Sekitar Kursus P.E.T.A

P1040205

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua, semoga berada dalam keadaan sihat walfiat la hendaknya.

Pada minggu lepas aku berpeluang mengikuti kursus yang di beri nama P.E.T.A (people Turnaround) dalam bahasa melayu nya, kebangkitan semula seorang insan, bertempat di UKM bangi. Penceramah bagi kursus ini ialah En. Abdul Mutalib Ismail, sesiapa yang pernah hadiri ini, mungkin diorang akan tahu apa sebenarnya kursus ini.

Kursus ini memang best2 sangat, banyak perkara dan ilmu yang dapat aku pelajari dari kursus ini, kursus ini bukan kursus agama dan juga bukan kursus motivasi, tetapi kursus ini boleh di katakan, kursus untuk menjadi MANUSIA. Memang betul kita ni manusia, tetapi kita x sedar n x pernah fikir pun kan asal dan kenapa kejadian kita sebenarnya, kursus ini banyak memberi kesedaran kepada aku, ianya mengesahkan kehidupan kita seharian sebenarnya…

P1040204

Allah telah ciptakan kita setinggi-tinggi makhlukNya, tetapi tanpa kita sedari, dengan perbuatan kita sendiri, kita jatuh kepada serendah-rendah makhlukNya, korang fahamkan apa maksud aku? apa yang fasi bincangkan memang kena dengan kehidupan kita seharian, bila kita tahu dan kita sedar betapa ruginya masa dan hidup kita selama ini, kerana ceteknya ilmu hidup dijalan Allah ini, nak kata kita xda ilmu, tapi semuanya belajar ke peringkat tinggi, memang betul kita ada Ijazah, Master, PHD dan sebagainya, kita bijak dalam bidang kita ceburi, tetapi kita lemah dalam ilmu kehidupan, pengetahuan kita kurang, jika ada yang dah tahu Alhamdulillah dan pada yang belum tahu, usaha lah untuk ambil tahu, jangan kita sia-siakan hidup kita. Sesal sekarang lagi bagus, jangan sesal kemudian, kerana sudah terlambat.

P1040228

mungkin korang x faham apa yang aku cuba sampaikan ini, baiklah aku cuba bagi satu contoh je k. kita semua dah kerjakan, lau student nanti hbs study mau kerja juga kan..so blh la ambil tahu juga k, bila kita kerja, kita akn dapat habuannya, iaitu gaji, betul? ok aku nk tanya korang dengan gaji korang perolehi tiap2 bulan cukup x korang rasa? tapi jawapan nya aku macam dah tahu, semuanya akan cakap x cukup kan? maklum lah hutang study sekeliling pinggang, hutang kereta lagi dan sebagainya, mana la nak cukup ngn gaji sekadar tuh, last2 salah kan boss sebab x naik kan gaji kita, walhal dah bertahun2 kita kerja x nya naik gaji….sebagai contoh je k.

kalau ini lah jawapan korang, maknanya korang x faham dan korang x tahu sebenarnya, cuba korang fikir, gaji orang miskin berapa banyak? dan dengan gaji kecil tu dorang boleh besarkan 8 orang anak atau sebagainya kan?

P1040207

kita rasa ngn gaji kita dapat bulan2 tuh berkat x untuk kita guna? macamana kita nak dapat gaji yang berkat dunia dan akhirat, dan pesanan aku juga jangan kita cari kenikmatan dunia sahaja malah akhirat juga perlu tau. dan kenapa gaji kita x cukup2? ok la sebagai contoh aku la ya, aku dalam kerja aku x ikhlas melaksanakan kerja, aku banyak mengulat dari wat kerja, lau pg breakfast pun sampai sejam kat kedai makan, dan waktu rehar plak on time kul 1 keluar, dan masuk balik keja lewat kekadang 2.30 ptg, dan kul 3 baru nk p solat, dan ambil masa sampai 15 minit, dan pg hisap rokok lagi ambil masa 10 minit, sambil hisap rokok dan borak ngn member.waktu kerja lak dok sembang ngn member kerja, gosip sana, gosip sini, citer pasal bola la dn sebagainya  dan tepat kul 5 ptg aku balik kerja, walhal keja ada x siap, tapi aku cakap, ala sambung besok la, malas nak buat.

ok kalau korang kira la, bapa jam je aku buat keja sebenarnnya? sedangkan aku dibayar gaji untuk 8 jam waktu bekerja. contoh lah aku sehari wat kerja 5 jam je, dan 3 jam lagi aku bazirkan, kalau korang nak tahu, kita dah berhutang ngn company selama 3 jam, haram kalau kita ambil bayaran gaji tuk 3 jam tuh, tapi kita fikir ke semua ini? yang kita tahu hujung bulan dapat gaji kan, sama la ngn aku, bila dapat gaji, kita hantar duit pada mak ayah, buat belanja anak dan isteri dengan duit haram kita dapat tuh. jangan kita ingat main judi n minum arak je haram, gaji yg kita dapat tu pun lau kita x ikhlas dalm jalankan kerja pun dikira haram.

P1040202

bayangkan la 6 tahun dah kita kerja, dan 6 tahun dah kita dok makan hasil haram dan kemungkinan besar di sebabkan ini lah yang membuatkan hidup kita x aman, sering je ada masalah kewangan tiap2 bulan…lau difikirkan mampu ke kita nk bayar balik semua duit yg kita perolehi untuk tebus kesilapan kita? mungkin x nya kan? so solution nya yang lepas tu biar la lepas, dan mulai skrg kita mula ubah cara hidup dan amalan kita harian. Bukan aku kata korang ya, ni aku kata pada diri aku sendiri, alangkah ruginya aku rasa, sib baik la hati aku belum beku lagi, boleh lagi menerima ini semua, kalau ada yang da beku tu x boleh kata apa la.

Ingat ya dalam hidup kita ni hanya 3 perkara sahaja yang dituntut oleh Allah pada kita, yang pertama ilmu, so cari la ilmu, sesungguhnya ilmu Allah ini luas, kerana dengan ada ilmu la kita boleh berjaya dalam hidup didunia dan akhirat, dan ke dua amal jariah, perbanyakkan lah sedekah pada fakir miskin atau pada yang memerlukan dan zakat jangan dilupakan dan yang ketiga, jadi lah anak yang soleh. walauapapun yang terjadi, kita semua kena jaga 3 tuntutan ini, ingatlah ya, sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengubah hidup kita, selain kita sendiri yang mengubah nya.

sekadar ini dulu yang boleh aku sampaikan, nanti kalau aku teruskan panjang berjela lah entry aku ini…aku minta maaf la lau penyampaian aku x kena atau buat korang x faham ye, lau ada salah maksud tu maafkan lah aku ya, lau ada yang nak tegur, tegur la ya demi untuk kebaikkan bersama, InsyaAllah.

P1040275

 

gambar kat atas nih, gambar kenangan bersama En. Mutalib, terima kasih aku ucapkan pada beliau, kerana beliau tidak mengendahkan faktor umur, demi untuk sampaikan ilmu kepada kami semua. Selama 2 hari aku berkursus, bagaikan x cukup rasanya, kalau boleh aku nk lagi, kerana banyak lagi yang belum aku pelajari dengan nya,ingat Allahyarhamah nenek aku kata, kalau nk belajar, belajar la ngn orang yang tua dan punyai ilmu, En. Mutalib nih banyak pengelaman hidupnya yang dikongsikan kepada kami. Jika korang ada peluang mengikuti kursus PETA ini, join la ya, x rugi pun kalau korang jain.

sekian dari aku…Assalamualaikum.

6 comments:

aja2 fighting said...

nice info..=)..betul sekarang ramai keje makan gaji je...gaji turun mogok...aja xley ckp bnyak sebab aja xkeje lg...just harap sgt nak jd terbaik dalam buat keje...barula berkat and orang pon cya dekat kita..heee.=D

ZWAN SABRI said...

Zwan dapat rasakan yang ceramah PETA ni amat berguna sekali.. demi melahirkan tenaga pekerja yang bukan saja berkemahiran tetapi pada masa yang sama amanah dengan kerja yang diberikan dan bersyukur dengan apa yg ada.. :)

Khairiz said...

aja : betul tu, x guna gaji beribu-ribu, lau keberkatan hidup kita xda...lau berkat gaji 800 pun dah lebih cukup

Khairiz said...

Zwan : yup betul tuh, kursus ini memang berkesan dan boleh buat kita sedar atas apa yang kita lakukan seblm ini

Awie Omar said...

Pada aku, aku bersyukur dengan apa yang perolehi sekarang. Hidup bersederhana mengingatkan aku bahawa wang dan kebendaan bukan segala galanya.

Khairiz said...

awie : yup apa pun syukur la apa yang kita ada sekarang ni