Hujan itu rahmat…

Best sangat cuaca sepanjang hari ini sejuk sekali, rasa aman je..Alhamdulillah syukur..sebab hujan ni rahmat Allah berikan kepada kita, so kita seharusnya bersyukur dan bukan merungut ya, sebab aku dengar ramai sangat yang merungut “ ala benci la asyik hujan je” kenapa harus benci pada hujan? bila Allah x turunkan hujan, korang marah plak “ panasnya…bila la nak hujan”. korang pernah x dengar ayat ni dikalangan kawan2 korang? sure ada punya kan? ataupun korang sendiri ? kalau x bagus la korang tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.

Tuhan dah beri kepada kita macam2, kita nak air, dia turun kan hujan, kita nk jemur pakaian, tuhan keluarkan matahari..dan pelbagai lagi, tapi kita pernah x rasa nak bersyukur padaNya? maksud aku  bukan semua orang yang x bersyukur, tapi ini untuk sesetengah manusia ja…

sentiasa la kita ingat, apabila Allah tarik balik nikmat Dia, akhirnya kita juga yan rugi….so lepas nih, hujan ke ? panas ke? sabar la ya…semua ni kuasa Allah, kita manusia biasa ni x mampu untuk melawan kuasa nya, kerana kita juga ciptaan Allah.

maaf la kalau memalam ni terceramah plak kat sini, dan mintak maaf juga, aku bukan ustaz yang bertauliah pun, cuma nak bagi nasihat dan pendapat aku je…kalau salah, ampun maaf di pinta, apa yang baik kita teladani, apa yang x baik itu, jangan la kita ikuti ya…masing2 semua tahu kan? yang mana benar dan yang mana salah?

Disebabkan hujan ni la, aku dapat rehat dan sambil berblogwalking ke blog kawan2 dan baca entry mereka, Alhamdulillah, kebanyakkan entry yang aku baca adalah yang berkisarkan tentang keagamaan….banyak2 info2 yang mereka cuba kongsikan…sedikit sebanyak dapat tambah lagi ilmu agama dalam diri, demi untuk bekalan kesana. dan pada kawan2 yang mana aku x sempat nk singgah tu minta maaf la ya…sampai sini dulu ya…..

4 comments:

ZWAN SABRI said...

Yeah! seronok sangat bila hujan... syok je tidoq.. hehe.. btw, diharapkan semoga hujan yang turun ini ialah hujan rahmat.. bukannya hujan bala.. :)

Khairiz said...

Zwan : yup betul tuh...sama2 doakan di jauhkan ya

Fendy said...

time ujan la sedap tido..Alhamdulillah

Awie Omar said...

Maaf sebab baru hari ni dapat baca satu satu entri dan beri komen