Selamat Hari Ibu….

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bila tiba je bulan Mei, semua orang akan tahu ada hari2 yang istimewa, seperti hari pekerja yang di sambut 1 mei setiap tahun, hari ibu yang disambut pada 13 mei, dan hari guru yang disambut pada 16 mei, hari2 ini adalah penting bagi kita semua betul?

tetapi isu yang aku ingin bincangkan pada kali ini adalah semperna hari ibu yang bakal tiba 13 Mei ini, kebanyakannya orang dah sibuk dengan planning masing-masing untuk membuat kejutan atau sebagainya untuk ibu yang tersayang dan yang tercinta betul?

Semperna dengan hari ibu yang bakal tiba ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu yang ada di Malaysia ini dan di luar Malaysia, Raikan hari ibu anda dengan penuh istimewa dan penuh kasih sayang Smile

Memang betul hari ibu di sambut pada 13 hb Mei, tetapi bagi aku hari ibu adalah, hari-hari adalah hari ibu, sejak aku dilahirkan dan hingga aku dewasa dan sehingga hari ini, selagi hayat ibu masih ada, adalah hari ibu. Apa yang aku ingin disampaikan disini adalah khas untuk ibu aku…..

Ibu,

Pertama sekali anak mu ini ingin menyusun 10 anak jari memohon keampunan dan maaf, kerana anak mu tidak dapat pulang ke kampung untuk meraikan hari bahagia ini, tetapi percaya la ibu, walaupun jasad anak mu tidak ada di depan mata ibu, tetapi di hati anak mu ini sentiasa ada ibu bersama-sama ke mana saja anak mu berada, sesekali anak mu tidak pernah melupakan mu ibu, kerana ibu adalah cinta sejati yang anak mu sanjung dan sayang selama ini, ibu adalah ratu hati anak mu ini.

Ibu,

Dikesempatan ini anak mu ini ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu, kerana telah melahirkan anak mu ini kedunia, dan membesar, mendidik dan menjaga kebajikan dengan cukup baik serta penuh dengan kasih sayang yang tak dapat untuk anak mu balas. Sudah banyak masa dan waktu ibu korbankan untuk anak mu ini, dan ibu sesekali tidak pernah erti jemu dan putus asa dalam membesar dan mendidik anak mu ini, sehingga la anak mu ini menjadi orang yang berguna.

Ibu

Terima kasih, kerana ibu tidak pernah jemu untuk mendoakan kejayaan anak mu ini, walau dalam apa jua keadaan sekali pun, terima kasih juga,kerana ibu sentiasa ada apabila anak mu ini berada dalam kesusahan.Jasa ibu teramatlah besar untuk anak mu balas, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa ibu selama ini.

ibu

ketahuilah bahawa anak mu ini sayang sangat-sangat pada ibu, ibu dalam hidup anak mu ini ada 6 CINTA, ibu mahu tahu apa 6 cinta itu, cinta yang pertama adalah cinta kepada ALLAH swt, Cinta ke dua adalah Cinta pada ibu yang tersayang, Cinta yang ke tiga Cinta pada Ayah, Cinta yang ke empat Cinta pada adik beradik, Cinta yang ke lima Cinta pada kaum keluarga, Cinta yang ke enam adalah Cinta pada makhluk ciptaan Allah swt.

ibu

anak mu ini dengan rendah diri memohon keampunan dari ibu, di atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah anak mu ini lakukan samada dalam sedar atau pun tidak sedar dan juga anak mu minta ampun dan maaf jika selama ini anak mu ini ada terkasar bahasa atau kata-kata yang mengguris hati ibu, anak mu harap ibu ampunkan ya, kerana anak mu tidak ada niat untuk sakit kan hati ibu atau sebagai nya.

ibu

apa lagi yang anak mu ini perlu ucapkan disini?? ibu jangan lah bersedih di hari yang bahagia ini, ibu gembira lah, kerana itu adalah hari ibu, dan ibu ingatlah bagi anak mu ini hari ibu adalah hari-hari ya, kasih sayang anak mu terhadap ibu, sikit pun tidak pernah pudar dalam hati anak mu ini. malah semakin hari semakir mekar rasa kasih sayang kepada ibu. ibu ini bukan ucapan kosong dari ank mu, tetapi ini semua benar yang bersaksikan kedua2 malaikat yang berada di bahu kanan dan kiri anak mu , serta Allah swt  yang maha mengetahui segala-galanya.

ibu

anak mu ini sudah ketandusan idea untuk terus mencoret kan ucapan ini, sebelum anak mu ini mengakhiri coretan ini, anak mu ingin memohon keampunan sekali lagi dari anak mu ini, dan halalkan mkn minun anak mu selama hari ini serta jutaan terima kasih kerana ibu sayang pada anak mu ini. anak mu juga sayang pada ibu selagi nyawa dikandung badan, ibu, u are the best mom for me. anak mu setiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ibu sentiasa terjaga.

 

sekali lagi ingin mengucaokan selamat hari IBU kepada ibu aku dan kepada semu ibu di malaysia atau diluar malaysia….anak adalah aset dunia dan akhirat….dan jangan sesekali derhaka pada ibu, hormati dan sanjungi lah ibu selagi masih ada…ingat SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, Assalamualaikum.

4 comments:

ZWAN SABRI said...

Bila baca entry ni, tetiba aku rasa macam nak menangis bila teringatkan balik segala pengorbanan mama aku and segala dosa yang aku buat kat dia.. HUHU

Mia Meymi said...

sedih plak bce entry ni..huhuu..
peluk mama kuat2..syg mama..

Khairiz said...

Zwan : thanks kerana membaca entry ini, Alhamdulillah lah kalau zwan rasa seperti itu, memang xdapat nak dinafikan , kita x mampu nk balas segala jasa ibu yang tlh banyak berkorban demi untuk membesarkan kita supaya menjadi anak yang soleh dan anak yang berguna di masa hadapan:)

Khairiz said...

Mia : thanks too, coz sudi singgah blog sy dan baca entry sy, Alhamdulillah, semua orang sayang akan ibu nya, kerana ibu lah ratu hati kita, ibu bagaikan permata yang bersinar, sungguh berharga bagi kita semua, tanpa ibu dan bapa tanpa la kita di dunia ini....