Sepetang Di Pantai Irama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

sudah begitu lama kaki ini tidak menjejaki ke pantai, hari ni berkesempatan untuk singgah sebentar di pantai irama yang terletak di Bachok kelantan, tapi sayang aku datang salah pada waktunya, maklum la sekarang kan musim tengkujuh, musim ombak besar dan air pasang, kalau degil juga ingin mandi nampaknya memang sengaja tempah maut la.

Dapat tengok pantai dan ombak sahaja pun jadi la kan, kalau nk mandi kena datang waktu dan cuaca dah ok dulu, walaupun ramai yang tahu musim ni x dapat nak bermandi manda di pantai, tetapi kebanyakkan orang suka datang sekadar tuk tengok ombak bergelora dengan tiupan angin yang kuat dan terasa amat sejuk sekali, itu pandangan aku la.

kerana aku rasa begitu, memang best la, dapat tengok kebesaran ciptaan Allah swt yang mana tidak termampu oleh manusia untuk melakukan ini semua.

IMG_2629

ini antara gambar yang aku sempat ambil tadi, dulu kalau kita pergi ke pantai, kita tengok kebiruan air laut amat cantik sekali, tapi sekarang kalau kita lihat, air laut tidak lagi nampak kebiruan tetapi bertukar warna kuning kekeruhan, macam selalu kita tengok air banjir.

IMG_2630

ini lah orang kata kalau takut ombak jangan berumah di tepi pantai, hehe, begitu kuat sekali pukulan ombak, sehinggakan boleh menghancurkan separuh wakaf di sana, dulunnya wakaf tersebut berada jauh dipinggir pantai, tetapi sekarang dah xda lagi….

terfikir pula kepada nelayan, macam mana mereka mencari rezeki mereka pada musim ini, yang mana punca rezekinya dari hasil tangkapan ikan, maklum la nak turun ke laut x dapat la musim sekarang kerana bot mereka tidak dapat untuk melawan pukulan ombak yang kuat, lagi satu kalau ombak dan air laut seperti ini, ikan banyak x ada, kasihan pun ada kalau di fikirkan, tetapi apa kan daya….

tapi setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, kalau kita kerja di jalan Allah insyaAllah Allah akan membantu kita, walaupun dalam keadaan sebegini. Allah maha penyanyang dan maha perihatin.

ini sahaja yang dapat aku kongsi kan ya,

2 comments:

Rozuan Ismail said...

sekarang ni memang musim tengkujuh tak sesuai untuk mandi dekat pantai

Khairiz said...

rozuan : yup betul la tuh