Malam masih muda..

Assalamualaikum

Selalu sangatkan kita dengarkan perkataan “Malam masih muda” selalunya anak2 muda dan anak2 bujang yang guna ayat nih, baik laki baik perempuan, walaupun dah kul 3 4 pagi  masih lagi kata malam masih muda, tu la kan? bila di fikirkan balik, mereka seolah-olah dah xda beza awal malam dan awal pagi, sedangkan kita tahu bila jam dah menunjukkan pukul 00:01 dah masuk pagi dah sebenarnya dan tarikh pun dah bertukar, tapi nk wat camana, dah istilah Malam masih muda senang dan mudah di fahami, sama la ngan aku pun, x kata orang lain, kekadang aku pun guna ayat nih. hehe

Itu lah semua nya nak guna ayat yang mudah difahami dan mudah nak disampaikan, disebab ini lah yang kita selalu lupa bahawa dah pagi buta dah, kita masih lagi melilau, ini boleh di tengok di area KL la, lau kul 1 2 pagi ni macam kul 7 8 malam je, orang x keluar awal2 lau malam ni, bila lewat malam la baru melepak jumpa kawan, selalunya hujung minggu je la, lau hari bekerja lau ada macam ni maknanya, masuk keja pagi tu bengkak la mata. Mula la mood xda nak wat kerja, asyik dok fikir mata mengantuk je dan terbayang-bayang kan katil dan bantal. Aku kata ni berdasarkan pengelaman aku la, sebab aku pernah buat ada masa tu aku lepak sampai kul 6 pagi, n masuk keja kul 8 pagi, hanya sempat tidur sejam je. Faham2 la kan lau tido kejap tu cammana?

Tapi bila difikirkan balik, kita dah rugi banyak masa sebenarnya, masa rehat kita, kita bazir, nak kata masa tuk beribadat jauh sekali, mana x nya azan subuh bekumandang baru jumpa jln nak balik umh , lau balik umah bukannya solat subuh, malah bantal dan tilam dulu kita utamakan, bila dah dapat tidur, asar la baru bangun, bila bangun, kita akan rasanya nikmatnya kita tidur, sedangkan kita dah lupa subuh dan zohor kita ntah kemana kan? ni pun aku cakap aku juga la x kata orang lain, aku tahu orang lain semuanya baik2 belaka kan, kalau ada yang macam aku tu  xda la ramai satu kl kot hahaha, xda la gurau je.

Kita tahu, tapi kita buat x tahu je kan?  kita tahu waktu zohor dah masuk, tapi kita wat x dengar je kan, bukan kata zohor je, malah boleh dikatakan semua waktu kita wak x tahu je kan, Ala xpa la nanti aku ada masa aku buat la, ayat ini juga selalu aku dengar, tapi kita x tahukan bila masanya untuk kita laksana tu akan tiba??? lau la kita tahu mati kita bila, senanglah kan tuk kita taubat, tapi masalahnya kita x tahu bila masanya, jangan nanti kita x sempat sudah la, menyesal disana x gunanya…korang jangan la terasa aku cakap ni untuk aku je….korang baik, aku percaya.

Sama la cam aku, aku tahu apa aku lakukan tu salah, tapi aku lakukan juga, ini lah dikata manusia, bila kita wat salah dan silap, syaitan suka la, happy je dia, kerana syaitan berjaya menyesatkan kitakan, itu janji syaitan ngn Allah sebelum dia disingkirkan dari syurga. Syaitan akan buat kita di murkai oleh Allah, syaitan akan hasut kita jangan laksanakan suruhan Allah. Sebab kita terlalu pengaruh ngn syaitan la kita tinggalkan suruhan Allah, kita x fikir la apa balasan kita nanti disana atas apa yang kita lakukan selama ini, sebab Allah x tunjuk masa kita didunia, sebab tu kita x takutkan???

Aku ni dah lalut dah kot, nak bicangkan isu malam masih muda, tapi dah jauh dah aku pergi ni, biasa la tu, nasihat menasihati, bukan tuk orang lain pu, tuk aku sendiri, supaya aku sentiasa ingat. Ok la ini je aku nak sampaikan disini, ada salah dan silap tu semuanya datang dari aku, lau yang baik tu semuanya datang dari Allah swt. Ampun dan maaf aku pinta k dengan korang semua. InsyaAllah jumpa di next entry.

Rajin aku update pepagi ni kan, mana x rajin baru balik melepak, apa nak jadi nih, ishk2.

2 comments:

eszyamin said...

samala kot kita nih...demi masa sesunggunya manusia dalam kerugian..tahu tapi sengaja buat2 tak tahu...thanx peringatkan aku juga..

Khairiz said...

yup sama2 la kita ingat ya