Oh Ibu..

IMG_0267

Hari ni keja aku adalah baca kisah anak dan ibu, bila aku selesai je baca pasti aku akan ingatkan pada ibu aku yang tersayang di kampung.

Aku sensitif bila baca kisah2 sedih berkenaan ngn ibu dan anak, kalau itu berlaku pd diri aku entah la, aku x blh nk bayangkan. Aku sayang ibu sepenuh hati aku, Hanya Tuhan saja yag tahu bagaimana perasaan kasih dan sayang aku terhadap ibu aku, walaupun aku tidak tunjuk kasih didepan ibu aku, tapi di hati aku ibu adalah segala2nya.

Anak ibu bukan sengaja tinggalkan ibu di kampung, anak ibu ini merantau demi mencari rezeki yang halal untuk kita bersama, bukan la aku x nak balik selalu jenguk ibu di kampung, kalau boleh tiap2 hari aku akan balik, dan kalau boleh aku nak dok ngn ibu, agar aku dapat melihat wajah ibu selalu.

aku belum cukup sempurna lagi, aku belum cukup baik lagi buat ibu, banyak kekurang pada diri aku, tapi aku cuba usaha sedaya yang mampu untuk menjadi terbaik untuk ibu dan bapa.

aku banyak salah dan silap ngn ibu samada sedar ataupun tidak, hanya Allah saja yang tahu banyak mana dosa aku pada ibu, tapi aku sentiasa memohon keampunan dan kemaafan dari ibu.

aku masih lagi tidak dapat tunaikan impian ibu, aku tak tahu bila aku dapat tunaikan, tapi aku sentiasa berdoa dan berusaha agar dapat aku tunaikan impian ibu secepat yang mungkin.InsyaAllah ibu.

aku tak tahu apa yang ibu sedang lakukan sekarang, aku cuma tahu ibu sihat je..sihat dari segi mana aku tak tahu..

Engkau semakin dewasa mencapai kejayaan sedangkan dia semakin tua membilang usia

teringat aku pada lirik lagu jasa bonda ni sekarang aku makin dewasa tapi ibu pula…, setiap kali aku dengar pasti akan menitiskan air mata.

aku x tahu nak cakap apa lagi..cuma aku nk cakap yang aku betul2 sayang dan cinta ibu aku. Aku sentiasa mendoakan agar ibu sentiasa berada dalam keadaan sihat walfiat..

Hobi Aku..

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger sekalian, hari ini aku ingin berkongsi cerita tentang hobi aku. Apa hobi aku? nak tahu? jom layan..

 

IMG_0743

haa..ini lah hobi aku..dulu masa sekolah bila cikgu tanya apa hobi kamu? saya jawab saya suka main bola, main badminton dan sebagainya. Tapi sekarang hobi aku dah bertukar dah. Sekarang aku lebih suka kepada haiwan, terutamanya ular sawa.

Kalau korang nak tahu, dulu aku patang tengok ular, aku akan lari tak cukup tanah di buatnya, entah la masa tu aku rasa takut dan geli kat ular ni, dan masa tu aku fikir ular ni binatang yang bahaya untuk didekati. Tapi itu dulu, sekarang aku makin minat dan sayang pada ular dan haiwan2 lain. Tapi dalam banyak-banyak ular aku cuma berani kat jenis ular sawa je sama ada ular sawa batik atau albino.

DSC06944

Macam mana aku boleh minat pada ular sawa ni? bermulanya bila ular sawa selalu masuk dalam umah aku, pada mula nya aku rasa takut, tapi bila kali kedua ular tu  masuk dalam umah aku , tetiba aku rasa ingin dekati ngn ular tersebut, tapi yang ni pun aku belum ada keberanian lagi nak sentuh ular tu. Dan bila kali ke tiga dia masuk dalam umah aku masa tu aku nak ke bilik air, belum sempat aku buka lampu aku da terasa sesuatu benda sejuk ada kat kaki aku, dan bila aku buka lampu baru la aku nampak benda kat kaki aku tu adalah ular sawa batik yang cantik sangat kulit dia, tergaman jap aku. Tapi aku diam kan diri ja la, dan perlahan –lahan aku buka lilitan ular kat kaki aku.

Sejak itu la aku mula bersemangat nak ambil tahu pasal ular sawa ni, aku baca semua citer tentang ular sawa dan aku tanya pada orang yang bela ular sawa ni, dari situ la aku tahu serba sedikit tentang ular sawa ni.

IMG_0750

Kali pertama aku pegang ular sawa ni, satu badan bergeletar, nak kata takut tu ada la sikit2, tapi perasaan nak pegang dia lagi tinggi pada takut, tu sebab aku beranikan diri. dan bila tuan dia letakan ular sawa tu kat lehir aku perasaan takut dan gementar aku hilang, sebaliknya aku rasa ular tu sangat la manja.

Bila da lama aku pun dah biasa ngn ular, dan skrg aku patang tengok ular sawa, aku akan usaha juga agar aku dapat pegang. Sebenarnya ular sawa ni tak bahaya, dan ular sawa juga dia jinak, tapi satu dia x kenal sapa tuan dia, yang dia tau adalah tangan yang membelainya, dan ular sawa ni kita tak boleh nak berkasar dgn dia, kalau berkasar dgn dia menyebabkan dia marah dan bertindak balas.

Saat paling best bila dapat cium kepala ular sawa , terasa ular bernafas, dan masa cium kepala ular, otomatik ular tu akan diam.

Selain dari ular aku juga minat pada arnab, hamster, iguana, kucing, tupai dan banyak lagi haiwan yang aku suka, malah aku anggap haiwan-haiwan ni adalah kawan aku, walaupun haiwan ni x boleh bercakap, tapi blh tunjuk kasih sayang nya pada kita.

IMG_0763

kawan aku yang dulu nya sangat takut pada ular, tapi sekarang dia lebih berani dari aku, kenapa dia lebih berani, rahsia nya cuba la dekati dengan ular sawa tu baru blh tahu hehe..

Takut dan geli selalu bermain di minda kebanyakan manusia ni, tapi adakah mereka ni cuba untuk pegang atau sentuh spesis ular sawa ini??

Aku adalah Aku…

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

IMG_0636

Aku adalah aku…itu adalah entry aku kali ini. Apa yang best nya citer ni? nak tau jom layann…huhu .

Aku adalah aku dan aku bukan orang lain, sama sekali aku tidak sama ngn orang lain, setiap manusia ada perbezaan nya..walaupun kembar. Aku manusia yang biasa sahaja kehidupan yang sederhana sja x da lebih n xda kurang…

Apa tujuan aku cakap seperti ini ? nak tau? kerana aku dah bosan aku dah lali dengan sikap sesetengah manusia yang x pernah cukup n puas apa yg mereka ada yang sering suka jaga tepi kain orang dan suka membuat fitnah dan tuduhan melulu tanpa usul periksa.

Dat y la aku aku cakap “aku adalah aku” kerana ak x suka ambil tau hal orang, aku x suka nak masuk campur dalam masalah orang lain, kebanyakan aku akan ambil tahu hal aku sendiri je, tetapi ada juga manusia yang selama ni aku x pernah ganggu pun hidup dia dan aku rasa aku xda masalah ngn dia, tetapi kenapa dia iri hati ngn aku, x senang hati bila tengok aku senang…apa masalah manusia seperti ini??? smpai cerita bukan2 pasal aku kpd org lain dan macam2 lagi la..Kekadang hati aku ni pandai juga panas dan kesabaran aku pn ada juga tahapnya, tapi aku tenang je la n wat x tau, sabar aja la. aku nk tgk sampai bila kesudahannya.

Facebook, twitter dan blog adalah life aku, lau korang nak tau aku ni suka berkawan dan aku x kesah berkawan ngn sapa2 pun janji dia ikhlas nak kawan ngn aku. Aku ada dua akaun fb, dan jumlah kawan yg kat fb aku hampir 7ribu, dan dlam 7K ni bermacam2 karenah manusia yang aku jumpa. Karenah yang pertama bila aku approve org tu sbg kwn kat fb aku n dia akan inbox or komen aku, tetapi sekiranya aku x bals inbox dia macam2 makian yang aku dapat. kekadang tu aku tergelak je la…sabar je la…dia nak kawan sehari je ke ngn aku kat fb ni??? ak pn x tau. lau korang nak tau aku ni ikut mood nk reply inbox or comment…lau mood aku ok, ok la, if x ok sorry la..itu lah aku tapi aku tgk juga msg camana yg di hantar tu..lau terlalu over aku out je huhu.

Dan karenah yang kedua bila kawan yg baru approve dan x kenal pn sapa dia, tetiba mintak no phone aku, selalunya ak xkan bagi, just aku kata cukup la kita kawan kat fb je, bila aku ckp cmtu ak lak kena marah n kena maki, masalahnya dia mintak no aku, aku ada hak nak bagi or x, lau btl nak kawan apa salahnya kita kawan kat fb je, kan senang jimat kedit sikit..hehehe..itu lah aku.

Kesimpulannya aku adalah aku, and aku ada hak untuk tentu masa depan aku, n aku tahu apa yang aku lakukan, x payah la nk nk fitnah bukan2 pasal aku, aku tkut nnti fitnah tu makan diri sendiri…

K la aku pn da x tau apa yang aku merepek ni, cukup la sekadar ini saja tuk kali ini, ampun dan maaf jika ada tersalah typing or terkasar bahasa k…semoga kita hidup aman sentiasa. Jumpa lagi huhu…

Malam Minggu :)

hampir seminggu aku x kuar rumah menghabiskan masa aku untuk siapkan sistem aku tu, tapi malam ni aku keluar untuk release tension aku.

banyak tempat aku lepak malam ni, bermula dengan makan malam di warung nasi ayam dara dan karoake bagi mensumbangkan suara dan lepak minum dekat kedai mamak semuanya area cheras..

dan pukul 2 pagi beralih ke mcd selayang, lepak plak kat sana hampir 2 jam berborak2 kosong dah kul 5 pg baru balik umah, memang terbaiklah kali aku lepak x pernah aku lpk byk tempat dalam sehari...tapi sekali sekala apa salahnya hehe...

soalan kenapa aku update citer ni? jawapannya sebab ak x tau nk update apa hehe...biasa la nk warm up blik mood berblog yg sekian lama menyepi, dengan phone aku blh update blog, so mudah la keja aku hehe.. dimana saja aku blh update blog :)

Rindunnya :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd blogger sekalian. semoga berada dlm keadaan sihat walfiat....

da lama sangat blog aku ni menyepi, mklum la xda masa plus ngn malas dat y blog aku terbiar macam tu je...

insyaAllah dgn ada iBlog ni akan aku selalu update blog aku ni, byk story yg ingin aku kongsikan ngn korang nih...tp tunggu masa sesuai la ya baru aku story.

Selamat hari raya aidilfitri aku ucapkan masih blm terlambat kerana kita masih lg berada dlm bln yg mulia iaitu bulan syawal..di kesempatan ini aku menyusun 10 ank jari aku memohon keampunan dan kemaafan jika selama aku berblog ni ada yg terkasar bahasa yg buat korang semua x senang hati...biasa la kita mnusia yg x terlepas dri mlkukan kesilapan..

ok la setakat ini dulu la ye,,t kita smbung lain hari...

Assalamualaikum...