Makan Malam Di QThai Village


Assalamualaikum apa habaq semua, penat balik kampung pun belum habis lagi, sepi je blog aku 3 hari ni kan? huhu..ok la hari ni aku nak citer pasal makan malam bersama officemate di QThai Village di ampang.


Malam tempoh hari, berkesempatan untuk staff farmasi keluar makan malam bersama. walaupun ada sorang dua yang x dapat join, plan tetap dijalankan.

Disebabkan kami semua first time datang ke restoran nih. makan halangan yang kami tempuhi adalah makan buah langsat, agak  2 jam juga la kami tersesat at last baru la kami jumpa restoran nih . Janji kul 9 mlam, tapi kul 11 malam baru sampai sana. Masing2 belum makan lagi, dengan penat n tension ngn jalan, muka masing2 dah masam mencuka habis, apa2 pun sabar je.

sesampai je sana, masing2 buat muka kelaparan..sib baik ada nasi goreng yang dah sedia ada kat sana, so isi perut dengan nasi dulu, baru la makan steamboat.


haha..ini pula muka selepas kekenyangan..macam2 gaya. Apa2pun kami semua enjoy, maklumlah bukan senang kami nak keluar bersama macam nih. jarang sekali, tapi bila dah ada kesempatan masa ni la kami guna sebaik mungkin. Bukan apa, sekali sekala kami nak juga hilangkan penat n tension keja, so bila kuar ramai2 ni, so kurang la rasa tension tuh...hehe

Apa yang boleh aku katakan disini, sapa yang pernah pergi ke restoran ni diorang tahu la macam mana, tapi bagi aku, masih lagi kurang, memandang kan kami xpernah pergi kesana, dan ingin merasa, dat y la kami pilih restoran tersebut, so dah pun rasa, comment ikhlas aku, steamboat yang jual kat uptown or downtown lagi sedap kot, macam x berbaloi je kami rasa. Itu je yang buat kami hampa sedikit,. tapi nak wat camana kan? sabar aja...hehehe ....so ini je citer yang aku nak story kali nih....

3 comments:

aja2 fighting said...

ahahaha...xpe..pengalaman...asalkan dapat rasa and kenal kedai tu dah la ek...macam aja hari tu...pergi nasi ayam gemas dekat cawangan bahau...kawan ckp dulu2 dia makan situ xsedap..last2 masa dengan kitorang licin gak ar pinggan dia makan dekat situ...huhu

Awie Omar said...

laaa boleh lak tersesat. nasib bagitahu awal awal. x jadi plan gi makan sana hehehe

Khairiz said...

awie : hahaha..xpa la tempat lain banyak lagi hehe