Perihal Kubur dan Mayat...

kubur2

 

Perbuatan mencucuk kubur dibenarkan syarak, jika tidak bertujuan menghina mayat, tapi untuk mengenal pasti samada kubur itu ada mayat atau tidak...


- Caranya mencucuk tanah itu dengan seumpama batang ke dalam tanah sekadar sekaki atau sehasta...


- Bila dicucuk, jika tanah itu lembut, maka ternyata ada mayat didalamnya... Jika keras, menunjukkan disitu tiada pernah diguna untuk menanam mayat, kerana tanah yang tidak digali, susunannya amat    kemas dan kukuh...


- Jika tengah menggali, sampai dipertengahan penggalian, terjumpa tulang manusia, maka wajib kambus semula dengan tanah asal itu...


- Melainkan ada telah sempurna penggalian itu, baru terjumpa tulang manusia dalam timbunan tanah, maka letak tulang itu ditepi kubur, dan harus menanam mayat baru...


- Meracun rumput dikawasan perkuburan dilarang syarak, melainkan ada padanya, seperti menyukarkan orang ramai dari masuk ke kawasan kubur, mendatangkan mudharat, seperti ada ular dan    haiwan lain yang membahayakan...


- Jangan mencabut pokok yang tumbuh di atas kubur, kerana pokok itu hidup dan sentiasa bertasbih kepada Allah, dan mayat didalamnya mendapat rahmat Allah SWT...


- Boleh tanam pohon-pohon renek diatas kubur...


- Jangan tanam pokok yang bila besar nanti menjadi besar yang memakan ruang di kawasan kubur... Melainkan pokok besar itu tumbuh dengan sendiri, dan sudah besar, maka tidak wajib gali dan buang pokok itu...

 

*sumber dari fb, sekadar perkongsian bersama.

4 comments:

Awie Omar said...

Teruskan berkongsi ilmu seperti ini

Joe_Hans said...

ilmu berguna nie..

Khairiz said...

Awie Omar : insyaAllah, terima kasih atas sokongan :)

Khairiz said...

Joe_hans : insyaAllah, berguna untuk semua orang :)