Terima Kasih Ibu ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..sayangilah ibu selagi ibu masih ada...sesal la sekarang kerana bila ibu dah xda menyesal menagis darah sekalipun xda guna nya lagi..ini nasihat untuk diri aku juga...

Aku sayang sangat2 ibu aku, kerana ibu lah aku hidup didunia ini, tanpa ibu tiada la aku didunia ini, jasa ibu memang xdapat aku nk balas, hanya Tuhan saja yg dapat membalasnya, begitu besarnya pengorbanan ibu. 

Tapi aku sedih, lau kita lihat anak2 zaman skrg dah pandai biadap dan kurang hajar ngn ibu, langsung x nk peduli kan apa nasihat ibu, yang penting apa kehendak anak dapat ditunaikan, sehinggakan ibu menitis air mata. Jangan buat x tahu ya, berdosa besar kalau kita buat ibu menangis dengan sikap kita, kecuali ibu menangis kerana bangga melihat anaknya berjaya.

Kenapa aku keluarkan entry ini, sebab aku syg ibu aku, banyak berita aku dgr ada anak sanggup buang ibu nya, dengan alasan x mampu nk jaga ibu sorang...bodohnya ank seperti ini, x fikir ke? Ibu membesar kita ngn adik beradik kita camana? Biarla ibu x makan, sanggup berlapar asalkan anak2 ibu dapat makan, ibu x pernah pun merunggut demi membesarkan kita semua, sejak dalam kandungan lagi ibu jaga kita dengan sebaiknya, tapi apa dah jadi apabila kita dah dewasa, ada kehidupan sendiri, lalu ibu kita diabaikan dan dilalaikan...aku x ckp banyak, tunggu aje la balasan di akhirat nanti..

Apa2 pun aku nk ucapkan terima kasih yang x terhingga buat ibu ku tercinta dan tersayang, kerana telah menjaga aku dan mendidik aku dengan sempurna, dengan jasa dan pengorbanan ibu lah membuatkan teladan bagi aku, yang mana harus aku ingati sampai bila2, aku tahu ibu x mau balasan wang ringgit dari kita, apa yang ibu perlukan kasih sayang kita terhadap ibu, seperti mana ibu beri kasih sayang pada kita...aku sanjungi ibu ku, kerana syurga di bawah telapak kaki ibu, dan ibu adalah org yang paling mulia bagi aku..Terima kasih Ya Allah dan aku bersyukur kehadrat Mu, kerana telah mengurniakan ibu yang baik bagi aku...

Selagi hayat masih ada aku akan jaga ibu dengan sebaiknya, ampunkan aku ibu jika selama ini aku ada buat salah n silap..yang sengaja atau tidak sengaja...

Pesanan aku jadikan lah ibu mutiara dalam kaca yang putih dan bersinar, utamakan ibu dalam apa jua yang kita ingin lakukan, jangan pula kita utama kan kekasih dari ibu k, sebab ramai sangat yang lupa kerana syok sangat bercinta sampai lupa ibu dan nasihat ibu..dan sanggup menipu ibu demi cinta ...

Salah dan silap aku pohon keampunan ye, salam senyum dari saya, assalamualaikum

1 comment:

aja2 fighting said...

nice one...khai kurang ajar ke atau hajar?hajar tu da macam nama orang da...huhu...=P