Fly to Kuching :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

P4180569

Sekali lagi aku akan terbang ke bumi kenyalang, pada awal pagi besok, kali ni aku bukan pergi bercuti, tetapi pergi menziarahi pusara Allahyarhamah neneknda yang telah kembali ke rahmatullah pada Ahad lepas 08 Januari 2012 pada pukul 6 ptg.

Tak dapat juga aku melihat wajah neneknda buat kali terakhir, last aku jumpa pun bulan 11 tahun lepas, masa tu pun nenek tgh sakit dah….tapi x sangka lak masa berlalu begitu pantas kan….tapi apa kan daya….bila masa sudah sampai, kita x boleh nak kata apa2, kerana ini semua ketentuan Allah swt, dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita kembali.

Gambar di atas tu adalah gambar kenangan bersama nenek….gambar ini menjadi kenangan sampai bila2….kehadiran aku ke sana adalah sebagai tanda hormat aku kepada nenek…walaupun hanya pusara sahaja yang akan dapat ku lihat….x apa, akan jumpa juga nanti, cuma masa je yang menentukan segala2nya…

dan ingin aku berpesan kepada kita semua yang masih hidup, teruskan perjuangan kita di jalan yang di redhai Allah, sebab kita x tahu bila masa kita akan tiba….

Apa2pun sama2 kita sedekah kan Al-Fatihah kepada neneknda semoga rohnya aman dan tenang disana dan juga akan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman…aminn..insyaAllah

6 comments:

normi nieza said...

al-fatihah utk allahyarhamah

Khairiz said...

kak norm : thanks..sama2 kita doakan k :)

Mohd Khairi Khadzir said...

alfatihah utk arwah.. smoga keluarga khai tabah mnghadapi dugaan ni..

Khairiz said...

khairi : terima kasih :)insyaAllah

Awie Omar said...

Alfatihah

Khairiz said...

Awie : thanks :)