Aku Bangga...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Aku bangga jika ibu bapa berjaya mendidik anak-anak mereka menjadi anak yang soleh dan menjadi anak yang berguna untuk masa hadapan dan masyarakat.

Aku bangga jika seorang guru berjaya mendidik anak muridnya dengan ilmu yang berguna, dan membantu anak muridnya mencapai segala cita-cita serta menjadikan anak muridnya seorang insan yang berguna di masa hadapan.

Aku bangga jika seorang pelajar atau murid, dapat mempelajari ilmu dengan sebaiknya dan dapat memberi  kebanggaan kepada ibubapa, guru-guru serta kepada masyarakat.

Aku bangga jika seorang Abang dan seorang Kakak dapat membimbing adik-adiknya dengan betul dan berjaya menjadi  seorang abg dan kakak yang baik, sebagai contoh untuk adik-adiknya.

Aku bangga jika seorang anak, menjadi anak yang soleh, dan pandai menghormati ibubapanya, dan menjaga kebajikkan untuk ibubapanya bila sudah dewasa.

Aku bangga jika seorang majikan berjaya memimpin dan menjaga pekerja bawahan nya, sehingga menjadi pekerja cemerlang serta memberi hasil dan keuntungan kepada syarikat.

Aku bangga jika seorang pekerja yang jalankan tanggungjawab nya dengan sebaik yang mungkin serta membuah kan hasil yang cemerlang dalam kerjanya.

Aku bangga jika seorang kawan yang berjaya menjaga persahabatannya dari berlakunya perkara  yang tidak di ingini serta berjaya menjadi seorang kawan yang baik.

Aku bangga jika seorang hamba Allah, yang patuh pada suruhan dan mentaati segala pada perintah Allah swt serta tanamkan sifat takutkan pada Allah untuk menginkari segala perintahNya.

Aku bangga jika Hamba Allah yang sentiasa mengingati hari matinya dan takut melakukan dosa-dosa samada dosa besar ataupun dosa kecil.

Akhir sekali, aku bangga jika melihat kawan-kawan aku berjaya mencapai segala cita-cita dan impian nya dalam hidup serta kerjaya nya.

2 comments:

Awie Omar said...

aku bangga mengenali rakan blogger seperti kamu yang begitu pandai berkarya dari hati

Khairiz said...

aku juga bangga punyai kawan blogger seperti kamu :)