Selamat Tahun Baru 2012

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua.

khai riz

Alhamdulillah kita dah sampai ke penghujung tahun 2011, dan tahun baru 2012 akan datang x berapa lama lagi, sekejap sahaja masa berlalu pergi, setahun bagaikan sehari sahaja, begitu la yang dapat digambarkan, banyak kenangan manis dan pahit yang kita alami dalam masa setahun ini, dan banyak perubahan status, dari bujang ke alam rumahtangga, dan ada yang bertukar gelaran dari abg ke papa kerana sudah dikurniakan cahaya mata, dan pelbagai lagi yang kita semua hadapi dalam masa setahu ni.

Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pembaca dan blogger yang dikasihi, dengan harapan datang nya tahun baru ni, kita semua punyai azam yang baru, kehidupan yang baru, dan kisah lama 2011 kita tinggalkan sekejap, dan kita bina semula dengan lebih baik di tahun baru ini.

dan disini juga aku ingin menasihat sedikit, semperna kedatangan tahun baru ini, kita sambutlah dengan ucapan Alhamdulillah dan bersyukur kehadrat illahi kerana masih memberi peluang kepada kita semua teruskan kehidupan di muka bumi ini, jangan la kita lupa padaNya, kerana tanpa Dia, kita semua x dapat merasa tahun baru ini. Dan bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang untuk berblog ini.

Memang x dapat nak nafikan lagi, dunia kita semakin canggih dengan teknologi dihujung jari sahaja, internet sebagai peneman hidup kita semuanya, kalau dulu ibu bapa peneman kita, bila kita dah besar sikit, awek peneman kita, dan sekrang internet lagi diutamakan menjadi peneman kita, kerana masing2 punyai laman sosial sendiri x kira yang dah kahwin or sedang bercinta semuanya sama, tapi sayang kita semua mengejar arus dunia yang berjalan dengan pesat, sehingga kan suruhan dan perintah Allah swt kita abaikan kerana terlampau mengejar trend orang kata, sehinggakan ingin melihat sejadah pun dah x mau, apa tah lagi baca ayat suci al-quran kan? jauh sekali, dan ada juga sesetengah orang yang langsung x tau nak baca Al-quran, amat lah sedih, kalau kita post panjang2 kat fb dan blog sanggup luangkan masa untuk habis baca, nak2 lagi part gosip artis, bukan aku nk kata tapi inilah realiti…apa yang berlaku didepan mata aku sekarang ini.

bukanlah aku nak jadi ustaz disini, tetapi ingin juga memberi nasihat dan pendapat aku untuk tahun baru ni, kita bukalah jendela baru sempena tahun 2012 ini dengan penuh harapan, semoga apa impian yang belum dikecapi sebelum ini akan tercapai di tahun baru ini, dengan izinNya…InsyaAllah. Kita hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang akan menentukan….berusaha dan terus berusaha jangan berputus asa.

Tahun baru juga, kita cuba bina hidup yang aman dan harmoni, dan banyakkan amal ibadah semoga hidup kita diberkati oleh Allah swt…..sebab kita x tahu sampai bila lagi kita boleh teruskan hidup di muka bumi Allah swt ini…

Kepada yang mahu sambut tahun baru ini, sambut la ya, tapi biarla berpada-pada..insyaAllah aku percaya semua nya yang baik2 belaka k….

Akhir sekali, aku mohon maaf jika sepanjang tahun 2011 aku berblog ini ada salah dan silap kepada korang semua k…..biasalah aku juga manusia biasa yang x pernah terlepas dari melakukan kesilapan…insyaALlah tahun baru ini akan ku cuba ubah menjadi yang lebih baik dan korang semua juga ya InsyaAllah.

cuba sebut mati

Sebut mati sebanyak 100 kali ? ada atau tidak perubahan dalam minda atau hati ?

Cuba sebut mati dengan penghayatan : fikirkan masa/waktu/saat yang berlalu. Amalan/bekalan yang akan dibawa. Keadaan orang yang mati.

Cuba fikirkan mati dengan dikaitkan melalui penglihatan : melihat orang yang sudah meninggal dunia dan diambil pengajaran. Mengambil peringatan melalui talqin yang dibaca oleh imam di kubur.

Kesimpulan : orang yang bijak adalah yang banyak mengingati mati (tentu ada yang lebih tahu ucapan siapakah ini). Dan peluang yang patut diambil selagi ada nyawa..

Perubahan Masa

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca sekalian.

Hari ni agak lewat sikit aku update blog aku, almkalum lah sejak 2 menjak keja nih, mood aku cam down sikit, mungkin kepenatan badan kot faktor2nya, tapi xpa aku cuba sedaya upaya aku tuk update juga walau pun satu entry saja.

sekarang ni ramai yang tanya aku, dah lama x nampak kat twitter? kalau dulu sehari mau 3 kali kena limit, tapi sekarang sekali pun susah hehe, maaf la ya, masa x mengizinkan , kalau cam dulu xpa, keja aku ikut suka hati je nak wat, tapi skunk dah limit dah, kerja normal shift ni memang akan terasa penat, n jadual tido pun dah berubah, dulu suka hati je nak tido kul bapa? bangun kul bapa? tapi skunk x lagi, skunk kena ikut jadual dah, kerana jadual kerja aku memang tetap dah, kul 8 pagi sampai kul 5 petang, so hari2 kena bangun awal, kalau tido lewat, comfirm kat tempat keja nanti mengantuk dan mata pun dah macam mata panda,

kerja lak alhamdulillah, xda la berat sangat, tekanan pun xda la sangat, biasa2 je, ini lah aku cari selama ini, kerja normal shift, weekend cuti, dan tempat keja dekat umah, maklum la hidup di KL ni kena la pandai berjimat, kalau x belum sampai tgh bulan lagi, poket dah kering, x boleh la camni hehehe….

apa2 pun aku x akan tinggalkan blog aku nih terbiar camtu saja.

kenapa nak lari dari masalah???

Assalamualaikum semua …..

Kesendirian

Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini, semuanya punyai masalah, tipu la kalau ada orang yang katakan hidup dia xda masalah, kerana masalah dengn hidup kita ini tidak pernah terpisah, sentiasa berdamping dengn kita setiap waktu dan masa saja, x kesah la masalah apa sekali pun, tetap juga punyai masalah.

apa yang aku ingin cakap kan disini, jika kita ada masalah ngn orang lain, atau keluarga atau kawan2 kita atau sapa2 aje la, cuba la kita bawa berbicang, dok elok2, cakap elok2, terangkan satu persatu apa yang x kena dan apa yang x puas hati atau sebagainya, kalau kita terus larikan diri, kita terus menyepi..sampai bila masalah itu akan selesai….

dalam masa ni, jangan fikir dulu siapa salah, sebab mungkin masing2 ada masalah kan? mana la kita nak tau, dan lagi satu jangan la tanam sifat ego yang tinggi, x elok, kalau ego yg tinggi ni lah yg susah nak selesaikan masalah nih…ingat ya setiap masalah yang tuhan berikan ada hikmah disebaliknya….

kita semua impinkan sebuah kehidupan yang aman, yang tenang , yang gembira dan sebagainya, kalau hidup dalam masalah x syok orang kata, ye la otak jadi serabut, selalu bermurum dn sbagainya, so keadaan seperti ini lah yang perlu kita elakkan…

apa2 pun setiap masalah ada jalan penyelesaian nya, jangan berputus asa untuk mencari jalan macamana mahu setelkan masalah dalam hidup kita….

Makna Sebuah Kehidupan...

Ketika insan melihat ke langit,

Lalu bertanya kepada dirinya,

Adakah langit sebagai hujungnya,

Hujung bagi sebuah kehidupan?

 

Saat insan melihat ke tanah,

Lalu hati terasa pasrah,

Adakah ini penghujung kisah,

Atau dari sini mulanya kembara,

Kembara menuju destinasi cinta?

 

Ketika insan mendengar firman,

Mencari jawapan daripada Tuhan,

Tentang makna sebuah kehidupan,

Lalu Allah memberi pedoman,

Tentang diri jua kehidupan,

Tentang yang pasti berbanding kepalsuan.

 

Hidup ini maknanya nyata,

Bagi mereka yang inginkan bahagia.

Hidup ini hakikatnya ada,

Pada kembara menuju cinta,

Cinta Tuhan yang Maha Pencinta.

 

Maka hiduplah dengan makna ini,

Duhai insan yang mengerti,

Andai kebahagiaan yang ingin dicari,

Kerana hidup di dunia cuma sekali,

Sebelum kembali ke akhirat yang pasti,

Sedang setiap pilihan akan ditanya,

Apa ertinya ini dan mengapa,

Bukankah tujuan diciptakan untuk mengabdikan diri,

Kepada Tuhan Maha Pencipta?

terfikir sejenak

Assalamualaikum dan salam sejahtera ya kepada semua pembaca….

Muncul lagi kan entry aku, ingatkan dah tido tadi kan??, selagi ada masa ni dan selagi aku x tido insyaAllah entry akan muncul, x kira la 1 ke 2 ke 3 ke kan, ikut suka hati aje , selagi x menyusahkan orang.

Apa yang aku nk kata disini adalah begitu Aggung nya ciptaan Allah kan? kepada kita semua, salah satu nya akal, akal lah yang paling beharga bagi kita, kenapa? kerana akal la yang selalu memutuskan keputasan dan sebagainya.

senang kata la, korang nk buat blog kan? bila dah ada blog mesti ada entry kan? so nak tulis entry kita kena fikirkan, apa kebenda aku nak story ni kan?? so semuanya ni datang dari akal kita, kalau kita guna sebaik yang mungkin akal kita insyaAllah hasilnya baik.

dari aku perhatikan di dalam dunia bloggers nih, bagi pandangan aku la, orang yang punyai blog nih, adalah orang itu unik sekali, korang faham x maksud aku? ok lah kalau x faham atau buat2 x faham, bak sini aku kasi faham sikit, (faham ke x ni aku x tau la ya )

kenapa aku kata bloggers nih unik? kerana setiap bloggers nih dia ada tujuan dan matlamat nya sendiri tol kan? kalau kita xda tujuan dan matlamat, kita tentu sekali tidak sibuk atau menggatal tuk berblog kan? betul ramai blogger yg kata, alah buat blog ni pun suka2 je, sekadar hobi je….termasuk la aku sekali macam tu la, tapi korang tau apa hakikat yang sebenarnya???

berblog ni sebenarnya boleh menunjukkan bakat kita sebenarnya, bakat macamana? aik x kan x tau lagi ? kalau dah berblog sudah tentu korang akan pamerkan idea korang melalui entry2 yang korang post kan tuh….

betul x apa aku cakap, akal manusia ni sangat bernilai, kerana dari entry korang sahaja dah dapat gambar kan korang berfikiran macam mana, x perlu tunjukkan muka atau bercakap, kerana dari ayat yang digunakan pun sudah memadai sebenarnya, itu pun kalau post dengan guna akal fikiran sendiri la, x termasuk yang copy paste ok, hehehe….

dari aku melihat blog blogger yang lain, aku nampak pelbagai cara diorang mengolah blog diorang nih, dan boleh buat aku suka membaca walaupun entry dia panjang berjela, dan paling aku suka blogger yang suka postkan entry yang pendek tapi padat dengan isi, dan aku juga suka pada blog, yg menggunakan gambar kartun bagi menghuraikan cerita, pelbagaikan cara pemikiran blogger2 semua nih…..

setiap orang pasti ada kelebihan nya, jangan selalu fikir negetive, jangan cepat putus asa, dalam berblog ni, kalau cepat putus asa nih, akhirnya blog korang akan terkubur, dan jangan la terlalu memikir yang blog korang x sehebat blog orang2 yang hebat, korang blh apa jadi hebat cam bloggers hebat, janji kamu berusaha dan cuba sedaya korang dan pelajari camana ingin mahu seorang blogger yang hebat, dan bukan femes k…..

lastly aku doakan korang semua berjaya dalam berblog ni k, apa yang aku ingin ingatkan disini, sentiasa la besyukur diatas kurniaan Allah terhadap kita, jangan la kita sia2kan k, guna la sebaik yang mungkin……fikir2 kan la apa maksud aku yang tersirat ini ya…insyaAllah jumpa lagi.

Sepetang Di Pantai Irama

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

sudah begitu lama kaki ini tidak menjejaki ke pantai, hari ni berkesempatan untuk singgah sebentar di pantai irama yang terletak di Bachok kelantan, tapi sayang aku datang salah pada waktunya, maklum la sekarang kan musim tengkujuh, musim ombak besar dan air pasang, kalau degil juga ingin mandi nampaknya memang sengaja tempah maut la.

Dapat tengok pantai dan ombak sahaja pun jadi la kan, kalau nk mandi kena datang waktu dan cuaca dah ok dulu, walaupun ramai yang tahu musim ni x dapat nak bermandi manda di pantai, tetapi kebanyakkan orang suka datang sekadar tuk tengok ombak bergelora dengan tiupan angin yang kuat dan terasa amat sejuk sekali, itu pandangan aku la.

kerana aku rasa begitu, memang best la, dapat tengok kebesaran ciptaan Allah swt yang mana tidak termampu oleh manusia untuk melakukan ini semua.

IMG_2629

ini antara gambar yang aku sempat ambil tadi, dulu kalau kita pergi ke pantai, kita tengok kebiruan air laut amat cantik sekali, tapi sekarang kalau kita lihat, air laut tidak lagi nampak kebiruan tetapi bertukar warna kuning kekeruhan, macam selalu kita tengok air banjir.

IMG_2630

ini lah orang kata kalau takut ombak jangan berumah di tepi pantai, hehe, begitu kuat sekali pukulan ombak, sehinggakan boleh menghancurkan separuh wakaf di sana, dulunnya wakaf tersebut berada jauh dipinggir pantai, tetapi sekarang dah xda lagi….

terfikir pula kepada nelayan, macam mana mereka mencari rezeki mereka pada musim ini, yang mana punca rezekinya dari hasil tangkapan ikan, maklum la nak turun ke laut x dapat la musim sekarang kerana bot mereka tidak dapat untuk melawan pukulan ombak yang kuat, lagi satu kalau ombak dan air laut seperti ini, ikan banyak x ada, kasihan pun ada kalau di fikirkan, tetapi apa kan daya….

tapi setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, kalau kita kerja di jalan Allah insyaAllah Allah akan membantu kita, walaupun dalam keadaan sebegini. Allah maha penyanyang dan maha perihatin.

ini sahaja yang dapat aku kongsi kan ya,

bila fikiran berkecelaru…

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepad a pembaca sekalian.

setelah beberapa hari aku tidak mengupdate blog aku, pagi ni aku ambil kesempatan untuk mengupdate, bukan kerana aku busy, dan bukan juga aku tidak punyai masa, cuma aku terasa malas untuk mengupdate, jadi pagi ni aku merajinkan diri untuk update satu entry.

hari ni aku akan bertolak balik ke kampung halaman yang tercinta, aku harapkan perjalanan aku pulang ke kelantan lancar dan selamat sampai, kali ni aku drive persendirian, jika sebelum ini aku ada co-pilot yang boleh tukar ganti drive, tapi kali ni co-pilot yang x dapat nak tukar ganti huhu…

habis sudah intro aku untuk pagi ini, aku terus pada entry aku, dalam kehidupan kita semua, kita di anugerah kan akal fikiran, di mana akal itu berfungsi untuk memikir, tanpa berfikir, apa sekali pun perkara yang kita ingin laksanakan x akan dapat laksanakan dengan sempurna…

sama seperti aku, kebelakangan ini banyak dugaan yang menimpa aku, yang mana mahu aku berfikir dengan waras, dan jangan buat tindakan melulu, dek kerana fikiran aku dikusut kan dengan pelbagai masalah yang di alami seblum ini, membuatkan aku selalu rasa ingin marah, selalu bad mood dan macam2 lagi, di sebabkan itu juga aku tak mahu update blog aku, kerana aku bimbang dan takut aku menaip tanpa aku berfikir, kan salah ayat kan susah la plak kan, so dat y aku ambil masa tuk aku tenangkan fikiran aku, dan Alhamdulillah pagi ni, fikiran aku normal,dan tidak lagi memikirkan hal2 yang remeh temeh nih.

kita dah x boleh nk lari dari situasi ini, ini adalah lumrah kehidupan seorang insan yang bergelar manusia, ini semua ujian dari tuhan yang mana ingin melihat kita samaada kita mampu atau tidak menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan bijak atau bodoh, tapi Alhamdulillah tuhan telah memberi jalan penyelesaian yang baik,walaupun pahit untuk di terima.

aku dah x kesah apa yang apa mereka ingin kata kan kepada aku, aku yakin aku berada di pihak yang benar, jika aku tidak salah kenapa aku nk takut, sebaliknya orang yang kononnya x salah, kenapa takut nak berdepan dengan aku??? kalau betul nak settel masalah, sepatutnya sit down sama2 n discuss dengan cara elok, baru lah sedikit sebanyak masalah tersebut dapat diselesaikan, tetapi dek kerana ego, dek kerana percaya pada diri yang mengatakan mereka benar, terpulang lah, tetapi stop memutarkan belit cerita, jangan kerana kamu nk tutup salah kamu, kamu pergi buruk2kan aku di depan orang lain, apa yang ko dapat berbuat sedemikian???

apa yang pernah aku katakan sebelum ini, sepandai-pandai tupai melompat, ketanah jua akhirnya dia jatuh, memang sekarang ni kamu berada di posisi yang teratas, jangn kamu menyesal nanti satu hari ko berada disisi paling bawah, dan jangan harap masa itu ada orang mahu membantu kamu….renung3 kan lah dan fikirla apa yang terbaik untuk hidup kita, amalkan hidup sihat, elakkan dari pergaduhan dan salam faham antara satu sama lain, kerana ini semua tidak mendatangkan faedah….

akhiri kata dengan senyuman ikhlas dari aku untuk korang semua ya :)

DSC06403

Sabarlah menerima suratan

Sudah disebutkan bahawa pemegang urusan hidup dan mati, semuanya adalah di dalam gengaman ALlah, terimalah setiap sesuatu dengan penuh redha.


Manalah tahu apa yang diingini lari dari perancangan dan ukuran. Belajarlah menerima suratan. Hebatnya ALlah, terkadang diberinya dugaan di dalam kita tidak bersedia.
Bukankah kesenangan itu bersilih gantinya dengan kesukaran? Bukankah di dalam kesedihan terkadang datang bersamanya juga kegembiraan.


Jiwa orang yang beriman - perlulah kuat menongkah zaman. Memang kita ini diajar agar selalu tabah, redha dan sabar.
Biarkan ALlah berikan khabar gembira - bahawa orang yang di timpa kesusahan itu apabila ia sabar dan mengembalikan dirinya kepada Penciptanya akan beroleh bahagia dan pelbagai kebaikan.


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan mereka berkata : "sesungguhnya kami adalah kepunyaan ALlah dan kepada ALlah jualah kami kembali. . Mereka itu ialah orang-orang Yang dilimpahi Dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang Yang dapat petunjuk hidayahNya."


(surah al Baqarah: 155-157)

kerja biar la ikhlas

Apa yang aku nak cakap pun x tau huhu, k la sebelum tu aku nk ucap selamat petang kepada semuanya, harap2 semuanya sihat walfiat la ye, aku Alhamdulillah sihat walfiat,

hari ni Alhamdulillah cuaca elok, boleh la aku balik keja awal, selalunya aku suka balik lambat hehe, sebelum aku menidur kan diri aku, aku ambil masa tuk mengupdate blog aku ni dulu..

harian aku hari ni Alhamdulillah semua nya berjalan lancar, kerja hari ni pun semuanya ok, sejak aku kerja di hospital ni hati aku senang, x tahu kenapa, xda tekanan, kerja semua nya mudah2 , walaupun jauh lari dari bidang aku sebenarnya, aku x kesah, janji kerja aku sekarang ni halal, x kesah la gaji besar ataupun kecil…

kita bila kerja ngn ikhlas dan jujur, insyaAllah diberkati oleh Allah , kalau kita kerja x jujur dan ikhlas pasti kita ada masalah dalam kerja kita, kerana keberkatan dari Allah xda, dan selalu sangat kita nampak dalam sesebuah syarikat, kalau orang tu nk dapat nama atau nak cepat naik pangkat, selalu sangat suka buruk2kan staff lain, sedangkan staff lain x salah pun kena di persalahkan, x elok la kan kalau wat camtu, kalau ye pun x payah la nk burukkan kawan sendiri tul x??

kalau kerja, kerja la dengan ikhlas ye, ingat tujuan dan niat kita kerja tuk apa???

Jika Semuanya Milik Allah.. Apakah Sebenarnya Yang Aku Ada ?

 

Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita ?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?

------------------

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala)

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh RasuluLlah agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

-----------------------------------------------------------------

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.

Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ? menulis surat cinta ? mencuri ?

Mereka : benar ustaz... Ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menengadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ? Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan ?

Mereka : (air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepadaMu.. Aku sombong padaMu Ya Allah.....

-----------------------------------------

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan ?

Mereka : (menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada ?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepadaNya?

blog yang poyo!!!

poyo

haha mau tergelak aku bila baca statement “blog yang poyo” blog siapakah yang dimaksudkan oleh orang tuh?? tapi memang best la ayat dia hehe, dek kerana nk kefemesan mengejar nama dalam dunia blog ni sampai sanggup buat apa saja, asalkan blog nya di kenali dan di puji dan di follow, isk2 ada juga bloggers cam ni erk??

kekadang bila aku pk balik, cam betul je apa yang di cakap kan itu, dalam blog dia xda la menarik sangat pun, tapi kalau tgk pada followers dia, meletopss, hehe bagi aku, aku x kesah, macam aku cakap sebelum ni, kita nk mencari kualiti blog itu, bukan nya kuantiti orang follow, sapa2 pun blh follow, tapi adakah semua yang follow tu ikut perkembangan semasa blog kita???

x salah pun nk jadi femes,  x salah pun nk dapat banyak followers, itu hak bloggers masing2 kan??? xda sapa boleh halang, tapi entry tu jangan la over, dok kata blog ni x kena, blog tu x kena, cara buat blog salah, x ikut format lah dan macam2 lagi dia komen, setahu aku dalam dunia blog ni xda pun peraturan, setahu aku blogspot atau wordpress ni xda la letak syarat2 sedemikian, cuma mereka ni menyediakan tapak percuma tuk semua orang boleh guna, so apa cara sekali pun yang diorang nk buat biar la, itu hak diorang kan? dah itu cara mereka,

kalau x suka x yah la nk bising2 kan? diam2 sudah, jangan buka lagi blog tuh, tapi gatal tangan dok p buka blog yang x suka tu napa, bila dah buka dok kutuk2 plak…napa nak iri hati, knp ? ingat blog korang tu perfect sangat ke? bagus sangat ke? come on la dalam dunia ni xda yang sempurna, salah silap tu biasa la, kalau betul pro dalam dunia bloggers ni cuba la tunjuk ajar sikit, berkongsi apa yang korang tahu dengan dorang yg x tahu ni, kan itu lagi bagus, pada dok kutuk2 blog orang ni,

dorang x sedar, setiap entry diaorang post tuh macam syok sendiri, diorang pk itu adalah terhebat bg dorang, walhal yg sebenarnya, itu sebenarnya menunjukkan kelemahan sendiri, dan kata2 dalam enrty tu mengata diri sendiri sebenarnya, tanpa korang sedari….memang patut kot dorang cakap blog korang ni poyo, kalau betul orang x cakap…

memang sekarang ni orang selalu je singgah kat blog korang kan, korang pun rasa happy la kan, dan ada rasa sikit riak dan bangga kan??? jangan la jadi camni, x elok kan…biar la kita buat sesuatu tuh ikhlas dari hati, jangan keja nya dok menipu je, mengguna ayat2 low profile seperti, aku x harap pun orang jenguk blog aku, aku x harap pun orang komen aku, ayat tu selalu di gunakan, tapi bila xda orang dtg n komen entry touching2 lak kan? terasa pun ada la kan? haha macam2 la….tergelak aku di buatnya.

apa yang aku blh cakap disini, berblog la selagi mampu, kerana blog ni free je, sesapa pun boleh guna, dan buat la apa yang korang suka kat blog korang, kerana itu dah dikira hak milik korang sendiri la kan..so lepas ni x yah la nak iri hati ngan blog orang lain, sebaliknya belajar perlahan2 lama2 akan jadi otai juga, jangan terlampau mengejar sangat femes nih, apa ada dngn femes nih??? kita kat dunia blog ni dah cam family la kan? xyah nk musuh2 x yah nk kutuk2 lagi k..hehe itu lah nasihat aku hari ini untuk aku dan semuanya,

terpulang pada korang la nak nilai camana k, maaf jika ada salah silap dari segi olahan ayat dan penggunaan ayat yg x betul k…..

terima kasih, kerana sudi mmbaca…

kenapa la mata ni degil sangat ???

 

mata ni dah ngantuk sebenarnya, tapi degil x mau nk tido, puas sudah pujuk mata ni, tapi tetap gak x mau tido, ptg tadi masa otw ke KLIA, tertido kejap je dalam kereta x smpai pun setengah jam, tapi nk dapat kan tido tu ke main susah, adoi apa nak jadi…

badan dah la penat, bapa hari badan ni xda masa nak rest, asyik jalan sana sini, mata pun dah x larat da sebenarnya, tu yang majuk sebab banyak malam mata x tido, tu dia degil tuh x mau kasi aku tido, ni comfirm esok p keja ngn x bermaya n xda mood…

makan ubat tido t kan bahaya lak, t terus x bangun2 lagi la susah…ada cara lain x, camana nak kasi mudah tido???

macam2 ragam

Dalam hidup kita ni bermacam ragam manusia kita jumpa kan? pelik pun ada, tapi itu semuanya normal la kan, xda yang sempurna dalam hidup ini. nak huraikan pun panjang sangat, maybe korang pun dah tau kot, so x perlu la di jelas dengan details kan???

apa yang aku nk cakap sebenarnya, kita lam hidup ni kena la pandai bawa diri, jangn selalu ingin mengambil kesempatan terhadap orang lain, tu namanya suka menyusah kan orang…kalau x mampu buat la cara x mampu, wat apa nk berlagak cam kaya kalau dasarnya miskin, aku bukan nak marah or bukn tuju pada sapa2 pun, kalau terasa tu makan cili la kot.

tapi aku sungguh meluat dan benci dengan manusia seperti ini, dah la x reti nak balas jasa orang,  kalau nak semua cakap dia orang ikut je, apa yang dia nak semuanya dapat…memang best la an hidup macam ni, tapi aku x mau la hidup cam ni, kejis namanya, x tau malu satu hal, apa lagi ayat yang boleh aku katakan disini???

kalau boleh cuba la keja cari duit sendiri, nak enjoy pun guna la duit sendiri baru la terasa, jangan la kita sering susahkan orang lain, orang lain keja penat demi mencari rezeki sesuap nasi, yang ko senang2 nk perabis kan duit dia, x kena la camtu, ko hengat ko anak raja ke? kalau anak raja xpa la an???

nak hidup senang bukan la dengan cara ini, guna la cara yang betul, kerja sungguh2, xpa gaji x macam artis pun, janji gaji tu halal, bila hidup kita di berkati oleh Allah gaji RM800 pun dah cukup tuk tampung diri sendiri…..'

malas nak cakap panjang sangat, cukup sini je la an??? yang lain tu pk la sendiri…Assalamualaikum

50 fakta tentang lelaki dan perempuan.:)

1. Kebanyakan wanita tidur lebih lama 1 jam daripada lelaki pada waktu malam.
2. Sperma lelaki yang menentukan jenis jantina bayi.
3. Bayi perempuan cenderung lebih cepat berjalan dan bercakap, bayi lelaki 2 bulan lebih lambat.
4. Lebih banyak kehamilan dan kelahiran dengan komplikasi saat mengandung bayi lelaki daripada bayi perempuan.
5. Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki dan berat otak lelaki + 1,4 Kg, wanita kurang dari itu.
7. Basikal laki-laki mempunyai setang/palang di tengah basikal.
8. Wanita sangat selalu memikir masalah dan perubahan sehari-hari ( misal : penggunaan alat baru ).
9. Pada tulang punggung manusia, wanita lebih lebar dan besar, mengikuti perkembangan tulang panggul untuk proses persalinan.
Lebih banyak timbunan lemak pada punggong, Lelaki lebih banyak timbunan lemak pada perut.
10. Wanita kurang mampu menahan sejuk disebabkan permukaan kulit yang lebih besar, sehingga lebih suka pada suhu ruang yang lebih hangat.
11. Lelaki lebih suka bicara langsung sesuai tujuannya, sementara pembicaraan wanita terputus-putus dengan keraguan dan perasaan.
Disebabkan serabut penghubung antara belahan otak kanan dan kiri lebih sedikit pada wanita.
Sehingga ekspresi perasaan lebih mudah terjadi pada wanita.
12. Wanita lebih baik indra baunya disebabkan tingginya hormon estrogen yang diketahui sebagai aktivator reseptor bau.
13. Wanita mempunyai 75 % lebih banyak kelenjar keringat/peluh ( yang menghasilkan bau badan ) daripada laki-laki.
14. Kemampuan indra lelaki untuk mengecap rasa masam, manis dan masin lebih rendah pada wanita.
15. Hubungan yang rapat/intim diluar pernikahan, lelaki dua kali lebih banyak.
16. Lebih dari dua kali pada wanita cenderung homoseksual pada usia 45 tahun daripada lelaki
17. Pada saat usia tua wanita mengalami keguguran rambut, pada usia yang sama sebagian besar lelaki mengalami kebotakan.
Kebotakan disebabkan produksi berlebihan dari hormon androgen ( hormon lelaki ).
18. Mata lelaki rata-rata lebih besar daripada wanita, mata wanita lebih banyak bahagian yang berwarna putih.
19. Lebih banyak wanita menggunakan kacamata dan lensa kontak, antara usia 16 - 44 tahun.
20. Secara umum hidung lelaki lebih besar daripada wanita. Sedangkan wanita mempunyai bibir lebih besar dibanding laki-laki.
21. pendengaran lelaki menurun sekitar usia 32, wanita usia 37.
22. Lebih banyak wanita dapat bernyanyi tanpa suara sumbang banding lelaki. suara lelaki lebih panjang dan saluran nafasnya 30 % lebih besar.
23. Bagi Lelaki, jika berkomunikasi dengan sesama jenis saling berjauhan dengan ada ruang antara mereka dan bereaksi negatif jika seseorang masuk di antara ruang jarak pembicaraan. Lelaki lebih mudah tertekan pada kerumunan yang membatasi ruang geraknya.
24. Wanita menghasilkan dua juta sel telur selama hidupnya mulai usia 4 bulan ketika dalam kandungan, lelaki terus mhasilkan sperma hingga usia tua.
26. Kekuatan meramas tangan lelaki dua kali lebih kuat daripada wanita.
27. Kira-kira 48 % lelaki mendengkur ketika tidur, hanya 22 % pada wanita.
28. Wanita biasanya 153 saat berada di toilet, laki-laki 113 saat.
29. Hubungan keluarga yang baik meninggikan kualiti hidup: 62 % wanita, 49 % lelaki.
30. Satu berbanding empat, wanita dibanding lelaki yang berbicara gagap.
31. 30 % wanita secara sexual lebih aktif pada saat bulan purnama.
32. Lebih banyak wanita menggunakan cincin kawin.
33. Ketika terjadi ketidak-sesuaian/ tidak bertegur-sapa antara sesama jenis, lelaki langsung menemui, wanita menjauhi.
34. lelaki membaca lebih lama daripada wanita, tetapi lebih banyak dua kali wanita yang membaca daripada lelaki.
35. Lebih dari dua kali ganda wanita yang hidup sendiri banding lelaki setelah usia 65 tahun.
36. Memilih warna Merah atau Biru: Lelaki lebih banyak memilih merah, wanita warna biru.
37. Semua rekod Olimpik untuk kecepatan berenang, lari, lompat tinggi, lompat jauh dipegang atlet lelaki.
38. Wanita lebih banyak menggunakan kata ganti diri "Saya" berbanding lelaki.
39. Lelaki lebih baik dalam membaca peta dan dalam keahlian ukur ruang. Lelaki cenderung lebih mudah melakukan dua pekerjaan (abstrak dan logik ) pada waktu bersamaan.
40. Dalam 99 % pereputan tulang terjadi pada wanita setelah menopause, setelah hormon estrogen menurun. Tetapi wanita lebih sedikit mengalami pengerasan
pembuluh darah, karena estrogen menjaga pembuluh darah lebih lentur dan menolong mencegah naiknya kholestrerol.
41. Penelitian di Amerika, wanita menggunakan waktu hampir dua kali lebih banyak untuk berbelanja dibanding lelaki.
42. Perkawinan yang memuaskan lebih banyak terjadi pada lelaki dengan usia lebih tua, dibanding pada wanita pada usia sama.
43. Lebih banyak wanita yang menyatakan dirinya sakit kronik daripada lelaki.
44. Penelitan di Australia, tiga kali ganda lelaki berbanding wanita yang meninggal kerana kanser paru-paru dan penyakit jantung.
45. Tetapi 2446 wanita berbanding 16 lelaki yang meninggal karena kanser payudara pada tahun 1990.
46. Dalam status perkawinan, lelaki meningkatkan usia harapan hidup. Tetapi bagi wanita pula, usia harapan hidup lebih tinggi jika hidup sendiri.
47. Penelitian di Australia, pembunuhan dilakukan 86 % oleh lelaki, 95 % penghuni penjara adalah lelaki.
48. Penelitian di England, anak lelaki lebih mudah dibohongi /dipedaya daripada anak perempuan.
49. Wanita lebih berani, lebih dari 55 % wanita memeriksakan giginya secara rutin dibanding 40 % pada lelaki.
50. Wanita secara umum yang lebih menentukan corak dan gaya pakaian yang dipakai.

Penat + Mengantuk = x sabar

hari ni aku terasa amat penat n mengantuk, gara2 x cukup rest, tapi xda la sampai tertido di tempat keja, huhu.
tambah lak perut kenyang lagi la berat mata aku nak buka ni, tambah lagi plak keja xda la banyak sangat, adoi...tgh bersabar menunggu waktu pulang sahaja.

jarang aku nk update blog aku bila masa keja, tapi hari ni aku curi masa jap tuk update, bagi nak hilangkan bosan ngn kemengatukkan mata ini.

x sabar rasa nya nak tunggu hari sabtu nih. cepat la waktu berlalu, sebab sabtu ini aku nk balik kg hehe, happynya rasa, hope semua plan aku kali ni jadi la, selalu sangat plan aku x menjadi, kali ni harap2 ok.

rindu kat kampung halaman, rindu kat anak buah, dan rindu semuanya hehe.....

I love my mom :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anak mana yang mana x sayang kat mak mereka kan? pasti akan merindui dan menyanyangi ibu mereka, kalau ada yang x sayang mak dia tu aku x boleh nk kata apa la kan?? tapi bagi aku, aku amat menyanyangi mak dan abah aku, segala2nya adalah mak dan abah aku saja.

Aku di beri kesempatan untuk berhujung minggu bersama ma n adik bongsu, aku rasa happy sangat, kerana dah lama aku x kuar jalan2 ngn mak aku, bila dapat peluang ni . aku guna nya dengan sebaik yang mungkin.

tapi sedih mak datang x lama, pagi ni mak dah nk pulang ke kampung dah, kalau boleh aku nk mak dok lama kat KL ni, tapi apakan daya, mak ada banyak lagi urusan yang nk di selesaikan di kampung, aku terima aja la, kira ok la dapat gak aku happykan mak aku walaupun sekejap. InsyaAllah ada masa nanti akan aku akan bawa mak aku datang bercuti lagi ke KL nih bersama-sama ngn abah sekali,

hari ni aku sempat bawa mak ke mid valley dah subang jaya je, x sempat nak bawa tempat2 yang lain, kesutukan masa dan kepenatan badan yang x cukup rehat, menyebabkan mak aku kurang bertenaga tuk berjalan jauh dan lama.

Walau apa pun aku tetap sayang mak aku, aku syang mak aku lebih pada apa yang aku ada, mak akan aku dahulukan….

IMG_2487

ini la mak aku, semua kata kakak sulung aku, tapi aku ya kan aja, hehe, like mom, like son la, hehehe, muka tetap muda hehehe, awet muda orang kata la, bukan aku kata hahaha…

nanti mak dah balik, aku akan rindu balik la kat mak aku, tapi xpa 23 hb nih aku akan balik ke kg plak…

IMG_2493

yang baju putih tu la adik bongsu aku, muka nk serius je, apa dah, haha susah sangat nk senyum bila bergambar hehe

Lelaki vs Wanita

Perempuan lebih ramai dari lelaki di universiti
Perempuan lebih mudah sedar dan mempunyai motivasi diri ketika menghadiri kursus motivasi berbanding lelaki
Wanita suka bersaing untuk mendapat tempat yang terbaik, samada di dalam pelajaran, ekonomi.
Wanita kini sudah menududuki tempat yang lebih baik dari dahulu.
Wanita lebih cekal dan tabah untuk meneruskan kehidupan.
Perempuan semakin panjang akalnya berbanding lelaki kini.
Wanita lebih suka bertanya (untuk menambahkan pengetahuan)
Wanita semakin suka menunjukkan auratnya.
Wanita suka mengumpat dan menjatuhkan rakan-rakan perempuan yang lain.
Wanita mudah dipujuk rayu oleh lelaki (kebanyakan)
Wanita telah menunjukkan peningkatan untuk merokok sedari persekolahan.
Wanita terlalu strict dengan peraturan
Wanita cepat sekali terasa, dan amat payah untuk melupakan kesilapan orang lain walaupun kecil.

p/s : sekali ini banyak kelebihan yang ada pada wanita, tetapi biarlah wanita yang mempunyai kelebihan itu berkualiti luaran dan dalamannya - untuk menjadi wanita sejati.

Lelaki lebih ramai menutup aurat dan amat malu untuk menunjukkan auratnya berbanding wanita
Lelaki mempunyai minda 'asal boleh, 'asal siap', 'esok masih ada'
Lelaki mempunyai perasaan 'ego' yang tinggi apabila melibatkan perasaan - cth yang biasanya dilihat - ketika muhasabah diri, jarang lelaki menangis kerana di dalam mindanya - orang lelaki tidak mudah menangis dan akhirnya melupakan intipati utama iaitu untuk menyedarkan diri dan menggali potensi positif yang ada dalam diri lelaki.
Lelaki suka bermain-main dan tidak serius dalam belajar.
Pada pemikiran lelaki biasanya wanita terlebih dahulu didahulukan - mind setting - 'ladies first'.
Lelaki suka tolak menolak untuk menjadi imam
Lelaki apabila disuruh azan dan iqomah pun masih lagi bertolak-tolakan.
Lelaki kebanyakannya mudah diajak berunding/berbincang.
Lelaki tidak mudah terpengaruh dengan perasaan. Biasanya masalah yang ada tidak akan diperbesarkan.

p/s : takpelah sekali ini biarku dedahkan kelemahan lelaki yang banyak ini, moga yang bernama lelaki ini kian sedar. Jika dirimu kian pupus di medan ilmu - beritahu pada diri sendiri dan adik2 serta remaja lain, mereka perlu cepat sedar sebelum terlambat.

*Mungkin selepas ini, aku perlu beritahu yang kedua-duanya perlu bersatu-padu antara satu sama lain (dengan tidak membelakangkan peraturan Allah).

Alhamdulillah…Rindu aku terbalas jua

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana telah memakbulkan doa aku, yang selama ini aku rindukan kepada Abah dan Ma aku akhirnya terbalas jua.

Semalam Abah aku tiba di KL dan sekarang berada di rumah aku, sayu hati aku bila dapat tengok muka Abah aku, rindu seoarang Abah terhadap anak jelas ternampak, gembira hati aku hanya tuhan saja yang tahu.

Diwajah abah ku jelas ternampak di mamah usia, kini ayah aku berumur 61 tahun, terfikir di minda aku, sempat kah aku membalas segala jasa pengorbanan abah aku terhadap aku selama ini??? aku sedih sekali, kerana aku x dapat pulang ke kg tuk bersama mereka, tetapi sebaliknya mereka datang berjumpa aku…..tidak terkata dek akal aku,

apa pun aku happy sangat, abah aku berada disi aku sekarang, tgk wajah abah aku tengah tido, tenang je, terubat segala rindu aku selama ni, dan aku x sabar nak jumpa ma aku petang ni, tanpa di duga ma n abah aku datang kl tanpa aku ketahui dari awal, semuanya last minute, tapi sayang abah n ma aku x dapat nk datang bersama kerana mereka ada urusan yang berlainan,

sekejap je aku dapat luangkan masa ngn abah aku, sedih sangat2 sebab ptg besok lepas habis program abh aku terus pulang ke kelantan, dan mak aku pula habis program malam besok terus pulang, baru ingat nak bawa ma n abah berjalan2 di KL nih Sad smile

Nak wat camanakan, dah mereka ada urusan yang perlu di laksanakan, redha je la, dapat jumpa ma n abah pun dah cukup la……serius rindu dan sayang aku terhdap ma n abah aku lebih pada segala2nya

Korang selalu ke kena macam nih???

Assalamualaikum…

Hari ni aku nak kongsikan serba sedikit pasal berkenaan dengan blog nih, kalau yang dah tau tu ok la, pada yang belum tahu ingin aku bagi tahu…aku tengok ramai yang kena penyakit ni bila setiap kali kita nk mengedit layout kita kan???

 

Capturettt

kenapa ini boleh berlaku? kerana malware detected….kenapa??? sebab mungkin blog kamu telah di cemari dengan virus blog walking…macam tu la jawapan ringkasnya yang boleh aku berikan….biasala kan setiap penyakit pasti ada ubatnya kan?

nak tau camana boleh kena penyakit nih ??? kalau korang nak tahu penyakit selalu serang blogger yang menggunakan browser Google Chrome, jangan wat x tahu lak ya browser tu apa??? setakat yang aku tahu hanya pengguna chrome je yang selalu kena macam nih, aku pun pernah kena, that y aku tahu serba sedikit.

cara nak ubat dia senang je, tutup je chrome, kalau x nk tutup gak clear kan cache dan history chrome, ye la mana tau kot2 kamu ada terbuka laman web peternak virus, kalau cara tu masih sama gak hasilnya, senang citer, tutup je dulu chrome tu, dan buka blog kamu tu dengan browser lain, monzila ke, IE ke, apa2 je la, janji bukan chrome.

selamat mencuba ya, itu je rasa yang dapat settle masalah ni, lau x jadi tu maaf la ya, teknik dah kaedah ni la selalu aku guna, setakat ni alhamdulillah semua ok Smile

Semuanya kerana duit….

 

 

Benar bukan, apabila kocek penuh ada manusia menghampiri kita?. Kegembiraan dikongsi bersama. Malah apa sahaja yang kita percakapkan pasti akan dianggukkan jarang sekali ada salahnya. Diri kita bagaikan lauk yang dihurung oleh orang kiri dan kanan.


Duit, wang, money (apa sahaja yang dipanggil nilaian wang) di zaman mutakhir ini menjadi satu keperluan yang amat dirisaukan di dalam diri kita. Hari ini barang itu naik harganya, tepung, gula, minyak. Lalu masing-masing akan memikirkan bagaimana cara untuk mendapatkan duit.


Bermacam caralah yang akan dibuat untuk memperolehi wang samada dengan cara yang halal atau haram. Ada yang menggunakan kaedah MLM,ada yang mengikuti pertandingan sms, ada juga yang mengadakan cara yang kononnya islamik dengan mengadakan konsep bersedekah (padahal ia sama sahaja dengan sikap malas berusaha). Lalu digunakan segala macam dalil dan hujjah untuk menghalalkan perbuatan tersebut.


Dijaja ustaz dan ustazah itu sudah menceburi kaedah ini, jangan sangsi! Perniagaan ini halal!. Rupa-rupanya yang menentukan halal dan haram adalah dengan keberadaan ustaz dan ustazah di dalam sesuatu perniagaan. Yang menentukan halal dan haram adalah dengan meletakkan ayat - tolong menolong antara sesama Islam, tentang kelebihan bersedekah.

Lihat sahaja di masjid dan surau yang diletakkan risalah-risalah seperti ini. Modalnya adalah beberapa ringgit. Diletakkan pelbagai testimoni orang ini sudah mendapatkan duit dalam sehari tanpa perlu bekerja, terima kasih! Orang itu sudah dapat menyelesaikan hutangnya, dan kini sudah ada kenderaan baru dan mewah, alhamduliLlah! - Orang yang tidak berfikir panjang akan mengatakan "kenapa tak boleh?, kita mesti cuba. Alahhh.. berapa ringgit sangatlah hendak dilabur, tak rugi!". Akhirnya dalam tidak rugi katanya itu, yang mendapatkan duit atas angin tanpa usaha siapa? Akhirnya yang ditipu bulat-bulat siapa? Siapa panel syari'ahnya?


Aku memikirkan - perkara duit bukanlah perkara kecil anak, ia digunakan untuk membeli barangan, untuk membeli makanan. Dari situ secara tidak langsung ada hubungannya dengan manusia dan ALlah. Aku teringat hadith yang mafhumnya 'daging yang tumbuh dari sumber yang haram layak untuk api neraka'. Biarlah aku berusaha bersungguh-sungguh dengan caraku. Tiada daya melainkan untuk mendapatkan rezeki yang halal itu memang payah, untuk mendapatkan yang barokah itu susah. Biar tidak senang agar tidak pula banyak yang hendak dijawab di hadapan ALlah.


Lihatlah orang yang kaya di Malaysia ini seperti Syed Mokthar Bukhary dan Mohammad Ali Hassan (Al Ikhsan Sport) - adakah dengan tiba-tiba mereka menjadi kaya tanpa usaha berpenat lelah?
Wahai sahabatku : Dari Abu AbduLLah al Nu'man bin Basyir r.anhuma katanya : Aku dengar RasuluLLah s.a.w bersabda : Sesungguhnya yang halal itu nyata (terang) dan yang haram itu pun nyata (terang) dan di antara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran, yang tidak diketahuinya oleh kebanyakan manusia. Maka barangsiapa memelihara (dirinya dari) segala kesamaran, sesungguhnya ia memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa jatuh ke dalam perkara kesamaran JATUHLAH IA KE DALAM YANG HARAM seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, hampir sangat (ternaknya) di dalamnya.


Ketahuilah! Bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan, Ketahuilah! Bahawa larangan ALlah ialah segala yang haramnya. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya.
Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati. - Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
- Rujukan matan al arba'in li Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Sharif al Nawawi (Imam An Nawawi)

Kisah Kertas, Kebaikan dan Keburukan

Seorang fasilitator mempamerkan sekeping kertas di hadapan anak buahnya sambil bertanyakan "apa yang kamu lihat pada kertas yang saya tunjukkan sekarang?" Ada yang menjawab "warna putih, dan kebanyakan di antara mereka menjawab demikian juga. Fasilitator itu mencoretkan satu titik hitam di tengah-tengah lalu bertanya "sekarang apa yang kamu lihat?" Dan mereka membalas "ada titik warna hitam di tengah-tengah kertas tersebut".

Realiti kehidupan

Berapa ramai di antara kita yang hanya memandang warna hitam itu adalah lebih besar daripada warna putih yang lebih banyak? Seringkali kekurangan, kelemahan, kesilapan, kejahatan yang sedikit telah memadamkan kebaikan serta kelebihan yang banyak. Semakin ramai yang terkorban akibat persepsi yang memandang setiap manusia itu perlu menjadi insan yang maksum.

Dahulu

Dia adalah tempat bergantung harap, dipinta pertolongan, diluahkan apa yang terbuku dihati, segala kerunsingan, kegelisahan, tempat kembali ketika kesusahan. Kerana dia adalah seorang yang tidak berkira dalam memberi.

Kini

Aku melarikan diri darinya. Dirinya tidak sekuat dahulu lagi setelah kelihatan terdapat bibit-bibit kesilapan yang dilakukannya. Dia telah menyakiti hatiku. Entah… untuk apa lagi menanggung biawak hidup. Jika Aku masih bersamanya lagi tentu bising suara yang lain di alam ini… oleh itu, aku harus menjauhkan diri darinya sejauh yang mungkin..

Lalu dari belakang, aku mencabik-cabik perihal dirinya. Dia perlu dijatuhkan tanpa dapat bangun untuk disambut. Dan segala kebaikan dibuatnya bagiku itu adalah kejahatan.

Natijah

Dia dan Aku, adakah kita yang pernah mengalaminya atau akan menghadapinya?.

Kita… fahamilah tentang tribulasi sebuah kehidupan. Jika menjadi Dia, maka bersedialah untuk berkorban, ditikam belakang, menjadi bahan fitnah dan dipinggirkan. Orang yang berjiwa besar tidak mudah melatah, sebab kemuliaan itu hanya akan dicapai bila diri semakin bertambah dugaan dan cabaran. Lalu dihadam dengan lumat dengan sabar dan senang hati kerana kita masih di alam permusafiran untuk bertemu Tuhan..

Jika menjadi Aku, ingatlah duduk dan berdirimu tidak akan bertapak lama. Sampai bila diri akan menjadi parasit yang hanya tahu mengambil keuntungan, yang hanya tahu menerima tanpa memberi. Jika tidak pandai mengambil pengajaran, percayalah suatu hari nanti engkau akan menjadi seperti Dia.

Di dalam kehidupan…

Jadilah sahabat yang baik, teman yang bermakna, kawan yang tahu mengenang budi. Sebab perkiraan kita bukan hanya di sini, tetapi sehingga di alam sana. Mudah-mudahan di sini kita bertemu untuk berkumpul di akhirat sana…Aminn

Orang Kita

Manusia hilang pedoman bila berbicara mengenai perempuan apatah lagi berbual dengannya. Bila melihat sesuatu yang menyeronokkan. Tika terasa kegembiraan. Hati yang terasa gundah tika matinya orang yang tersayang. Kecewa hati kerana yang sementara telah pergi. Apa tidak cukupke dengan apa yang Allah dah bagi? Maka hendak ditambah lagi dengan 7 lautan permintaan? Tapi sayang lafaz syukur tak pernah diucapkan. Kenapa nikmat orang lain kita intai-intaikan kemudian diadun dengan hasad dengki tak berkesudahan. Orang kita selalu menikam belakang kawan, mulut tak lepas dari umpatan, adu domba kemudian mereka akan tertawa kepuasan bila kawan bermusuh-musuhan.

Bila hati sudah gila kepada pangkat dan nama , tentu budi mereka berani gadaikan , maruah sendiri ditelanjangkan. Bila sudah berpangkat , kuasa digenggaman.Maka orang bawahan diinjak-injakkan sebab niat bukan kerana Allah tetapi kerana nafsu syaitan.

Orang kita itulah juga yang selalu merungut-rungut , membentak-bentak, menyesali taqdir, bila Allah turunkan sedikit ujian. Padahal ujian yang diberi amat kecil dibanding dengan nikmat yang dikecapi selama hidup di muka bumi. Bila sudah berkeadaan demikian, maka mulalah dia mencari salah orang lain. Itu tak kena , ini tak kena, tak terkecuali pencipta alam ini pun disalahkan juga. Maka berapa ramai antara kita yang ingin mencabar alam, dicipta benda itu dan ini. Kononnya untuk kemaslahatan umum. Sedangkan kerosakan yang dilakukan lebih besar dari kemudahan dan kebaikan.

Orang kita jugakkan, yang suka mereka-reka cerita bohong dan khabar-khabar angin. Yang sekecil kuman dibuat onar menjadi sebesar gajah. Lalu orang yang tak bersalah dipenjarakan, yang sepatutnya dihukum bebas berkeliaran. Manakala yang ingin menjadi baik diburuk-burukkan , dikata itu dan ini. Hingga orang yang nak menjadi manusia kembali menjadi seperti haiwan.

Orang kitalah tu, yang selalu mengatakan muda biar dihabiskan dengan enjoy dan taubat bila sudah beruban di kepala..

Orang kita juga , bila ilmu baru secebis di dada, lalu didebat-debatkan di hadapan umum. Tentunya orang umum itu tentunya adalah orang yang kurang berpelajaran. Tapi tak pernah digunakan ilmu itu untuk kemajuan , kemaslahatan ramai. Apatah lagi untuk agama sendiri. Tentunya Agama Islam.

Perginya tiada ganti…

Petang tadi aku mendapat berita yang agak sedih, yang mengatakan bahawa bapa angkat aku telah kembali ke rahmatullah 3 hari yang lepas, inalillahi wainailaihi rojiun, mengucap panjang aku bile mendengar dari mulut mak aku td, kali terakhir aku berjumpa Allahyarham pada raya tempoh hari, aku x tahu pun yang Allahyarham masuk hospital, kata mak aku Allahyarham masuk hospital sehari saja…

nak wat macamana? masa nya tuk kembali kepada Allah swt telah tiba, apa2 pun aku doakan agar roh Allahyarham selamat disemandikan disana, dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman serta rohnya dicucuri rahmat. aminnn…

aku terima dengan tabah dan redha, sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan ada kematian …

Al-Fatihah tuk Allahyarham .

Nikmat Allah Amat Luas Untuk Mengatakan “bosan”

Acapkali juga kedengaran keluhan atau perkataaan "bosan", 'boring' dan yang sewaktu dengannya. Biasanya keluhan ini datang apabila diri tidak tahu nak berbuat sesuatu yang bermanfaat, tidak tahu kerja apa yang hendak dibuat, tiada aktiviti yang menarik dan sebagainya.
Yang lebih parah lagi apabila timbul dalam fikiran 'Aku sudah bosan dengan hidup!'
Aktifkan Akal Yang Positif
Allah menganugerahkan akal kepada manusia untuk berfikir dan digunakan dengan cara yang betul dan baik. Kurangnya penggunaan akal yang positif untuk berfikir mempengaruhi tubuh badan untuk bertindak pasif dan negatif.
Seharusnya kekuatan akal yang diberi dapat digunakan untuk mengatur kehidupan dengan lebih sistematik dan terancang. Biasanya mereka yang berfikiran positif mempunyai pelbagai perancangan dan alternatif bagi merancakkan suasana kehidupan agar hilang perkataan bosan dalam fikiran. Dan perkataan bosan biasanya tiada pada individu yang bijak mengatur jadual kehidupannya.

Antara Cadangan Menghilangkan Perasaan Bosan


1. Sedarlah bahawa jangkamasa kita hidup amatlah terhad

- usahakan untuk banyakkan memberi kepada orang lain dengan cara yang baik dan tujuan yang baik.

- cara pemberian itu bergantung kepada kebolehan. Setiap orang pastinya punya kelebihan/kepandaian masing-masing

2. Carilah hobi yang baharu

- Jika kita duduk mendiamkan diri sahaja atau rutin yang sama dilakukan. Apa kata cari hobi yang baharu yang tidak membosankan ? Berkebun, melukis, menulis, melancong melihat peninggalan sejarah para Nabi dan Rasul ?

3. Kita bosan disebabkan persekitaran ?

- Jika ia disebabkan oleh persekitaran. Ubah susun atur di rumah seperti perabot, pinggan mangkuk. Mewarnakan dinding rumah dengan warna yang ceria dan lembut, menggantungkan gambar-gambar pemandangan atau kata-kata motivasi agar kita mata dan minda segar melihatnya.

Adakah mimpi mainan tidur atau realiti ???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada semua pembaca.

Alhamdulillah….semoga semuanya berada didalam keadaan yang baik2…dan di jauhi dari perkara yang tidak diingini.

Aku nak tanya korang, pernah x korang dapat mimpi yang aneh berulang kali dalam tido kamu????

Apa yang aku ingin kongsi ni adalah mimpi yang aneh, yang telah lama dah aku mimpikan, tetapi sampai sekarang mimpi tu masih menghantui tido aku, aku tahu mimpi adalah mainan tidur, tetapi mimpi juga adalah satu petanda, sama ada petanda baik atau petanda buruk.

Korang mesti nak tau apa mimpi yang selalu muncul dalam tidur aku kan???? apa yang aku cerita ini adalah benar, dan telah banyak ustaz yang aku tanya tapi satu pun blm dapat jawapannya, mimpi ini masih menjadi persoalan dalam minda aku.

Mimpi ini selalu muncul dalam tidur aku, ketika waktu hampir masuk waktu subuh setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Aku mimpi ketika aku pergi ke suatu tempat, tapi aku tak tau mana tempat itu, dan waktu itu muka aku sangat berminyak dan aku mencari toilet untuk aku cuci muka aku yang berminyak, tetiba je aku ternampak ada satu toilet lama yang kat bangunan yang dah x digunakan lagi, tanpa aku berfikir aku terus masuk, kalau di tengokan dari luar, pintu toilet itu amat la buruk sekali, bahagian bawah pintu tu pun dah hancur. kalau tengok pun macam seram je, tapi masa tu macam aku x pk apa2 pun aku main masuk je,

bila aku masuk ke dalam, memang toilet tuh da lama terbiar , dengan baunya yang teramat busuk sekali, tapi tu semua aku x pedulikan, aku terus pergi ke singki dan buka paip air, lega sikit hati bila buka pili air ada air mengalir, pada melengah kan masa, aku terus basuh muka aku, bila dah sudah aku basuh muka, aku angkat kepala aku ingin melihat di cermin….ketika aku melihat di cermin tu aku tergaman, macam x terkata-kata….

korang nak tau apa yang berlaku? keadaan sekeliling aku menjadi putih berseri2, yang mana sebelum ni aku tengok diding dia berlumut dan kotor, dengan sekelip mata hilang, semuanya menjadi bersih dan baunya amat wangi sekali, macam toilet baru lepas dicuci, dan cermin didepan aku bersih bersinar-sinar, dalam keadaan aku tergaman tadi, aku di kejutkan oleh seorang wanita yang berpakaiain jubah serba putih, dan memakai purdah, yang sedang tangan nya memegang bahu kanan aku, tanpa aku bersura, tetiba wanita itu bersuara, dan memberi tahu aku “dik muka adik putih berseri-seri, dik lambaian sudah sampai…” bila sampai perkataan dik lambaian sudah sampai wanita tadi terus hilang, dan aku terus terjada dari tidur.

Mimpi ini sering aku alami sehingga kini, mimpi yang aku dapat ni ketika aku berusia 17 tahun lagi, pada mulanya aku ingin berdiam diri je, sebab aku pk ini semua mengarut je, aku fikirkan ini semua mainan tidur, tapi kelama-lamaan aku diam kan diri, semakin kerap kali aku mimpikan perkara yang sama, sehingga la aku masuk IPT, masa aku ingin daftar masuk belajar, tetiba aku terdengar dua orang pensyarah perempuan bercakap sesama mereka, dengan nada yang dapat aku dengari, mereka berkata, muka aku ni putih berseri-seri dan bila aku dengar ayat tu aku terus teringat pada mimpi aku tuh.

Mulai hari tu la aku tanya abah dan ma aku, tapi masih juga x dapat jawapannya, aku ty ustaz yang bagi ceramah kat masjid pun sama juga xda jawapan nya, cuma aku dapat jawapan yang di maksudkan lambaian sudah sampai itu, samada lambaian kaabah atau lambaian malaikat maut yang datang ingin mencabut roh aku.

aku dah lama ingin kongsikan mimpi aneh ini, tapi sering kali x jadi, tapi entah kenapa malam ni aku nak kongsi plak cerita ini dengan korang semua,

Korang pernah x dapat mimpi seperti aku dapat ini???? kalau ada boleh kongsikan dengan aku, aku juga ingin tahu, aku memang tidak percaya, aku cuma anggap ni mainan tidur je, tapi aku hairan kenapa mimpi ini sering kali berulang sehingga kini, tapi satu petanda pun belum aku perolehi, walau macamana sekali pun, aku tetap percayakan kekuasaan Allah swt, kerana Allah swt sahaja yang tahu apa jawapan yang sebenarnya, tetapi aku berusah juga ingin mendapat kepastian diatas apa yang aku alami ni.

ini lah di katakan kuasa Allah swt, yang mana telah di jelaskan, bahawa mimpi kita itu adalah benar berlaku, sebagai contoh kita mimpi kita di kejar anjing, kita berlari sekuat yang mungkin kan? bila kita terjaga kita akan rasa penat betul x? jadi maknanya disini, apa yang kita mimpi itu adalah benar, cuma di dalam mimpi saja la, bukan di dunia yang realiti….

ini sahaja yang dapat aku kongsikan ngan korang semua, jika korang ada pendapat dan pandangan terhadap mimpi aku ni, sila kemuka kan k Smile

My Facebook

Assalamualaikum kepada kalian semua….

Dah lama dah aku nk keluarkan isu tentang facebook aku nih, cuma asyik tertangguh aje kan? so pepagi buta ni aku ada kesempatan masa nih, aku nk update la isu tentang facebook aku nih.

Mungkin antara kawan2 aku di sini sudah menjadi rakan kepada fb aku, dan ada juga yang belum kan? apa2 pun aku cuma ingin beritahu serba sedikit tentang FB aku nih…

Apa yang menarik sangat nih??? haha xda la menarik sangat pun, sama je fb korang nya…hehe…

1. Untuk pengetahuan korang, sesiapa yang add aku di FB aku, dengan murah hati nya aku akan approve ke semuanya, kecuali tuan punya fb miskin x da duit nak beli baju, tu yang biarkan badan dia terdedah sana-sini tu, aku ignore kan je la….bukan apa aku ni kan jenis kasihan, t kan lau aku approve, terus xda pakai baju camana? sapa nak jawab??? adeh!!! so biar la sopan2 sikit ya pic kat DP tuh, baru sejuk hati nengok nya, jangan risau la aku x pilih pun yang mana ecem yang mana cantik, janji sopan aku approve je…nawaitu aku kat fb adalah nk berkawan je….no more than that!!!, tapi disebabkan aku main approve je semua, tu sebab aku menternak ramai stalker kat fb aku ni, tapi aku x kesah.

2. Bila aku da approve tuh, pandai2 la nk guna bahasa ketika membalas komen tu ya, selalu sangat aku perasan spesis-spesis lelaki gedik!!!..korang faham x ? maksud aku adalah, bila dia membalas komen status atau pic tuh, dia menggunakan ayat gedik, mengalah gedik perempuan…nak kena bagi contoh ke? x payah la, klau korang ada fb korang tau la, memang la x salah, kalau nk gedik kat wall sendiri x kisah la, tapi jangan kat wall aku or pic2 aku, kalau korang nk tau aku ni manusia kejam, kenapa? lau ada orang cam ni, x kira la lelaki ke or perempuan ke, yang dah terover sangat tuh, aku terus block, senang citer kan??? itu aku la, org lain aku x tahu, ada sebab napa aku terus block tuh, so kena la jaga adat2 berkawan k, jangan pk diri kita je, pk la juga orang lain k….

3. Kenapa aku x suka balas inbox? ramai yang kata aku ni sombong x mau layan inbox diorang, jawapan aku yess!! memang aku sombong dan aku malas nak balas inbox korang, nak tau kenapa? sebab korang inbox aku bukan2, sebab tu aku x layan, kalau dah aku x layan tu faham2 dah la ye, ni boleh lak nk emo2..apa kes? hehehe tapi ada juga aku balas, tgk pada isi inbox tu juga la….aku sombong pun bertempat…aku suka layan komen je, sebab di komen no secret resepi ok. kan senang lau sembang kat komen, senang nk baca dan mudah nak nampak kan? tapi di komen tu guna la ayat yang macam aku cakap kat atas tadi…

4. Kenapa aku jarang buka Chat??? bukan apa, x sempat aku nk melayan kalau buka chat, t fb aku lak yang jadi hang, sebab selalu jadi camtu bila buka chat, kalau sorang dua blh la aku layan, tapi ni sekali masuk hamek kau…hehehe…

5. Kenapa aku hide kan wall post??? sebab aku x suka ada org yang x bertanggungjawab post bukan2 kat wall aku, sebagai contoh pic porno la, video lucah la dan macm2 lagi, so better aku hide lah, aku akan buka setahun sekali je. tentu korang tahu kan??? x tau juga? ok aku akan buka wall post aku setiap kali hari jadi aku itu je yang aku buka hehehe…

6. Kenapa aku jarang komen status2 kawan2 aku? sebab aku x sempat nk buka pun fb kawan2 aku, selalu aku akan buka kat profile je, kerana apa, nak tahu? kalau aku buka home meriah la dengan pic2 yang terbeliak biji mata aku nih, faham2 sendiri la ya,selalunya setiap kali aku online aku akan bals dulu komen2 yg kat staus aku, lau dah free baru p melawat kawannya fb

Aku rasa dah cukup kot sampai disini,apa yang aku nk cakap sebenarnya, aku xda la sombong, aku xda la bajet hot, kalau nk kata aku sombong aku layan je semua komen2 korang, aku approve je korang semua, aku x pernah nk pilih kasih pun, cuma apa yang aku nk, sila jaga tatasusila bila berkomen or berintraksi ngn orang lain, x kesah la nk komen apa pun janji biarla orang kata sopan sikit, jangan la senonoh sangat, dan jangan rosakkan bahasa melayu kita. bahasa kita budaya kita tau, jadi bangga la dengan bahasa kita, tu je, kalau korang boleh control ni sume inyaAllah, orang x berperasangka buruk kat korang k….

Fb aku pun ada privasi aku tersendiri, so masing2 jaga privasi sendiri la ya, x yah lah nak bz body sangat k, kawan2 biasa dah la, jangan la nk over2 lak kan???

Apa2pun terima kasih la ya kerana sudi add aku dan sudi berkawan ngn aku, aku suka kawan ngn korang semua, sebb aku tahu korang semua ni sume bukan macam aku maksudkan ni, sebab korang ni baik2 semua, ni aku cakap kat orang yang x bertanggungjawab nih….bukan korang k….

Ampun maaf dipinta sekirannya ada tersalah atau terkasar bahasa ngn korang k….aku hanya insan biasa…….

Patut ke aku cakap?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak cakap segan…tapi perlu gak kena cakap, tapi malu, ala nak wat camana nih, aku pun dah x tahu nih? nak cakap ke x nak nih erk?

Patut ke aku bagitau? tapi aku rasa aku x ready lagi la, ada sapa2 yg blh tlg aku x? ala tgk semua x nak tolong aku kan, xpa la cam ni, nak wat camana kan? terima je la…

Jadi nak x nk kena bagi tau gak ke? adoi pening kepala aku nih, nak telan penadol pun xda selera nih….nk p jumpa doctor kan, berat la kes kena nanti….

Nak x nak mak bapak gak yang boleh tolong aku nih, serius aku pening nih….adoiyaaa…

Nak cakap x nak? nak cakap ke x nak nih?? cepat la orang ternanti-nanti tu jawapan dari mulut aku nih……

korang betul nak tau???? sungguh???? x tipu???? 

Bunyi cam seriuskan? nebes pun ada, pasti korang tertunggu-tunggu kan????

Ok la aku bagi tau la k…tapi aku x boleh taip jawapan dia, tapi korang kena la tgk gambar kat bawah ni k…..

Jangan la segan2, tgk je la k……

 

kad kahwin aku

hehehe…jangan marah ye, sekadar gurauan je k, tapi t lau dah ada calon nya, aku just edit je la, so ni kira kad jemputan aku la ni ya Smile

Gerhana Bulan Penuh - 10 Disember 2011

759pm_0

Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai.

Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.31 petang. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh)  pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Moon enters penumbra:      2011 Dec 10  19:31:37

Moon enters umbra:             2011 Dec 10  20:45:11

Start of totality:                       2011 Dec 10  22:05:29

Maximum eclipse:                2011 Dec 10  22:31:36

End of totality:                        2011 Dec 10  22:57:45

Moon leaves umbra:            2011 Dec 11  00:18:04

Moon leaves penumbra:     2011 Dec 11  01:31:30

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium.

(Jika video tidak muncul, sila klik terus ke link youtube ini)

 

Gambarajah 1 di bawah ialah laluan bulan ketika ia bergerak di dalam bayang-bayang umbra dan penumbra bumi. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html)

Secara umumnya, bayang-bayang Bumi terbahagi kepada bahagian:

i.                    Penumbra– kawasan bayang-bayang bahagian luar, yang mana ia tidak begitu gelap dan agak sukar dilihat perbezaan warnanya apabila diamati dengan mata kasar.

ii.                  Umbra– kawasan bayang-bayang bahagian dalam, yang mana di sinilah kawasan yang paling gelap dan terlindung terus daripada pancaran cahaya matahari. Warnanya kemerahan kerana cahaya matahari terbias apabila ia melintasi kawasan atmosfera bumi, lalu menghasilkan cahaya kemerahan.

Gambarajah 1

lunareclipse2

Gambarajah 2, di bawah  ialah peta dunia yang menunjukkan kawasan mana yang boleh lihat fenomena gerhana kali ini. (credit to F. Espenak, NASA’s GSFC eclipse.gsfc.nasa.gov/eclipse.html).

Perhatikan keseluruhan Malaysia (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) berpeluang melihat keseluruhan fasa gerhana dari awal hingga akhir

lunareclipse1

Gambarajah 2

Jika anda terlepas gerhana kali ini, anda terpaksa menunggu sehingga 10 Okt 2014 untuk Gerhana Penuh Bulan yang boleh dilihat dari Malaysia. Itupun anda hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sudahpun TAMAT fasa gerhana sepenuhnya ketika ia terbit di waktu Maghrib (di Kuala Lumpur). Gerhana Penuh seterusnya ialah 4 Apr 2015 dan itupun anda dapat lihat separuh sahaja, iaitu Bulan sedang memasuki fasa gerhana penuh ketika ia terbit.

Oleh itu jangan lepaskan peluang menyaksikan KESELURUHAN fasa Gerhana Bulan Penuh pada bulan Disember nanti.

Selamat Mencerap Gerhana!

(sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu)

Betul ke bloggers hot dan femes ni sombong ?????

Assalamualaikum….

 

Adehh!! x ley bla ngn tajuk entry aku nih..tapi aku pun nk tau juga betul ke??? menjadi persoalan nih??? sapakah bloggers fames yg di maksudkan tuh???

mesti korang nak tau kan?? sama la ngn aku pun, nak tahu juga…

k la gini citernya, ada la 2 3 org yg ty aku nih, ni soalan dia “ betul ke? bila blog dia da hot dan femes, dia langsung x kan tengok pada blog yang x berapa x femes nih??? kalau tgk kan, dia akn tegur sapa kwan bloggers yg femes je, lau cam kita ni mau nya nk di layan, tegur pun x bersapa…huh!!!” soalan ni original ok, xda nk ubah2 nya, xda masa aku nk ubah…

Jawapan aku nak tau apa ??? “ bukan begitu dik oi, sapa kata bloggers yang hot2 dan femes2 ni sombong, xda la, biasala la bila dah femes ni kena la faham dik oi, saham pun tgh naik hahaha, xda la gurau saja, sebenarnya dorang x la sombong, cuma masa je yang cemburu kat diorang, sampai kan masa tuk luangkan kat blog2 lain terhad, cuba bayangkan adik ada follower 20 ribu lebih, dlm sehari blh x adi jengguk semua tuh?? x boleh kan? so sama la dorang pun, bukan kata 20 ribu, 3 ratus pun x sempat nk habis kan??? kalau adik blh ke buat camtu? klau blh maknanya adik lg hebat la” haha itu la jawapan aku hehe…

memang betul pun dah banyak isu2 ni di utarakan, tp dah nak wat camanakan??? terima je la, lau org x da nk balas sapa kita, bo layan la, kalau kita nk tahu prkembangan dia, follow je la, x slah pun kan, bukan nk salah kan bloggers yang hot2 dan femes2 nih, standard la tuh, dulu pun dorang sama cam kita gak, belum naik gigih usaha promote blog sana sini, tapi bila dah ramai orang kenal blog kita dan follower pun dah naik mendadak, apa lg, saham pun turut naik la hehe….dok goyang kaki je la, tinggu datang follower baru join,

lau nk jadi hot dan femes gak blog tu usaha la segigihnya k, tapi bagi aku x perlu kot semua nih, semuanya sama je kot….nk tau kita hebat x hebat, kita tgk pada cara penulisan kita dan cara kita olah citer tu je, tgk samada menarik ke x??? itu je rsanya yg penting … t x yah susah2 cari followers, t secara automatiknya akan ada followers, xpa x ramai pun janji ada, yang penting kualiti sesuatu blog, bukan tgk pada kuantiti followers tuh…

aku cakp ni pun cam hebat je kan, walhal hampeh, dah sapa suruh dtg tanya aku yang x hebat nih….kan dapat jawapan yang x hebat…hehehe

Hari mengupdate blog :)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

 

Malam ni mood aku rajin, rajin apa? rajin mengupdate, di sebab kan aku bosan maka rajin la aku hehe, nanti2 aku jarang update la hehe, walau hakikatnya mata dah mengantuk tahap gaban dah ni, maklum la da terbiasa tido awal hujung minggu pun terasa nak tido awal hehe…

Apa aku kesah ngn orang nk kata tentang aku dan blog aku, aku hanya kesah akan diri aku je hahaha, ini blog aku kan, so ikut suka hati aku la nk update banyak ke, sikit ke….ada aku kesah?? haha cam kasar je ayat tu kan??? hehehe aku gurau je la, jangan marah ye….lau marah t cepat tua hehe…

Haha rupa2 nya ramai yng complain pasal header blog aku nih, ada yang kata cantik, ada yang kata xda besar lagi ke header aku tuh, haha nk tergelak je keja aku, sebenarnya aku x kesah pun apa orang nk kata, dan aku x ambil hati sikit pun tentang komplain tentang blog aku nih, lau korang nk penuhi citarasa korang, tolong wat header kat aku blh??? kalau x boleh dok diam2 ya wakakaka…apa2 pun terima kasih banyak2 kepada pengkritik bebas blog aku ni, aku hargai apa yang korang kritik sebenarnya , insyaAllah aku tengah usaha baik pulih blog aku nih, bagi korang puas hati.

tapi aku ni selalu je pk nk puaskan hati dorang je, tapi dorang pernah x pk nk puaskan hati aku??? xda kan? ye la sapa la aku ni kan??? hahaha poyo je wat ayat gedik…hahaha orang suka sangat kata kat aku ni poyo, apa yang poyo nya aku nih??? hahaha nak la tahu juga kan? sekadar pandai cakap je dan x tau nk hurai kan baik x yah cakap kan????

hehe Alhamdulillah aku syukur sangat, blog aku ni ramai gak yang minat singgah, sebenarnya aku x harap pun, tapi dah ada orang minat tu aku x leh nak kata apa la, aku terima seadanya la, aku x nak kecik kan hati sapa2 pun, janji dorang happy dah la, aku pun turut happy…

kepada mereka2 yang sering mengatakan bahawa aku ni seorang yang sombong, hakikatnya aku tidak sebegitu rupa yang korang maksudkan, aku ni bukan la sapa2 aku insan biasa je, yang x terlepas dari wat salah, so lau aku x tegur or x komen tu bukan aku sombong k…..tuk pengetahuan korang, aku ada lawat kawan2 yang mana pernah singgah ke blog aku nih, aku rajin singgah dan baca entry korang2 semua, tapi aku kurang komen or tggl jejak tu je, sebab tu la korang x perasan yang aku ada singgah kat blog korng, aku jadi follower senyap2 je, x nk bising2 hehe… tapi tu semua aku x kesah la, aku pun dah faham dah…

pasal blogwalking tipu ni aku ada gak kena, maklum la dia nk kita selalu singgah blog dia, dat y la dia selalu guna nama lain2 kat shoutmix aku tuh, tapi aku x kesah pun, kasihan ada la, dia tu nk lebih perhatian sebenarnya maklum la blog dia kurang orang singgah or jnguk2 sebab tu dia wat camtu hehehe, tapi tu kan taktik menipu, kalau dah rasa happy buat camtu buat la ya….terpulang pada korang la ya, lain kali nak org datang selalu kat blog korang tuh, masak la lauk2 yang sedap2 baru la orang teringin nak singgah makan kejap hidangan yang ada kat blog korang tuh…..

wahh!!! aku nasihat orang pandai, tapi blog aku sendiri pun sama, tapi aku xda la sampai guna taktik kotor hahaha, aku terima je semua, ada orang baca ke x aku x kesah sebenarnya, aku buat blog ni sekadar memenuhi masa lapang aku je, niat aku nk berkongsi je, kalau dah x nk berkongsi tu nak wat camana kan?? mana boleh aku paksa2 kan…hehehe

orang kata nk dapat follower dan ranking blog tinggi wat la segment or contest, baru la blog jadi fofular cam artis kan??? bagi aku xda maknanya, biar la camgini janji happy hehe, tapi aku ada gak la join satu dua segment tuh, sekadar ambil syarat kata kan???

tapi bloggers ni ada cara nya sendiri betul, kalau korang seorang blogger, korang pasti akan tahu dan akan faham akan maksud yang aku nyatakan ni, dan kepada blogger baru tu slow2 la belajar ya, biar la kita berblog ni ada misi dan visi, bukan sekolah dan syarikat je yang perlu ada misi n visi, dalam berblog juga ada misi n visi tau, jangan tertukar misi kat hospital dah la ya..hehehe

hahaha pasti korang x suka kan baca entry panjang2, sakit mata kan?? kasihan…ok la aku stop kat sini je la, t kan berderet2 lak susah nanti, t korang lak juling mata, jangan cari pasal, bahaya tuh…heheh cam biasa lah, aku nk mohon ampun dan maaf jika ada tersalah or terkasar bahasa k, yang baik datang dari Allah yg buruk datang dari aku….Assalamualaikum…

Warisan Songket :)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kepada pembaca sekalian…..

Malam ni aku nk kongsikan sedikit berkenaan kain songket nih, aku tahu maybe ramai yang minat pada kain songket ni kan? bukan apa kain songket ni adalah kain tradisional, dan kebanyakkan orang memerlukan…betul x? tu pun kepada orang yang berminat pada songket la….

Aku berbesar hati ingin tolong mempromote kan kain songket yang kawan aku punya business la….banyak kain2 songket yang menarik dan harga pun berpatutan…nak tahu lebih lanjut sila klik pada gambar kat atas tu k, coz aku nk cakp banyak pun aku x tahu, so korang tgk sendiri la ya….

Penghujung Cintaku…

Tiada kata yang perlu aku ucapkan…

Hayati lah lagu ini ya, lagu ini menghuraikan segala2nya Smile

 

Malam Minggu Yang Sepi :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera …

Malam ni aku x keluar kemana2 just dok umah je, coz x tau nak lepak mana so dok diam2 kat umah je la, bagus juga aku dok umah boleh la aku luangkan masa kat blog aku nih, maklum la xsempat aku nk melawat kawan2 aku, yang aku sempat post je, balas komen pun lambat kan????

Nak kata aku busy xda la busy sangat pun, cuma penat je kot, ye la hari2 kena bangun awal pagi p keja, n kul 5 balik, badan mesti rasa penat, tu buat aku malas nak hadap lappy ni lelama hehe, lagi satu lau aku dah hadap lappy ni susah lak aku nk tido, t kan tido lewat kan, lewat la plak bangun p keja….

So disebabkan besok cuti, so boleh la aku tido lewat malam ni hehe….penat melayan fb n twitter aku rest jap kat blog nih hehehe, thanks pada kawan2 aku yang terus bg sokongan pada aku k, hargai sangat2…..x dpat nak di balas nya, hanya tuhan saja yang dapat membalas nya….

Malam ni sunyi bukan apa, housemate aku semua dah tido, semua nya x sihat, aku dah lapar ni, nak masak lak malas, nk kejutkan diorang kuar makan, kasihan plak, sabar je la hehe…

 

g

motif aku letak pic nih? haha xda motif apa2 pun, saja suka2…x suka ignore je la kan?? apa susah hehehe….

tabiat manusia…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

manusia ni banyak sangat tabiatnya, sampai x tersenarai, tapi apa yang aku nk type ni adalah tabiat manusia di tempat keja, kalau cakap pasal tempat keja comfirm ramai tahu kan?? maklum la di tempat keja bukan sekadar buat keja je, tetapi dah jadi geng lepak dan geng gosip….bila dapat bercerita x hengat dunia dah, dah x perasan da perkara yang sepatutnya x patut di keluarkan, tapi dah terkeluar nak wat camana kan???

Lumrah la kat opis mana2 pun sama je, macam ada politik kan, ada yang x suka pihak ni lah, pihak tu lah, tu sume normal la, bila dah kantoi buat salah, mula nk pertahankan diri dan kaitkan semua orang kan, hal kecil pun boleh jadi besar kan???

kalau korang best ke keja dalam keadaan macam ni??? bagi aku sikit je la rasa x best kalau keja keadaan cam gini….aku x suka berpuak2, kalau nk keja buat la keja, x yah la sibuk2 hal orang kan, jaga periuk nasi kita sendiri dah la, nak wat apa kita nk sibuk2 kacau periuk nasi orang lain kan? kan Allah yang memberi rezeki kepada kita,  reti2 la bersyukur dan berterima kasih kepada Allah swt. Sekali Dia tarik balik punca rezeki kita camana kita rasa????

Aku nak cakap lebih2 pun x guna nya kan? masing2 pk la sendiri kan? kalau korang kerja ngn ikhlas, comfirm korang dapat gaji ikhlas, kalau korang buat keja ngn ikhlas korang faham2 sendiri la ya….

jumpa lagi…Assalamualaikum

Teringat kat Benny & Kenny :(

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Benny & Kenny adalah teman hidup aku suatu ketika dahulu, tapi sekarang kenny & benny dah xda lagi….umur nya x panjang, dia mati kerana di bunuh oleh boy kesayangan aku, maklum la jeles la katakan, dulu masa kenny & benny ada, aku selalu bawa mereka ke sana sini, boy lak aku tinggal di rumah je, mana nya dia x jeleskan??? tapi masalah boy nih dia takut nak naik kereta, mungkin dia pk takut aku akan buang dia kot….tapi boy pun dah xda, akhirnya boy mati di langgar oleh kereta :(

DSC01406

haha..kalau nk tahu sapa kenny dan sapa benny, tu pic kat atas tuh….yg brown tu kenny, yang white tuh benny…comel sangat, ni masa kat umah aku kat kuantan nih, setiap kali balik keja, aku akan layan karenah benny n kenny ni dulu, ye la seharian di kurung dalam sangkar, tiba la masa nya tuk dorang bebas sekejap, hehe terhibur gak la hati bila tgk gelagak kenny n benny nih, memang aku sayang gila…aku lau balik kampung, aku x kan tinggal dorang nih, lau tinggal aku lak yang gelisah hehehe….

kali pertama bawa balik kg, ok lagi xda masalah, tapi kali ke 2 balik kampung,  tu yang buat boy marah tu, kali pertama dia bagi peluang lagi, kali ke dua boy kata sorry to say la..haha, aku nk marah pun, x boleh, sebab aku sayang kat boy nih, korang mesti nak tahukan sapa boy yang aku maksudkan kan?

 

DSC02394

haha ni la boy nya…comel kan? bela dari baby lagi nih, aku citer serba sedikit tentang boy nih k, boy ni seekor kucing yang manja da jinak, sebab tu la aku sayang, paling bestnya kalau aku tido mesti dia akan tido sama ngan aku, selalu tido sebelah bantal aku….selagi aku x tido, selagi tu la boy ni x tido, kalau aku guna selimut dia pun nak juga, lau selimut tu paras leher aku, boy pun nak gak sampai paras leher dia, memang sweet sangat…boy akan tido selagi aku blm bangun.

Sedih aku bila kenangkan kembali kesah boy ni, tapi nk wat camana, masa nya sudah tiba, blm jumpa lagi pengganti boy, ada pun x sama cam boy…huhu…

 

DSC02399

 

boy dan anak buah aku…:)

 

190435_1302201572735_1761347797_554219_5462815_n

masa aku tido, boy peluk tgn aku, pic nih adik aku yg snap…pic kenangan :(

Semuanya tiggal kenangan, binatang pun sama gak ngn manusia, bila da sampai masa nya dorang pun akan mati juga…aku seorang yang suka pada binatang, so x blh nk kata apa la ang???hehehe..buat aku teringat balik kesah dorang ni, aku tertengok pic tadi…dah 3 tahun dah kenny n benny xda, dan boy baru je awal tahun tempoh hari mati..huhu..

DSC01536

masa ni benny n kenny berusia 4 bulan…sihat dan cepat membesar, mana x nya selera makan kalah tuan nya…huhu kuat makan….aku bg makanan kat benny n kenny ni makanan sihat2 je, tapi tuk diri sendiri xdanya hehehe….

DSC01425

masa yang x dapat dilupakan, masa ni kenny n benny nk tido, terpaksa la kena dodoikan, manja sungguh, aku pun x tahu kenapa binatang peliharaan aku ni manja semuanya….

selepas benny,kenny n boy mati, aku dah rasa malas dah nk bela binatang lagi huhu….sebab aku masih lagi teringatkan kat binatang2 kesayangan aku yang telah xda….kalau aku nk bela pun, mungkin aku akan bela ular sawa je….

cukup la setakat nih je citer aku kali ni k….jumpa di next entry :)