menghintung hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebelum itu, aku sebagai rakyat jelata, ingin mengucapkan sekalung tahniah di atas pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, buat kali kedua. Daulat Tuanku.
Hari ini bagaikan hari isnin pula, sedangkan baru hari khamis, disebabkan cuti semalam tu yang ingat cuti hujung minggu. Esok lagi sehari lagi aku bekerja, dan akan bercuti selama seminggu di Kuching, Sarawak, mesti korang tertanya-tanya kan, xda tempat lain ke aku nak cuti, asyik Kuching je, sebenarnya aku ada hal kat sana la, sebab tu aku selalu terbang ke sana, alang2 dah ke sana, sambil2 tu bercuti la kan?

Balik dari cuti, aku kerja 2 hari je, lepas tu aku akan meninggalkan segala kenangan aku selama 5 bulan di farmasi ini, kalau nk ikut kan memang hati aku ni berat untuk meninggalkan kerja aku sekarang ini, ya la, aku selesa kerja disini, tetapi disebabkan impian dan cita2 aku, aku terpaksa meninggalkan jua. Cukup la 5 bulan aku belajar sesuatu ilmu yang baru dalam hidup aku, kita semua tahu kan, ilmu kalau nk dikutkan memang x habis untuk kita pelajari.

Setelah setahun lebih aku meninggalkan bidang aku ni, so sekarang aku kena mula kan balik, bagi refresh otak beku aku nih, maklum la kita ni mudah lupa kalau jarang praktikan sesuatu benda kan, nak pulak berkenaan dengan coding, demi untuk Berjaya dalam hidup, erti putus asa tidak muncul dalam diri…sebaliknya semangat berkobar2 adalah….

Apa2 pun aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar…..

2 comments:

Awie Omar said...

Assalamualaikum Khairiz. Apa khabar?
Nak jemput baca entri "Next Top Blogger 1 - Episod 16 (FINAL)".
http://awieomar.blogspot.com/2012/04/next-top-blogger-1-episod-16.html
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada kami :)

tapibukanaku said...

menarik pulak pasal pertabalan nih. hampir lupa aku. ingatkan Tuanku Mizan.. hehhe.