Sejarah penubuhan blog “My Life Story”

Sejarah penubuhan blog  “My Life Story”

Pada June 2009, tertubuh la blog aku yang pertama, yang diberi nama Khai Riz, dan bertukar nama kepada “Kisah Hidup Aku” pada tahun 2010, dan tahun 2011, sekali lagi blog aku bertukar nama kepada “ My Life Story” dan nama ini digunakan sehingga hari ini.

Penubuhan blog aku ini berpandukan kepada perinsip “ sekadar menulis bukan kerana nama” perinsip ini lah yang aku pegang sehingga kini, kerana aku hadir di arena blogger ini, bukan semata-mata mecari nama, bukan mencari populariti, tetapi hanya sekdar suka-suka sahaja dan boleh dikatakan sebagai hobi aku semasa waktu lapang.

Bermula nya dengan sekadar ingin mencuba  sahaja, tetapi Alhamdulillah sehingga kini aku masih lagi aktif dalam arena blog ini, nak di bandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, blog aku suam-suam kuku sahaja, tetapi masuk tahun  2011 Alhamdulillah, banyak perubahan...dan kembali aktif ..

Pendorong untuk aku meneruskan berada dalam dunia blogger ini adalah, korang semua, yang mana tidak putus-putus memberi dorongan dan sokongan kepada aku, sejak mulanya blog ini ditubuhkan, sehingga la kehari ini, tanpa kalian semua, tiada la aku di sini. Terima kasih aku ucapkan kepada kalian semua.
Aku akui bahawa blog aku ini, tidak lah sehebat blog kalian semua, kerana aku masih lagi dalam proses belajar, dan blog aku juga masih di tangga bawah, kerana aku rasa banyak kekurangan yang belum aku perbaiki lagi.

Kenapa aku mengguna nama “My Life Story”? pada asalnya aku ingin gunakan blog ni sebagai diari harian aku, tetapi bila difirkan balik, aku rasa macam tidak menarik, jika aku menceritakan tentang diri aku sahaja , sudah tentu sama sekali korang yang membaca akan merasa bosan kan? Dan dengan cara lain, sambil aku menceritakan kisah hidup aku, aku juga selitkan entry yang berbentuk keagamaan, pengajaran, teladan dan sebagai nya, dan aku menggunakan blog ini sebagai medium bagi aku untuk berkongsi cerita serta bertukar pendapat dengan korang semua.

Kita hampir tidak menyedari akan kepantasan peredaran zaman siber ini, yang mana dikatakan semuanya berada dihujung jari sahaja, bersyukur la kita, kerana kita di lahirkan di alam siber yang serba canggih ini, dengan hanya berblog sahaja, kalau kita perasan, kita dapat ramai kawan, walaupun berkawan di alam maya, tetapi boleh memberikan keseronokan kepada kita, walaupun ada sesetengah blogger yang belum pernah jumpa didunia yang sebenar, tetapi didalam dunia blog ini kita boleh berjumpa selalu.

Tanpa kita sedar dalam berblog ini, banyak yang kita pelajari, dari apa yang korang postkan entry2 di blog korang, dan membuatkan sesiapa yang membaca blog sahaja dah boleh mengenali diri kita macam mana.
Aku hadir dalam dunia blog ini atas satu tujuan dan harapan, iaitu mendapat ilmu yang baru dan menarik minat untuk membaca dan mempraktiskan dan menarik minat untuk kita menulis serta saling tukar-tukar pendapat dengan blogger lain.

Untuk pengetahuan korang semua, blog aku adalah berkonsepkan simple sahaja, kepada yang mana suka follow blog aku, Alhamdulillah lah, aku berterima kasih sangat-sangat pada korang semua, dan bagi yang tidak menyukai cara penulisan aku atau sebagai nya, aku x boleh nk kata apa lah, selagi korang tidak memberi pandangan dan pendapat macamana ingin meningkatkan lagi mutu blog aku ini, sebab kalau xda ini semua, macamana aku ingin perbaiki blog aku ini?

Dulu aku pernah keluarkan satu entry hampir sama macam ni juga, sejarah penubuhan blog aku ini, sesiapa yang dah baca mungkin dah tau, dan pada siapa yang belum, boleh lah baca yang ni je k. Blog aku ni bukan ada apa2 yang istimewa pun, sekadar biasa-biasa sahaja.

Kalau korang nak tau, entry ini di keluarkan adalah kerana Next Top Blogger 1, yang mana aku pun terlibat dalam “game “ tersebut, dan ini juga adalah tugasan pada minggu ini. Dan di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saudara Awie Omar, kerana masih lagi memberi peluang kepada aku untuk menyertai game ini, 8 minggu udah berlalu, masih lagi tinggal 8 minggu untuk sampai ke penamat NTB 1 ini. Aku pun x tahu sampai bila aku boleh bertahan dalam carta game ini, jika ada peluang untuk ke garisan penamat, insyaAllah aku akan cuba yang terbaik, dan ini semua bukan untuk orang lain je, malah untuk diri sendiri juga,

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga yang mana sentiasa memberi sokongan kepada aku sejak mula aku berblog, sehingga la kini. Nasihat aku untuk blogger lain terutamanya blogger yang baru, ingat ya, berblog la dengan ikhlas, jangan mengharapkan apa dengan blog ini, jangan kecil hati kalau x ramai follower dan x banyak komen, kerana itu semua adat biasa..inyaAllah, lama-lama nanti ok la. Dan setiap entry yang kita mahu postkan itu biarlah bersesuain ya, jagan sesekali menjadi kan blog ini sebagai medium untuk memburukkan dan memalu serta memfitnah blogger lain k, renung-renungkan lah, dan selamat beramal....Assalamualaikum



18 comments:

Mohd Khairi Khadzir said...

belajar sejarah hehehe ... june 2009? saya Mac 2009 hehe ..lebih kurg la kan hehe selamat menulis (^__^)

Khairiz said...

Mohd Khairi : owh ye ke. kamu lebih lama sikit la dari khai, memang terdetik nak buat blog tahun 2004 lg, tp masa tu busy ngn study, so malas la, bila dah habis study n da kerja baru buat. masa study lu x sama cam dak2 skrg study, jauh bezanya

noorniey Azman said...

hai hai :)~ohh..da lama jugak la dalam dunia blogging neh upenya :)

Khairiz said...

noorniey : lama x lama la, baru nak masuk 4 tahun hehe

aja2 fighting said...

wahhhhhhh....fighting2!!!!=)

ZWAN SABRI said...

Aku pown dulu nama blog aku lain, sekrang dah nama lain.. btw, good luck bro! :)

Khairiz said...

aja : haha fighting ya,,,

Khairiz said...

Zwan : ye la masa mula2 dulu pening nk letak nama apa hehe...btw thanks

Hafeesz Amran said...

wah start 2009 jugak nie...tapi kamu senior, patut entry best2 and leyh dapat imunity :)

LidiaSuraya said...

Wahhh ini dah mcm mngimbas sejarah ni. Apa pun good luck k. Tgl 8 org ag kn klo i x silap laaa.

RazFiRa said...

terima kasih juga follow blog saye :) i like ur style :)

Khairiz said...

Owh ye ke? Ala xda beza nya, sama je la huhu...btw good luck teruskan perjuangan hingga ke penamat k

Khairiz said...

Thanks ya, insyaAllah if ada rezeki...yup tggl 8 org lg tuk hbskn 8 minggu lg

Khairiz said...

Sama2...apa la yg ada style nya...biasa je ;)

Awie Omar said...

TERIMA KASIH sudi terima tugasan tu :) Sudah lama rupanya Khairiz bergiat dalam dunia blog ni ye. Aku lak baru lagi. Baru tahun lepas 2011. Terlambat sikit mengetahui pasal blog ni hehehe

Khairiz said...

Sama2, yup memang sudah lama dlm arena blogging nih hehe, so k, so now da tau da kan?

Mah@mahu said...

Jom setai project 100 blogger Bro Fremestone best gak tgk..

Khairiz said...

owh ye ke? akan di tengok ya..btw thanks