Jagalah Kesihatan…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian, mudah-mudahan berada dalam keadaan sihat walfiat, InsyaAllah, bukan apa kalau kita tengok sekarang ramai sangat yang sakit kat mana2 hospital seluruh malaysia nih, tidak kira usia semua ada. Itu yang buat kan kita bimbang….
Hari ni aku nk sentuh sikit bab kesihatan, ini untuk aku sendiri dan korang juga, bukan apa, kita hidup ni saling nasihat menasihatikan baru betul. tapi nk kata aku ni pandai dalam bab2 kesihatan ni, x la juga, sebab aku x berapa master sangat hehe…
Yang pertama aku nk katakan, pasal rokok dan perokok, pada azalinya, perokok itu sendiri tahu yang rokok ini membahayakan kesihatan, dekat kotak rokok pun ada di tulis kat sana, siap ngn gambar lagi, tapi perokok tegar ni hanya pandang sebelah mata je, apa aku kesah, katanya. apa yang best sangat erk hisap rokok nih?? merosakkan paru2 baru tau….jap sebelum tu aku nak bagitau kat sini, ni sume aku kata pada aku sendiri, sebab aku salah sorang perokok yang tegar….yang pelik nya aku tahu, tapi kenapa aku x ambil tahu semua nih, aku tahu yang asap rokok nih boleh bahayakan kesihatan aku sendiri dan kepada orang lain, tapi kenapa hati aku ni degil sangat, kenapa x nak stop? selagi orang larang selagi tu la kita buat, betul x? kalau tanya perokok nih, banyak alasan yang diorang bagi kenapa mereka x dapat nk stop merokok, tapi bagi aku lah, bila dah diri ni degil susah sangat nk dengar nasihat orang ni memang susah lah kan, nak ikut kepala dia sendiri je….balik2nya orang yang x hisap rokok yang dapat penyakit.
tu lah orang kata, semua tu alasan semata-mata, sebenarnya boleh je nk stop smoking nih, bab kata pepatah nak seribu daya x nak seribu dalih, kalau kita memang nk sangat stop smoking nih, macam2 cara kita boleh usahakan, betul? orang kata tepuk dada tanya selera, lagi senang sendiri mau ingat lah, kalau sayang kan diri baik berhenti, kalau x sayangkan diri, terpulang lah….tp untuk kebaikan bersama better stop la…cukup dulu pasal rokok k….
Yang kedua aku nak katakan pasal bersenam, walhal kita tahu kan untuk kesihatan kita terjaga, salah satunya kita sentiasa kena bersenam, tapi kita ada ke nak bersenam, jawapan nya adalah MALAS kan? x kata kat orang lain la, aku la tu hehe…tu dulu la sekarang dah rajin dah…betul kalau kita malas nk bersenam tu yang kita mudah dapat penyakit tuh, bila sebut pasal bersenam ni jangan la kita ingat kena p ke taman je baru boleh kita bersenam, itu salah, sebenarnya mana2 pun kita boleh bersenam, x payah ambil masa lama sangat, 5 min pun dah kira ok la, contoh la, sebelum kita pergi kerja bersenam la dulu, turun naik tangga ke apa, baru la badan kita rasa cergas, xda la rasa lesu je bila kerja, tul x? buat je apa pun asal ada pergerakkan dan keluar peluh, macam aku, hari2 aku p kerja jalan kaki, dan naik tangga, ye la nk berjogging ke taman, memang susah la nk pergi kan, so kalau hari2 aku jalan kaki, dan naik turun tangga tu pun dikiran senaman gak tuh, balik keja lak, terjun swimming pool..cukup la kalau selalu kita praktikkan….so lepas ni boleh la kita semua amalkan hidup sihat k….
nak citer pasal makanan, tapi rasa panjang sangat, cukup la yang ni dulu, nanti korang boring lak kan??? apa2pun aku nak nasihatkan untuk diri aku sendiri dan korang semua, mulai sekarang cuba kita amalkan hidup secara sihat, x rugi pun kalau badan kita sihat kan, sesal sekarang xpa, jangan sesal kemudian, kerana dah x guna lagi dah….saling ingat mengingati ya….aku harap, aku pun dapat stop smoking dan korang yang smoking tu juga dapat stop k….tanam azam baru….
Akhir sekali nasihat aku, Jaga la kesihatan kita sebelum kita sakit, dan rugi kalau kita tidak nikmati keindahan dan kebaikkan yang Allah berikan, jangan la kita sia2kan k…Jasad kita hanya diberi pinjaman sahaja…

9 comments:

"aja2 fighting" said...

ahaha bahagian perokok tu terbaik!!geli kot tgk kotak rokok ada gmbar macam2..senam tu pon ok...tapi aja kategori orang yg MALAS..eheheh..=P...papepon...jagala kesihatan sebaik mungkin..sometime tido kena cukup..baru la badan segar bertenaga..ahaha...

**aja baca blog awie omar..tahniah khai still no 1 walaupon xdpt immuniti..papepon chayok2 untuk minggu ni!!=)

ZWAN SABRI said...

kalau cakap pasai isu rokok, rasanya dah lama keluar fatwa yang rokok itu haram... tp nk buat lagu mana, depa ketegaq.. HUHU

eszyamin said...

org kata rokok ni jgn dimulakan..alhamdulillah rakan2 sekeliling kaki asap, tapi x penah teringin pon nk mengasap bersama..penah gak konon2 mintak rokok sebatang dr rakan..muka dorang sume jadi kehairanan..hahaha

Khairiz said...

aja : memang kebanyakkan malas nk bersenam hehe, btw thanks ya aja

Khairiz said...

zwan : tu la pasal kan, kalau nk kat bab fatwa nih, pak iman sendiri merokok..

Khairiz said...

ssyzamin : yup betul tu, jangan dok menggatal p cuba merokok, t ketagih susah lak hehe...

Khairiz said...

ssyzamin : yup betul tu, jangan dok menggatal p cuba merokok, t ketagih susah lak hehe...

Awie Omar said...

sama sama jaga kesihatan.

Khairiz said...

awie : yup, sama2 kita menjaga kesihatan kita