hidup ini x pernah cukup apa yang kita ada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu aku nk ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Hoben Jang Hoben diatas kemenangan piala sumbangsih2012, dan tahniah juga kepada pasukan Gomo kelate Gomo, mungkin bukan rezeki kita tuk malam tadi, walaupun ada rasa sikit kecewa dihati aku, tapi xpa, adat permainan, harap2 malam nanti lawan singapore menang la ye…

kenapa ya manusia zaman sekarang nih x pernah cukup apa yang dia ada, x pernah syukur apa yang dia dapat, lebih senang kata, manusia zaman sekarang ni tamak, pantang tengok orang lain lebih sikit, pasti nak juga lawan dia, boleh nak ikut orang, tapi kita kena la tgk kemampuan kita juga…bab kata ukur baju biarlah di badan sendiri. Cuba la belajar hidup sederhana kan lebih afdal…jangan la harta anak yatim pun ko nak kebas….

Rezeki kita Allah dah tetap dah, kalau nk lebih usaha la lebih, Allah tidak mudah nk bagi rezeki kat kita begitu sahaja tanpa usaha, tapi orang kita malas nak usaha tapi nak lebih, habis sampai bila kita nak maju ke depan, tgk orang ada kereta mewah, rumah mewah, kita pun nk juga kan? tapi usaha kita malas, semuanya nak senang kan????

bukan aku suka2 kata, tapi ini semua memang betul apa, yang dah berlaku didepan mata aku. tapi paling aku x suka, bila bab harta, kerana disebabkan harta adik beradik, sedara mara  sanggup bergaduh, itu paling aku benci sekali.

senang kata, kita belajar bersyukur apa yang kita ada sekarang nih, xpa x banyak pun sikit pun ok la, janji ada pada x da langsung kan???

6 comments:

Pn. Sheila said...

erm... btl tu, akak setuju sgt... hehe... sentiasa syukur dg apa y kita ada..

Khairiz said...

pn.sheila : yup..thanks ya :)

normi nieza said...

frustkan khai klate kalah malm td..huhu

Rozuan Ismail said...

manusia memang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada.selalu ingin lebih

Khairiz said...

kak norm : yup frust tu memang ada, tap nak wat camana, dah cuba sedaya upaya, tapi rezeki x berpihak kepada kelantan :)

Khairiz said...

rozuan : itu la manusia sekarang :) tapi bukan semua, sesetengah manusia je la