dirisaukan di dalam diri kita. Hari ini barang itu naik harganya, tepung, gula, minyak. Lalu masing-masing akan memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan duit.


Bermacam caralah yang akan dibuat untuk memperolehi wang samada dengan cara yang halal atau haram. Ada yang menggunakan kaedah MLM,ada yang mengikuti pertandingan sms, ada juga yang mengadakan cara yang kononnya islamik dengan mengadakan konsep bersedekah (padahal ia sama sahaja dengan sikap malas berusaha). Lalu digunakan segala macam dalil dan hujjah untuk menghalalkan perbuatan tersebut.


Dijaja ustaz dan ustazah itu sudah menceburi kaedah ini, jangan sangsi! Perniagaan ini halal!. Rupa-rupanya yang menentukan halal dan haram adalah dengan keberadaan ustaz dan ustazah di dalam sesuatu perniagaan. Yang menentukan halal dan haram adalah dengan meletakkan ayat - tolong menolong antara sesama Islam, tentang kelebihan bersedekah.

Lihat sahaja di masjid dan surau yang diletakkan risalah-risalah seperti ini. Modalnya adalah beberapa ringgit. Diletakkan pelbagai testimoni orang ini sudah mendapatkan duit dalam sehari tanpa perlu bekerja, terima kasih! Orang itu sudah dapat menyelesaikan hutangnya, dan kini sudah ada kenderaan baru dan mewah, alhamduliLlah! - Orang yang tidak berfikir panjang akan mengatakan "kenapa tak boleh?, kita mesti cuba. Alahhh.. berapa ringgit sangatlah hendak dilabur, tak rugi!". Akhirnya dalam tidak rugi katanya itu, yang mendapatkan duit atas angin tanpa usaha siapa? Akhirnya yang ditipu bulat-bulat siapa? Siapa panel syari'ahnya?


Aku memikirkan - perkara duit bukanlah perkara kecil anak, ia digunakan untuk membeli barangan, untuk membeli makanan. Dari situ secara tidak langsung ada hubungannya dengan manusia dan ALlah. Aku teringat hadith yang mafhumnya 'daging yang tumbuh dari sumber yang haram layak untuk api neraka'. Biarlah aku berusaha bersungguh-sungguh dengan caraku. Tiada daya melainkan untuk mendapatkan rezeki yang halal itu memang payah, untuk mendapatkan yang barokah itu susah. Biar tidak senang agar tidak pula banyak yang hendak dijawab di hadapan ALlah.


Lihatlah orang yang kaya di Malaysia ini seperti Syed Mokthar Bukhary dan Mohammad Ali Hassan (Al Ikhsan Sport) - adakah dengan tiba-tiba mereka menjadi kaya tanpa usaha berpenat lelah?
Wahai sahabatku : Dari Abu AbduLLah al Nu'man bin Basyir r.anhuma katanya : Aku dengar RasuluLLah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran JATUHLAH IA KE DALAM YANG HARAM seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) di dalamnya.


Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan, Ketahuilah! Bahawa larangan ALlah ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya.
Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. - Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
- Rujukan matan al arba'in li Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif al Nawawi (Imam An Nawawi)

3 comments:

nazalya said...

money is not everything.. but then without money we cant buy anything.. hehe

Khairiz said...

that right :)

Anonymous said...

Assalamualaikum...."Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya.
Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati" hati di sini sebenarnya adalah jantung kita...
Kenali lah dirimu then kamu akan kenal Tuhanmu

"Jangan kejar duit kerana duit akan lari, berdampinglah/berkawan lah dengan duit maka dia aka berada di samping mu"

Duit bukan segalanya tapi dengan duit juga kita boleh buat banyak amal kebaikan dengan bersedekah, mendirikan masjid, membantu orang lain dalam kesusahan dan anda boleh tambah nilai hidup orang lain dengannya. so duit penting sebenarnya.