Lagi2 Genting

DSC_0201

Assaslamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini citer x banyak, gambar saja yang banyak..hehe…layannnn..trip hujung minggu aku bersama Rachmady, Idull dan Ameen ke Genting Highland

 

DSC_0015

DSC_0027

hanya gambar sahaja yang boleh menceritakan hehehe..ini adalah salah satu permainan outdoor yang aku gemari..x kesah jenis macamana, yang penting ada cabaran, kerana aku suka pada cabaran.

DSC_0069

DSC_0076

DSC_0081

DSC_0079

DSC_0080

DSC_0085

DSC_0087

mungkin korang semua dah mainkan space shot ni, lau korang pg outdoor theme park genting, korang comfirm x kan terlepas main benda alah ni kan?? memang best sesangat…dalam banyak2 game ada kat sana, hanya 3 sj yang aku suka…(space shot, roller coaster and flying coaster)

DSC_0171

DSC_0099

DSC_0110

DSC_0193

ini saja yang aku dapat paparkan, walauapapun, trip aku selalunya enjoy, thanks to all kerana sudi luangkan masa sama kita bercuti, insyaAllah 2 minggu lagi trip aku ke Kuching sarawak buat kali ke 3 hehehe…

mereka semua ni adalah housemate aku, kami nama je dok satu umah, tapi jarang jumpa n jarang lepak, bila dah ada peluang camni baru lah kami boleh lepak sesama ..Smile with tongue out

Currlass!! ko DIVA

 

IMG_1719

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca semua.

Currlass!! Ko DIVA” cam lain je bunyi nya? kalau korang nk tau terus la membaca k…sebelum tu senyum sikit…kan manis tuh….hehehe.

Semalam memang xda plan pun nak keluar, tapi tetiba daus call ajak kuar lepak, katanya dia pun bosan, so aku ikut ja la, aku ni kan pemandu terhormat akan drive kemana saja ikut cakap Big Boss hehehe :)

Macam biasa la kitaorang, selalu buntu kalau nak keluar jejalan ni, so ambil keputusan pergi area yg berdekatan je la, pg la kami merempat ke Times Square.

Gambar yang kat atas tu, time tu aku tengah shopping baju, ya la da lama x beli baju baru kan…so p la cari2 yang berkenan di hati. Tapi hari ni rezeki aku murah, kerana Daus yang tolong bayarkan baju aku tu, Thanks bro!! ko memang terbaik la hahaha..(puji la sikit, org da belanja kan?)

IMG01067-20111029-2016

Lepas dapat apa yang di cari tadi kami pun pg la main bowling, ni kira hobi kitaorang juga la, kalau kuar sama pasti akan pg main bowling hehehe. Sekadar suka2 saja.

IMG_1730

Lepas main bowling semalam, tetiba dapat call yang minta Daus wat show kat Quality Hotel KL, sempena sambutan birthday husband Kak Nor (kak nor mana aku x tau, just kenal nama je). Gambar kat atas tu masa aku kat lobi hotel, menunggu Daus bersiap.hehehe.

IMG_1741

masuk2 je dewan aku ternampak Ida moin, memang da lama aku nk jumpa ngn Ida ni, cuma xda kesempatan, tapi semalam kira rezeki aku la dapat jumpa ngn dia, Ida juga antara artis jemputan semalam. Kak ida ni memang sporting la, tp x tahan gelak dengan karenah “melatah” dia..apa2 pun enjoy.

IMG_1740

hahaha..ini la yang di maksudkan Currlass!! Ko DIVA, terkesima jap aku tgk dia ni time dia menari, hebat siot..hahaha..opss!! bahaya kan pakaian dia? ni nama nya DIVA meletops..dah macam perempuan sungguh dah kalau tengok..nama dia wana…saja suka2 snap pic ngn dia hehehe…kalau pompuan ni mau aku tackle, tapi….mmmm xpa la…terima kasih ya.

IMG_1751

ini juga DIVA, namanya patoya x silap, yg berlakon dalam citer lalitaplum lau x salah la…hehehe yang ni x blh kata apa la….katanya xda mood time tu, sebab demam.tp time menari hebat.

IMG_1745

3 DIVA beraksi di stage hehe, ni masa last sebelum aku balik sempat snap. hebat sesangat. Lagi satu DIVA aku x sempat nk snap pic ngn dia, bz sesangat, tu pun aku ambil yang dok dekat area meja aku semalam ja….hehehe

Moral the story, aku papar ni sekadar hiburan saja, x da maksud lain, sekali sekala hiburkan hati sendiri x salahkan?

Ini la yang aku katakan “JADI LAH DIRI SENDIRI” korang fikir la ya, nak kata pun x blh, dah ini cara hidup dia, nak x nak kena la terima kan?

Terima kasih x terhingga kepada Kelly, kak nor dan abg man, sebab layan kami dengan baik sekali, dan terima kasih juga kerana menjemput ya, apa2 pun memang happening la party tadi, semoga Abg man panjang umur dan di murah rezeki serta berbahagia sentiasa isteri dan keluarga..Amin. Aku pergi ngn tangan kosong, tapi kami balik dapat hadiah lg, curlass gitew hahaha..ko ada? opss terguna ayat diorang lak….sepatutnta kita yang bawa hadiah, ni terbalik lak, lepas ni sapa2 nk suruh aku datang wat party camni k, sedia hadiah tuk sapa yang datang hehehe…

K la…cukup di sini dulu ya…Assalamualaikum.

Buang Anak

happy-face_thumb2

Di pagi hari yang nyaman,dua orang sudah lanjut usianya duduk berehat-rehat. Pak Abu dan Pak Majid namanya. Yang Pak Abu membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil hisap rokok daun.


Pak Abu: Majid, engkau tengoklah berita hari ini. Ada orang sanggup jual anaknya.
Pak Majid: Hmmmmm. Jawab Pak Majib macam acuh tak acuh je.

Pak Abu: Kot pun terdesak nak duit janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit. Kerja kat pam minyak ke, jual kacang putih ke, jual surat khabar ke. Betul tak Majid…?
Pak Majid:Hmmmmmmm… Sambil mengembus asap rokok daunnya keluar melalui hidungnya…


Pak Abu: Kau ni kenapa Majid? Takkan berita ini kau tak ambil peduli ke? Ini melibatkan kemanusiaan tahu. Binatang pun tahu nak jaga anaknya.
Pak Majid: Hmmmm….Nilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu..Aku jual je anak-anakku tu..


Pak Abu: Hah??? Engkau biar betul Majid!
Pak Majid: Hoii.. Engkau sedar tak sekarang ni berada di mana? Sedarlah Abu….Kita sekarang di RUMAH ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam nilah, dah lama dah aku jual budak-budak tu!
Pak Abu: HEHEHEHEHE….

Bahaya Mengumpat

 

mengumpat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku ingin kongsikan entry tentang isu keagamaan sikit, yang mana isu ini suka sangat di amalkan dikalangan umat islam kita sekarang baik perempuan ataupun baik lelaki. Baca dan fikir, Jangan ambil mudah tentang hal sedemikian k.

Ghibah atau mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.


Rasulullah S.A. W. bersabda yang bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya." (Hadis Riwayat Muslim).


Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).


Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa besar.


Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan dirinya.


Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud).


Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.
Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.

Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".


Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.
Inilah orang yang muflis di akhirat nanti.

Contest DANIEL ADIE : SISPA

banner-contest-adie

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini aku ambil kesempatan untuk join contest DANIEL ADIE  yang diberi tajuk SISPA, iaitu “Senyum Ikhlas dan Senyum Palsu”. Yang mana ingin dilampirkan gambar dalam keadaan senyum ikhlas dan senyum palsu. Dan gambar kat bawah tu adalah hasilnya.

Contest ni macam menarik je aku tengok, sebab itu la aku join, kalau korang nk join xda masalah lagi pun tarik tutup tinggal lagi 3 hari lagi, 30hb October 2011.

me

“terkadang senyuman palsu terukir apabila ingin menutupi isi hati yang sebenanrnya, dan menyakinkan orang bahawa ia nya tulus dan mulus serta menyenangkan hati orang lain.”

Seperti mana yang diminta oleh tuan empunya contest, di sini aku tag kan kawan bloggers aku.

1. Nan Chew

2. Oshin

Sekian saja dari aku. Terima kasih kerana menganjurkan contest seperti ini.

Lambang Monster Energy Taktik Barat Bagi Menyesatkan Akidah Umat Islam

Assalamualaikum .. salam sejahtera untuk semua pembaca dan blogger.

MONSTER ENERGY

Itulah antara fenoma baru dalam dunia permotoran.

Untuk pengetahuan semua, Monster Energy ni merupakan satu produk minuman tenaga yang dikeluarkan oleh Hansen Natural Corporation pada tahun 2002. Produk ini dikeluarkan di Amerika Syarikat yang mana ianya banyak menaja pelbagai jenis aktiviti sukan, ahli sukan dan juga artis-artis muzik barat.
 
Monster Energy juga agak berpengaruh dalam dunia permotoran dimana dalam dunia perlumbaan motosikal, Monster Energy menjadi popular dengan menaja beberapa nama besar dalam dunia perlumbaan MotoGP seperti Valentino Rossi, Colin Edwards dan Ben Spies. Fenomena Monster Energy ini juga sudah merebak di Malaysia dengan pelbagai produk diperkenalkan seperti topi, helmet, baju, sarung lengan dan pelbagai lagi produk yang memaparkan logo ini.
 
Apa yang menjadi isu sekarang ialah tulisan Monster Energy tersebut dikatakan mempunyai tanda salib yang tersembunyi. Jika diteliti secara terperinci pada huruf ‘O’ di tulisan tersebut, jelas ianya merupakan lambang salib yang disambung hingga membentuk huruf ‘O’. Mungkin ini salah satu taktik barat bagi menyesatkan akidah umat Islam.
 
Selain itu, aku juga mendapat satu info daripada satu laman blog. Menurut penulis blog berkenaan huruf ‘M’ yang semacam kesan cakaran itu adalah gabungan dari huruf ‘V’ dalam bahasa Hebrew. Yang seakan nombor ‘7’ tu. Dan huruf ‘V’ tu adalah huruf ke-6 dalam susunan huruf Hebrew. Jadi ia sengaja disusun 3 kali membentuk huruf ‘M’. 666 mesej satanic.
Dan di Malaysia kalau kita lihat, semakin ramai anak muda yang semakin menggilai Monster Energy ini. Tidak kira la samada sticker, helmet, topi, motosikal dan sebagainya pasti akan diletakkan dengan logo dan tulisan Monster Energy ini. Kononnya trend terkini. Jadi sekiranya anda salah seorang dari mereka yang memuja dan menggemari Monster Energy ini, berhati-hati. Anda dinasihatkan agar sama-sama remove benda-benda sebegini.

Mudah-mudahan kita dapat mengambil pengajaran dan tidak terpesong dengan dakyah barat yang menyesatkan akidah kita.

sumber : http://thealonghidayah.blogspot.com/

Jadi lah diri anda sendiri

dennisoh1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger dan reader semua. Semoga berada dalam keadaan sihat walfiat.

Jadi lah diri sendiri, jangan jadi diri orang lain, wat apa nak susahkan diri nak jadi orang lain? masing2 ada cara tersendiri betul? buat la apa yang korang nak buat, asalkan benda tu betul dan memberikan hidup anda gembira.

Jangan terlalu memikirkan hal orang lain, malah cuba fikir untuk diri sendiri k. xsalah kalau nk minta pandangan dan pendapat dari org lain, dan cuba pelajari menerima teguran. Tapi kena tengok juga cara teguran macamana, lau ala2 sindiran tu bo layan la k, jangan peningkan kepala tu…

Korang ada hak betul nak buat apapun? janji anda x menyusahkan orang lain. Dan biarkan orang lain yang nak  susahkan diri mereka sendiri, tiada paksaan betul ?

Apa pun jadi lah diri anda sendiri, setiap ciptaan Allah ada keistimewaan yang tersendiri, dan cuba cari keistimewaan dalam diri anda k, jangan cari keistimewaan org lain …..percaya dan yakin pada diri sendiri itu yang paling bagus dalam hidup anda.

Cuba faham kan apa maksud itu k…Assalamualaikum.

adakah baldi ini sudah penuh?

320722_226688037387743_225490097507537_622298_1092268291_n

Satu hari seorang pensyarah sedang memberi kuliah tentang pengurusan masa kepada mahasiswa. Dengan penuh semangat ia berdiri depan kelas dan berkata. “Okay. Sekarang masa untuk quiz.” Kemudian ia mengeluarkan sebuah baldi yang kosong dan meletakkannya di meja. Kemudian ia mengisi baldi tersebut dengan batu-batu yang besar.

Dia terus mengisi batu sehingga tidak ada lagi batu yang muat untuk dimasukkan ke dalam baldi, dia bertanya pada kelas, “Menurut anda, adakah baldi ini sudah penuh?” Semua pelajar serentak berkata, “Ya!”

Cikgu bertanya kembali. “Betulkah”? “Kemudian dari dalam meja ia mengeluarkan sebekas batu kerikil kecil, lalu menuangkan kerikil-kerikil itu ke dalam baldi lalu menggoncang-goncang baldi itu sehingga batu kerikil itu turun ke bawah mengisi celah-celah kosong di antara batu-batu besar.

Kemudian, sekali lagi ia bertanya pada kelas, “Ok, adakah sekarang baldi ni dah penuh?” Kali ini para pelajar terdiam. Seseorang menjawab, “Mungkin tidak.” “Bagus..” sahut pensyarah.

Kemudian dia mengeluarkan sekantung pasir dan menuangkannya ke dalam baldi. Pasir itu jatuh mengisi di celah-celah ruang kosong antara batu dan kerikil. Sekali lagi, ia bertanya pada kelas,

“Baiklah, sekarang baldi ini sudah penuh?”
“Belum!” jawab seluruh kelas.


Sekali lagi dia berkata, “Bagus…” Kemudian dia mengeluarkan sebotol air dan mulai menuangkan airnya ke dalam baldi sampai ke penuh.


Ok sekarang lihat eksperimen kedua saya,dia pun memasukkan air terlebih dahulu sehingga , kemudian meletakkan sekantung pasir dan batu kerikil. Baldi itu kelihatan sudah penuh sehingga dia hanya dapat meletakkan sedikit sahaja batu-batu besar. Banyak lagi batu besar tidak dapat dimasukkan ke dalam baldi. Dia cuba menyumbat dan menggoncang baldi tetapi masih ada banyak lagi baki batu besar yang tidak boleh dimasukkan.


Lalu dia berpusing ke kelas dan bertanya, ‘Tahukah anda apa maksud illustrasi ini?”
Kenyataan dari batu dan baldi ini mengajarkan pada kita bahawa:
Bila anda tidak memasukkan “batu besar” terlebih dahulu, maka anda tidak akan boleh memasukkan semuanya.”


Apa yang dimaksudkan dengan “batu besar” dalam hidup anda? keluarga anda, pelajaran anda,ibadat anda, pekerjaan anda dan perkara yang penting dalam hidup anda seperti kesihatan anda, kawan-kawan anda dan yang seharusnya dijadikan prioriti utama dalam hidup anda.

Ingatlah supaya memasukkan “Batu Besar” dahulu sebelum batu-batu kecil atau anda akan kehilangan semuanya. Bila anda mengisinya dengan perkara-perkara kecil (seperti kerikil dan pasir) maka hidup anda akan penuh dengan perkara-perkara kecil yang merisaukan dan ini sepatutnya tidak perlu seperti bermain games,facebook, melepak dan sebagainya sehingga masa anda terbuang begitu sahaja sehari sedangkan anda tidak memenuhkan ‘baldi’ anda dengan batu besar.


Kerana dengan demikian anda tidak akan pernah memiliki masa yang cukup untuk perkara-perkara yang besar dan penting.


Oleh kerana itu, setiap pagi atau malam, ketika akan merenungkan cerita pendek ini, tanyalah pada diri anda sendiri: “Apakah batu besar-batu besar dalam hidup saya?” dan buatlah perkara itu dahulu

RM 10

309787_234963829893497_225490097507537_649149_168726920_n

Assalamualaikum wbt.

Semalam aku terbaca satu artikel ni di facebook, perasaan ingin tahu, aku terus membaca, sehinggakan aku x sedar yang air mata aku dah berlinangan membasahi pipi….Jika korang belum baca lagi, sila la baca k…dan fahami la betul2..terutamanya kepada ibu dan bapa yg punyai anak..
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....


Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya? Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat? Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit.. Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?


Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!" Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit.

Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini. Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.

"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!" Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??" Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.

Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi. "Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

“Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira”

Hari-hari Ku

laptop_work

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Blogger dan Pembaca sekalian.

Hari ini aku x sempat nak blog walking, dek kerana aku kena siapkan keja aku yang masih bertimbun2 lagi tuh. Terima kasih bebanyak kepada kawan2 blogger yang lama dan blogger yang baru datang singgah kat blog aku ni dan ada yang meninggalkan jejak di blog aku ni aku ucapkan selamat datang la ya….Sorry sangat aku x sempat nak balas kunjungan korang semua.
 
Walaupun aku x aktif atau pedulikan blog aku hari ni seharian, tapi jumlah pelawat yang melawat blog aku ni menakjubkan..hehehe…Terima kasih ya buat korang semua, aku ingatkan blog aku ni xda orang nak melawat hehe…Smile
Ini pun aku ambil masa rehat aku jap untuk mengupdate blog aku nih, kenapa aku nk mengupdate sangat blog aku ni? kalau korang nak tau, dalam masa aku menaip, aku dapat ilham yang dapat menyelesaikan masalah kerja aku, aku pun pelik sebenarnya, sambil aku menaip aku x pk pun apa yang aku taip, malah aku pk tentang solutions keja, if ada yang x pat aku buat, bila aku dah habis menaip, aku dapat idea macamana aku nk buat..hehehe…
 
Anugerah Tuhan, aku terima je….time aku update ni sebab aku blur, ada satu dua coding error, dan buat aku tension, so nk release tension aku pun senang je, dengan menaip je…heheh x kesah la menaip entry ke, cerita ke..apa2 ke..asalkan menaip.
 
Mata dah pun rabak ni, aku stop kat sini dulu la ya, nak sambung wat keja lak, siap cepat, cepat la blh tido huhu….best kan org lain da lena di buai mimpi dah….apa2 pun thanks again….Assalamualaikum….
 
 

“Jangan takut dengan daki-daki dan noda kotoran yang menempel diwajahmu dan dirimu, itu adalah risiko dari usahamu. Engkau justeru akan banyak belajar dari noda-noda kotoran yang engkau terima. TAK ADA SESUATU YANG SEMPURNA DI DUNIA INI. “

Hari Happy & Hari Penat

IMG_1654

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam keadaan penat dan lesu tambah lak mata mengantuk nih, sempat lagi aku update entry aku nih…gigihkan? hahaha…

Apa yang hari Happy tu? hari happy aku adalah hari cuti bersama keluarga angkat aku..hehehe, nk cuti ngn keluarga sendiri jauh, nak balik kg pun x memadai, so bercuti la ngn family angkat aku yang ada kat Damansara tuh…bercuti kemana? x kemana pun, dok umah diorang je…melepak2 sambil buat BBQ, memandangkan semua ada kat umah semalam, so buat la, bila ramai ni happy la sikit nak BBQ nih….lg pun bukan senang nak jumpa, masing2 busy ngn kerja masing2.

Apa plak hari yang penat? hari yang penat adalah, hari selasa lepas aku x tido, kerana ingin siapkan kerja aku yang tertangguh, dan sampai la skunk aku blm tido, tu yang rasa penat dan lesu ni, tapi xpa, jap lagi aku nak rest secukupnya..huhu….

Itu je yang aku nak kongsi hari ni…mungkin korang lagi meriahkan cuti semalam, masing2 pecah kepala, eh silap, pecah kelapa..hehehe…..

Ok la jumpa lagi ya :)

Hari Deepavali

happy deepavali cards

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua dan “Happy Deepavali” kepada seluruh kaum hindi dan Tamil di malaysia ini. Entry aku kali ini ingin kongsikan maksud Hari Deepavali yang sebenarnya, sekadar pengetahuan sahaja, memandangkan kita hidup 1 Malaysia kan? jadi kena la tahu serba sedikit, macamana sambutan dia yang sebenarnya.

Shubh_Deepavali_Wishes-Diwali-161_big

Hari Deepavali (Hindi: दिपावली, Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali (Hindi: दीवाली) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasura yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasura meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Kanak-kanak menyalakan pelita api dalam bentuk swastika sehari sebelum perayaan Deepavali disambut.

Tarikh-tarikh dalam pelbagai kalendar

Perayaan ini disambut selama tempoh yang berbeza oleh komuniti berbeza. Walaupun hari-hari terasnya adalah sama dan jatuh pada hari-hari yang sama di seluruh Nepal dan India, namun hari-hari tersebut jatuh pada bulan-bulan Gregorian yang berbeza bergantung kepada versi kalendar Hindu yang digunakan dalam setempat. Versi Amanta ("tamat pada anak bulan") kalendar Hindu diamalkan sebagai kalendar kebangsaan India. Mengikut kalendar ini yang luas digunakan di India selatan dan Maharashtra, keraian enam hari ini dibawa dari empat hari terakhir bulan Ashwayuja (Ashwin dalam bahasa Marathi) dan dua hari pertama bulan baru Kartika. Menurut versiPurnimanta ("tamat pada bulan purnama") yang meluas di India utara, Diwali jatuh pada pertengahan bulan Ashwayuja/Ashvin. Dalamkalendar Gregorian, Deepavali biasanya tiba pada bulan Oktober atau November.

Kepentingan dalam agama Hindu

Perayaan ini menandakan kemenangan kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, serta penanggalan kegelapan rohani. Secara simbolik, Deepavali menandakan kembalinya semangat muhibah dan kepercayaan setelah lama menyepi, seperti yang diceritakan dalamRamayana.

Perkataan Sanskrit "Deepavali" bermaksud satu pameran pelita-pelita yang menandakan kemenangan cahaya ke atas kegelapan. Oleh sebab pengetahuan bahasa Sanskrit merosot, nama perayaan ini sering diubah menjadi Divali, terutamanya di India utara.

Pada hari Deepavali, ramai yang memakai pakaian baru, berkongsi gula-gula dan makanan ringan. Beberapa komuniti niaga India utara memulakan tahun kewangan pada hari Divali, maka buku akaun baru akan dibuka pada hari ini.

Cerita berkaitan Deepavali

Orang Hindu memperingati beberapa peristiwa mitos penting yang berkaitan dengan Deepavali:

  • Kembalinya Lord Rama ke Ayodhya: Deepavali juga meraikan kembalinya Rama, Raja Ayodhya, bersama ratunya Sita dan adindanya Lakshmana ke Ayodhya setelah 14 tahun hidup dalam buangan, disusuli satu perang yang menyaksikan Rama membunuh raja syaitan Ravana. Adalah dipercayai bahawa rakyat Ayodhya menyala pelita sepanjang jalan untuk menerangi laluan mereka dalam kegelapan. Oleh sebab Rama pergi dari India Selatan ke kerajaannya di India Utara, maka baginda merentasi bahagian selatan terlebih dahulu. Inilah sebabnya perayaan ini disambut sehari lebih awal di India Selatan. Di India Utara, perayaan ini disambut pada hari terakhir kalendar Vikram. Hari berikutnya menandakan tahun baru India Utara yang bergelar Annakut.
  • Pembunuhan Narakasura: Disambut sebagai Naraka Chaturdasi, dua hari sebelum hari Deepavali, hari ini memperingati pembunuhan Narakasura (Naragasuri dalam bahasa Tamil), seekor syaitan durjana yang mencetus huru-hara, oleh Satyabhama, isteri Raja Krishna (Maha Krishnan). ini berlaku di Dwapar Yuga ketika detik ini dalam avatar (jelmaan) Raja Krishna ini. Sebelum kematian Narakasura, dia meminta rahmat dari ibunya, Satyabhama (dipercayai sebagai satu avatar Bhudevi - ibu Narakasura), bahawa semua orang patut menyambut kematiannya dengan chaaya berwarna-warni.
  • Kezahidan Shakti: Menurut Skanda Purana, dewi Shakti mematuhi 21 hari kezahidan bermula daripada ashtami shukla paksha (hari kelapan tempoh pencerahan bulan) untuk memperoleh separuh jasad Raja Shiva. Vrata (kezahidan) ini dikenali sebagai kedhara vrata. Deepavali ialah hari pelengkapan kezahidan ini. Inilah harinya Raja Shiva menerima Shakti ke dalam separuh kiri jasadnya lalu menjelma sebagai Ardhanarishvara. Penganut-penganut yang kuat pegangan agamanya mematuhi vrata 21 hari ini dengan melakukankalasha dengan 21 benang dalamnya dan 21 jenis persembahan selama 35 hari. Hari terakhirnya disambut sebagai kedhara gauri vrata.
  • Krishna menewaskan Indra: Govardhan Puja disambut sehari selepas Deepavali. Inilah harinya Raja Krishna menewaskan Indra, dewa petir dan hujan. Alkisah, Krishna memantau persediaan besar-besaran untuk persembahan tahunan kepada Dewa Indra dan menyoal ayahandanya Nanda mengenai ini. Krishna berbincang dengan para penduduk kampung mengenai apa sebenarnya 'dharma' mereka. Mereka adalah golongan petani, maka mereka patut menjalankan tugas mereka dan menumpu perhatian kepada pertanian dan perlindungan lembu-lembu mereka. Krishna terus mengatakan bahawa semua insan sepatutnya hanya mengerjakan 'karma' diri, dengan sebaik mana yang boleh dan bukannya berdoa untuk fenomena alam. Para penduduk kampung mempercayai Krishna, maka tidak meneruskan puja (prayer) istimewa itu. Maka itu, Indra murka lalu membanjiri kampung. Krishna kemudiannya mengangkat Gunung Govardhan dan mengangkatnya sebagai perlindungan kepada rakyatnya dan lembu-lembu mereka dari hujan. Indra akhirnya mengaku kalah dan memperakui keagungna Krishna. Aspek riwayat Krishna ini sungguhpun tidak diketahui ramai, namun sebenarnya menyediakan asas kepada falsafah 'karma' yang diterangkan secara terperinci dalam Bhagavad Gita.
  • Kembalinya Bali ke neraka:Dalam Bhavishyottara dan Brahma Vaivarta Purana, Deepavali dikaitkan dengan Raja Daitya, Bali, yang dibenarkan kembali ke bumi setahun sekali. Bagaimanapun, di Kerala inilah sebab 'Onam' disambut. Perayaan 'Onam' jatuh sekitar Ogos-September.
 

Bunga merupakan hiasan yang tidak dapat dipisahkan dari Divali seperti juga hiasan yang lain.

Kepentingan esoterik

Walaupun Deepavali dikenali ramai sebagai "perayaan cahaya", namun erti esoteriknya yang terpenting ialah "kesedaran akan cahaya dalaman".

Yang penting dalam falsafah Hindu ialah penegasan bahawa terdapat sesuatu yang menjangkaui jasad dan minda jasmani yang tulen, abadi dan tak terhingga, iaitu Atman. Seperti mana kita menyambut kelahiran jasmani kita, Deepavali ialah sambutan Cahaya Dalaman, khususnya kesedaran akan cahaya ini yang mengatasi segala kegelapan (menanggalkan segala halangan dan melenyapkan segala kejahilan), menyedarkan individu akan sifat sejati dirinya, bukan dalam bentuk jasmani, sebaliknya dalm kenyataan yang abadi, tidak terhingga dan unggul. Dengan realisasi Atman, datangnya belas kasihan, kasih sayang sejagat, dad kesedaran seseorang akan segalanya (peningkatan pengetahuan), lalu membawa kepada Ananda (Kebahagiaan atau Keamanan Kedalaman).

Deepavali meraikannya melalui mercun, pelita, bunga, perkongsian gula-gula, dan sembahyang. Walaupun cerita di sebalik Deepavali berbeza dari tempat ke setempat, namun intipatinya tetap sama - untuk bergembira dalam Cahaya Dalaman (Atman) atau the realiti yang mendasari segalanya (Brahman).

Lima hari Diwali

Sambutan Deepavali diadakan selama lima hari di kebanyakan India Utara. Semua hari kecuali Deepavali dinamakan bersempena gelaran masing-masing dalam kalendar Hindu.

  1. Dhanatrayodashi atau Dhan teras: Dhan bermaksud "kekayaan" dan Trayodashi bermaksud "hari ke-13". Maka, seperti yang ditandakan dalam nama, hari ini jatuh pada hari ke-13 separuh kedua bulan qamari. Hari ini adalah bertuah untuk membeli-belah perkakas dan emas. Hari ini juga dianggap sebagai Jayanti Dewa Dhanvantri yang muncul ketika dewa-dewi dan iblis-iblis menggodak lautan besar.[1]
  2. Naraka Chaturdashi: Chaturdashi ialah hari ke-14 yang menandakan Narakasura dibunuh, maka kebaikan menewaskan kejahatan dan cahaya mengatasi kegelapan (bahasa Gujarat: Kali Chaudas).
    Di India selatan, inilah hari perayaan yang sebenarnya. Orang Hindu bangun jauh lebih awal sebelum subuh seperti 2:00 pagi, bermandi minyak wangi dan memakai pakaian baru. Mereka menyala pelita kecil di keliling rumah dan melukis kolam/rangoli di luar kolam mereka. Mereka menjalankan puja istimewa dengan persembahan kepada Dewa Sri Krishna atau Dewa Sri Vishnu yang menyelamatkan dunia dari iblis Narakasura pada hari ini. Adalah dipercayai bahawa bermandi sebelum matahari terbit, apabila bintang masih berkelipan di langit, bersamaan dengan bermandi di Sungai Ganges yang suci. Maka, apabila orang bertegur sapa pada waktu pagi, mereka bertanya "Sudahkah kamu menjalankan Ganga Snaanam?".
    Selepas puja, kanak-kanak menyalakan bunga api menandakan kekalahan iblis itu. Oleh sebab inilah hari kegembiraan, ramai akan bersarapan dan bermakan tengah hari secara besar-besaran dan menziarahi saudara mara. Pada waktu petang, pelita dinyalakan lagi dan Dewi Lakshmi dipuja dan disembah hidangan istimewa. Pada hari ketiadaan bulan ini, ramai akan menyembah tarpana (penyembahan air dan biji bijan) istimewa kepada nenek moyang. Hari ini juga dipanggil Roop Chaturdashi
  3. Lakshmi Pujae: Lakshmi Puja, menandakan hari terpenting dalam sambutan Deepavali, apabila Lakshmi, dewi kekayaan dan Ganesha, dewa permulaan bertuah, dipuja oleh semua rumahtangga Hindu, disusuli penyalaan lampu di sepanjang jalan dan keliling rumah, untuk mengundang kemakmuran dan kesejahteraan.
  4. Govardhan Puja: Juga dipanggil Annakut, hari ini disambut sebagai hari Krishna menewaskan Indra. Untuk Annakut setimbunan makanan dihiasi melambangkan gunung Govardhan diangkat Dewa Krishna. Di negeri Maharashtra hari ini disambut sebagai Padva atau BaliPratipada — iaitu memperingati Raja Bali. Kaum lelaki memberikan hadiah kepada isteri mereka pada hari ini.
  5. Bhaiduj (juga Bhayyaduj, Bhaubeej atau Bhayitika): pada hari ini, adik-beradik bertemu untuk meluahkan rasa kasih sayang antara satu sama lain (Bahasa Gujarati: Bhai Bij;Bahasa Bengali: Bhai Phota). Kebanyakan perayaan India menyatukan keluarga, maka Bhaiduj menyatukan adik-beradik yang sudah berkahwin, maka hari ini amat penting bagi mereka selaku adik-beradik. Perayaan ini amat lama, dan mendahului 'Raksha Bandhan', iaitu satu lagi perayaan adik-beradik yang disambut kini.

Sambutan Deepavali ini berbeza di rantau-rantau tertentu:

  • Di India Selatan, naraka chaturdashi ialah hari utama, dengan penyalaan mercun pada subuh.
  • Pesta utama di India Utara adalah pada petang Amavasya (tiada bulan) dengan Lakshmi Puja, disusuli penyalaan pelita di rumah.

Sambutan Deepavali di Malaysia

Di Malaysia, hari Deepavali disambut pada bulan ketujuh kalendar suria Hindu dan dijadikan cuti umum persekutuan di seluruh Malaysia.
Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya dibuat daripada bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi, Dewi Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

"Kolam" merupakan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

deepavali

Mayat Gaddafi berbau busuk

Reuters - MAYAT Muammar Gaddafi yang masih diletakkan di dalam sebuah bilik sejuk di Misrata, Libya semalam.


MISRATA, Libya - Mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mula mereput dan berbau busuk selepas empat hari ditempatkan di dalam sebuah bilik sejuk simpanan daging di sini sejak Khamis lalu.

Pejuang-pejuang yang mengawal jenazah Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim bertindak meletakkan lapisan plastik di bawah jenazah mereka ekoran cecair mayat mula mengalir di dalam bilik sejuk beku sebuah pasar tempat kedua-dua jenazah itu disimpan.

Warna kedua-dua mayat itu menjadi semakin hitam selepas tidak dikebumikan selama empat hari.

Para pejuang Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mula memberikan topeng bedah kepada para pelawat untuk melindungi daripada terhidu bau busuk yang tersebar ke dalam bilik sejuk beku tersebut.

"Tuhan mencipta firaun sebagai teladan kepada manusia lain," kata seorang penduduk, Salem Shaka yang melawat kedua-dua jenazah itu semalam.

"Jika beliau seorang yang baik, kami pasti akan mengebumikannya.

Reuters
SEORANG lelaki menutup hidungnya semasa dia melihat mayat Muammar Gaddafi di dalam bilik sejuk di Misrata, Libya semalam.


Namun, beliau sendiri yang memilih jalan ini (jalan kehancuran)," tambahnya.

Gaddafi dan anak lelakinya, Motassim mati dibunuh di bandar kelahiran Gaddafi, Sirte selepas mereka ditangkap pada Khamis lalu.

Seorang lagi lelaki menyatakan dia memandu sejauh 400 kilometer untuk melihat mayat Gaddafi.

"Saya datang ke sini untuk memastikan dengan mata saya sendiri. Semua penduduk Libya mesti melihatnya," katanya.

Pengebumian Gaddafi masih menjadi perbalahan dalam kalangan anggota-anggota NTC yang memerintah Libya buat sementara waktu.

Para pemimpin NTC mahu mayat Gaddafi dikebumikan di sebuah lokasi rahsia supaya makamnya tidak dipuja.

Namun, suku kaum Gaddafi mahu mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte. - Reuters

sumer : kosmo

mencari kerja kosong

 

pencari kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada blogger dan pembaca sekalian.

Hari ni aku habiskan masa untuk mencari kerja kosong, tapi masih lagi aku buntu, memandangkan zaman sekarang ni bukan senang nak mohon kerja.

Dah banyak juga aku submit resume, tapi belum ada panggilan lagi, dan hari ni aku cuba lagi submit resume aku, aku dah busan da hidup macam ni, bukan aku xda keja, tapi kerja aku ni x tetap, aku perlulan kerja yang tetap, memandangkan umur aku da lanjut dah ni, aku perlu cari kerja yang menjamin masa depan aku, dan aku juga ingin mendiri rumah tangga…

Dan banyak lagi impian aku belum tercapai…tapi aku bersabar je la, percaya pada rezeki Allah. Sekarang ni kalau xda orang dalam memang susah nak dapat kerja kan? ini la dikatakan politik keja.

Aku dah bosan da banyak company da aku kerja, tapi semua nya tidak ada jaminan, ini la dikata lumrah hidup di bandar yang besar ni…orang kata kat KL ni banyak kerja kosongkan, tapi memang banyak tapi nak dapat tu yang susahnya…bukan sikit org mohon keja ni…tu semua bergantung pada rezeki la…

Hmmm…sapa2 yang tau tentang info2 kerja kosong berkaitang dengan IT blh bagitau aku k….

JOM JOIN KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS

 

Icon copy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada Blogger sekalian.

Tadi aku ada buat blogwalking, dan aku terbaca satu entry ni, KEMPEN TINGKATKAN JUMLAH FOLLOWERS. Macam best la plak, tu sebab aku join. Sebelum ni aku jarang join ngn benda2 ni semua. Kali ini aku nak cuba..

Kalau korang pun nak join sama boleh la klik link di bawah ni k Smile

[JOM JOIN]

Join la sekarang sebelum terlambat.hehe.

Bukan mengejar nama atau rupa

Assalamualaikum dan salam sejahtera dan selamat petang :)

302530_282286301789838_100000254117213_1149866_1299777507_n

wah!! entry aku kali ni…bukan mengejar nama atau rupa? senang kata bukan mengejar kepopulariti. lagi senang bukan mengejar kefemesan. hehehe. Nak tahu sila la baca….

Apa yang ingin aku sampaikan di sini adalah, aku ni bukan lah seorang yang ingin mengejar semua itu, sikit pun xda, dan aku berblog ini pun bukan nk mengejar nama atau kepopulariti yang sesetengah orang beraggapan seperti itu.

Sama juga di facebook dan sama juga di twitter. aku akui memang ramai yang mengenali aku, samada kenal aku di facebook, di twitter, di blog dan di luar. Aku lagi suka kalau orang yang ingin berkawan ngan aku…tapi xda maksud di sebalik itu.

Nak kata muka aku handsome, xda la handsome sama seperti Aaron Aziz pun…wahh!! statement…huhu sekadar perumpamaan je la k. Bagi aku, aku bersyukur kerana dianugerahkan seperti ini, sikit pun xda perasaan riak dan bangga diri yang wujud dalam diri aku ni, aku sentiasa menerima segala teguran dan kritikan dari orang lain, kerana aku tahu, aku bukan la sempurna sangat pasti ada kekurangan dan kesilapan yang tanpa aku sedari atau sedar.

Di dalam berblog, aku berkarya bukan kerana nama, bukan kerana rupa, aku paparkan gambar2 aku tu sekadar suka2, jika ada yang suka tengok xda jadi masalah,  dan ada yang x suka tengok itu aku x blh nak berbuat apa la kan? dan aku rasa penulisan aku xda la sehebat mana pun lau nk dibandingkan dengan blogger lain. Tapi cuma satu ja, dalam berblog ni aku x suka citer pasal hal orang lain, kerana itu jauh sekali untuk memburukkan nama orang di blog ini, jika ada masalah ngn orang lain sekali pun x perlu la kita nak luah kat sini betul? kerana itu membabitkan orang lain, yang korang tidak mengenali, dan boleh dikatakan mengaibkan orang betul?

Di facebook, aku suka upload gambar, bukan niat aku ingin menunjuk-nunjuk, aku upload gambar tu dengan tujuan family aku boleh tengok apa aktiviti aku. ya la nak tunggu aku balik kg memang susah, so di facebook lah tempat mereka melihat wajah aku. Walaupun aku blm lagi mendapat feedback yg buruk, tapi sekadar ingin memberitahu sahaja, bagi aku x salah kan? selagi gambar2 aku x over dan x menyakit mata memandang.

Dan di twitter plak, aku suka bertweet dan membalas tweet orang, dan bukan bermakna aku nak mereka semua balas tweet aku, aku cuma ada satu niat sahaja, iaitu niat tuk berkawan, tapi kalau tweet yang berketelaluan tu memang aku x balas la, sbb x patut kot aku balas…tapi ada je yang melayan, tu x kesah la hak masing2 kan.

Aku tau mungkin ada orang yang berkata tentang aku, contohnya : x cukup di facebook dia kejar femes dan skunk di twitter dan blog plak. Bagi diri aku jauh sekali tidak seperti itu, aku da busan di facebook (bukan bermakna aku terus lupakan fb) dan aku cuba beralih plak ke twitter, dan aku berblog ni da 3 tahun kot. Tapi xda la aktif seperti skrg, dulu aku busy dan skunk aku ada banyak masa that ya la aku aktif balik. Dan Alhamdulillah, walaupun aku x aktif mana kat fb tapi masih lagi ada kawan yang concern tentang aku. dan yang mana mereka xda twitter la.

Dan aku bukan menaruh harapan agar blog aku ni mempunyai ramai follower, dan ramai reader.dan ramai yg komen, bagi aku semua tu x kesah pun, if terasa nk follow, aku cukup2 hargai, begitu juga lau nak komen lagi la aku hargai dan berterima kasih. Bukan apa blog ni tempat aku habiskan masa aku, dan cuba berkongsi ngn orang lain yang mana sudi la. aku x kesah kalau ada org datng ke blog aku sekadar view je…dan x baca pun…sikit pun aku x salahkan korang semua.

walauapapun aku tetap hargai korang semua, x kesah la yg follow ke x, aku cukup2 berterima kasih…bab kata pepatah “ tangan yang memberi lagi baik dari tangan yang menerima”. Korang nak kata apa kat aku pun aku x kesah, malah aku terima semuanya….:)

Dan akhir sekali aku mohon maaf jika ada salah silap dari segi penulisan aku ini k…aku pun x tau napa aku bawa keluar entry seperti ini, mungkin korang sendiri tahu kan?

Apa2pun terima kasih bebanyak kat korang semua k…teruskan membaca hehehe…sehingga jumpa lagi…Assalamualaikum.

First Time

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

seri pentas

First time seumur hidup aku pergi audition dan bukan first time aku p seri pentas ni.., haha selama ni aku memang x berminat langsung nk pergi audition, tapi kali ni aku x tau napa, aku nk sangat pergi huhu…

Audition apa ? hehe…Ujibakat Pencarian Penyampai Radio &Ahli Zoomerz Hot FM tapi aku ambil penyampai radio la, coz sesuai ngn umur aku, nak ambil ahli zoomers x dapat la, sebab dia nak umur 25 thn ke bawah, yg aku lak 25 thn ke atas..hehehe…

321221_10150369912849271_92562929270_7961741_1443060226_n

perasaan berdebar2 tu memang ada la, coz aku xda pengalaman lagi lau bab2 camni, selalu tgk orang je..hehehe, bila part aku memang la gemuruh sikit, tapi Alhamdulillah semua tu boleh kawal…

Pada mulanya memang nk pergi awal, tapi bila di fikirkan semuanya lom settle lg, so aku p la petang, dengan harapan orang dah x ramai, tapi aku silap, upanya semakin petang semakin ramai, so terpaksa la tunggu giliran..hehehe cantik no aku dapat….

IMG_1600

haha, cantik x no aku kan? masa ni baru turn yang ke 80, so lama lagi la kena tunggu, dat y aku kuar lu jumpa kawan kat luar, coz kawan2 x ley nk masuk ke dalam hehe….

Masa ni kul 2 x silap, n my turn kul 5.30 hehehe, masa nk sampai my turn tuhan saja yang tahu, dek kerana laju sangat sampai aku x sempat nak baca script, blur kejap aku bila masuk dalm bilik audition, tu hehehe, mana x nya, script dalam bahasa malaysia kita nk di suruh tukarnya ke dalam loghat masing2…part aku kena agak susah la sikit walau pun script tu x panjang…

apa2 pun aku dah mencuba sebaiknya…aku pergi audition ni sebab nak mencuba…aku x berharap sangat la lau aku dapat…tapi lau dapat tu rezeki aku la…aku p ni pun sebab nk cuba je, lau x cuba mana la kita tau kan kita ni ada bakat or x…hehehe…

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, kalau tgk balik video aku tu nanti comfirm kelakar habis la..hahaha, mana x nya, masuk2 dalam bilik tu, aku lak yg banyak tanya juri..hahaha…macam2 la.

Apapun aku enjoy, lepas kuar je pintu seri pentas tu, aku da stop pk apa yang dah berlaku dalam pagar tu haha….apa yang aku nak da dapat, da la…tambah2 lagi perut da lapar giler so terus balik n p cari kedai makan…

ok la sampai sini saja la k….jumpa lagi…

Pedihnya Sakaratul Maut

 

Assalamualaikum  dan salam sejahtera kepada blogger semua, hari ni aku nk kongsikan sedikit tentang Pedihnya Sakaratul Maut, Entry ni aku copy paste dari blog empunya aleesha. baca la dengan teliti k…untuk renungan bersama :)

“Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata: “Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar.” (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).
“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu !”


Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya”. (Qs. Al-An’am 93).


Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang berkenaan, bila orang yang akan meninggal dunia itu derhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawanya secara kasar.


Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati.
Namun demikian rasa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

“Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang”. (H.R. Ibnu Abu Dunya).
Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan sholat sampai puluhan raka’at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail.


Maka bermohonlah ia kepada Allah SWT agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan,dan bertamu kerumah Nabi Idris.
“Assalamu’alaikum, yaa Nabi Allah”. Salam Malaikat Izrail,
“Wa’alaikum salam wa rahmatullah”. Jawab Nabi Idris a.s.
Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.


Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail.
Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya “menghadap”. Allah sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja.


Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan “tamunya” itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan. “Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita”. Pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).
“Subhanallah, (Maha Suci Allah)” kata Nabi Idris a.s.
“Kenapa ?” Malaikat Izrail pura-pura terkejut.
“Buah-buahan ini bukan milik kita”. Ungkap Nabi Idris a.s.
Kemudian Beliau berkata: “Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram”.


Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau bingung tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? fikir Nabi Idris a.s.
“Siapakah engkau sebenarnya ?” tanya Nabi Idris a.s.
“Aku Malaikat Izrail”. Jawab Malaikat Izrail.
Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.
“Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?” selidik Nabi Idris a.s serius.
“Tidak” Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.
“Atas izin Allah, aku sekadar berziarah kepadamu”. Jawab Malaikat Izrail.
Nabi Idris masih terpinga-pinga, beberapa lama kemudian beliau hanya terdiam.
“Aku ada hajat kepadamu”. Tutur Nabi Idris a.s
“Apa itu ? katakanlah !”. Jawab Malaikat Izrail.
“Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku”. Pinta Nabi Idris a.s.


“Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya”, tolak Malaikat Izrail.
Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengkabulkan permintaan Nabi Idris a.s.


Dengan izin Allah Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.
Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya.


Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali. “Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?” Tanya Malaikat Izrail. “Seribu kali lebih sakit dari binatang yang dicabut kulit hidup-hidup”. Jawab Nabi Idris a.s.


“Itu caraku yang paling lemah lembut,kulakukan terhadapmu”, kata Malaikat Izrail.
Masya Allah, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s.
Bagaimana pula sakaratul maut kita? adakah kita di kalangan orang soleh atau sebaliknya?

Apa Nak jadi?

 

couple

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa nak jadi? jadi apa? nak tau teruskan membaca k….dan PERINGATAN entry ni bukan tuju kepada sesiapa pun, sekadar perkongsian bersama, tetapi jika ada yang makan cili dia la yang terasa pedasnya..hehehe..

Berbalik pada entry aku kali ini, aku nk bincangkan isu panas, isu panas? panas ke? entah la x dapat nak dikenal pasti lagi, nak tau terus baca k….

ini kesah pasangan kekasih yang tengah hangat bercinta, aku tau semua orang pernah bercintakan? memang seronok bila time bercinta ni, bagaikan dunia ni macam dunia korang yang punyakan? semua indah belaka dan xdapun yang burukan masa bercinta, pakwe kentut pun boleh kata wangi kan? sampai ke situ sekali.hahaha…

ya la bila I lap u, u lap I, kan happy kan tu? sapa x nak saat romantis macam tu kan, semua orang alami situasi seperti ini betul x? tapi aku bukan nk citer pasal tuh, aku nk citer pasal bila dah ter….., ter apa? senang kata dah terlanjur…ya la masa seronok mana nk kesah nya kan, maruah tergadai pun xpa, sebab sayang punya pasal, sanggup serahkan segala2 nya. ya la janji sehidup semati kononnya, tu sebab x kesah da xda dara pun, (sorry ya org pompuan lau aku over, aku cuma nk citer je, nk baca, baca x nak baca xpa).

tapi bila si lelaki ni dah x nak kat si perempuan ni, mula la mengelabah, mula la nk meroyan, mula la pk sapa nak bertanggungjawab kan? akhir sekali memakan diri sendiri kan, tu la sapa suruh ko bagi segala2nya, kalau da tau xda jaminan, dan bila dah jadi macam ni mula la nak kata lelaki ni jahat la, lelaki x bertanggungjawab la dan sebagainya. Disini aku bukan nak kata lelaki ni baik, walhal semuanya sama je, tetapi lelaki ni x kan buat jika si perempuan ni x mulakan dulu atau bagi respond, contoh la kalau aku sendiri pun kalo pompuan bogel depan aku, aku rembat je rezeki depan mata katakan, ni contoh k, Allahmdulillah la aku bukan seperti itu. Lelaki mana xda nafsu aku nk tanya?

manakan pokok bergoyang lau angin x tiup, umpamaan dia macamtu la, dalam kes ni kedua2 nya salah, kedua2nya x blh nk tahan nafsu, di sebabkan ini la yang blh terlanjur, sebaliknya si gadis perlu la pk sebelum buat, bab orang tua2 kata la, lebih baik sesal sekarang dari sesal kemudian, kerana sesal kemudian dah x da gunanya nasi dah jadi bubur….jangan pk seronok je, malah kenalah pk masa hadapan korang, kalau korang dah sah kawin xpa, ni belum ada jaminan lagi korang dah sanggup gadaikan…

walaumacamanapun lelaki ni saham dia semakin tinggi, si gadis lak bila dah xda dara saham dia jatuh, apa aku nk cakap kat sini, tolong la syangkan diri sendiri, pk masa depan korang, x tahan sangat p kawin senang citer, jgn mudah sangat nk bagi kat orang, Perempuan ni seumpama mutiara dalam kaca, kalau sekali dah pecah kaca mutiara nya dah xda sinarnya lagi…korang faham la apa maksud aku…

Allah ciptakan perempuan ni semulia2 nya, tetapi kenapa sia2kan? korang bukan memalukan diri korang sendiri, tetapi korang telah memalukan keluarga korang sendiri tau x? lelaki ni dia dah dapat apa yang dia nak dia akan tinggal korang macam sampah tau x? tapi bukan semua lelaki macam ni lah…dan bukan semua perempuan macam ni..ada yang baik..dan ada yang kuat imannya… ni aku citer apa yg telah banyak berlaku sekarang.

Aku sebenarnya x suka nk citer isu2 sensitif macam ni, tapi entah la aku x tau mungkin ada hikmahnya kenapa aku nk kuar kan isu pasal ni. Aku pun x nk citer panjang2 sebaliknya korang pk la sendiri, Allah kurniakan akal untuk kita berfikir so guna la dengan sebaiknya, sekali Allah dah tarik balik pemberiaannya, menyesal pn x guna lagi, kepada si gadis yg menerima nasib macam ni, cepat2 la bertaubat, sesungguhnya pintu taubat masih terbuka tuk korang, dan lelaki juga sama, jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu…jaga la hak masing2 jangan rosakkan hidup korang seperti ni, banyak lagi cara yng boleh selesaikan masalah ni….dan ingat la apa yang dah berlaku semuanya ada hikmah disebaliknya, renung2kan lah k….nasihat aku  jadilah  seorang orang yang berguna dan jangan jadikan diri itu bodoh….belajar dari kesilapan, insyaAllah hidup korang akan tenang, jangan terlampau ikut kan hati  nanti mati dan jangan terlalu ikutkan rasa nanti binasa la jawabnya…

cukup disini sahaja k…aku mohon ampun dan maaf jika ada kesilapan dan kesalahan dalam entry aku kali ini, dan sekali lagi aku nk bagitau, entry ni aku x tuju kepada sesapa pun k….sekadar perkongsian saja…Sesungguhnya Allah itu Maha berkuasa….Smile