Ubat Tradisional...

Assalamualaikum.

Teringat kisah-kisah silam semasa di zaman kanak-kanak dahulu, yang agak super nakal, selalu buat kecoh dan wat hal. Tetapi itu dulu, kini dah berubah banyak sangat, pemikiran pun dah matang.

Hari ini aku kongsikan kisah silam aku yang mana aku tidak dapat nak dilupakan sehingga kini. Dulu aku dan adik aku suka panjat pokok, tak kisah la pokok apa pun, kami panjat je, jatuh tu ada la jarang-jarang, biasa la budak nakal mana nak ada rasa serik kan? walaupun sakit hehe.

Pada satu petang tu, aku ngn adik aku ni panjat la pokok jambu yang ada kat depan umah aku tuh, tak silap aku masa tu umur aku 7 or 8 tahun, masa aku dan adik aku berada di atas pokok tuh, kami tak perasan sebenarnya kat dahan depan aku tu ada sarang tebuang, masa aku nk ambil buah jambu la baru aku perasan sarang tebuang tuh. baru je nk mengelak dari sarang tu, adik aku pula pg tarik hujung dahan tuh, lepas tu korang pun tahu apa jadikan.

Dapat la habuan nak pokok jambu hari itu, elok je tebuang tu sengat kat hidung aku, masa tuh dah x fikir dah, terus terjun dari pokok, sib baik x patah kaki. Panik nya pasal kan, tapi aku rasa kan, di sebabkan tebuang sengat hidung aku, tu hidung aku tinggi kot??? hahahaha

Gara-gara sengatan dari tebuang aku demam, sambil hidung aku membengkak, tido je la keja aku, x tahan sakit nya pasal. Tapi bila aku terbangun dari tidor aku terasa satu cecair yang xda bau ada kat hidung aku, baru aku nk sapu buang, tetiba Arwah nenek marah, katanya itu ubat, nanti lau x letak ubat, lambat sembuh la katanya..aku pun biarkan.

Malam tu plak lepas abah aku balik ke rumah, dia usik aku, katanya kat atas hidung aku tu tahi lembu, marah la aku bila dengar abah aku kata macam tu kan? x pasal2 abah kena marah ngan nenek hehe.. tapi memang betul pun ubat nenek letakkan kat hidung aku tu, cepat sembuh..sakit pun kurang.

Korang nk tahu x, ubat apa yang nenek aku gunakan tuh??? aku pun masa tu tertanya-tanya la juga, bila dah ok, baru la aku teringat nak tanya nenek, tapi jawapan nenek kasi tuh sebenarnya betul la apa yang abah aku cakap kan? katanya lau nenek cakap nanti aku buang cecair tu kat atas hidung aku tuh, so nenek terpaksa la bohong ngn aku. katanya ubat tu sebenarnya "TAHI LEMBU" yang masih fresh lagi, katanya lagi ambil yang bahagian atas je xda la bau nanti.

Bila aku dengar nenek aku cakap cam tu terdiam la aku, nak kata apa kan? so itu lah ubat tradisional nenek aku guna tuk sembuh kan hidung aku dari bengkak kena sengatan tebuang...

Disebabkan "TAHI LEMBU" la aku ingat sampai sekarang, bila teringat, rindu plak rasanya pada Nenek....nenek dah xda...:(

Al-Fatihah untuk Nenek ....

2 comments:

Awie Omar said...

kalau ambik kat farmasi, farmasi bagi ubat apa?

Khairiz said...

hydrocotisone