10 perkara yang aku suka lakukan…

Perkara yang pertama :

Aku suka melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup aku, sebagai contoh kerja aku sekarang la, dari dunia IT bertukar kepada dunia perubatan, kerana bila kita ceburi bidang baru nih, kita dapat pengelaman baru, dan ilmu kita bertambah….

Perkara kedua :

aku suka bersukan, sukan apa? kekadang ada juga aku main futsal or bola sepak, kekadang juga aku main badminton, dan sukan paling aku suka adalah bola tampar, bowling dan ice skating, dan sukan selalu aku lakukan adalah swimming, kerana pool dekat rumah ada hehehe…dan kekadang aku juga suka mendaki bukit, bergantung pada masa terluang la, dan sukan paling aku jarang lakukan tapi aku suka iaitu jogging hehehe….kerana apa jarang? sebab aku malas…

Perkara ketiga

aku juga suka berkawan, kerana bagi aku kita hidup di muka bumi Allah ni adalah salah satunya kita kena berkawan…kalau x berkawan rasanya hidup ni x lengkap je, dan juga aku x suka memilih kawan, bagi aku wat apa kita nk pilih kawan ni kan? tetapi kekadang tu kena la tgk juga kawan kita tu camana hehehehe….aku paling x suka bermusuh ngn orang, biar lah orang yang nak bermusuh ngn kita xpa, sebab bagi aku x da rasa rugi sikit pun, biar la kita wat baik ngn orang dapat pahala kan? pada dapat dosa free tu wat apa???

Perkara keempat :

aku suka makan, aku seorang yang kuat makan, hehehe tetapi makanan aku suka x banyak, semuanya makanan simple2, nasi goreng kampung dan the o ais , tu je makanan kesukaan aku, aku pun x tahu kenapa aku suka makan nasi goreng kampung, hehehe, tetapi selalu aku p makan kat kedai susah sangat nak dapat nasi goreng kampung yang betul2 sedap.

Perkara ke lima

aku suka masak, x kesah la masak apa pun, sebab aku rasa bila masak kita makan pun puaskan, walaupun x sedap, tapi aku suka masak sardin 3 rasa hehehe….dan aku juga suka masak nasi kerabu, walaupun agak sukar tapi cam best je masak nasi kerabu, walaupun makan x banyak hehehe…

Perkara ke enam

aku suka tidur, hahaha ni la amalan paling teruk bagi aku, tapi bila dapat tido ni kan best….seharian tido pun xpa, tu la perangai buruk aku hehe, tetapi kekadang je la, sebab kebanyakkan aku ni x cukup tido hehehe…

Perkara ketujuh

aku suka bercuti, kemana saja aku x kesah, janji tempat tu aku x pernah pergi, kerana aku suka pelajari cara hidup mereka…lain negeri lain caranya, di situ aku boleh belajar sedikit tentang kehidupan hehehe…

Perkara ke lapan

aku suka pelihara binatang yang ramai orang x suka, seperti ular sawa, iguana, dan katak….bagi aku semua tu aku suka, kerana setiap binatang tu ada keunikkan, paling aku suka ular sawa la, boleh buat kawan masa tido, kerana dia suka lilit badan aku ketika tido, itu best, x payah pergi massage, biar ular je massage hahaha….nak rasa best ke x? cuba la. p cari ular belakang umah or kat hutan tu hehehehe…

perkara kesembilan

aku sukan berkebun sebenarnya, masa aku kat kampung aku suka tanam sayur-sayuran , tapi bila dok bandar ni xda tempat tuk aku bercucuk tanam….

perkara terakhir yang ke sepuluh :

aku suka berblog, kerana aku rasa puas bila berblog, walaupun kekadang tu aku x tau nk post entry apa, tetapi aku cuba gak tuk post entry, walaupun citer bukan2 hehehe…..

8 comments:

"aja2 fighting" said...

serious ke tido dengan ular????????

normi nieza said...

perkara ke 8 tu paling bahaya...takut siuttt...haha

Khairiz said...

aja : yup memang suka tido ngn ular sawa hehe

Khairiz said...

kak norm : haha mana ada seram..ok aja hehehe cuba la dulu baru tahu

"aja2 fighting" said...

perghhhhhhh memang xla bg aja...ahahha....

Khairiz said...

aja : hahaha kenapa? aja takut or geli???

"aja2 fighting" said...

takut tu xla..tapi geli kot dengan menatang xde kaki ni...ulat gonggok pon aja geli..eiii..katak xpe ar gak..huhu

Awie Omar said...

Dah macam carta 10 hehehe