Mayat bayi perempuan ditemui dalam baldi

KOTA BAHRU - Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Bachok di sini hari ini.

Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui oleh dua pencuci tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan pada kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej tersebut.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu, katanya.

Jalaluddin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi tersebut. – BERNAMA

 

* ada lagi kes macam ni berlaku, aku ingat kan dah xda, apa la nak jadi ngn manusia sekarang ya, x kasihan ke kat bayi tersebut? masa tgh syok main x pk, bila dah ada hasil baru la nak panik, n buang sana sini, diorang ni x takut dosa ke? apa salah bayi tuh…..kelak nanti roh bayi itu mncari siapa ibubapanya yang sepatutnya bertanggung jawab.

Al-Fatihah untuk bayi yang mnjadi manusia yg kejam ini, semoga rohnya dicucuri rahmat dan syuga ditempatkan nya….amin.

2 comments:

Awie Omar said...

Astaghfirullahalazim... sedih!

Khairiz said...

awie : memang teramat sedih, aku patang dengar kes buang bayi nih...