Hargai lah mereka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hargai lah mereka selagi mereka masih bernyawa, jaga la mereka, hormati lah mereka, jangan sampai terlambat, kerana apabila terlambat menyesal pun tidak guna lagi, bila mereka dah tiada, menangis keluar air mata darah sekalipun, mereka tetap x akan kembali.

semasa mereka masih hidup, jangan lah kita abaikan tanggungjawab kita kepada mereka, kita harus jaga kebajikan mereka seperti mana mereka menjaga kebajikkan kepada kita selama ini. Jangan la kita berasa tinggi diri bila mencapai kejayaan yang kita kecapi, ingat lah bukan kerana mereka, kita belum tentu lagi berjaya…dan jangan la kita lupa diri, ingat mana asal usul kita.

jangan bila kita dah kaya raya dan kita punyai kuasa, kita lupa akan tanggungjawab kita, kita jadi seorang yang sombong, bongkak dan berlagak dengan semua orang, pentingkan diri sendiri dan buat apa saja yang kita suka tanpa endahkan nasihat dan teguran dari mereka, kita jadikan mereka seperti sampah yang x berguna lagi, bagi kita mereka sangat lah hina di pandangan kita, dan tidak mahu mengaku bahawa mereka adalah ahli keluarga kita, jangan sama sekali, kita menjadi manusia seperti ini.

Ingatlah kita perolehi kesenangan, kebahagian dan kejayaan adalah semuanya datang hasil dari doa mereka seorang ibu dan seorang ayah yang mahu melihat anaknya sentiasa berjaya dan hidup senang, dan juga jangan lupa juga kepada Allah swt, kerana dengan pertolongan Allah lah kita dapat merasai semua ini…..

Hargai lah mereka, sanjungi lah mereka selagi nyawa mereka dikandung badan, dan ingat lah mereka sekarang tidak lagi muda seperti dulu, mereka sekarang sedang menghitung hari dan usia sahaja, kalau kita terus abaikan mereka sehingga la mereka sudah tiada, menyesal tidak berguna lagi…..mereka yang di maksudkan adalah ibu dan bapa, yang mana telah banyak bekorban masa dan wang ringgit bagi menyara hidup kita dan menjadikan manusia yang berguna….

3 comments:

izfanora said...

tanpa mereka, tiadalah kita..

Khairiz said...

izfanora : yup betul sekali, so hargai la mereka, walau apa jua keadaan :)

Awie Omar said...

Segala jasa pengorbanan mereka sememangnya tak mampu dibalas