Ujian dariNya

Assalamualikum hari penghulu segala hari, mudah-mudahan hari ini dirahmati dan di berkati oleh Allah swt.

Hari ini aku x berapa nk sihat, dan terpaksa MC, rasa berat je nk MC, tapi keadaan x mengizinkan, terpaksa la aku berehat di rumah, siapa sangkakan, semalam elok lagi, sihat walfiat, tetiba pagi nih badan terasa panas, dan rasa tidak selesa…tambah lak ngn selsema n batuk…ini semua bukan kita minta, tapi ini adalah ujian dari Allah pada aku.

Kenapa Allah sentiasa menguji hambaNya? kerana Allah mahukan kita ingat padaNya, kerana Allah rindu pada kita semua,kalau Allah x bagi kita sakit, kita kekadang lupa akan Dia, sebab tu lah di bagi kita sakit. Sungguh besar kuasa Allah swt…

tetapi ada sesetengah manusia yang x boleh nk berfikir dengan waras, kerana menyalahkan Allah  memberi kesakitan kepada mereka, kalau mereka fikir sudah tentu mereka tahu apa sebab musabab Allah turunkan ujian kepada mereka.

setinggi mana sekalipun darjat kita, sekaya mana pun kita, kita tetap manusia biasa, manusia yang telah di cipta oleh Allah swt, adakah kita lupa siapa yang mencipta kita hidup di dunia yang fana ini? dan siapa yang memberi kesihatan tubuh badan kepada kita? adakah kita lupa siapa yang memberi rezeki kepada kita? kalau kita ingat sudah tentu kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt.

Tetapi sebaliknya, ada segelintir manusia yang suka menyalahi Allah swt, kerana menghalang mereka untuk bekerja, katanya bila dah sakit camana nak kerja ? tanggapan dan pemikiran negetive ini lah yang perlu kita elakkan. Takut nanti kite terpesong pada ajaran NYA.

Allah rindu kan kita sebenarnya,DIA rindu nak dengar kita sebut nama NYA ,  DIA rindu nk tengok kita dekat dengan NYA, DIA rindu nk tengok kita sembahyang berjemaah di masjid2NYA bila masuk nya waktu, DIA rindu pada Doa kita.

di sebabkan DIA RINDU lah, DIA beri ujian kepada kita, DIA nak uji samada kita ni seorang yang kuat agamanya atau lemah agamanya…kalau korang perasan la, bila kita sakit, kita selalu sebut perkataan “ALLAH” , “YA ALLAH” , disebabkan ini lah Allah bagi ujian pada kita, sebab kita sering menyebut dan memanggil nama NYA, masa kita sihat ada selalu kita sebut namanya? kalau orang yang menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam tu, memang selalu la dia menyebut nama ALLAH, tapi bagi yang langsung tidak menuaikan perintahNya???

ini aku cakap untuk diri aku sendiri, dan untuk korang juga, sebab aku tahu di mana tahap aku di sisi ALLAH, sebab aku tahu apa yang aku lakukan ini, Hanya Allah sahaja yang tahu segala2nya. walauapapun aku terima dengan tabah dan sabar ujian dari ALLAH, sebab aku tahu ALLAH sayangkan aku, sebab itu dia beri ujian pada aku.

Ampun maaf jika ada kesilapan yang tak disengajakan atau sebaliknya ya….Assalamualaikum.

6 comments:

nabilah_2908 said...

hmm...betul tu,

bukan kah setiap kejadian ada hikmahnya.. :)

sea_lavender said...

moga cpt sembuh..segalanya kurniaan-Nya..bersyukur dlm apa jua, Allah Maha Mengetahui siapa kte.. dktkn diri pd-Nya slalu..penuh tenang.. Insya-Allah.. ingtn pd diri ini juga...

Khairiz said...

nabilah : yup betul juga apa yang diperkatakan itu

Khairiz said...

sea : terima kasih, insyaAllah ":)

Awie Omar said...

sebak pula didada bila bacanya.

Khairiz said...

Awie : hmmm...kehidupan kita biasa la