Alhamdulillah...

Assalamualaikum dan Selamat Petang.



Panjat kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah memakbulkan Doa permintaan aku, dan Permintaan Ibu Bapa aku, Hari ini dalam sejarah hidup aku, Pergi interview terus dapat surat tawaran kerja..dalam jangkaan aku, pada mulanya aku x akan dapat kerja nih, tetiba aku hilang keyakinan diri, tetapi bila disaat last, keyakinan aku datang balik, baru la aku boleh buktikan pada mereka yang mereka patut ambil aku kerja kat syarikat mereka.

Tetapi ini semuanya rezeki yang Allah berikan...bukan senang aku nk dapat kerja kena ngn bidang aku nih, dah banyak dah kerja yang bukan bidang aku, aku kerja, berkat dan kesabaran aku selama ini telah pun berakhir...kembali semula hidup sebagai PROGRAMMER. Lepas ni aku akan rindu akan suasa Hospital dan Suasana Ubat dalam Farmasi tempat aku kerja nih,

agak la berat tuk aku meninggalkan tempat kerja lama aku nih, kerana aku rasa selesa dan enjoy kerja kat sini, tapi bila di fikirkan masa depan aku terpaksa hadapi semua ini....semalam dapat panggilan interview, pagi tadi pergi interview dan balik umah sambil bawa surat tawaran, dah x perlu tunggu seminggu or dua minggu jawapan dari company tersebut... Thanks a lot kerana memberi kepercayaan dan menerima aku kerja dengan syarikat tersebut.

Terima kasih juga pada semua org yang tolong doakan kejayaan aku k, dan aku sentiasa doakan kejayaan korang semua k...