Alhamdulillah ...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih lagi berpeluang untuk aku mencoretkan laman blog aku ini, yang mana aku akui laman blog aku ini semakin hari semakin suram, tetapi itu bukan bermakna laman ini akan terkubur.

Ini bukan la alasan aku sibuk atau sebagainya sehinggakan aku tidak dapat luangkan masa untuk terus berblog, ini kerana aku ketandusan idea untuk mengupdate blog ini. Aku juga sama seperti blogger lain, tetapi cara aku sahaja yang berlainan, kalau dilihat blogger lain saban hari semakin banyak idea untuk di kongsikan bersama dengan blogger lain dan pembaca sekalian.

Aku juga tidak kisah blog aku sekarang ni pengunjungnya berkurangan, sebab aku tahu kerana aku tidaklah aktif seperti sebelum ini, dan aku juga berterima kasih kepada blogger yang datang singgah ke blog aku dan membaca entry2 aku serta tinggalkan komen, aku juga mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk membalas komen anda...insyaAllah aku akn cuba untuk membalas komen tersebut.

Sejak dua menjak ini, aku post entry aku melalui aplikasi smartphone, yang mana hanya aku blh update sahaja, dan untuk view tu agak kurang sedikit, al maklum lah dalam phone nak view pun x best, sebab screenya kecil, harap korang faham k...

Apa-apa pun aku hargai sokongan dan dorongan korang semua, dan aku tidak pernah sekali pun melupakan korang semua...sebelum aku undurkan diri aku, maafkan diatasa segala kekurangan k...bagi blogger lain, teruskan kongsikan entry korang k...sehingga jumpa lagi...insyaAllah :)

No comments: