Salam Ramadhan

Assalamualaikum

Alhamdulillah, sekejap je rasanya pejam celik, pejam celik, hari ni dah masuk hari ke 7 kita puasa kan, Syukur kehadrat illahi kerana Allah masih memberi kesempatan kepada kita semua menikmati bulan yang mulia ini, peluang ini harus lah kita hargai dan hormati. Kerana bulan ini adalah bulan yang memberi peluang kepada seluruh umat islam ini mensucikan diri daripada segala dosa2 yang lalu, dan tambahkan lagi amal ibadat kita semua sepanjang bulan puasa dan mengharapkan amalan kita ini berterusan sehingga la kepada hari pengakhiran iaitu hari kiamat.

Sebelum terlupa dan rasa nya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat blogger saya dan juga kepada pembaca-pembaca blog saya. Harap di bulan Ramadhan ini semuanya sihat walfiat hendak nya, maaf dari pihak saya, kerana sudah lama tidak mengaktifkan diri dalam dunia blogger ini, dek kerana atas faktor-faktor tertentu.

Bila Ramadhan tiba, hati mula sayu dan pilu, mengingatkan sejarah lampau, dengan sejarah lampau ini juga saya belajar untuk meneruskan perjuangan hidup di dunia ini, dan juga saya tidak pernah lupa kepada insan-insan yang banyak membantu saya sehingga kini. segala jasan mereka hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya.

Harapan saya semoga Ramadhan kali ini penuh makna buat diri saya sendiri dan kepada kita semua, InsyaAllah. Sebelum terlewat, saya dengan rendah diri memohon ampun dan maaf di atas segala kesilapan saya, yang mana sedar dan tidak sedar selama ini, kerana saya tahu, saya adalah hamba Allah yang lemah dan tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Bulan Ramadhan banyak mengajar kita semua erti kehidupan yang sebenarnya, jangan lah terlalu leka dan alpa dengan kemewahan dan keseronokan dunia semata-mata, kerana ini semua adalah sementara sahaja…malah seimbangkan lah dunia dan akhirat, agar hidup kita di berkati dan dirahmati oleh Allah swt.

3 comments:

Mia Meymi said...

selamat brpuasa jugak utk khai..harap pose kali ni penuh ye..:p

Nur Liyana Chew said...

abg ! selamat berpuasa. hehee ! ;D

Khairiz said...

Mia : thanks :)

Liyana : thanks also :)