Kepada Ibu Yang Tersayang.

DSC03606

Ma pertama kali, adi nk mintak maaf ngn ma, jika selama ini, adi wat salah dan silap kat ma, adi tau, adi ni anak yang degil, anak yg x nak dengar cakap ma. Tapi kan ma, adi syg sangat kat ma, adi sayang ma sampai bila2, sampai la kenafas adi yg terakhir.

Ma, adi nak ucap terima kasih yang x terhingga kat ma, atas jasa dan pengorbanan ma selama ini, terima kasih juga kerana ma jaga adi dari adi dilahirkan sampai adi dah dewasa, jasa mak x dapat adi nak balas, hanya ALLAH saja yang dapat balas jasa ma terhadap adi.

Ma, ketahui la, setiap masa adi rindu kat ma, setiap apa yang adi nk buat, ada akan bayangkan muka ma….gambar kat atas tu adalah gambar yang paling indah sekali dalam hidup adi, ma kita x pernahkan ambil gambar berdua macam ni??? bila adi dah besar, adi x blh pk ngn matang da…adi sayang ma lebih dari segala2nya…

Ma walaupun kita berjauhan, tapi ma tetap di hati adi, ma, adi mintak maaf, jika adi jarang call ma, bukan bermaksud adi x nk call ma, dan bukan juga adi x sayang ma, adi syang sangat, rindu sangat kat ma. Kalau ma nk tau setiap kali adi call ma, mesti adi akan sedih dan menangis, adi x boleh suara ma, adi rindu sangat ngn ma, membuatkan adi nk balik time tu juga…tapi bila rindu adi da x tahan, adi call ma, bila dengan suara ma, terubat hati adi yang sedih ini.

Ma, adi sayang ma lebih dari awek adi, biarlah dia nk marah pun, adi rela xda awek pada adi kehilangan ma…kalau boleh adi nk je dok ngn ma sepanjang masa.

Ma, adi sedih, kenapa adi x wat macam orang lain wat kat mak diorang..bila adi tgk orang lain peluk mak diorang, adi sedih, kenapa adi x peluk ma, sedangkan ma adalah ibu pada adi, ulang tahun ma dan hari jadi ma, adi x pernah sambut, adi x pernah wat ma gembira sepanjang hidup ma…skrang baru adi pk semua ni ma, lau dari dulu adi macam tu kan ma, mesti best kan? mesti ma gembira kan….???

Ma, adi x nk tgk ma sedih, lau ma sedih adi lagi sedih, adi tau ma kecil hati ngn adi, ya la adi x macam anak orang lain, yang mana boleh happykan ma dia, adi mintak maaf sangat2 kat ma, adi harap ma dapat maaf kan k…

Ma, adi janji, semperna hari ibu ini, adi akan balik kg, dan bersama2 ngn ma, kali ni adi nak ma happy..adi x nk lagi ma sedih, cukup la selama ini ma bersedih jew, kali ini adi bertekad dalam diri untuk happy kan ma, dan adi x nk susah kan ma lagi, adi janji ma.

adi masih ingat lagi, masa adi kecil, ma selalu marah adi, sebab adi budak nakal, selalu bergaduh ngn adik beradik, sampai ma pukul adi, tapi kan ma, adi x pernah pn marah ma, malah adi bersyukur sebab ma pukul adi, ma tgk sekarang adi ngn adik beradik lain macamana, kami skrg da macam kawan baik ma, kami da x gaduh macam dulu2 lg da..terima kasih ma..kalau ma x pukul adi dari kecil, adi x tau skunk adi dah jadi apa.

Adi x pernah simpan perasaan benci or dendam ngn ma dan abah, malah adi sayang kat ma n abah tau, adi tau, ma n abah bukan sengaja nak pukul adi, tapi ma nak adi anak yang berguna suatu hari nanti…dan skrg ma tgk la hasilnya sekarang.

Adi nk ucap terima kasih juga, kerana jaga adi masa kat hospital dulu, ma ikut je kemahuan adi, semuanya ma tunaikan..walaupun ma busy nk uruskan adik-adik lain, tapi ma x pernah abaikan sorang pun dari anak ma, semuanya ma berlaku adil, masa kat hospital kalau ma nak tau, lepas ma balik je umah, adi akan menangis, adi x tau, masa tu adi takut sangat ngn ma, takut susahkan ma, ya la terpaksa ulang alik ke hospital jaga adi, adi da bagitau ma x perlu la tergesa-gesa dtg hospital, kalau ma ada keja yg belum selesai lagi, adi tau, ma takutkan kehilangan adi masa tu, tu yang ma berat hati nk tgl adi sorang2 kat hospital.

Bila adi tgk wajah ma, adi rasa nak menangis je depan ma, tapi adi x sanggup ma, adi x sanggup tgk ma pun nangis, malah setitis air mata ma pun adi x leh tgk ma. walaupun adi sakit, adi seboleh2nya tahan ma, adi x bg tau yang masa tu adi betul2 sakit, tapi x nk ma bimbang pasal adi, adi control diri adi…adi nangis dalam hati je menahan kesakitan. Mungkin ma x tahu apa yg dah terjadi selepas ma balik dari hospital, adi tiba2 sakit yang teramat, sampaikan adi susah nak bernafas, malam tu adi tepaksa di masukkan ke icu, kerana keadaan adi masa tu x stabil, nafas adi mula perlahan, tapi alhamdulillah berkat doa ma, Allah panjangkan lagi umur adi, dan bila pagi esok, sepatutnya adi x blh keluar lagi dari icu, tapi adi mintak tolong ngn doktor supaya pindahkan wad biasa, sebab adi x nak bila ma sampai nanti, ma tgk adi dalam icu. seriusly ma, adi x nak ma susah hati n bimbang pasal adi, bukan niat adi nk tipu ma, tapi demi nak jaga hati ma, adi terpaksa buat macam tu…adi minta maaf k.

Tapi Alhamdulillah, skrang adi dah ok, xperlu lagi adi keluar masuk hospital, ni sume berkat doa ma la…terima kasih ma, adi pun sama, sentiasa mendoakan ma semoga panjang umur dan sihat selalu…tapi ma impian adi untuk ma blm tercapai lagi :(, tapi adi x pernah putus asa, adi terus berusaha untuk mencapai impian itu…harapan adi pada ma adalah, semoga ma faham situasi adi sekarang ni, dan adi juga faham situasi ma skrang, tapi InsyaAllah satu hari nanti semua akn berubah, percaya la ma….

Dan untuk pengetahuan ma, adi x susah sangat nak cakap yang adi sayang kat ma depan2 ma, liadah adi kelu, adi harap ma faham selepas membaca entry adi yang ni, ini khas tuk ma, adi cuma nk ma tau, adi sayang sangat kat ma..I LOVE U SO MUCH!!!!

OK la ma, adi dah x tau nak cakap apa lagi, coz adi sedih, sambil adi menaip adi menangis, adi menjadi sensitif bila adi teringat kat ma, adi x blh nk luah kan depan2 ma, dgn cara ni je yg blh adi luahkan, harap ma faham k……nanti kita jumpa k..17mei ni …

SELAMAT HARI IBU MA, SEMOGA UMUR MA DI PANJANGKAN DAN SIHAT TUBUH BADAN SERTA DIMURAHKAN REZEKI..AMIN.

Aku ni kaki kikis kew???

 

semalam dan hari ni buat mood aku x keruan, mood aku nk marah orang jew, kesabaran aku selama ini tercabar. aku pn x faham kenapa ada je org yang ingin cari pasal ngn aku. apa salah aku? selama ini aku diam jew, aku sabar jew apa yg orang buat.

Aku cuba untuk elak dari bergaduh atau bermusuh ngn org, coz itu bkn prinsip hidup aku, tapi smlm kesabaran aku betul2 tercabar, hati aku memang panas sangat, sampai aku x boleh nk control diri aku, malah aku rasa ada yg menguasai aku semalam membuat kan aku x sedar yang aku dah pukul orang, selama aku hidup aku x pernah pukul orang.

Aku tahu apa yang aku buat ni salah, tapi aku memang x sedar semalam sampaikan aku lost everything, jam tangan kesayangan aku hancur berderai, 2 handphone aku hancur dan laptop aku juga hancur, semua tu di luar kawalan aku. masa aku buat tu aku x sedar langsung, bagaikan bukan diri aku.

Tapi Alhamdulillah aku x belasah teruk budak tu, aku dah pesan banyak kali, jgn cabar aku, jgn desak aku betrindak sedemikian, tapi korang degil korang ingat aku macam ni, aku x berani nak lakukan, bila berlakunya semalam, baru la korang tahu aku ni siapa kan. aku banyak kali dah cakap dan pesan, yang aku x suka bergaduh, aku x suka marah dan aku x suka benci orang, itu perinsip aku, tapi knp korang degil, korang ingat aku main2.

Memang aku baik, tapi baik aku betempat. dan lg satu kenapa korang dengki sangat ngn aku, apa salah aku, aku ada wat salah ke ngn korang, sampai korang tuduh aku bukan2…semalam aku tersentap dapat mesej dari kawan ko, yg ko kata aku ni kaki kikis, menghabiskan duit family ko, betul ke? ko kata  macam tu? buktikan pada aku betul atau x aku ni kakis, untuk pengetahuan ko aku bkn seperti yang ko maksudkan.

Selama ini aku tolong family ko dengan ikhlas, aku x pernah pn harapkan bayaran, sekadar support makan minum aku dan rokok aku je, tu je aku mintak, tapi tu bukan selalu, aku buat semua ni dgn hati yang terbuka bukan dengan paksaan, tapi ko boleh canangkan kat orang aku ni kaki kikis keluarga ko, thank you very much la kalau ko pk cam tu, aku x kesah da apa yang ko nk tuduh n canangkan citer aku kat orang lain, sebab aku percaya ALLAH lg maha mengetahui, yang mana betul dan yang mana salah.

cuma aku terkilan selama ni aku berkorban tuk kuarga ko, ini balasan yang aku dapat. aku korbankan kerja aku, aku korban kan masa aku demi nk tolong kuarga ko..semua tu ko x pk kew??….aku nk ko buktikan pada aku, brapa banyak harta family ko aku kikis….kalau betul aku kaki kikis.

ini lah orang kata, bila kita buat baik kat orang, ini lah balasan yang kita dapat, ko mengajar aku menjadi manusia yang kejam, ko mengajar aku berdendam ngn orang..terima kasih banyak2…

dan aku nk terima kasih la kat family ko, kerana terlalu baik sangat ngn aku…aku tahu ko iri hati ngn aku, ko x senang aku ada dalam keluarga ko, ok la aku blh terima semua ini, aku terima dengan hati yang terbuka…dan juga aku nk mintak maaf, kerana aku dah belasah ko semalam, aku x sengaja belasah ko, tapi ko telah mecabar kesabaran aku selama ini…ingat lah aku ni manusia yang punya hati dan perasaan, aku bukan tunggul kayu yang x bernyawa….dan aku bukan mudah tuk korang permainkan dan perbodohkan….aku juga ada maruah, bukan seperti ko katakan pada aku, aku xda maruah, dan x da masa depan….

ko telah buat aku tersedar dari apa yang selama ni aku x sedar, thanks, sekarang x perlu lagi aku berbuat baik ngn org , kerana aku tahu ini balasan yang aku dpat nanti…biar orang nak kata aku apa pun, aku dah mula x peduli,coz  ini hidup aku, korang x blh nk tentukan hidup aku….

sorry la entry aku ini panjang, up to u all la nk baca or x, coz blog aku ni tempat aku luahkan perasaan, dan bukan niat aku nk suruh org tahu masalah aku, cuma aku rasa cara ini jew cara yang boleh aku tenangkan.

dan satu aku nk pesan, jgn cepat sangat bersangka buruk kat orang, malah kenal dulu orang tu baru blh nilai, siapa sebenarnya orang tu.

FACEBLOG!!

 

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada pembaca sekalian.

Dalam aku xda keja pepagi camgini, aku lawat la blog kawan2 aku, n aku terjumpa ni  faceblog , aku pn klik tgk apa yang ada kat laman tu, rupa2 nya ada satu komunti yang mengumpul blogger yang ada kat malaysia ni. So aku join la faceblog,

seriusly aku x tahu pasal perkembangan blog ni, maklum la aku ni jarang sangat berblog dan memantau blog org, bukan apa kena tgk pada keadaan la, lau aku free baru la aku lawati blog2 kawan2 aku…macam aku ke belakang la sikit..hehehe..

so pada yang blom join lagi, sila2 la join, kalau dah join tu x pa la…ok la ada laman komuti khas untuk blogger kat malaysia ni…hehehe..

sorry la lau aku terlewat hehehe….

jangan lupa klik ni k faceblog Smile


Edit

ok la ni saja yang aku nak kongsikan ngn korang pepahi nih…jumpa lagi..selamat berblog yew.

A.D.I.W.I.R.A

 

beastly-movie copy copy

“Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan,Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir. Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin”

PC180042

ADIWIRA adalah nama bagi persahabatan kami berlima, kami bukan kawan biasa tapi kami adalah sahabat baik, kami berlima ni boleh dikatakan satu kepala.

Kami terlalu rapat atara satu sama lain, kami dah macam satu family. Nama ADIWIRA tu bukan kami yang pilih, malah family angkat kami yang bagi nama tu.

DSC00137

Gambar kat atas ni adalah gambar kali pertama aku jumpa ngn diorang, masa tu aku x kenal siapa pun kecuali zura jew, coz zura officemate aku, masa tu just kawan biasa je ngn dia…hehehe. aku masih ingat lagi tarikh kali pertama aku jumpa diaorang, 27hb Mei 2010. hari sabtu.

Macam mana aku boleh jumpa ngn diorang ni? aku kenal mereka ni melalui zura, masa tu dia ajak aku p genting, pada mulanya aku x nk pg, coz aku x berapa kenal sangat ngn zura, tapi di sebabkan hujung minggu aku x da wat apa, so aku follow la dia ke genting.

masa first aku jumpa ngn diorang ni semua senyap jew, lama gak la, sampai la masa nak main game baru la diorang tegur aku, dari situ la baru aku kenal nama mereka, masa tu aku just kenal nama ngn orng jew, hati budi blm kenal lagi.

39491_1562433549062_1482052918_31452099_6730242_n

Selepas hari tu, aku mula kenal ngn diorang lebih rapat, hampir setiap alam aku ngn diorang kuar lepak.kemana saja yang kami pergi mesti kena ada kelima2, kalau x cukup sorang kami x akan kuar, sampai la sekarang macam tu la kami, sapa sangka  dalam masa x sampai setahun kami berkawan, tapi kami dah jadi sahabat yang baik. Malah dah macam adik beradik.

Dalam persahabatan kami, apa yang kami utamakan hati yang ikhlas, kalau hati x ikhlas nak berkawan memang susah la kan?? Alhamdulillah antara kami semua xda masalah, semuanya ok.

selalunya kita ada sahabat baik ni hanya sorang je kan, kawan je yang ramai, tapi berlainan ngn aku, sekali aku dapat 4 orang sahabat. nak wat macamana ni semua ketentuan Illahi, aku bersyukur sangat dapat sahabat seperti mereka ni.

P9190233

Aku sayang kat mereka ni semua, diorang lah yang banyak memberi semangat dan membantu aku ketika aku susah atau pun senang. Aku sayang diorang macam aku sayang adik beradik aku, dalam family ADIWIRA, zura sebagai kakak sulung, aku no 2, rach no 3, ewan no 4 dan ijal yang bongsu.

kadang2 ada yang cemburu tgk kami, mana nya x kami kalau kemana mesti berlima, x pernah miss sorang pun, walaupun kuar ngn kawan lain, kami berlima tetap ada, disebabkan kami terlampau rapat orang cmburu, bagi kami x pk apa2, apa yang kami pk adalah adik beradik, kami x blh tgk kalau ada salah sorang dalam kesusahan atau dalam masalah, kami akan berkumpul dan berbincang untuk menyelesaikan masalah bersama-sama. Begitu la keakraban kami berlima..

P9180147

Kami telampau banyak sangat kenangan manis, salah satu kenangan yang kami x akan lupa sampai bila-bila adalah, semasa kami berlima bercuti ke Kuching, Sarawak pada raya tahun lepas, bukan senang untuk kami bercuti bersama-sama sampai ke Sarawak tu, banyak halangan dan dugaan yang kami tempuhi, tapi Alhamdulillah la kami sampai ke sarawak dengan selamat nya.

ini adalah antara gambar2 kenangan kami semasa di Kuching.

P9170625P9180154P9180183P9180189P9190065P9190124

dan banyak lagi tempat yang kami bercuti bersama seperti pulau pinang, melaka dan port dickson, semua ni memberikan kenanagan manis tuk kami semua.

Bila aku tengok balik gambar-gambar ni aku menangis, aku rindu sangat time ni, time ni buat hidup aku happy, bila la lg dapat peluang tuk bercuti bersama seperti ni lagi???

Ya la sekarang ni masing2 dah busy dengan hal2 masing, dah jarang dapat lepak sama lagi, cuma kami x pernah putus hubungan la walaupun x jumpa kami tetap berhubung melalui phone atau facebook.

P9190209

Aku gembira bersama ngn mereka, coz mereka ni kelakar orang nya, nak2 lagi ijal, ijal selalu buat kami ketawa terbahak-bahak, ijal selalu kena buli ngn kami, jangan salah faham ayat buli aku ni k, bukan apa ijal ni dia macam lambat pick up sikit, dat y la kitaorang selalu usik dia hehehe. Kelakar tgk sikap n perangai dia….

Zura plak dengan perangai dia, macamana aku nk jelas pun aku x tahu hehe..tapi dia blh dikatakan kelakar gak la, x ley citer lebih pasal dia, kami hormat dia sebagai kakak kitaorang hehehe..Ewan plak dengan mimik muka dia, dia selalu wat muka baby dia hahaha, perangai pun dah macam baby hehehe, nk tgk muka baby dia, bila time tido dia da sampai, blh la nampak hahaha…

Rach plak, dia ni selalu wat lawak bodoh, dan buat perkara bodoh, hahaha, dan dia ni x ley bagi dia gelak, kalau dia da start gelak memang susah la nk stop, dan habit dia ni suka menjerit, lau menjerit blh pekak telinga orang sebelah dia, hahaha..

walaupapapun perangai ngn sikap diorang ni, aku tetap terima kerana mereka buat aku terhibur sepanjang masa. dan paling best kami x pernah pun nk selisih faham atau bergaduh sesama sendiri….itu la yang kami jaga sampai ke hari ini.

40103_136727159699220_100000858103629_168027_7395830_n

Harapan aku satu jew, walau pun diorang ni busy dengan hal masing2, kita tetap bersahabat sampai bila-bila, persahabatan kita x dapat di halang oleh sapa2 pun, kecuali mati sahaja yang dapat memisah kita berlima, kerana itu janji kami, dan janji kami bukan palsu, semuanya benar, sebab apa aku kata macam tu, sekarang dah terbukti, walaupun busy camana sekali pun, kami tetap bermesej menanya khabar, setiap hari sampai la ke hari ini…

Apa yang aku nk cakap disini, aku nk ucap jutaan terima kasih kat korang, kerana sudi hadir dalam hidup aku, dan telah membahagiakan hidup aku, aku sayang korang semua, jasa korang akan aku ingat sampai bila2.. aku harap suatu hari nanti kita berpeluang tuk cuti bersama-sama. InsyaAllah.

Kawan mudah untuk di cari, tetapi sahabat memang sukar nak dapat, kalau dah dapat sahabat, jaga la persahabatan korang. kerana sahabat la yang sentiasa berada bersama kita semasa susah dan senang.

Ok lah sampai disini sahaja entry aku kali ini, entry ini bukan untuk semata-mata nak masuk contest tapi sebagai perkongsian dengan semua orang.

Terima kasih kepada saudara sudirman kerana membuat contest tentang persahabatan ni…satu idea yang bagus.

KAWAN…

 

59288_1332888056807_1669206520_679950_3319791_n

setiap orang ada KAWAN kan? tipu la kalau di dunia ni manusia hidup tanpa KAWAN, walaupun budak kecil pun perlukan KAWAN, sama la kita pun.

KAWAN ni banyak jenis, ada KAWAN yang baik, ada KAWAN yang kurang baik,  dan macam2 jenis kawan yang kita jumpa kat muka bumi ini.

Kalau kita dapat KAWAN yang baik, Alhamdulillah lah, tapi kalau dapat yang sebaliknya Wallahualam.

62689_151747161523757_100000654232456_306838_4859150_n

Kenapa tetiba aku nk citer pasal KAWAN pepagi buta ni? untuk pengetahuan anda semua, aku x akan citer kalau tiada kaitan dan juga aku x suka kalau nk bercerita tanpa ada maksud tersurat ataupun tersirat.

Untuk apa sebenarnya kita berKAWAN ? dan apa fungsi seorang KAWAN terhadap kita? aku nk korang jawab k…

P9180070

Aku punyai ramai KAWAN, sampai x terkira aku terlampau ramai sangat KAWAN aku, tapi dalam banyak2 KAWAN hanya beberapa orang sahaja KAWAN  baik aku. Maksud baik tu macam mana? baik seorang KAWAN adalah, yang mana memahami sikap kita, dan boleh menerima kita tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun, dan juga berada di samping kita apabila kita senang ataupun susah.

TETAPI, walaupun dia adalah KAWAN  baik kita, kita harus sentiasa berhati-hati dengan mereka, kerana suatu hari nanti akan berlaku KAWAN makan KAWAN, macamana pulak org nk makan org nih? bukan itu maksudnya, maksud dia, kita x tau selama mana kita akan berKAWAN ngn dia? setahun? dua tahun? itu kita x boleh nk jawab. Dari segi mana kita harus berhati-hati tuh?

66961_154454717926464_100000858103629_243577_6569339_n

Dari segi peribadi kita, bila kita ada masalah, boleh kita nk luah kan pada KAWAN  tapi jangan terlalu over luah, nanti yang x sepatutnya dia tau, nanti dia akan tahu, seperti rahsia kita, namapun RAHSIA kan? so x perlu la nk citer kat dia, nanti bila kita dah citer , bila sampai masa nya, dia plak akan citer kat org lain, bila rahsia tu jatuh ke tangan orang lain, adakah itu masih dipanggil RAHSIA??

Jadi korang fikir-fikir kan la ya, sebab x perlu details, semua orang da tahu kan? sebelum tu aku nk bagi mutiara kata kat korang semua….

P9190347

“..ada masa kita perlu menangis agar kita tahu dunia ini bukan hanya untuk ketawa, ada masa kita perlu ketawa agar kita tahu betapa bernilainya setitis airmata..ada masa kita perlu ada seorang teman agar kita tidak kesunyian membuatkan kita tidak pernah lupa betapa bernilainya seorang teman….”

*Gambar2 tu semua adalah kawan baik aku.

Hari-Hari ku…

 

Assalamualaikum dan selamat petang semua kepada pembaca2 blog aku, terima kasih la yew….coz sudi gak singgah kat blog aku yang x seberapa ni…hehehe..

Hari ini aku bosan, x tau nak wat apa, pagi tadi ingat kan nk pergi pesta buku kat PWTC, tapi malas la plak pg sorang2 nih, huh.

Nak tgk tv pun bosan, asal aku buka jew tv, mesti citer indon, dah naik bosan da aku nk tgk tv…nak makan plak selera makan xda, nth dah seminggu dah macam ni, aku x rasa lapar pun, selalu kalau aku bangun pagi, mesti nk kena makan pagi, dan tengahari pun sama mesti nak makan, tapi sejak 2 menjak ni selera makan aku xda, kadang2 kul 12 malam or 1 pagi baru aku rasa nak makan, tu pun makan ala kadar jew.

aku dah x tau nk wat macamana dah, ok makan aku dah blh kurang dah, cuma 1 ni jew yang susah aku nk kurangkan, aku cuba tuk kurang kan tapi x dapat, nak tau apa??? ROKOK, asal aku bangun jew, aku akan cari rokok dulu, makanan aku kediam kan, aku pun bimbang gak kesihatan aku, tapi nak wat camana x blh, aku dah habis cara dah camana nk stop dari merokok ni, tapi aku ni jenis degil, pantang dilarang selagi tu la aku merokok, nth lah, duit tuk makan xda xpa, asal cukup2 tuk beli rokok…

aku rasakan dah beribu kot duit aku habis kat rokok ni, bayangkan lah, 1 kotak 10 ringgit, sehari dah 2 kotak, bermakna 40 batang sehari aku hisap rokok, ayoyo….

aku ingin cuba lagi tuk kurang kan, nk berhenti terus x dapat, kena slow2, aku harap kali ni aku dapat lah kurangkan, lau x badan aku ni penuh ngn asap jew….lagi 1 jantung aku dah mula rasa x sedap, sering kali rasa sakit…..ni la akibat dari merokok, dari xda penyakit cari penyakitkan???? aku x kata kat orang lain, aku kata kat diri aku sendiri, dulu aku dapat lagi cover dari mak ayah, tapi x blh, sampaikan depan diorang pun aku dah berani hisap rokok.

apa2pun aku cuba sedaya upaya aku, aku harap ini semua akan berhasil x lama lagi….kalau korang nk tau rokok ni x best pun, x rasa apa2 pun, bagi yg nk belajar merokok tu, baik x payah, stop now, t kan dah ketagih susah lak nk stop…

aku ingat nk p jumpa doktor nk check jantung aku dan nak minta nasihat dan cara2 dari doktor…huhu…

Start hari ini azam aku adalah “katakan x nak pada rokok….”

AMIR DI GUGUR DARI AF9

 

224766_213066005388534_180449741983494_784067_2589364_n

Perjuangan Amir di Akademi Fantasia untuk musim ke 9 ini, sudah berakhir, apabila nama nya di sebut dalam operasi gugur.

Mungkin AF ini bukan tempat amir, mungkin di luar sana banyak lagi peluang untuk amir. so Amir jangan bersedih sangat k…

sebelum aku terus kan lg, aku ingin kenalkan lah ya , Amir ini kawan aku, n dia kawan baik ngn Daus AF8. that y la aku citer pasal dia, support kawan…

aku x boleh nk komen lebih2 pasal ko mir, org lain da banyak dah bagi komen kat ko, apa pun aku tetap gak nk bagi komen or kritik tuk ko ni.

dari awal lagi aku tengok ko malam tu, ko lemah, aku dapat tahu ko kena asma sebelum buat persembahan, aku x tau betul or x, wallahualam…

komen pertama aku, pemilihan lagu, sepatutnya ko tahu lagu apa yang sesuai ngn ko, aku pk ko akan bawa lagu risau, or lagu yang biasa2 ko bawa..tapi ko dah pilih lgu d’lema, Daus dah cakap kat aku, yg ko x blh bawa lagu tu, tapi bila aku tgk persembahan ko semalam memang betul, ko x blh bawa lagu tu, rugi mir, rugi..org dah bg peluang dah kat ko tuk ko tunjuk bakat ko, kenapa ko x kuarkan bakat ko tu, napa ko takut setiap kali wat persembahan, aku ada kat tepi stage, aku nmpak ko memang gugup.

222901_213066015388533_180449741983494_784068_6922754_n

komen ke 2 aku – ko cepat sangat panik, lg2 bila kawan2 ko sebut nama ko sbg calon gugur, muka ko terus hilang semangat, sepatutnya ko kena lawan, ko kena bukti yang ko boleh buat, apa yg ku sangkakan betul, sampai ke persembahan ko terbawa2 kerungsingan yg berserabut dlm kepala ko tuh,sampai ko hilang fokus tuk menyanyi.

Dan aku tertanya2, untuk apa  prop tuh??? sampai ke sudah aku tgk ko guna prop tu, sebagai tongkat  tuk ko berdiri, coz aku tgk kaki ko menggeletar..

xpa la mir, dah lepas dah seksa or tekanan ko dalam AF tuh, aku percaya kat luar sana banyak lagi tempat ko, aku bkn x suka, tapi x puas hati, coz ko ada suara yg unik, suara ko sedap, tapi kenapa ko x nk kuarkan tu….ini kan yg ko mahukan…ok la…cuba lagi k…

komen aku yang terakhir, kitaorang rasa terkilan gak la ngn ko, sebab apa? ko nk tahu? baik la aku g tau, mir, susah sangat ke ko nk senyum mir, ko macam wat x nampak jew fans2 ko kat bawah tu jerit2 nama ko,ke  ko x dengar  nama ko di sebut di jerit2…?? at least ko senyum la kat diorang, macam org lain pun gugup gak, tapi tetap bg senyuman…tp ko langsung x, diorang susah payah buat tuk ko, tiap2 minggu pergi, tapi ??? yg ketara sangat aku nampak, masa malam sabtu hari tu…diorang menjerit nama ko sampai nk keluar anak tekak, tapi ko langsung x pandang  atau senyum, aku xkesah ko nak senyum or x…tapi hargai la fans ko…..

sampai sini je kot, entry aku kali ini..hehehehe…entry aku ni bukan marah cuma bagi komen sikit jew…berbanding komen2 org lain yg lg teruk, tapi aku x nk la, coz ko member kitaorang….sorry mir :)

Penunggu Istana

 

penunggu istana

Hari ini aku berkesempatan untuk menonton cerita “Penunggu Istana”, memang best la, coz dia bukan seperti cerita2 seram yg selalu kita lihat, ini adalah cerita mengenai kisah yang benar…dan di bawah ni aku sediakan sinopsisnya..korang baca la yew, lau x nk baca, p la tgk sendiri kat wayang k…

utusan17042011-2

Lokasi berpuaka ini sering menjadi buah mulut dan dibuktikan sekumpulan lima pelajar.


PENUNGGU Istana adalah filem realiti seram mengisahkan misteri peninggalan sebuah rumah di Papan, Perak. Premis dikenali sebagai Istana Bilah dibina ratusan tahun dulu dipercayai hasil tangan sekumpulan bangsawan keturunan suku Mandailing di Sumatera, Indonesia.

Cerita mitos mengatakan rumah berkenaan berpuaka kemudiannya memaku perhatian sekumpulan lima orang pelajar dari ibu kota ke sana. Tujuannya untuk membongkar rahsia lokasi berkenaan yang dikatakan rancak dengan aktiviti paranormal. Rakaman yang bakal membuktikan kajian yang dipamerkan punya justifikasi tertentu.

Sekali gus membuktikan kebenaran cerita karut yang dikhabarkan masyarakat sekeliling selama ini. Tambahan pula bantuan khidmat kepakaran daripada Kumpulan Seekers, harapan untuk menjayakan misi pembongkaran itu berjaya.

Di situlah kehebatan Penunggu Istana apabila aktiviti paranormal yang berlaku didedahkan satu persatu. Apatah lagi sebelum ini ada peristiwa berlaku di kalangan krew-krew produksi drama Warkah Terakhir yang pernah ‘diusik’ sebelum ini. Tanggungjawab yang dipikul oleh Sara Ali, Nadzirah Ahmad Nadzri, Nor Zafirah Abd. Rahim, Mustaqim Mohamed Zaki dan Amar Asyraf ini sebenarnya berat. Memburu entiti paranormal berbekalkan peralatan canggih oleh ketua Kumpulan Seekers iaitu Uncle Seekers.

Secara naratifnya, persembahan filem Penunggu Istana ini berdasarkan jurnal yang diperolehi mereka sendiri. Cantuman footage selama 15 hari berkampung di Istana Bilah kemudiannya difilemkan .Acara kemuncak bagi membuktikan Istana Bilah sebenarnya berpuaka apabila salah seorang daripada kumpulan itu membakar kemenyan. Ada juga yang menggunakan darah haid salah seorang pelajar perempuan. Kedua-dua amalan yang bertujuan untuk menjamu penunggu agar muncul segera. Meskipun sudah dilarang keras oleh Uncle Seekers bagaimanapun ia membuahkan hasil. Makhluk halus yang dinantikan muncul meskipun tak dapat dilihat dengan mata kasar.

Juga satu demi satu aksi pergerakan dan penemuan ditunjukkan. Penonton akan melihat secara jelas bentuk fizikal entiti halus yang selama ini dicanangkan. Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios yang juga bertindak sebagai Penerbit Eksekutif, Tengku Iesta Tengku Alaudin memberitahu bahawa kehebatan Penunggu Istana sememangnya tersendiri.

‘‘Ia bukan seperti filem-filem seram terdahulu yang menampakkan kesemua bentuk fizikal makhluk halus. Paparan yang dipamerkan bukan untuk menakut-nakutkan tetapi lebih kepada realiti visual. Misteri penunggu yang selama ini diperkatakan telah terbongkar,’’ katanya. Pada masa yang sama, Tengku Iesta menolak tanggapan bahawa filem itu dirakamkan untuk menggentarkan sesiapa yang singgah ke istana berkenaan.

Apa yang ingin dipersembahkan adalah bukti kepada cerita-cerita yang direka sebelum ini bercerita lokasi berkenaan berhantu. Sekali gus mengesahkan kiasan orang lama mengatakan kalau bulu roma meremang, pasti ada kehadiran ‘benda’ itu. Ditanya apa yang membezakan Penunggu Istana dengan rancangan televisyen menggunakan genre yang sama seperti Misteri Nusantara, katanya ia terletak pada kandungan filem berkenaan. Penunggu Istana boleh ditonton bermula 21 April ini di 48 pawagam termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei.

utusan22042011-1

selamat membaca dan menonton….

Pasar Minggu Satok

 

DSC02492

Gambar tu, semasa aku berada di pasar minggu satok, Kuching. Sesaja pergi menyibukkan diri kesana, sempena pilihanraya ke 10 negeri sarawak.

Aku pergi 3 hari jew kat sana, ni kira kali yang ke 2 la, aku jejakkan kaki aku di kuching…maklum la nk pergi selalu x dapat la…jika berpeluang je aku ke sana…

apa yg menarik kat pasar satok ni??? bagi aku dia sama jew, dengan uptown n downtown  KL, cuma beza nya waktu je, pasar satok di buka awal pagi sampai la kul 2 ptg, dia dibuka pada hari minggu jew, sabtu dan ahad, namapun pasar minggu kan..hehehe…

tujuan aku kesana, sesaja jejalan lihat apa yang ada kat sana, ada la baju sehelai dua yang aku berkenan aku beli….coz aku x shopping sangat, maklum la pergi sana time pokai..hahahaha…apa2 pun aku happy, tu je yg penting, dapat merasa suasana tempat orang,ambil pengelaman orang kata…hehehe.

 

DSC02487

InsyaAllah, ada rezeki lagi, akan sampai aku ke sana lagi….

Genap 6 Bulan…

 

Pejam celik-pejam celik, rupa2 nya dah 6 bulan dah aku menjadi penganggur…:( , satu kerja pun blm dapat lg, pecah rekod aku kali ini, aku x pernah lama menganggur, tapi kali ni dah 6 bulan dah….Ya Allah, apa dah jadi ngn aku….

Bukan aku x usaha nak cari kerja, dah pelbagai kerja da aku minta, dan dah banyak kali dah attend interview, tapi semua blm ada jawapan…tapi x pa, aku percaya pada rezeki ALLAH, mungkin kali ini dia nak bagi ujian keatas diri ku, aku kena tabah dengan segala ujian Nya, dan aku x pernah mengalah, aku terus cuba dan cuba, walaupun aku tau memang sukar tuk dapatkan kerja sekarang….

Ramai kawan-kawan aku kata, aku ni memilih sangat, tu yang susah nk dapat kerja, tuk pengetahuan korang aku x pernah memilih kerja…aku minta pelbagai bidang, Customer Service, Kerani, shopping complex dan pelbagai lagi kerja yang aku minta..kalau aku memilih, aku akan cari bidang IT jew….

Tapi ini semua dugaan dari ALLAH SWT, walaupun aku dah x kerja selama 6 bulan, tapi ALLAH masih lagi memberikan aku rezeki tuk teruskan hidup. dan selama 6 bulan aku x pernah lagi x makan. Malah badan aku sekarang makin naik berbanding ngn aku dulu…siapa sangkakan dengan kuasa ALLAH, tiada yang mustahil….

Tapi sampai bila aku nk hidup macam ni??? umur pun dah semakin meningkat, duit simpanan pun blm ada lagi…aku nk juga tiap2 bulan kirimkan wang kat mak ayah aku kat kampung, aku x nak jadi anak yang menyusahkan mak bapak, cukup la selama ini mak bapak aku bekorban tuk aku, sebalik nya aku perlu balas balik segala pengorbanan aku sabagai seorang anak. Aku juga ada impian tuk family aku, aku nk family aku happy tu jew…tapi apa kan daya…hanya bersabar sahaja…hanya ALLAH sahaja yang tahu keadaan aku sekarang….

Mungkin ada hikmah di sebaliknya….dan aku juga percaya bahawa ada lagi orang yang susah dari aku, aku patut bersyukur kehadrat Illahi di atas kurniaanNya selama ini…dan juga aku bersyukur kerana aku berada di sekeliling orang yang baik dan banyak membantu aku ketika aku perlukan pertolongan….aku x dapat nak balas jasa korang semua, sebaliknya hanya ALLAH shj yang dapat balas jasa korang, dan sesekali aku x kan lupakan jasa korang terhadap aku…..

Apa2 pun aku kena kuat dan tabah dalam menghadapi semua ini….aku percaya suatu hari nanti ada rezeki aku….cuma aku kena sabar jew…

KEHADIRAN MU MEMBUATKAN TANDA TANYA BAGI KU…..

 

“jika kita ingat pada dia, dia juga akan ingat pada kita, sebab tu la dia datang jumpa kita”

Aku amat merinduinya, aku rindu pada senyumannya, aku rindu  pada gelak     tawanya, aku    rindu   dengan   suaranya,   tapi…. apa   kan    daya  itu   semua   hanya     tinggal kenangan….kalau  la  Dia masih hidup, alangkah bahagia hidup ini…tapi itu semua hanya satu mimpi sahaja, kerana dunia dia dan aku jauh berbeza.

Sahabatku, ko muncul tepat  pada waktunya, ko muncul bila aku teringat pada ko wahai sahabat ku, senyumanmu membuatkan hati  aku  tenang,  dan  mengingatkan    kembali pada kisah yang lama…kehadiran mu dengan senyuman yang manis dan serta raut wajahmu bercahaya putih berseri, aku yakin pasti ko bahagia dengan kehidupan sekarang kan??? Sahabat ku, aku sentiasa menunggu kehadiran mu, dan aku berharap agar ko pun sama sentiasa menunggu kehadiran aku,aku pasti satu masa nanti kita akan bertemu jua, jika sudah sampai masanya nanti….

kehadiran mu, membuatkan aku teringat ketika suatu masa dahulu, semasa kita berkawan baik, ko seorang insan yang amat mulia bg aku, ko adalah seorang  kawan  yang sentiasa berada bersama dengan aku ketika aku susah dan senang. tanpa merasa jemu walau sedikitpun. Walaupun ko tahu, aku ni seorang yang degil dan keras kepala, x mau dengar segala nasihat ko, tapi ko x berputus asa, ko sentiasa memberikan nasihat yang terbaik buat aku, tapi aku ada ke nasihat ko????? Bila aku kenangkan kemabali kisah2 kita dulu, aku menangis, aku sedih…aku rasa diri aku ni bodoh sangat ??? tapi semuanya dah terlamabat,aku menangis keluar air mata darah sekalipun, belum tentu ko dapat balik semula kan??? apa yang aku mampu adalah betulkan segala kesilapan yang telah aku lakukan selama ini. itu adalah yang terbaik kan??? selagi Allah berikan peluang untuk hidup di dunia yang sementara ini, gunalah peluang ini sebaik yang mungkin, jangan sia-siakan peluang yang ada, bila semua ini sudah tiada, menyesal pun x ada gunanya….ingat lah dunia yang fana ini pasti akan ditinggalkan.

kenapa aku sering teringatkan pada ko? dan setiap kali aku ingat ko, ko pasti muncul dalam hidup aku, x kira di mana jua aku berada sekalipun, ko tetap bersama aku, sampai sekarang, dulu aku fikir aku akan kehilangan ko buat selama-lamanya, tapi aku silap, rupa-rupanya ko memang sentiasa bersama aku, tetapi di dalam dunia yang berbeza…

tetapi kehadiran ko pada kali ini, menjadi tand tanya pada diri aku sendiri, entah kenapa aku sendiri pun x tahu…adakah kehadiran ko kali ini, memberi petunjuk atau petanda bagi aku??? semalam ko hadir dengan mengejut, tanpa aku sedari, tiba-tiba je ko muncul didepan aku, nasib baik la ko muncul dengan senyuman, kalau x mahu aku cabut, hahaha…dari cara ko senyum semalam amat berlainan sangat pada yang sebelum ni, mulut ko macam ingin sampaikan sesuatu, tetapi aku x dapat nak dengar, aku hanya mampu membalas senyuman sahaja pada ko…

Adakah perkataan yang ingin ko sebut itu, sama dengan mimpi-mimpi aku sebelum ini??? sebab sebelum ini aku pernah mimpi 3 malam berturut-turut, dalam mimpi aku di datangi seorang perempuan tua yang memakai jubah putih, di mana masa tu aku tgh berdepan ngn cermin, lalu makcik tu peggang bahu kanan aku, dan katanya “ adik, muka adik putih berseri-seri, dik  lambaian sudah sampai…..” mimpi yg sama berulang2, tapi mimpi ini dah lama, tapi aku ingat sampai ke hari ini…apakah petanda ini, ramai org da aku tanya, ada yg cakap tu adalah mainan tido jew dan ada yg cakap ada hikmah di sebaliknya, tapi sampai sekarang aku belum jumpa jawapan yang tepat…..adakah kemunculan ko ingin menjelaskan maksud mimpi aku??? jika betul, maknanya masa aku hampir tiba kew??? tapi aku x blh nk ty ko, sebab aku tahu, ajal maut semuanya di tangan Allah, jika masa aku sudah sampai, aku redha, kerana dari Dia aku datang dan Kepada dia jua la aku kembali, tetpi jika kehadiran ko memberikan aku petanda, aku ingin ucap kan terima kasih, dan x lama lagi kita akan bersama kembali….

tuk pengetahuan korang, selama ini aku x pernah pun nk menceritakan hal ini kat dalam blog aku ni, tapi, aku x tahu kenapa tiba2 jew aku nk ceritakan kat blog aku ni, aku pun x tahu sama ada entry kali ini, adalah entry yang terakhir bagi aku, sapa tahu kan?? semua ini akan berlaku sekelip mata sahaja, jika itu kehendaknya…

orang kata x elok kalau kita kenangkan kembali kisah orang yg dah x ada ni kan, so aku hanya boleh cerita setakat itu sahaja la…Di kesempatan ini, aku ingin nasihatkan kat korang semua, selagi peluang kita untuk hidup ini, gunalah dengan sebaik yang mungkin, jangan sia-siakan peluang yang Allah berikan ini, kerana dunia yang kita hidup ini hanya sementara sahaja…..selagi masa masih ada penuhkan lah dengan bekalan yang nk dibawa kesana nanti…ingat harta, pangkat semua nya x penting di sana nanti, jangan terlampau mengejar sangat kepada kemewahan dan keseronokan dunia ini…

Apa-apa pun aku sentiasa mendokan kesejahteraan terhadap ko di sana, semoga ko di tempatkan orang2 yang beriman dan solleh….Amin. dan ingat lah, ko sentiasa berada dalam ingatan aku sampai bila-bila….persahabatan kita x pernah putus sampai bila-bila…

Kehadiran mu amat aku alu-alukan…..

Akhir kata, ampun dan maaf ku pinta, jika ada salah atau silap yang telah aku lakukan tanpa sedar atau sedar,kerana aku manusia biasa yg x pernah terlepas dari melakukan kesilapan besar atau kecil…..

(pasti korang tertanya-tanya siapakah kawan aku yang aku maksud kan itu, insyaAllah jika ada masa lagi, nanti aku akan bagitahu korang semua..kalau x sempat korang ingat lah nama aku….)

Bila nak kahwin???

 

Bila nak kahwin?? ini lah soalan yang selalu ditujukan pada aku setiap kali aku jumpa ngn kawan lama aku atau masa aku pg kenduri kahwin kawan aku. Kadang2 aku sampai xda jawapan nk jawab pada mereka..

Ya la, happy jew tgk ramai dah kawan2 aku dah kahwin, aku pun teringin gak nak kahwin, umur aku skrg pn dah 26 tahun dah, orang kata dah blh kahwin da. Bukan aku x nak kahwin muda, tapi banyak masalah yang aku fikirkan. Ya la dalam bab2 kahwin ni, kita kena banyak pk kehadapan, maklum la kita nk kahwin sekali jew, x nak banyak2 kali kan? lagi satu kena pk gak ekonomi aku camana, ya la, nak jaga anak org ni bukan senang, nak2 lak aku lelaki, lain la kalau perempuan senang jew..huhu.

Aku bukan x nk kahwin, aku nk sangat kahwin, tapi ada beberapa faktor yang menyebabkan aku x kahwin2 lagi, salah satu faktornya, aku belum lagi dapat kerja tetap, malah duit simpanan pun blm ada lagi. macamana nak kahwin kan, lau duit xda? zaman sekarang semua perlukan duit. buat itu, ini semua guna duitkan. Mas kahwin lagi, hantaran lagi, majlis lagi dan selepas kahwin, tu belum dpt anak lagi, semua perlukan duit, bab kata orang la “no money, no talk” .

lagi satu, aku bukan xda awek, dan aku bukan sorang yang jenis memilih sebenarnya, tapi aku pk lau ada awek, mesti nak kuar date kan? so bila nk kuar mesti kena ada duit betul? lau xda duit camana nak kuar, xkan la nk suruh awek support, t kan x pasal dapat title kaki kikis duit perempuan lak kan?? aku malu kalau kuar ngn pompuan, dia yang belanja…aku x biasa cam tu..huhu..

Bila aku kata xda awek, diorang kata aku tipu, so terpulang pada korang la ya, aku percaya, jika ada jodoh x kemana, akan kahwin juga nanti, beza nya cepat atau lambat, coz ajal, maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Allah, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yng menentukan segala-galanya…

so apa yang aku blh buat, adalah sabar, hehehe, so ini lah jawapan aku pada persoalan korang selama ni….harap korang faham k, boleh kalau korang nk aku cepat kahwin, dengan satu syarat jew, support majlis aku, baru aku kahwin, kalau x nak support, dok diam2 jangan tanya lg, sebaliknya tanya pada diri sendiri dulu baru tanya aku, hahaha, ada ke patut dia umur dah 36 tahun tanya aku x kahwin lagi kew? sepatutnya aku yang tanya dia..dah lewat sangat dah tu 36 tahun hehehe…

InsyaAllah, aku akan usaha gak akan kahwin sebelum umur aku 28 tahun, ikut jejak abang2 aku..hehehe diorang semua kahwin umur 28..kalau mak aku kata x sabar nk menimang cucu, agak pelik la juga, coz mak aku da ada 15orang cucu dah hehehe, lain la kalau belum ada sorang pun lg cucu..huhu..

k,la sampai di sini dulu ya, pada yang nk ty aku dah kahwin blom? make sure org tu dah kahwin baru blh tanya ok…hahahaha..jahat kan aku…yezza!!!

Membuatkan Hari aku badmood!!!

 

dalam dunia ni kalau xda manusia seperti ini, x aman kot hidup, huh!! aku paling x suka manusia yang suka sangat nk jaga tepi kain orang, kenapa la x nak jaga tepi kain sendiri.

Ingat ya, x da sorang pun manusia dalam dunia ni sempurna, melainkan Nabi Muhammad SAW. so, jangan ingat diri tu sempurna k, sebaliknya, sebelum kita mencari salah orang, sepatutnya kita cermin diri dulu, cari kesalahan sendiri baru cari kesalahan orang.

Aku paling benci dan manusia hipokrit, depan aku cakap baik jew, pijak semut pun x mati, tapi belakang aku kemain lagi cerita tentang aku, cerita tentang keburukan aku. korang happy erk citer keburukan orang lain??? apa motif sebenar korang citer hal aku? apa yg korang dapat??? aku x pernah cari silap ngn korang, tapi napa korang nk cari pasal ngn aku? hah.

Kalau korang nk tahu sepanjang hidup aku, aku xda musuh k, dan aku juga x suka benci orang, malah aku sayang korang semua, tapi jangan paksa aku benci korang, ingat ya sekali aku benci korang, sampai bila-bila pun aku akan benci, dat y la aku x nak benci, kalau korang nk tahu, di sebabkan hal ni lah, yang memboleh kan aku putuskan persahabatan, aku kemain lagi jaga persahatan ngn korang, tapi akhirnya ini balasan korang terhadap aku…thanks a lot my friend….

sebelum kita kenal lagi, aku da cakap aku paling x suka, belakang aku citer bukan2, lau x puas hati gentle la beb, jgn jadi pengecut….hidup aku, hanya aku ngn family aku sahaja yg berhak menentukan, korang jangan pandai2 nak tentukan hidup aku. terpulang la cara hidup aku camana sekali pun, yang korang susah2 kenapa?

aku x pernah paksa pun korang tuk kawan ngan aku, aku akan terima orang yang betul2 nak kawan ngn aku, kalau korang rasa dah x nak kawan ngn aku, sila bla dalam hidup aku, sabar aku ada limit, jangan sampai aku hilang sabar k….

Kalau korang ingat hidup korang tu baik sangat go on la, tapi bagi diri aku, aku mengaku aku bukan la baik sangat, semua manusia atas muka bumi ini, x pernah terlepas dari melakukan kesilapan, sama juga seperti aku, dan kalau korang rasa diri korang tu sempurna, syabas aku ucapkan…..

aku mahu hidup aku aman, dan gembira selalu, dan tolong jangan spoilkan mood aku, bila aku badmood sorry to say la ya…ini yang korang mahukan, so apa blh buat, x guna mintak maaf, coz dah berkali-kali aku cakap, kalau nk bersembang tu blh x citer hal lain, napa nk citer pasal aku, dan memalukan aku depan kawan2 lain??? aku pun da x faham da ngn sikap korang, aku dah habis hormat dah korang sebagai kawan aku….

ok la kali ini aku terima, tapi ingat hanya sekali saja aku cakap, coz aku x suka cakap banyak kali, dah la diri tu terlampau banyak dah dosa, so cepat2 la bertaubat, nanti kan x sempat nak bertaubat dah mati, sapa yang rugi??? diri sendiri yang rugi kan…lau yg kafir tu aku x ley nak cakap apa la….

Maaf kan aku, kalau aku bercakap sedemikian, kerana korang memaksa aku tuk bercakap seperti ini, aku nak pesan buat kali terakhir ya, kalau korang nk kawan ngn aku, korang jangan buat perkara yang aku marah k, dan korang jgn ingat, selama ini aku hanya  tersenyum dgn apa yg korang buat, tapi kali ini tidak, kenapa aku benci korang, korang tanya la diri sendiri….

aku nk kawan ngn orang betul2 ikhlas nak kawan ngn aku….dan aku juga ada hak tuk pilih sapa teman hidup aku, dan sapa kawan baik aku….

Selesai sudah….:)

Hari ini aku di beri peluang untuk menghadiri temuduga di HUKM, walaupun aku tahu latar belakang aku bukan dari bidang perubatan, tetapi hasrat aku nk mencuba sesuatu ilmu yang baru, membuatkan aku sanggup datang.

Alhamdulillah, aku pun da lepas interview, cuma tunggu panggilan sahaja, InsyaAllah jika itu rezeki aku, x kemana nya..

memang lari jauh dari bidang, masa interview tadi pn mereka terkejut, coz sijil2 aku sume berkaitan dengan Dunia IT, tapi aku datng plak mintak kerja Implan, bahagian dewan bedah…hehehe, tapi aku x kesah, semua itu blh dipelajari..

pokoknya kita ada kehendak….dan ada usaha, insyaAllah berjaya..hehehehe….

kenapa aku pilih bidang ni, x takut darah kew? hahaha, soalan tu aku x blh nk jawab skrang,tunggu aku keja dulu baru ley tahu..hehehehe

apa2 pun thanks kat kawan aku yang tolong gtau aku kat sana ada interview tuk jawatan2 yang kekosongan..hehehe..

Morning :)

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger semua, apa khabar pada pagi ni? hope semua sihat sentiasa k…

Hari ni hari sabtu ramai yang cuti dan ada juga yang bekerja pada hari ini, tapi bagi aku, xda makna, coz hari2 cuti kan??? hehehe, k la yang mana bercuti tu selamat bercuti k, guna kan masa rehat ni dengan sebaiknya ya, dan kepada yang bekerja, selamat menjalankan tugas dengan ikhlas yew. demi mencari rezeki yang halal.

Hari ini jadual aku pagi x la busy, tapi petang nanti nak ke felda besout, perak, Daus ada show kat sana malam ni, balik hari, hope x penat la, coz ahad pagi nk ke Genting Highland lak, untuk attend ABPH….

ni la rutin harian aku, kerja x ikut waktu hahaha, tapi aku enjoy…

k la apa2 hal jumpa at twitter n facebook k..bye Assalamualaikum…