Wordless wednesday #3


Tiga Serangkai Berkeliaran…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Macam sekejap je kan cuti 3 hari, macam xda rasa pun, hari ni dah keja balik dah hehe…ingatkan cuti awal muharam ni aku nak balik kampung, sekali x jadi la plak, lagi pun kalau nak balik pun x dapat, coz kat kelantan dah banjir dah, xpa la postpond ke cuti krismas ni la baru balik kg…huhu, dah rindu gila kat ma dan abah.

C

haha..ini punya kisah semalam, dek kerana bosan dok umah, jadi kami pun kuar la melilau di KL, dah x tau nak lepak mana dah sebenarnya kat kl ni, semua tempat macam dah bosan, tapi nak wat camana dok umah pun bosan, so pergi la jalan2 hehehe…Mood harimau Malaya kekal di hati hehehe.

A

dok pusing2 kat pavi semalam, tgk orang sibuk2 snap pic kat patung santa ni, kitaorang pun sibukkan diri juga la snap pic kat sana, haha, dah memang x blh nak dipisah dah dengan kamera nih hehe, tapi xda la minat photographer sampai beli DSLR, sekadai camera iPhone pun jadi la, janji ada gambar kan….????aani masa bowling time, tu la keja nya lau masuk shopping complex, bukan nya p shopping, tapi melepak n main bowling je, kami ni bukan kaki shopping….sapa la kami nak shopping kat Pavi nih? x termampu oi, lau setakat shopping kat KLCC tu ok la hahaha, hampeh kan belagak nak mampos, walhal habuk pun tarak huhu….

IMG_2335

 

kasihan kat camera man xda pic dia dalam nih, tu la sapa suruh ko jadi camera man, hahahaha…..dah xda modal dah aku nk taip ni, layan gambar je la k……

IMG_2357

IMG_2372

IMG_2375

ni plak awek jepun yg nk bergambar semalam, hehe, mula2 tu habuk pun aku x faham apa yang dia cakap, bila dia speaking london baru la aku faham hehe, sempat lagi dia ajuk cakap aku tuh, aku cakap lagi pun dia ikut cakap lagi juga, yang dia tahu terima kasih je, tapi xpa la, at least dapat gak dia cakap melayu sikit2 kan, dan mungkin dorang tgk kitaorang pakai baju sama, tu yang dia tegur tuh. agaknya macam tu la kot….

IMG_2440

semalam ramai juga la yang memerhatikan kami, sampai ada orang tanya kami ni kembar ke? hahaha aku jawab aah je la nak wat camana kan…..mungkin orang selalu sangat tgk orang pakai jersi kuning tuh, yang kami lak suka pakai jersi yang jarang orang pakai…walauapapun kami bangga jadi anak malaysia…..

Percutian ke Kuching Sarawak kali ke 3 part 1

Assalamualaikum dan salam maal hijrah.

Baru ada kesempatan untuk buat entry percutian aku ke kuchin sarawak tempoh hari, percutian yang ambil masa 5 hari 4 malam sahaja. Dimana aku dah update ke entry masa malam yang bermalam di airport tempoh hari.

Kali ini aku nk story perjalanan dahulu.

IMG_1951

ok ini flight a.k.a belon org sarawak panggil, yang akan bawa aku terbang ke kuching…sempat lagi snapkan? sapa suruh parking flight jauh2? hehe, parking lak yg di salahkan, bukan apa dah la time ni mengantuk nak plak kena berjalan jauh  nak boleh ke naik flight nih.

IMG_1957

haha..ni masa baru dapat seat sempat lagi snap kan, dah kata gila gambar macam ni la..haha, buat macam baru first time naik flight je kan? biasa la tu style aku di mana aku pergi dan duduk disitu ada gambar nya, x peduli apa orang nak kata. yang penting diri sendiri happy Smile

 

IMG_1969

 

IMG_1971

 

ni view masa nak sampai ke airport kuching, dah nampak dah sungai sarawak, tapi bujang senang x juga ku nampak, hehe, kalau blh x jumpa pun x pa la kan??? ini je gambar yg dapat aku snap kat ats tuh, tapi nice view sungai sarawak kalau tgk dari udara.

IMG_1980

tepat kul 9.20 pg flight ni mendarat di airport kuching..sampai tu aku x pk lain, apa yang aku pk mau tido, coz seharian lebih aku x tido, dalam flight memang aku x dapat nk tido, walaupun perjalan dia 1jam 45 min, aku tetap x pat nak lelapkan mata, x tau napa…dah memang style aku kot, sama je naik bas pun.

ok la…nak tau apa aktiviti bila sampai ke sana?? tunggu next entry k…Assalamualaikum

My Lappy kena format lagi...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

My lappy kena format lagi, kesian kat lappy aku, hmmm, tu la aku x sempat nak pedulikan dia, tau guna je, jaga x nya, dah lama kena Genuine, Akhirnya malam ni ada kesempatan waktu untuk aku format balik.

Sebelum ni dah pelbagai virus yang beranak pinak dalam hard disk aku, so skunk time tok clean kan balik, aku memang suka simpan virus ni, saja suka2 jadi kan hobi hehe, sebab tu la lappy aku, aku x guna antivirus.

Sekarang hampir complete dah proses menginstall balik semua perisian yang aku ingin gunakan, so masa menunggu kesemuanya complete, aku ambil masa tuk update blog aku nih hehehe...

K la sampai sini dulu ya, t aku sambung lagi...

Awal Muharram

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah.

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua umat islam di seluruh dunia ini.

Penat…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru je lepas angkut barang2 dari rumah lama ke rumah baru, al maklum la barang rumah dah macam rumah berfamly dah, banyak yang amat, agak la penat.

Angkut plak bukan guna lori atau kereta, angkut guna tenaga sendiri, dengan seramai 6 orang ahli hahaha…nasib baik la umah baru ni x jauh dari rumah lama, hanya 5 minit je, tapi naik turun bukit dan naik turun lift tu yang x tahan tuh.

Dari rumah flat bertukar ke condominium, Alhamdulillah la agak selesa la dari rumah flat tuh, dan agak besar la sikit. hampir seminggu juga la tempoh tuk clear kan barang2 dari rumah lama tuh, ni pun masih tinggal sikit lagi barang yang belum di angkut, dah x larat sangat dah, dah la semua kerja pagi besok, ada yang x bermaya p keja nanti, cukup la hari ni 2 trip, besok last trip insyaAllah.

Due date dia sampai hujung bulan, tapi better clear awal la senang nanti, cuma tunggu pihak astro pindah kan piring dia je, tau2 la astro, lau bab2 camni lembap yang amat, tapi lau bab bayaran laju je kan…service so bad. nak wat camana sabar je la, buat masa ni x dapat tengok tv dulu la.

Nasib baik la keja aku xda la teruk sangat, Alhamdulillah masih boleh handle lagi huhu. tapi katanya besok stock sampai, nampak gaya nya lagi sekali la aku kerah tenaga nih, badan ni dah lenguh2 dah angkat barang2 berat, esok hope la xda la berat sangat barang sampai hehe.

walaupun bagi diri amat membebankan diri untuk sewa di condominium nih, tapi insyaAllah semuanya xda masalah, percaya pada rezeki Allah swt, Kalau kita usaha betul2 isyaAllah Allah akan bantu aku.

cukup sampai disini dulu, peluh pun dah hilang dan nak p mandi jap, n terus tido, ni kan tertido kat tempat keja lak..huhu…

Jumpa lagi..Assalamualaikum.

kembali lagi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah sekian lama aku bercuti, akhirnya aku kembali lagi hehe, terlebih dahulu aku mohon maaf diatas kesilapan teknikal yang berlaku 2 3 hari yang lepas, semua sangkakan aku dah delete blog aku nih, walhal tidak, ni sumenya account gmail aku x dapat nak akses, walau bagaimanapun semuanya dah kembali seperti normal.

Balik dari kuching tempoh hari, masa untuk rehat x mencukupi, sebab tu aku ambil masa tuk berehat secukupnya, dan pg ni ak ambil kesempatan untuk update blog aku.

Kalau korang tanya camana best x bercuti ke kuching tempoh hari, jawapan dia , nk kata best tu xda la sangat, sebab aku kesana sibuk dengan majlis kahwin, selama 4hari 3 malam busy ngn majlis kahwin je, sampaikan berjalan pun x sempat.

Gambar pun blm sempat lagi aku upload, insyaAllah ada masa nanti aku akan upload hehe. Ramai yang sangkakan aku dah hilang dari blog ni kan, maklum la kat twitter pun dah jarang, kat facebook pun dah jarang, bukan apa, aku stop semua ni aku nk rehat secukupnya,

kalau dulu aku x kesah nak bangun kul bapa, nak tido kul bapa, tapi sekarang dah lain, everyday aku kena bangun awal pagi masuk keja kul 8 dan balik kul 5. so mungkin masa lps ni banyak kot, sebab tido pun dah cukup, rehat pun dah cukup.

Apapun, aku akan story lg k….terima kasih kerana sudi singgah di blog aku ni, aku je xda masa nk singgah blog korang lagi…nanti aku singgah k :)

Kelebih Jumaat Penghulu Segala Hari

Assalamualaikum wbt …

image

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.

Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.

Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.

Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.

Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang yang melakukan dosa seperti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis.

Malah, apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat bernajis atau kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yang suci.

Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)

Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada sesaat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur.
Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.

Mudah-mudahan dengan cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali dan orang salih.


Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, kerana kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat.

Malah apa yang menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.

Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)

Sempat lagi…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Sempat lagi kan update blog, maklum la bosan dok nunggu masa nak terbang ni hehe…terpaksa la datang awal kat aiport, sebab pagi nanti xda sapa yang nak menghantar, semuanya keja pagi, tu la terpaksa bermalam di airport nih hehe..lebih kurang 2jam lebih lagi…

Tapi best gak dapat kumpul balik ngn kawan2 lama, dapat sembang lelama, coz nanti dalam belon tido je la keja nya, comfirm sampai kuching nanti aku pengsan haha…

Tapi sayang sorang xdapat nak ikut, orang busy istana budaya ni susah sikit nk bercuti..nak2 lak sibuk ngn teater badai semalam..so macam x lengkap adik beradik ADIWIRA..tapi xpa insyaAllah lain kali dapat pg lgi…

ok la sampai sini dulu ya, lau kat kuching aku sempat update aku update la, lau x tunggu balik kl nanti la hehehe…

Assalamualaikum

blog aku nak rehat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Aku mengambil kesempatan ini untuk mengupdate blog aku nih, kerana selepas ni blog aku akan bercuti selama 4 hari hehe, ya la tuan punya blog ni nak pi holiday, so masa holiday aku nk habiskan masa dengan bercuti la kan? hehehe

seperti mana dah sedia maklum yang awal bagi besok kul 7.20pg besok aku akan terbang ke kuching sarawak.

redir

nah aku bagi bendera je la ya hehe…so sebelum aku packing barang yang perlu dibawa kesana, aku ambil masa la untuk update nih, kan lau xpedulikan blog ni kan, merajuk la plak hehe…

selalunya kalau time aku bercuti segala-galanya akan cuti, mungik fb or twitter aku pun cuti, coz aku x nk ada gangguan time aku citi hehe, tu lah aku kalau nk tahu, aku nk bercuti dengan aman dan tenang, sambil2 release tension katakan…

so pada yang melawat blog aku tu, dalam masa 4 hari aku xda ni wat la macam umah sendiri ya….

Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ke kl k….sekian terima kasih Smile

Ibu Siksa Anak Sampai Mati Kerana Melukis Guna Lipstik Mahal Ibunya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku nk kongsikan sedikit kisah yang amat memilukan hati, ini pun aku terbaca dari facebook dan ingin aku kongsikan disini, korang baca la ya, dan renung2kan lah, terutamaya orang perempuan. aku x nk cakap banyak, baca la sendiri k.

 

Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahukan ibunya, “Mama, adik baru saja melukis pakai lipstik mama”.

Ibunya yang mendengar hal itu lalu melihat lipstik mahal yang baru saja dibelinya telah tinggal setengah dan wajah dan tangan dan baju anak perempuan telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah, ibu itu mengamuk dan memukul anak perempuan kecil yang malang tersebut tanpa menghiraukan tangisan dan jeritan dari mulut kecilnya.

Kemudian setelah mentempiaskan emosinya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun mengoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka matanya.

Tapi terlambat…. jantung anak perempuan itu telah berhenti berdengup.
Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut tempat tidur anaknya, disitu tertulis sebuah tulisan dengan lipstik merah yang tertulis: “Sayang Mama Sampai Bila Bila”.

kesimpulan yg boleh aku katakan disini, ibu kanak2 malang ni, memang seorang ibu yang bagus, yang mana lagi pentingkan barang make up dari nyawa anak nya, x perlu tangisi pemergian anak itu, kerana itu yang kamu mahu kan? kerana kamu lebih perlukan lipstik yang mahal tu, entah berapa juta kot harga lipstik tu berbanding dengan anak kamu…..sesal kemudian xda gunanya.

p/s : aku nk tanya korang nyawa anak lagi berharga ? ataupun lipstik yang mahal tu ke yang berharga? ataupun mati anak boleh di beli, rosak lipstik x dapat nk di beli ke? aku jadi sakit hati bila baca entry nih…aku harap kawan2 blogger perempuan yang baca entry ni, suatu hari nanti jangan jadi camni k..sayangilah nyawa anak anda.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk adik yang malang ini, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman . Ameen.

Yeah!! kerja ku dah siap…

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Apa khabar semua? sihat ? harap2 sihat sentiasa la ya…yang mana demam tu bawa2 la pg jumpa doktor k, maklum la sekarang ni musim demam…sana sini kita dengar orang demam kan? jadi jaga la kesihatan tu ya :)

Baru dapat   update blog aku nih, selalu ada je kan? tapi hari ni agak busy sedikit hehe, aktiviti aku hari ni, bangun pagi2 pergi hantar kawan aku ke KLCC, dan balik dari KLCC pg teman kawan aku lagi sorang ke klinik, kerana dia x berapa nak sihat, kira MC la semalam, dan balik dari klinik, sampai umah aku dah nampak bantal, apa lagi pengsan la hahaha..

Hari ni kereta ku banjir, haha macamana boleh banjir, ini semua kesilapan aku sendiri, masa pagi aku keluar cuaca masih elok dan panas terik so, masa parking semalam, aku x perasan tingkap sebelah penumpang tu terbuka, gara-gara nak cepat katakan…nasib baik la kereta xda apa2 dah la separuh cermin tingkap tu terbuka.

Masa aku dok syok on9, tetiba hujan lebat la plak, so aku x pk apa2 la kan, ku sangkakan tingkap semua dah tutup, tapi sangkaan aku x tepat, masa nk pg klinik tu, aku masuk kereta baru aku perasan cermin tingkap terbuka…masuk2 je dalam keta habis semua seat basah…adoi…dah masa aku keluar pun tgh hujan lagi…mau haprak bau kereta tuh..pagi ni harap2 la panas, dapat keringkan seat tu..hahaha..kelakar pun ada..cemas pun ada…hahaha.

Malam plak biasa la aku sibuk kat dapur, masak tuk dinner, hehe skunk ni mood tgh rajin nak masak, sementara rajin ni guna aja la kan, kan datang penyakit M susah la plak…lepas masak apa lagi makan la ramai2, perut pun dah macam2 bunyi hehe.

Korang nak tau kenapa aku rajin masak? sebab sume housemate aku ada malam semalam, dat y la aku rajin masak, kalau depa xda malas aku nak masak, mana best makan sorang2kan? kalau ramai baru la best, baru la ada selera, dan paling best bila semua kawan kita makan sama apa yang kita makan, baru la dikatakan susah sama2 dan senang sama2.hehehe.

lepas makan layan fb n twitter jap, dan sambung wat keja aku…hehe kali ni aku x buat coding lagi, tapi kali ini aku buat video ucapan selamat pengatin baru, walhal video ni dah lama da diorang suruh buat, tapi aku malas, dan disebabkan lusa dah nk berlepas ke kuching sarawak, so terpaksa la kena siapkan juga, akhirnya video tu da siap di edit, baru la lega rasa nya. nak tunjuk kat hangpa xdapat la, ini hak milik orang lain, x boleh sesuka hati nk bagi tunjuk kan? amanah orang hehe..

Dah la tengah pening nk pindah umah lagi nih, adoiya…pagi2 ni kena bangun awal lagi, nk p basuh umah baru tuh, maklumlah umah dah lama x dok, yang dok kat sana, penghuni bukan manusia hehe…so scary kan? tapi aku suka hehe.

takat ni dula la ya, mata pun dah layu dah ni, x sabar2 suruh aku tido…insyaAllah ada masa kita jumpa lagi la ya..terima kasih sudi baca entry aku yg x seberapa ni….

Alhamdulillah…

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah aku bersyukur sangat2, kerana interview untuk aku kerja di Hospital telah pun lulus. Sangkaan aku, aku x akan dapat keja kat sana, tapi petang tadi aku dapat panggilan daripada pihak hospital, mengatakan permohonon aku di terima dan akan mula berkhidmat pada 22hb November 2011.

Berkat doa dan kesungguhan aku, Allah telah memperkenankan permintan aku, Rezeki Allah x dapat kita nk tolak kan???

Kali pertama aku interview dulu, aku gagal, tapi x sangka lak interview kali kedua ni berjaya la plak hehe, tu la orang kata sekali gagal, x kan selama-lamanya gagal kan :)

Apa-apa pun thanks a lot juga pada kawan aku yang mana telah banyak membantu aku untuk dapat keja ni hehe….saja tukar bidang..dari IT kepada dunia perubatan hehe :)

lagi 2 hari lagi…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Selamat malam kepada semua, hehe macam kebiasaan la ya…bila malam je mata aku x boleh ni tido, x tau la spesis apa nih hehe, agak nya nk kawan ngn musang dan nk ganti shift burung hantu agaknya hehe…..

Pejam celik..pejam celik..tinggal 2 hari lagi untuk aku jejaki kaki ke bumi kenyalang, kejap je rasa nya masa berlalu kan, nth la kali ni aku cam x sabar la plak, walhal dah 3 kali kot aku bertandang ke Kuching hehe.

ramai gak la yang buat pesanan atas angin ni, maklum la depa ni tau aku nk p sana, mula la kirim tu la, kirim ni la, ingat aku ni p sana bersshoping apa..hehe..xda la aku gurau je la, insyaAllah ada kesempatan masa aku akan cari la ya, tu pun lau aku sempat lol, lau yg jauh ngn aku x yah la na dok gatal nk kirim, kan aku beli kan, x sampai kat korang nanti, ni pun ambil pesanan tuk orang sekeliling je, bukan apa…malah nk susahkan diri haha..jahat je bunyi ayat aku kan????

dah la flight awal pagi, malas nya rasa aku n p awal2 kat airport nun, tu la sapa suruh ambil tix awal pagi kan??? ni semua kawan2 aku la, garanya nak sampai awal sana, mudah2han panjang la sikit kaki berjalan ya..hehe…

apa yang seronok nya? sebenarnya ini adalah sekali lagi adik beradik ADIWIRA aku bercuti bersama, mau x seronok, dah la lama x jumpa, masa bercuti  ni la habiskan masa ngn diorang semua ni, maklum la dok je KL, tapi susah nak jumpa hehe…

aku pun da x tau nak cakap apa. cukup la sampai disini dulu ya, insyaAllah jumpa nanti Smile

berjalan..terus..berjalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan

Ku berjalan dan terus berjalan demi mencari hala tuju yang benar, banyak lorong2 yang berliku yang aku harus lalui didalam hidup ini tetapi kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang

Boleh dikata Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta maksud.

Hidup ini amat lah indah jika kita amalkan cara hidup yang betul dengan cara yang di redhai oleh Allah swt.

Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal sama lah seperti aku …

Kadangkala menyembunyikan sesuatu perkara dari pengetahuan orang lain lebih baik dari jika diberitahu pun tidak dihiraukan ini lah aku…x semua masalah kita boleh kongsikan dengan orang lain dan seboleh-bolehnya kita jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sendiri sukar untuk berjaya

Aku percaya bahawa  esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok. InsyaAllah..

Aku berjalan dan terus berjalan..demi mencari sebuah ketenangan dalam hidup ini dan boleh di ibaratkan seperti meniti seutas tali, kadang kala kita jatuh sakit dan terluka, dan itulah yang kita rasai saat ini.

Najwa Latif

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku nk story sikit tentang Najwa Latif nih, sapa x kenal ngn Najwa ni kan? aku rasa semua orang dah kenal kot, gadis muda ni yang dulu selalu nyanyi depan camera sendiri dan upload kat youtube. Siapa sangka kan dulu org kenal dalam you tube je, kenal pun gitu2 je kan?

Tapi sekarang semua orang dah buka matakan, dan mula kenalkan dengan Najwa nih. ye la dah femes ngn lagu muka buku tu, lau pengikut tegar you tube tu aku x leh kata apa la…hehe.

images (7)

Najwa ni aku kenal dia masa dia wat cover song lagu kenapa by daus last year, masa kitaorang dengar Najwa ni ada bakat, tapi kenapa x nk jadi artis…lepas kelamaan tu, macam terkejut lak bila tgk dia nyanyi lagi cinta muka buku, dan tertanya2 ni ke najwa aku kenal tahun lepas tuh??

Apapapun aku kagum dengan bakat yang najwa miliki, di usia baru 16 tahun dia dah maju ke hadapan dah, sapa sangka baru je lagi jadi artis, tapi nama dia cepat naik, lebih kata femes la kan. Bagi aku memang patut la dia dapat ini semua, kerana memang najwa ada bakat tersendiri kot.

Aku tahu ramai yang x minat kat najwa ni, dah banyak da aku baca komen2 kutuk mengutuk najwa ni, macam2 la lau setiap kali persembahan najwa ada je yang x puas hati…Tapi kan bagi aku korang kata la nk kata pun kat najwa nih, Malah selagi korang mengata selagi berjaya najwa dalam bidang dia, korang yang mengata ni mampu ke bersaing ngn dia, nk kata orang cermin dulu diri sendiri k…jgn la tambah doasa free2 k..bukan aku nk backup najwa, cuma nk bgtau yang korang x tau hehe….

images (8)

Paling latest aku dengar orang kata baju najwa masa AIM sbtu lepas macam baju pengawas sekolah..haha kelakar la korang ni, xpa dia pakai baju pengawas pun dapat gak dia duet ngn artis youtube dari amerika…ko ada? xda kan?

Apapun tahniah la kepada najwa latif teruskan usaha kamu hingga ke tahap yang lebih tinggi lagi, harungkan nama negara…jangan sia2kan bakat yang kamu ada k…Good Luck

Layan lagu cinta muka buku by Najwa latif :

Anugerah Blog & Blogger Paling Popular

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku merajinkan diri lagi untuk join contest, entah la sejak dua menjak ni aku suka nk turut serta x kesah la contest ke segmen ke, aku join aje. Contest kali ni adalah berkenaan ngn Anugerah Blog & Blogger Paling Popular. yang dianjurkan oleh saudara Fixx Mikz.

Aku nak citer sikit pasal blog aku nih, aku bermula berbloging ni pada tahun 2009,atas dasar memang minat dan sebagai satu hobi aku untuk habiskan masa di waktu yang lapang.

Blog aku bermula dengan nama khai riz pada tahun 2009, dan Kisah Hidup Aku pada tahun 2010 dan My Life Story pada tahun 2011, dan insyaAllah aku x tukar nama lagi tuk blog aku nih.

Blog aku ni adalah blog pribadi, di mana aku akan kongsikan sedikit sebanyak tentang kisah hidup aku , melalui blog lah aku rasa tempat yang sesuai untuk aku meluahkan apa yang ada tersimpan didada aku nih.

Niat dan tujuan aku berblog adalah bukan kerana nama, bukan ingin mencari populariti, tetapi hanya sekadar suka-suka sahaja, tidak lebih dari itu.

Khai atau khairiz nama panggilan aku didalam arena berblog ini. dan aku bukan khai Af k, hehe.

kenapa aku suka berblog? kerana aku rasa dengan blog ni aku dapat pelajari macamana untuk menjadi seorang penulis blog yang baik dan dapat bertukar pendapat dengan blogger yang lain, dan juga dapat mempelajari sesuatu yang lebih menarik dengan dunia blog ni, berbanding di laman sosial seperti facebook, myspace, dan twitter.

Aku rasa cukup setakat ini pengenalan blog aku, dan sebelum aku berakhir, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Mixx Mikz kerana memberi peluang untuk aku turut serta dalam kontest ini. Harapan aku xda la nk menang, cuma sekadar untuk berkongsi semata-mata.

Dan kepada blogger lain yang nak join contest ini boleh la klik pada banner di atas tuh k, dan ini dia syarat2 untuk join contest ni :

Dan disini aku nak tag kawan2 blogger aku yang lain :

1. Dunia Emieysandra

2. Oshin

Najwa Latif duet Greyson Chance AIM 18

Mungkin ada yang x sempat nak tengok Najwa Latif dan Greyson Chance di AIM 18. Boleh la tengok ya, ataupun yang mana dah tengok pun x puas lagi nk tengok boleh la hehe…

bagi aku ini adalah yang terhebat, sapa sangka Artis baru Najwa Latif boleh berduet ngn artis dari Amerika nih.

Greyson Chance

greyson

Greyson Chance atau nama sebenar beliau adalah Greyson Michael Chance 14, yang dilahirkan pada 16hb Ogos 1997, adalah seorang American pop rock singer dan pianist.

Kenapa aku nk keluarkan citer pasal budak nih? tuk pengetahuan korang semalam masa aku dengar dia buat perform secara live di AIM 18 di Stadium Putra Bukit Jalil semalam, buat aku terpegum dan terdiam apabila dia menyanyi.

Aku memang susah nak minat lagu2 org putih ni, tapi semalam bila aku dengar adik Greyson ni nyanyi, terus aku tertarik dengan suara dan cara persembahan dia, bagi aku this amazing performance. Di usia dia muda dia telah mencapai satu percapaian yang hebat.

Walaupun Greyson ni tidak lah belajar secara formal, teknik pengunaan suara, tapi Greyson mempunyai bakat tersendiri, dan mempunyai minat yang mendalam dengan alat muzik piano, Greyson mula study main piano pada usianya 8 tahun lagi, dengan belajar selama 3 tahun. Dan sekarang Greyson boleh dikatakan seorang kanak2 yang hebat bermain piano dan bernyayi.

15-greyson-photo

Kalau kata nak bangga tu, xda la sangat, cuma aku kagum dengan bakat yang ada pada diri Greyson. sama juga ngn najwa latif, aku juga kagum dengan bakatnya tersendiri di usia dia baru 16 tahun…ini lah kita inginkan generasi yang hebat.

Mungkin korang dah tau siapa sebenar Greyson kan, bagi aku ni baru first time aku kenal dia dan baru je dengar suara dia buat persembahan, kira x sia2 la aku pergi ke AIM semalam hehe.

Diusia yang muda lagi dia dah mampu membuat persembahan yang menkjubkan, dan diusia muda dia dah dikenali di serata dunia, dan serata dunia mengaggumi bakat dia.

Harapan aku agar Greyson Chance terus berjaya mencapai cita-citanya, dan berjaya dalam bidang yang di ceburi diperingkat yang tertinggi di usia muda ini…secara automatik, aku jadi fans dia haha…seriusly aku memang suka lagu dia, suara dia amat unik bagi aku.

Entry kali ini aku nk citer pasal Greyson Chance, next entry aku akan citer pasal Najwa Latif lak, sebab najwa latif juga aku minati dan kagum dengan bakatnya.

ok layan video Greyson Chance dulu…waiting outside the lines

waiting outside the lines

Temani aku hingga ke syurga

 

Mari lewati lorong waktu, menyusuri jalan-jalan dunia yang penuh tipu daya, dengan kebersamaan. Tapaki pergiliran pagi, siang, petang dan malam, yang penuh liku, dengan persahabatan dalam keimanan. Di dunia ini, kita harus saling berpegangan tangan. Harus. Kita tak mungkin selamat mengharungi bahtera kehidupan yang sangat luas dengan ancaman badai fitnah ini, seorang diri. Kita tak dapat lolos dari ancaman fitnahnya dengan hanya mengandalkan kemampuan sendiri. Kerana, kita diciptakan sebagai makhluk yang penuh kelemahan dan mudah terpedaya.

“Dan diciptakan manusia itu dalam keadaan lemah.” (Qs. An Nisa:28)

Saudaraku,
Kebersamaan dan pertemanan di jalan Allah lah yang akan menghantarkan kita menyelesaikan hidup dengan kebaikan. Persaudaraan, kebersamaan dan persahabatan di jalan Allah lah yang juga akan mengiringi kita pada kebahagiaan akhirat. Allah SWT memberitakan bahwa hanya pertemanan atas dasar iman dan takwalah yang abadi.

“Teman-teman akrab pada hari itu (hari kiamat) sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Qs. Az Zukhruf: 67).

Ibnu Katsir mengatakan, “Seluruh pertemanan dan persahabatan yang tidak kerana Allah pada hari kiamat akan berubah menjadi permusuhan.” Begitu juga pesan Rasul SAW dalam haditsnya, yang menyebutkan bahwa kita akan dibangkitkan di hari kiamat bersama orang yang kita cintai.

Saudaraku,
Merenunglah. Siapa orang-orang yang kita cintai? Siapa orang-orang yang paling dekat dalam hidup dan hati kita? Siapa orang yang menghiasi ingatan kita? Siapa orang yang menemani langkah-langkah hidup kita? Orang solehkah dia? Mengajak pada kebaikan dan keridhaan Allah kah dia? Bayangkanlah persahabatan orang beriman di akhirat sebagaimana digambarkan oleh Ali bin Abi Thalib RA. “Ada dua orang mukmin yang bersahabat dan berteman akrab. Salah seorang di antara keduanya meninggal lebih dahulu dan ia mendapat berita gembira dengan syurga. Ketika itu ia mengingat teman akrabnya di kala di dunia lalu in berdoa: “Ya Allah, sesungguhnya fulan adalah teman akrabku, dia yang menganjurkanku berlaku taat kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Dia yang mengajakku melakukan kebaikan dan mencegahku melakukan kemungkaran. Dia juga yang menyadarkanku akan pertemuan dengan-Mu. Ya Allah jangan Engkau sesatkan dia sepeninggalku sampai Engkau memperlihatkan kepada-nya kenikmatan yang Engkau berikan padaku dan sampai Engkau meridhainya sebagaimana Engkau ridha kepadaku,” Maka Allah berkata kepadanya, “Pergilah, seandainya engkau tahu yang Aku berikan kepadanya pasti engkau akan banyak tertawa dan sedikit menangis. “

Kemudian teman akrabnya itu meninggal dan ruh mereka bertemu. Dikatakan pada mereka, “Saling memujilah kalian kepada sahabat kalian.” Maka masing-masing mereka mengatakan, “Dia adalah sebaik-baik teman, sebaik-baik saudara, sebaik-baik sahabat….”

Duhai indahnya. Pertemuan yang sangat mengesankan dan penuh kegembiraan.

Saudaraku,
Banyak kisah-kisah yang ditinggalkan para salafusoleh tentang keadaan mereka setelah meninggal dunia. Di antaranya disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam kitab Ar-Ruh. Abdullah bin Mubarak mengatakan, “Aku mimpi bertemu Sufyan Ats Tsauri beberapa hari setelah ia meninggal dunia. Aku bertanya padanya, “Apa yang Allah lakukan terhadapmu sekarang?” Ia menjawab, “Aku bertemu Muhammad (SAW) dan pasukannya..”

Dalam kisah lain, Ibnu Abid Duniya menyebutkan sebuah riwayat dari Yaqzhah binti Rasyid yang bercerita, “Marwan Al Mahlamy adalah tetanggaku. Dulu dia seorang hakim dan bersungguh-sungguh dalam ibadah ketika meninggal dunia aku menangkap kegembiraan yang terpancar dari mukanya. Tak berapa lama setelah itu aku mimpi bertemu dengannya, seperti layaknya mimpi yang terjadi dalam tidur. Aku bertanya, “Wahai Abu Abdullah apa yang Allah lakukan terhadap dirimu.“ Ia menjawab, “Allah memasukkan aku ke dalam syurga,” jawab-nya. “Kemudian apalagi?” “Aku dipertemukan dengan golongan kanan,” jawabnya. Kemudian apa lagi?” “Aku dipertemukan dengan orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah.” Aku bertanya, “Siapa orang yang engkau lihat di sana?” tanyaku. “Aku melihat Al Hasan bin Sirrin dan Maimun bin Sayyah,” jawabnya.

Seperti itulah keadaan mereka setelah meninggalkan dunia. Bertemu dengan orang-orang yang dahulunya menjadi teman dan penghias hari-hari mereka. Orang-orang soleh yang menjadi ingatan mereka dalam hidup. Mereka itulah yang akan menemaninya di alam akhirat.

Saudaraku,
Hati-hatilah menyusuri jalan kebersamaan dengan orang-orang soleh. Waspadalah untuk tidak melakukan penyimpangan, yang membuat kesenjangan diri kita dengan mereka. Salim bin Abi Ja’ad mengatakan bahwa Abu Darda pernah berkata, “Hendaklah seseorang berhati-hati bila ia dibenci oleh hati orang-orang beriman dari arah yang tidak ia sadari.” Kemudian sahabat Abu Darda bertanya, “Tahukah kalian apa yang dimaksud dengan kata-kata itu?” Salim mengatakan bahwa ia tidak mengerti. Abu Darda menjelaskan, “Yaitu seorang hamba bermaksiat kepada Allah dalam keadaan sendiri lalu Allah menghunjamkan kemarahan-Nya dalam hati orang-orang beriman tanpa ia sadari.” (Al-Hilya: 1/215)

Kemarahan hati orang beriman, adalah kesengsaraan. Kebencian orang-orang yang beriman adalah pangkal kesempitan dan penderitaan. Kerana merekalah sebenarnya yang dapat mengubah dunia dengan segala permasalahannya menjadi indah. Mulut-mulut merekalah yang menuangkan nasihat dan membicarakan kalimat demi kalimat yang dapat menentramkan hati. Lidah-lidah merekalah yang menyiram hati kita untuk senantiasa berada dalam keridhaan dan tidak terlalu jauh menyimpang dari ridha Allah SWT. Tangan-tangan merekalah yang menuntun kita. Telapak tangan merekalah yang tertengadah di malam sunyi dan gelap malam hingga memberi kekuatan iman dalam diri kita. Ingatlah sabda Rasulullah SAW tentang do’a seorang mukmin di tengah malam yang dijamin diterima Allah SWT.

Saudaraku,
Bersahabat dengan mereka, akan mendekatkan kita pada Allah. Dan ketaatan kita pada Allah, juga akan mendekatkan kita pada mereka. Ibnu Asakir meriwayatkan, Abu Darda‘ menulis surat pada Maslamah bin Makhlad. “Seorang hamba jika ia telah berbuat kebajikan untuk taat kepada Allah, maka Allah mencintainya. Bila Allah telah mencintainya, Allah akan menjadikan makhluk cinta padanya. Dan bila ia bermaksiat pada Allah, maka Allah akan memarahinya. Bila ia telah dimarahi olehNya, Maka Allah akan menjadikan seluruh makhluk benci padanya.” (Al Kanz, 8/255)

Semoga Allah menghimpun kita dalam golongan orang-orang yang mendapat ridha-Nya di akhirat.
Amin Allahuma amin..

Sometimes.. something.. at all times

 

sometimes, when you give up on someone, it’s not because you don’t care anymore, but rather because you realize they don’t.

something very simple, but yet so profound: Whosoever does good must know that it is from Allah (Azza-wa-jall) and it is only He who allowed him to do so; and whosoever is protected from evil, must know that it is Allah (Azza-wa-jall) who protected him and there is no one else who can do so.

at all times, be firm in your heart. Ibn Ata’illah stated:
“Relieve yourself of worry after you have planned; do not concern yourself with what Allah has undertaken on your beh

Aktiviti hujung minggu….

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca.

Alhamdulillah ada masa lagi untuk aku update blog ni, walaupun dalam keadaan penat, demam n mengantuk hehe…

Apa yang aku nk citer kali ni adalah berkenaan ngan aktiviti hujung minggu aku, petang semalam aku berpeluang masuk tournament wakil UKMSC di bawah tajaan bank rakyat, di One Utama. Memang happening giler, walaupun x la menang tapi enjoy tu ada la…terima kasih kepada pihak UKMSC dan Bank Rakyat, kerana bagi peluang aku join sekali hehe….

IMG_1918

tournament bowling ni berakhir kul 6 ptg, tunggu result dan sambil makan sampai la kul 7.30 malam, baru la nak balik ke rumah.

Balik umah terus siap2 n kul 8.30 malam baru gerak ke Stadium Putra Bukit Jalil, bagi memeriahkan lagi malam anugerah industri muzik (AIM) yang ke 18, x sempat nak rehat pun….

sampai kat stadium pun dah kat kul 9 malam, n terus masuk, n tido hahaha, xda la tido, lau nk tido wat apa pg kan???

IMG_1922

apa2 pun malam anugerah semlam memang best la…persembahan semua mantap2..hehe apa yang aku boleh banggakan sebagai anak malaysia adalah, ada artis muda yang berbakat tinggi dan berjaya di usia yang muda seperti yuna dan najwa latif, mereka ni semua bermula di you tube saja…

IMG_1928

apa2pun tahniah la kepada semua pemenang anugerah AIM yang ke 18 nih k, yang x menang tu sabar banyak2 k, cuba lagi tahun hadapan..insyaAllah…

AIM 18

images (1)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu aku nak mengucapkan Takziah kepada keluarga mangsa kemalangan treler pasir dan bas di behrang yang meragut 4 nyawa, dikatakan tragedi 11.11.11, sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham, semoga roh aman dan tenang di sana..ameen.

Ok la, berbalik kepada citer asal hehe…mesti ada sesetengah pihak dan peminat x sabar2 nak nantikan malam Anugerah Industri Muzik yang ke 18, bersiaran langsung dari stadium putra bukit jalil pada malam ni, dan aku rasa ramai juga yang akan menghadiri diri ke sana malam ni, apa2pun kita tunggu dan lihat k.

Orang dok sibuk2 tunggu malam ni, tapi semalam aku dah tersampai kat stadium putra bukit jalil hehe…

IMG_1886

haha artis belum rasmi lagi aku dah rasmi dah hehe, ye la malam ni mana dapat aku nk bergambar kat sini kan? hahaha..buat apa aku datang ke sini semalam? nak tau jap lagi aku g tau hehehe…

IMG_1897

Blue carpert pun aku dah rasmi dulu dah…hehe….

IMG_1902

Aku datang ke sini coz aku nk jumpa kakak ku yang ada kat sana, buat apa aku p jumpa dia, aik x kan xley jumpa kakak kan? hahaha xda la tujuan asal aku datang ke sana semalam sebab nak ambil ni hah….

IMG_1912

ambil tiket je, hehe, ye la nk p ambil petang x berkesempatan, so pg la memalam buta semalam. Dah alang2 ada kat sana semalam, apa lagi ambil peluang la tolong rasmikan hehe…

ok la, sapa2 yang pergi tu, lau jumpa aku or terperasan aku tu, lau nak tegur, tegur la, kalau x nak tegur or nak wat don’t know je pun aku x kesah hehehe….

Jumpa di sana… Assalamualaikum…

Tarikh keramat ?

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Semoga hari jumaat ini memeberi penuh makna buat korang semua..insyaAllah.

Dari semalam lagi aku tengok kat twitter, fb dan blog juga orang dok sibuk pasal tarikh keramat katanya 11/11/11, apa ada pada tarikh tersebut erk? jatuh pada hari jumaat lak kan? semalam aku ada tweet “ tarikh yang mudah di ingat adalaha 11/11/11, dan tarikh yg susah nk diingat dan kalau boleh x nk ingat langsung..tarikh apa???” xda orang pn nk jawab, samada x nk jawab atau x tau kan???

Hari ni ramai yang dok berebut tarikh ni kan, ye la cantk katakan, apa yang berlaku hari bersejarah hari ini antaranya  ada orang kahwin hari ini, ada orang bertunang hari ni, ada yg dapat anak hari ni, ada yang dapat mak baru hari ni, ada yg dapat bapa baru hari ni, ada yang bercerai hari ni, ada yang putus tunang hari ni, ada yang baru dapat gf/bf hari ni….Tetapi sejarah yang x boleh lupa untuk hari ini adalah orang yang telah kembali ke rahmatullah. Dan paling kita takut masa kita bila agaknya???

Ok la aku malas nk berceloteh panjang sangat k tentang ni, masing2 ada cara nya tersendiri kan? lain org lain pendapat betul x?, kalau yg nk banggakan sangat hari dan tarikh ni dipersilakan….kpd yang bina masjid hari ini selamat pengatin baru aku ucapkan, dan kepada yang dapat baby hari ini tahniah aku ucapkan….

Sorry la la bercelaru sikit citer aku ni, maklumlah tengah2 demam macam ni otak x ley nk pk sangatkan? tapi masih lg boleh berfikir dengan waras….

sick-boy-with-fever

makan pun xda selera, ubat pun malas nk makan klinik malas nak pergi, nak wat camana? sabar je la……sungguh x selesa dengan suhu badan yang panas tambah lak selsema, lagi la x ley tahan….ok la setakat ini dulu ya..t sambung lagi…

Assalamualaikum….

Hakikat Kehidupan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian,

life-instructions[1]

“Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan” – Harieta Wahab

Siapa kata hidup ini hanya penuh dengan kedukaan? Dan siapa kata hidup ini hanya penuh dengan kegembiraan. Allah SWT menjadikan kehidupan satu kursus yang baik untuk manusia membina kemanisan iman dan juga kehebatan akhlak. Oleh kerana itulah kehidupan tidak semestinya diberikan kesenangan semata-mata. Pasti akan ada ujian demi ujian untuk melihat sejauh mana komitmen kita memegang jawatan hamba Allah ini.

Ujian adalah ibarat peperiksaan di dunia. Jika lulus maka gred manusia akan meningkat dan diangkat darjatnya oleh Allah SWT. Tetapi jika gagal bukan bermakna anda manusia bodoh atau tidak berguna. Sebaliknya anda masih boleh ulang peperiksaan tersebut pada waktu yang lain.

sumber: motivasi kerja

Segmen: HasrulHassan Jelajah dan Gegar Blog 2011 !!

Assalamulaikum dan salam sejahtera kepada blogger dan pembaca sekalian.

Dalam kebusanan dan kedemaman nih, aku ambil masa sekejap tuk berblog dan blog walking, dalam masa aku jalan-jalan kat blog kawan2 aku, aku ada ternampak satu segmen yang macam menarik lah…dan terasa diri ini ingin menjoinkan sekali..nak tau segmen apa? tuh baca tajuk entry aku besar2 kat atas tuh..hehehe…

GemarBlogwalk300

Kalau korang nak tahu nama aku dalam blogger ni adalah KHAI dan nama blog aku ni My Life Story . Kalau korang nak tahu juga bila aku mula berjinak dengan dunia blogger ni adalah pada bulan JUNE 2009.

Target untuk blog aku bagi tahun 2011 ni adalah berharap agar setiap penulisan yang disampaikan dalam blog aku ini, memberi makna kepada pembaca dan apa yang aku ingin sampaikan tu sampai kepada pembaca. Serta ingin memperbaiki cara penulisan yang lebih berkesan.

Terima kasih tidak di lupakan kepada tuan empunya segmen ini En. Hasrul Hassan, kerana telah memberi peluang kepada aku sertai segmen ini…

Makna di dalam Surah al - Fatihah

393223_159892894107402_135924809837544_265893_776557681_n

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini aku ingin kongsikan maksud di dalam Surah Al-Fatihah, semoga ini boleh jadi panduan dan manfaat kepada kita semua..insyaAllah


Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) - Pembukaan - surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.


Surah ini dinamakan Al-Fatihah (Pembukaan) kerana ianya dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.


Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ianya merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.


Surah ini turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.


Kandungannya
Surat ini mengandung beberapa unsur pokok yang mencerminkan seluruh isi Al Quran, yaitu :

a) Keimanan
Beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa terdapat dalam ayat 2, dimana dinyatakan dengan tegas bahwa segala puji dan ucapan syukur atas suatu nikmat itu bagi Allah, karena Allah adalah Pencipta dan sumber segala nikmat yang terdapat dalam alam ini.


Diantara nikmat itu ialah : nikmat menciptakan, nikmat mendidik dan menumbuhkan, sebab kata Rab dalam kalimat Rabbul-'aalamiin tidak hanya berarti Tuhan atau Penguasa, tetapi juga mengandung arti tarbiyah yaitu mendidik dan menumbuhkan. Hal ini menunjukkan bahwa segala nikmat yang dilihat oleh seseorang dalam dirinya sendiri dan dalam segala alam ini bersumber dari Allah, karena Tuhan-lah Yang Maha Berkuasa di alam ini.


Pendidikan, penjagaan dan Penumbuahn oleh Allah di alam ini haruslah diperhatikan dan dipikirkan oleh manusia sedalam-dalamnya, sehingga menjadi sumber pelbagai macam ilmu pengetahuan yang dapat menambah keyakinan manusia kepada keagungan dan kemuliaan Allah, serta berguna bagi masyarakat.


Oleh karena keimanan (ketauhidan) itu merupakan masalah yang pokok, maka didalam surat Al Faatihah tidak cukup dinyatakan dengan isyarat saja, tetapi ditegaskan dan dilengkapi oleh ayat 5, yaitu : Iyyaaka na'budu wa iyyaka nasta'iin (hanya Engkau-lah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau-lah kami mohon pertolongan). Janji memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk.


Yang dimaksud dengan Yang Menguasai Hari Pembalasan ialah pada hari itu Allah-lah yang berkuasa, segala sesuatu tunduk kepada kebesaran-Nya sambil mengharap nikmat dan takut kepada siksaan-Nya. Hal ini mengandung arti janji untuk memberi pahala terhadap perbuatan yang baik dan ancaman terhadap perbuatan yang buruk. Ibadat yang terdapat pada ayat 5 semata-mata ditujukan kepada Allah.


b) Hukum-hukum
Jalan kebahagiaan dan bagaimana seharusnya menempuh jalan itu untuk memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Maksud "Hidayah" disini ialah hidayah yang menjadi sebab dapatnya keselamatan, kebahagiaan dunia dan akhirat, baik yang mengenai kepercayaan maupun akhlak, hukum-hukum dan pelajaran.


c) Kisah-kisah
Kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang Allah. Sebahagian besar dari ayat-ayat Al Quran memuat kisah-kisah para Nabi dan kisah orang-orang dahulu yang menentang. Yang dimaksud dengan orang yang diberi nikmat dalam ayat ini, ialah para Nabi, para shiddieqiin (orang-orang yang sungguh-sungguh beriman), syuhadaa' (orang-orang yang mati syahid), shaalihiin (orang-orang yang saleh). Orang-orang yang dimurkai dan orang-orang yang sesat, ialah golongan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Perincian dari yang telah disebutkan diatas terdapat dalam ayat-ayat Al Quran pada surat-surat yang lain.


Penutup
Surat Al Fatihaah ini melengkapi unsur-unsur pokok syari'at Islam, kemudian dijelaskan perinciannya oleh ayat-ayat Al Quran yang 113 surat berikutnya.


Persesuaian surat ini dengan surat Al Baqarah dan surat-surat sesudahnya ialah surat Al Faatihah merupakan titik-titik pembahasan yang akan diperinci dalam surat Al Baqarah dan surat-surat yang sesudahnya.


Dibahagian akhir surat Al Faatihah disebutkan permohonan hamba supaya diberi petunjuk oleh Tuhan kejalan yang lurus, sedang surat Al Baqarah dimulai dengan penunjukan al Kitaab (Al Quran) yang cukup sempurna sebagai pedoman menuju jalan yang dimaksudkan itu.


Nama Lain
Selain dinamai Al-Fatihah (Pembuka), surat pertama Al-Quran ini dinamai juga
Ummul Kitab (induk al-Kitab),
Ummul Qur'an (induk Al-Qur'an),
As-Sabu'ul Matsani (Tujuh yang Diulang),
Ash-Shalah (Solat), al-Hamd (Pujian),
Al-Wafiyah (yang Sempurna),
al-Kanzu (simpanan yang Tebal),
asy-Syafiyah (yang Menyembuhkan),
Asy-Syifa (Obat),
al-Kafiyah (yang Mencukupi),
dan al-Asas (Pokok).

TEMAN..

 

sahabat_sejati

TEMAN

DIRIMU SANGAT BERNILAI BUAT DIRIKU
DIRIMU SANGAT SEMPURNA BUAT DIRIKU
DIRIMULAH PENCETUS ILHAMKU
DAN
DIRIMULAH PENDORONG SEMANGAT KEYAKINANKU
TEMAN
KIRANYA HARI ESOK ADALAH TERAKHIR BUAT KITA
SEMATKANLAH DISANUBARIMU SETIAP KENANGAN
KITA YANG LALU
ABADIKANLAH SETIAP MELODI LANGKAHMU
DENGAN LAGU BICARA KITA DAHULU
SUNGGUHPUN IA MENYAKITKAN
ATAU MEMILUKAN HATIMU
TEMAN
TIADA YANG TERPALING INDAH DIDUNIA INI
SELAIN MENGENALIMU
KERNA
DIRIMULAH INSAN YANG KU TUNGGU SELALU
SEMOGA KEBAHAGIAN SENTIASA BERSAMAMU
ABADI SELAMANYA TATKALA DIRIMU
MERINDUIKU

Kita Sedar tak??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dikala sepi aku merenung sorang diri memikir masa hadapan aku, apa akan jadi selepas 10 tahun akan datang? adakah hidup aku seperti ini lagi atau dah berubah? tu semua masih belum boleh aku jawab lagi…tunggu dan lihat bagaimana nanti.

Di kala kesepian aku mula terfikir, apa yang telah aku lakukan dalam hidup aku selama ini? adakah betul cara aku, atau pun salah cara aku lakukan sebenarnya…di dalam kesibukan dengan tugasan harian mana sempat aku nk pk semua ni, di kala malam yang sepi yang tenang ni lah yang dapat aku berfikir balik dan merenung balik apa yang telah aku laksanakan hari-harian hidup aku.

Di kala kesepian ini juga aku rasa jiwa aku kosong, minda aku tenang untuk berfikir…alangkah indahnya kurniaan Allah swt terhadap mahkluk ciptaannya….Hanya perkataan yang indah keluar dari mulut aku adalah Alhamdulillah, syukur Ya Allah, Ya Tuhan Ku.

Adakah kita sedar, bahawa kita sebenarnya jauh dari Nya, adakah kita sedar yang kita telah abaikan perintah dan suruhanNya, adakah kita sedar bahawa siapa idola sepatut kita contohi? adakah siti nurhaliza idola kita, adakah aaron aziz idola kita, adakah artis2 lain yang menjadi idola kita??? Jawab lah dengan jujur siapa idola kamu yang sebenarnya???

Adakah kita sedar, yang kita hanya perlukan Allah ketika kita dalam kesedihan, ketika kita dalam kesusahan, ketika kita dalam kesepian, ketika kita bersedih..dan bagaimana pula dengan keadaan kita tengah bergembira, ketika kita hidup senang dengan kemewahan, ketika kita di lamun cinta, ketika kita dapat apa yang kita impikan..adakah kita ingat pada Allah swt? ada kita ucap Alhamdulillah? adakah kita menadah tangan berdoa dan bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaanNya? kalau ada Alhamdulillah syukur, kerana anda berada di jalan yang benar, kalau xda renung2kan lah ya….

Aku disini bukan lah ingin menunjukkan diri aku baik bagai ustaz pilihan tu, tidak sama sekali, tujuan aku disini adalah dengan satu niat, satu tujuan iaitu niat dan tujuan untuk kongsikan sesama umat islam, aku tidak dahagakan pada pujian, aku tidak dahaga dengan bangga nya korang, apa yang aku mahu, adalah supaya korang tahu apa yang korang x tahu.

Penulisan kita biar la ada ilmiah sedikit sebanyak, semoga pembaca mendapat apa yang dia baca, bukan sekadar lawak sahaja, malah biar tersimpan di hati dan terfikir diminda. Aku x kisah kalau ada orang yang x suka baca entry panjang2…bukan paksaan sedikit pun xda…amalan membaca itu adalah amalan yang mulia, orang yang membaca dia akan mendapat ilmu pengetahuan yang lebih dari orang yang kurang minat membaca.

Aku x salahkan korang kalau korang kata blog aku membusankan, aku xsalah kan korang kalau korang nak kata aku apa sekali pun, aku terima semuanya…aku x kisah juga kalau korang lebih suka entry yang mengarut, entry yang berunsul kata mengata orang, aku x kesah sedikit pun, sebab bila korang baca entry tersebut korang akan tergelak betul? korang akan kata wahh!! blog ni best la, selalu citer pasal gosip artis…

Tetapi berapa banyak kah blogger yang ada kat malaysia ni nak menceritakan perihal kebaikan dan keburukan dalam hidup ini, perihal agama, perihal dosa pahala dan sebagainya yang berkenaan agama islam, adakah ramai yang menggemari blog sedemikian, adakah ramai yang nk comment bagi pendapat masing2 tentang isu agama??? aku x nk jawab, biar la korang jawab sendiri, sebab jawapan itu ada dalam diri anda, yang mana satu anda sebenarnya…..

Kali ni aku x kesah, aku nk celoteh panjang mana pun aku x kesah korang nk baca atau pun tidak, tetapi kalau yang ada baca sampai ke tahap ni..Alhamdulillah terima kasih tak terhingga untuk korang semua….

Ingatlah dunia ini adalah satu tempat persinggahan yang sementara sahaja bagi kita semua, kerana dunia ini hanyalah pinjaman dari Allah swt…dalam kita mengejar dunia itu jangan la sesekali kita lupa untuk mengejari hari akhirat…sudah cukup ke bekalan kita nak bawa kesana?? adakah wang ringgit dan keseronokkan duniawi yang kita kejar selama ini boleh bawa sekali ke dunia akhirat? mungkin korang akan berkata alah semua orang da tau kot, apa nak kecoh, kubur masing2, ko jaga kubur ko, aku jaga kubur aku..sungguh indah kan perkataan tu? terdetik dihatiku untuk bertanya kepada orang yang menyatakan sedemikian, macamana dia boleh jaga kubur dia apabila dia dah kembali kepada Allah???

Dan lagi satu ayat yang indah selalu keluar dari mulut anak2 muda mudi kita sekarang, “ alah masa muda ni lah kita enjoy puas2, masa muda2 ni la kita boleh wat dosa, nanti dah tua nanti taubat la, kita dok je kat masjid, comfirm Allah akan ampunkan dosa kita nanti” sungguh menakjubkan ayat tersebut, aku x mampu nk berkata-kata sedemikian, korang boleh berkata macam tu?? kalau la kita ni tahu bila dan masa bila kita akan mati, ok xda masalah, tetapi jika la ditakdirkan selepas kita cakap ayat tu Allah tarik nyawa kita, adakah masa tu kita sempat bertaubat???? renung2 kan lah ya..ini sume orang dah laluikan???

sesungguhnya kuasa itu ada ditangan Allah swt, kita tidak mampu berbuat2 apa, tanpa keizinan Allah swt..kita manusia yang kerdil di sisi Allah swt…kita hanya mampu merancang sahaja, tetapi Allah sahaja yang dapat menentukan segala2 nya.

Apa yang aku katakan diatas adalah niat untuk berkongsi, tiada kaitan dengan siapa2 ok…yang baik semuanya datang dari Allah swt, dan yang silap dan salah tu semuanya datang dari diri aku sendiri, andai tersalah kata, tersalah ejaan, tersalah maksud, tersalah huraian, ampun dan maaf aku pinta..sesungguhnya setiap kesalahan itu kita sesama islam saling tegur menegur, supaya kesilapan yang sama tidak akan berulang kembali, insyaAllah Smile

sekian dari aku….Assalamualaikum.

Bukan Aku Nak Kutuk

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cam bahaya je kan tajuk entry aku tuh..huhu..apa aku nak cakap ini adalah benda yang betul, aku baru je dapat tahu dari kawan baik aku, bila aku dengar cerita dia, aku lak yang jadi panas.

Nak tahu citer dia, mestilah korang nak tahu kan??? ok la aku citer la, ni berkenaan ngn POLIS, Kisah dia macam ni, si kawan aku ni baru balik keja dalam kul 2 pg lebih la, n bila dia sampai kat umah dia, dia berasa pelik sebab keta dia kena clamp, dia pun nk tahu kenapa, dia pg la tanya kat guard tu, dalam pondok guard tu ada 2 anggota polis, niat kawan aku kesana nak p tanya kenapa keta dia kena clamp, tetiba je sampai kat pondok guard tu, sorang anggota polis tu tarik kawan aku dan terus lempang, kalau sekali xpa ni banyak kali sampai x terkira, kawan aku terdiam la, sebab x tahu kenapa n apa sebab polis tu lempang dia. dan POLIS tu terus gari dia n bawa ke balai dan letak kawan aku dalam jail.

Dan POLIS tu suruh kawan aku bayar RM6000.00 kalau nk kuar dari lokap tu, yang kawan aku ni takut punya pasal dia pun bayar la RM4500.00 dan polis tu  siap lagi bagi tempoh dalam masa seminggu tuk settlekan baki tu, dan polis tu kata bila da settle bayar baru tutup kes….

Mak ai senang2 ko nak tutup kes macam tu ja?, ko dah kebas duit kawan aku, ko dah belasah kawan aku, apa hal yup, camni ke etika seorang anggota polis? camni ke korang jalankan tugas?? ko buat kawan aku cam tunggul, tanpa asal  usul periksa ko wat kawan aku camtu erk….seriusly aku x respect korang la…di sebabkan sikap sesetengah anggota yg macamni la nama PDRM buruk.

kesnya malam tu ada pergaduhan cina dan nepal, tapi cina tu dah blah, dan polis ni malas nak buat keja, sebab tu la dia main rembat sapa yang ada, alih, kawan aku yang kena….sungguh hebat seorang anggota polis menjalankan penyiasatan erk? patut la kes2 jenayah kat malaysian lambat settle.

Tapi no hal, tunggu aku balik nanti, aku akan bawa kes ni ke mahkamah, kalau aku x tolong kawan aku, sapa lagi nak tolongkan??? benda betul kita patut pertahankan hak kita, jangan kita jadi bodoh, jangan takut kuasa dia, x kemana kuasanya…kuasa Allah swt lagi besar. Kalau ye pun nk mudah dapat duit, ini bukan caranya bro!! sebab tu la aku x bagi adik2 aku masuk polis, sebab bila ada sesetengah anggota yg bersikap macam ni la, orang buruk kan  POLIS, bukan burukkan anggota tu, dah buruk namanya, kan x elok tuh, sepatutnya orang dah bagi amanah kat korang buat keja, buat la keja ngn betul, x guna kot guna paku yang ada tulisan Allah dan Muhammad tu, kalau ini sikapnya…..

Seriusly aku marah n aku bengan, sebab kes ni bukan sekali baru berlaku dah banyak kali dah berlaku kat kawan2 aku, mana ley tahan der, sabar kitaorang pun ada tahap nya. Ingat kitaorang ni rakyat biasa senang2 je ko buat kami cam sampah erk????

Kami juga ada haknya, tunggu la kami di muka pengadilan k..aku n kawan2 aku x takut, sebab kami berada di tempat yang benar…Allah maha mengetahui segala2nya. Kalau pihak polis boleh buat ugutan, kami pun boleh buat, tapi kami buat dengan cara terhormat, dan bukan cara kotor macam korang buat, di sebab kan kes ni la kawan2 aku hilang punca rezeki…..

Aku bukan nk kutuk PDRM, cuma aku x puas hati ngn sikap sesetengah anggota yang celaka boleh aku katakan disini, kenapa aku berkata begini? korang kena pk la, aku x kan melenting kalau benda tu x salah, tapi yang ni dah terbukti SALAH. Sebab tu aku bersuara..aku x risau kalau ada pihak polis yang baca entry ni, kalau ada lagi bagus, supaya korang jangan buat camni, dengan cara singkap tu settle kes, pukul orang sewenang2nya, paksa orang suruh mengaku kesalahan yang bukan orang itu lakukan…aku rasa dalam PDRM xda ajar kot korang berperilaku seperti ini. dan kes ini akan di bawa ke bahagian Tatatertib bukit aman, bukan nk menganiaya, tapi nak suruh anggota tu sedar…dan pk yang dia telah tutup periuk nasi orang, dan xpasal2 nama kawan aku jadi buruk…..

Ikutkan hati aku, aku nk je citer panjang lagi, tapi cukup setakat ni la dulu k…Assalamualaikum….

p/s : Maaf PDRM bukan aku nk kutuk korang….aku cuma berkata yang benar sahaja.

tak tahu nak buat apa….

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tak tahu nak wat apa??? itu yang aku nak story hari ini, dek kerana aku bosan x tau nak wat apa kan, nk berfb xda mood, nak bertweet asyik kena limit je, apa la nasib, dah rasa bosan da ngn semua ni hehe….

Nasib baik lah blog ni x sampai tahap bosan lagi aku, kalau sampai tahap tu terkubur kot blog aku ni hahaha…aku x tau napa hari ni teramatlah bosan…selalunya xda rasa macam ni, nak masak pun dah rasa bosan, nak makan pun dah rasa boson, ini dah dikira kes besar dah nih, smpai makan pun ada bosan gak eh..macam2 la aku ni kan???

nak wat keja pun malas…hari ni boleh di labelkan “HARI MALAS” tuk aku hahaha…dah semua benda aku malas nk buat kan? petang ni aku nk p swimm la, bg hilang bosan aku ni hehe…

Aku suka tgk kawan aku, kalau dia bosan dia akan makan n makan sebanyak yang dia boleh makan, hahaha yg tu aku labelkan dia. “GILO KUAT MAKAN” hahaha…elok la, sorang kurus n sorang gemuk adil la tu kan..lau aku ditiup angin aku blh bertahan kat badan dia hahahahaa…

Opss!! korang jangan la terasa, aku cakap kat kawn aku ni, x cakap pun kat korang, tgk tuh cik senah ngn cik joyah dah tarik muncung panjang2 dah..lex rrr…x rock r macam ni hehehe….

Wordless Wednesday #2

 

308337_293061267378173_169420963075538_1077669_2105175999_n

FITNAH YANG MEMBAWA PADAH

Disini aku ingin  paparkan satu kisah benar hukuman Allah ke atas seorang wanita yang menuduh wanita solehah berzina walaupun wanita solehah sudah meninggal dunia. Bacalah dan ingatlah jangan mudah kita menuduh orang berzina tanpa bukti dan saksi.

Pada suatu ketika, di Madinah telah meninggal seorang wanita muslimah yang solehah. Lalu keluarganya mencarikan seorang wanita untuk memandikan jenazah.

Ternyata wanita tersebut memiliki sifat dan tabiat yang buruk iaitu suka mengatakan kata - kata kotor , keji, dan jahat. Sambil memandikan mayat itu wanita tersebut terus mengeluarkan kata - kata kotor dan keji.

Bahkan ia berkata demikian terhadap mayat tadi , ” farji " inilah yang banyak dipakai untuk berzina!”

Subhanallah, tiba- tiba kedua tangan wanita keji tersebut melekat erat mencengkam tubuh si mayat, ia berusaha melepaskan kedua tagannya, tetapi kedua tangan itu terus mencengkam dan melekat pada tubuh si mayat.

Sementara orang yang berada diluar sudah tak sabar menunggu proses pemandian jenazah yang lama sekali. Setelah diselidiki akhirnya mereka mengetahui apa yang terjadi.

Lalu mereka segera mengirimkan beberapa orang untuk bertanya kepada alim ulama Madinah. Ada ulama yang mengusulkan agar tubuh dari mayat wanita solehah tersebut dipotong agar bisa menyelamatkan tangan wanita keji tersebut. Ada lagi yang mengusulkan agar tangan wanita keji itulah yang dipotong, dan tangannya dikubur bersama wanita itu.

Ulama Madinah tidak ada yang mampu menyelesaikan masalah tersebut. Mereka berselisih pendapat mengenai cara mengatasi masalah itu. Akhirnya mereka bersepakat untuk bertanya kepada Imam Malik rah.a. Mereka segera menemui Imam Malik dan bertanya berkenaan kejadian aneh tersebut.

Setelah mendengar pokok permasalahannya Imam Malik pergi ke tempat kejadian, lalu ia memita izin kepada keluarga untuk mengusut dari balik hijab.

Dari balik hijab Imam Malik bertanya kepada wanita yang tangannya melekat, : ”Katakan terus terang apa yang telah engkau tuduhkan kepada si mayat?”.

Wanita ini dengan raut muka yang sedih dan malu menjawab :” ketika aku memandikannya aku telah menuduhnya berzina.” .

Kemudian Imam Malik keluar dan berkata kepada pihak keluarga bahwa wanita itu telah melanggar hukum Allah karena telah menuduh tanpa bukti dan saksi sebanyak 4 orang,sehingga sesuai ketentuan Allah wanita itu harus mendapat hukuman deraan sebanyak 80 kali.

Setelah hukuman dilakukan memang tangannya terlepas dari badan mayat dan wanita tersebut bertaubat atas kelakuannya yang buruk.

Kisah di atas telah memberikan kita pelajaran bahwa jangan sembarangan membuat tuduhan kepada pihak lain tanpa bukti bukti yang kuat, disebutkan dalam kisah di atas iaitu adanya 4 orang saksi, melihat kejadian secara langsung.

Apapun alasannya dan apa pun kejadiannya menuduh tanpa bukti adalah haram hukumnya, bahkan Allah menjelaskan bahawa dosa kerana menuduh sembarangan lebih kejam daripada dosa akibat menghilangkan nyawa orang lain secara paksa.

Cubalah halusi Firman-Firman Allah dan hadith-hadith di bawah ini mengenai dosa memfitnah orang. Semoga mendapat pengajaran:-

Al-Humazah : 1"Celakalah mereka yang mengumpat dan memfitnah"
An-Nur : 19"Orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar dikalangan orang-orang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat. Allah mengetahuinya, sedang kamu tidak mengetahui."
Al-Isra'a : 36"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta bertanggung jawabnya tentangnya."
Al-Baqarah : 191"Dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan"
An-Nur : 23-24Mereka yang memfitnah perempuan suci, celakalah di dunia dan akhirat; bagi mereka hukuman yang dahsyat dihari pengadilan; lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi diatas perbuatan mereka.

Al-Buruj : 10Orang yang memfitnah orang mukmim, kemudian tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar.
Khutbah Rasul Allah di Mekah23 / 2 / 632"Menyebut 15 aspek sosial. Satunya : Jangan Memfitnah."
Dari Imam Ghazali"Mengumpat itu dosanya sama dengan berzina 30 kali."
Dari Imam Al-Mawardi"Orang yang biasa mengumpat, isi batinnya kotor"
Dari R. Muslim"Seseorang yang menutup cela seseorang yang lain didunia, akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat."
Daripada Abu Huraira, Termidzi:"Sesiapa yang duduk didalam perhimpunan yang tidak baik hendaklah membaca doa (memuji Allah dan meminta ampun darinya) sebelum berundur diri"
Daripada Al-Nabari:"Barangsiapa yang beriman kepada Allah S.W.T dan Hari Akhirat maka hendaklah ia mengucapkan perkara-perkara yang baik atau diam"
Daripada Al-Nabari:"Wahai Rasul Allah S.A.W, manakah orang Islam yang paling baik? Rasul Allah S.A.W menjawab : Ialah yang mana orang Islam lain terselamat dari gangguan lidah dan tangannya"

Semoga kisah d iatas menjadi contoh dan dorongan untuk kita selalu berada di jalan Allah SWT

Wallahua'lam

sumber : Facebook.

Kenapa Isu ini Nak di Besar2kan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam ni tetiba la mood aku x baik, kenapa selalu sangat ko buat aku badmood? agaknya ko happy kot tengok aku moody je memanjang??? aku dah mula x faham da ngn sikap ko. Apa masalah ko sebenarnya, kalau ye nk tutup salah sendiri x payah la cari salah orang lain…

Hidup aku ni xda halangan untuk aku buat apa saja yang aku suka, janji aku tahu batas2 nya, bagi aku x salah kot aku habiskan masa aku kat twitter or fb kot, aku ada hak kot…kalau ko rasa tergugat disebabkan aku aktif, aku x tahu la, tapi apa motifnya….ada aku buat x elok ke kat fb n twitter?

Ini menunjukkan ko masih lagi tidak percayakan pada diri aku, dan ko blm kenal lagi aku siapa, tapi sudah cukup kenal dengan ko, that y ko rasa tergugat, dan apa yang aku bagitau ko selama ni betul kan? tapi ko masih nak menafikan??? what ever la…aku pun dah x tau nak cakap apa….apa aku minta tolong jangan control sangat, coz aku paling x suka hidup dikokong.

Selama ni aku xda pun nak ganggu ko kan? aku biar je kan? aku just tegur2 biasa je kan??? tapi xda la sindir2 macamana ko wat aku kan??? aku pun ada perasaan gak la wehh, jangan ko ingat aku ni bodoh macam aku xda otak nak pk, sebaliknya ko yang x boleh terima kenyataan, kenapa ko x nk fikir dengan rasional hah????

Please la….sabar aku ada tahap nya…hilang sabar aku, xda maaf la jawabnya, dan ko pun tahu sikap aku camanakan????

P/s : Jangan nak cari salah orang kalau nk tutup kesalahan diri sekali pun, lambat laun orang akan tau juga kesalahan tu nanti….

Tidak MUDAH

Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan teriris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari itu bagian dari kasih Ilahi
Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita


Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyadari...
Bahwa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat


Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri


Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu bagian dari penyucian diri...
Dan ikhlash hanya mengharap ridlo Ilahi


Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itu adalah awal dari kesuksesan kita


Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari itulah jalan yang harus ditempuh
Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya


Tidak MUDAH menghilangkan duka karena kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyadari...
Bahwa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat


Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cobaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur
Dan menyadari itu bagian dari cara Allah menyayangi hambanya...
Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya

Aku Tertipu…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Malam raya tu ada la aku layan jap fb aku tu, tengah syok membalas komen tetiba dapat satu komen dari kawan aku. Mak ai..panjang nya dia ni komen, di sebab kan dia kawan aku la, aku sanggup menjulingkan mata aku tuk baca komen dia yang panjang tu..nak tau apa komen dia ?

kepada tuan punya status, dengan ini saya meminta izin daripada anda supaya saya boleh mengomen status anda. Suka atau tidak terpulang kepada anda untuk membacanya dan berharap anda dapat memahami apa yang saya komen. Sebenarnya saya ...tidak ...tahu apa yang saya komenkan di sini, tapi sebagai tukang komen status, bahawasanya status anda terpilih untuk dikomen oleh saya, sesuai dengan kerja saya sebagai tukang komen. Sekali lagi saya menyatakan bahawa diharap anda dapat memahami komen saya kerana apa yang saya komenkan disini amatlah panjang. Tapi tidak salahlah jika komen saya panjang jika isinya padat dan lengkap memenuhi informasi semasa. Mungkin anda hairan apa yang saya komenkan disini, tapi ternyata status anda memang tiada kaitan dengan apa yang saya komenkan kerana secara tidak lansung komen saya ini akan memberi manafaat kepada status anda supaya status anda lebih menyerlah berbanding biasa. Dengan itu teruslah membaca komen saya kerana apa yang saya komenkan disini akan memberi inspirasi kepada anda untuk mengupdate status baru yang lebih informatif, kreatif, progresif dan innovatif. Namun cerita saya disini belum habisnya, masih ada banyak lagi kesempatan yang saya ingin komenkan disini selagi facebook masih online selagi itulah saya tidak hentinya mengomen status siapa-siapa saja yang saya mahu komen. Jadi anda harus berasa bertuah kerana anda bukan saja terpilih, tetapi status anda menang menjadi kesukaan saya, ya saya suka dengan status anda dengan itulah saya tidak henti mengomen tentang kesukaan saya terhadap status anda. Namun komen saya belum lagi berakhir disini. Mungkin anda berasa pening mahupun juling kerana membacanya tetapi tangan saya masih mampu untuk menaip komen untuk anda biarpun apa yang saya fikirkan di benak fikiran hanyalah kosong tetapi tangan ini terus menaip komen. Alangkah sukanya saya jika dapat mengomen status anda di hari-hari yang berikutnya selagi facebook masih online, maka disitulah saya mengomen dan terus mengomen siapa saja yang saya suka. Jikalaulah anda tidak meneruskan membaca komen saya disini, mungkin anda telah pengsan, mahupun sedang dibawa ambulance pergi hospital, tetapi jika anda sedang membaca apa yang saya komenkan disini, maka tahniah!! kerana anda seorang yang penyabar. Kerana itulah saya menyukai anda dan juga status anda. Maka dengan itulah lah saya akhiri komen saya disini. Tidaklah saya mampu untuk menaip dengan lebih panjang lagi kerana apa yang saya komenkan tidaklah saya sendiri memahaminya, adalah kemungkinan anda seorang yang gila membacanya. Namun ketahuilah anda bahawa dalam pada saya sedang menaip komen anda, telah habis Mee Sedap 3 bungkus dikala mencari idea untuk menaip komen status anda. Ya itulah kesanggupan saya mengomen status anda, dan dengan itulah berakhirnya komen saya disini..

Selepas aku membaca komen tersebut, tanpa pk apa2 aku pun balas balik la komen dia yg panjang ni, komen aku pun blh tahan gak la panjang nya, tapi selepas balas, tergerak hati aku nk buka profile kawan aku ni…

Bila aku buka profile dia…cettt….aku tertipu…rasa nk maki je time tu, tapi aku sabar2…rupa2nya komen ni copy paste je, apa lagi aku x kan biar aku sorang je terkena, habis kawan2 aku kenakan…tapi sedih aku dapat hadiah “bengong “ dari kawan2 aku, tapi xpa la nak wat camanakan sabar je la, knp mereka cepat melenting ek? sedangkan aku rilex je baca komen panjang, sikit pun xda rasa nk marah or nk maki….tapi diorang lepas baca komen ni terus kata aku bengong….macam2 la…tu baru komen yg panjang dah dapat bengong, macamana lau aku iman kan orang solat baca surah panjang, adakah aku dapat hadiah perkataan bengong lagi x???