Anak Asset ke Syurga atau Neraka?

Anak Asset ke Syurga atau Neraka?

Assalamualaikum,

Terdiam sekejap bila aku melihat dan mendengar ucapan ustaz don ni, sungguh menusuk di kalbu aku, apa yang di perkatakan oleh ustaz Don itu adalah benar belaka. Menitis air mata aku bila mendengar ucapan beliau, dan terdiam kaku memikir sejenak adakah aku seperti yang beliau maksud kan??? Alhamdulillah bila di fikir2kan balik, insyaAllah aku mampu tuk laksanakan itu.

Kalau korang tengok, tengok la betul2, hayati la setiap kata2 ustaz don itu, kalau korang nk menangis, menangis la, biar la air mata yang jatuh itu memberi satu kesedaran kepada kita, untuk mempertingkatkan lagi ilmu dalam hal tersebut, dan jangan bazir kan air mata kamu, yang hanya menangis semasa melihat video ini je, dan selepas itu korang kembali kepada normal.

betul apa yang di tuntut dalam islam, sepatutnya kita adalah seorang anak kepada kedua ibu bapa, haruslah punyai tanggungjawab untuk laksanakan kewajipan terhdap mereka, kerana ibu bapa kita telah memberi didikan yang penuh kepada kita, supaya menjadi seorang manusia yang bergguna, kepada mereka, bangsa, agama dan juga masyarakat.

adakah patut kita seorang anak, yang hanya mampu melihat jenazah ibu bapa kita di mandikan, dikafankan,di sembahyangkan oleh orang lain? jawapan dia ya, kita mampu kerana saat itu kita tidak tahu untuk melaksanakan semua itu, kerana masa kita di beri pendidikan tentang itu semua di sekolah dahulu, kita hanya belajar untuk lulus didalam peperiksaan sahaja bukan? tanpa kita fikir itu semua untuk kita guna di masa akan datang?  x perlu bangga dan x perlu gah dengan keputusan spm 8A, 10A, 17A, 21A kalau pendidikan asas kita pun x tau …jangan hebat di kertas, sebalik nya hebat lah di pandangan Allah swt.

aku x kata aku seorang yang hebat, malah aku rasa diri aku ni amat la hina sekali, amat lah jahil sekali, jika hal2 sedemikian kita remeh kan…x hebat kalau kita seorang arkitek, x hebat kalau kita doktor, x hebat kalau kita peguam, x hebat kalau kita guru dan sebgainya, kalau dalam didikan agama kita gagal dan x dapat tunaikan kehendaknya, ingat lah, kalau masa ibu bapa kita meninggal kita x dapat nak berbuat apa, nescaya la satu masa nanti, masa kita meninggal. anak kita juga akan buat apa yang kita buat sekarang, adakah kita happy? adakah kita rasa bangga punyai anak seperti ini????

kalau kita seorang yang kuat iman, berpegang pada ajaran islam insyaAllah, anak kita nanti akan mewarisi,….tetapi zaman sekarang anak yang seperti ini, boleh kita kira dengan jari,  berbanding dengan anak yang menderhaka kepada ibu bapa, dan anak yang langsung x ambil peduli kepada ibu bapanya….bukan aku nk kata suka2 tapi ini lah realiti, yang di katakan dunia akhir zaman.

seorang anak sanggup melihat ibubapanya menderita, sanggup hantar ibu bapa nya ke rumah2 orang tua, dan sanggup biarkan ibubapanya berada di kampung sendirian tanpa menjengguk dan sebagainya. malah boleh berkata ibu bapa menyusahkan mereka…..kalau ada la di sini anak seperti ini, aku nk ucapkan syabasss dan tahniah kerana anda berjaya membuat ibu bapa korang seperti itu…alangkah kejam nya korang kan???

kalau kita lihat la ya, kalau anak yang meninggal dunia, segala persiapan, semuanya diuruskan oleh bapa nya kan, tetapi kita sebagai anak kita dapat x buat macamana seorang bapa atau mak buatkan kepada anak2nya???

setakat ini saja yang dapat aku sampaikan, maaf jika aku ada tersilap kata atau sebagainya ya….nasihat aku kalau ada yang masih blm yakin dan x tahu langsung pasal urusan jenzah dan sebagainya, aku galak kan korang semua pg la ambil kursus atau belajar balik bagi korang ingat kembali ya….jangan pk orang lain , fikir la apa yang kita buat ni untuk keluarga kita sendiri, terutamanya bagi yang lelaki wajib kena tahu, kalau la korang seorang islam. kalau bukan xpa la nk wat camana kan?

pesanan terakhir jangan kesali dan tangisi apabila kedua ibubapa kita sudah tiada, kerana menyesal pun xda guna lagi…

8 comments:

♥ MS ♥ said...

bila tengok video ni kan,banyak2 kali kan, rasa sedih pulak, bila teringat mak dengan ayah :( apa yg ustaz don ni cakap memang betul pun :( . rasa takut pulak kalau2 nanti drg yg pergi dulu :(

Awie Omar said...

Artikel yang berilmiah.

jemput santai di sini
http://awieomar.blogspot.com/2011/01/10-filem-bollywood-pilihan-sang-kucing.html

SheyPull said...

sepatut nye kesyurga la... :P



Jom tgok kat sini kejap..ade name u la >>> Jangan tak caye ade awie jemput saye..

Hafeesz Amran said...

ustaz yg byk mengajar aku kat kampus.... :)

Khairiz said...

Ms : jadi kita harus la bersedia dari sekarang :)

Khairiz said...

Awie Omar : thanks :)

Khairiz said...

Shey Pull : semua orang impikan ke sana...insyaAllah akan saya lawati..thanks :)

Khairiz said...

Hafeesz Amran : owh ye ke? sy harap kamu dapat pelajari banyak ilmu darinya, dan amalkan dengan sebaik mungkin