4 Jenis Lelaki Yang di Tarik Perempuan ke Neraka



Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As- Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang di pikul…

Yang pertama : Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuanya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…tidak cukup kalau dengan hanya member kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Yang Kedua , Suaminya.

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami, tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang yang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut di tarik oleh isterinya ke neraka.



Yang ketiga, Abang-abangnya.

Apabila ayah nya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya di biar melencong dari ajaran ISLAM..tunggulah tarikkan adiknya ke neraka kelak.

Yang akhir sekali Anak lelakinya.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikkannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT :-



Harga seseorang yang beriman amatlah berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA , semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga  dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengedah janji dan peluang yang ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam…..

5 comments:

Awie Omar said...

renungan untuk kita bersama. terima kasih.

Khairiz said...

awie : ye sama2 kita renungkan k

ir yien 9897 said...

ini di namakan dayus..
kerana tidak menegur wanita...

dayus bukan lah lelaki yang memukul wanita..tetapi lelaki yg tidak tegur kesilapan wanita..

saya sayang ayah saya :)

NUke_Rude said...

aku suka entry ni.

nice bro!

Khairiz said...

nuke : bagus la, semoga menjadi pedoman buat kita semua