Hujan itu rahmat…

Best sangat cuaca sepanjang hari ini sejuk sekali, rasa aman je..Alhamdulillah syukur..sebab hujan ni rahmat Allah berikan kepada kita, so kita seharusnya bersyukur dan bukan merungut ya, sebab aku dengar ramai sangat yang merungut “ ala benci la asyik hujan je” kenapa harus benci pada hujan? bila Allah x turunkan hujan, korang marah plak “ panasnya…bila la nak hujan”. korang pernah x dengar ayat ni dikalangan kawan2 korang? sure ada punya kan? ataupun korang sendiri ? kalau x bagus la korang tergolong dalam golongan orang yang bersyukur.

Tuhan dah beri kepada kita macam2, kita nak air, dia turun kan hujan, kita nk jemur pakaian, tuhan keluarkan matahari..dan pelbagai lagi, tapi kita pernah x rasa nak bersyukur padaNya? maksud aku  bukan semua orang yang x bersyukur, tapi ini untuk sesetengah manusia ja…

sentiasa la kita ingat, apabila Allah tarik balik nikmat Dia, akhirnya kita juga yan rugi….so lepas nih, hujan ke ? panas ke? sabar la ya…semua ni kuasa Allah, kita manusia biasa ni x mampu untuk melawan kuasa nya, kerana kita juga ciptaan Allah.

maaf la kalau memalam ni terceramah plak kat sini, dan mintak maaf juga, aku bukan ustaz yang bertauliah pun, cuma nak bagi nasihat dan pendapat aku je…kalau salah, ampun maaf di pinta, apa yang baik kita teladani, apa yang x baik itu, jangan la kita ikuti ya…masing2 semua tahu kan? yang mana benar dan yang mana salah?

Disebabkan hujan ni la, aku dapat rehat dan sambil berblogwalking ke blog kawan2 dan baca entry mereka, Alhamdulillah, kebanyakkan entry yang aku baca adalah yang berkisarkan tentang keagamaan….banyak2 info2 yang mereka cuba kongsikan…sedikit sebanyak dapat tambah lagi ilmu agama dalam diri, demi untuk bekalan kesana. dan pada kawan2 yang mana aku x sempat nk singgah tu minta maaf la ya…sampai sini dulu ya…..

Sate Kajang

Assalamualaikum


selamat petang semua, apa khabar? rasanya da lama da x update blog, maklum la bz sikit 2 3 hari nih, hope korang semua sihat walfiat la, terima kasih x dilupakan kepada korang semua yang sudi singgah dan follow my blog...:)

Semalam teringin nak makan cendol, tapi x kesampaian kerana x jumpa satu pun kedai yang jual cendol, bila time aku nak, amat la sakit hati, hehe, sabar je la, disebabkan cendol pulut x dapat, last2 aku p kajang makan sate..rasanya da lama da x makan sate kajang kan...

hampir 8 tahun dah aku x kesana, semalam baru berkesempatan kesana, apa yang boleh aku katakan memang banyak dah berubah...

hajat nak makan sate memang dah tercapai, tapi apa yang kurangnya, rasanya x sama cam dulu lagi...hampir sama aku makan sate kat kedai makan biasa je..tapi xpa la, dah makan dah pun,,so lepas ni xda la aku nk kesana lagi,.

tapi citarasa kita kan berbeza, x tau la lau orang lain rasa ok, tu x leh nak kata la kan, masing2 boleh rasa dan beza kan....

Teringin la plak

 

 

tetiba lak terasa nak makan tomyam campur yang masak ala-ala thai tuh…kalau nk pergi siang2 hari memang x best, kena p malam juga…tapi lama lagi nak tunggu malam nih, member aku plak teringin mak makan kat TGI Jumaat dan Resepi Rahsia….best sangat ke makan kat sana, bukan aku x pernah makan, pernah la sekali dua, nk makan selalu x mampu la aku, aku ni bukan nya kaya sangat, mampu makan kat restoran biasa-biasa je hehehe….

Kat kedai tu juga aku rasa tom yam dia terbaik, sebab aku dah banyak kedai makan dah aku p cuba, tapi yang kat sana tu juga sedap hehe, aku nk sebut nama kedai x ingat la plak, yang aku tahu kat sentul timur, kedai makan kat tepi jalan, yang ada pondok2 kecil tuh, dulu selalu la aku pergi makan sana, tapi skrg da jarang dah nk ke sana, kemalasan punya pasal lah hehehe…

xpa malam ni pasti aku akan ke sana juga, hehe pada kawan aku kalau nak p makan kat TGI Jumaat tu, tunggu hari jumaat depan la ya, sebab hari ni hari ahad, TGI Jumaat tutup, resepi rahsia ni bahaya la lau nak makan, nama pun dah rahsia, apa bahan dia guna semuanya rahsia, dan biarla rahsia…itu mendatangkan bahaya itu hehehe…so kedai makan yang aku maksudkan itu juga yang buka hari ahad nih….

No Mood In Sunday

Assalamualaikum.

Apa khabar, hari ni masih lagi cuti, hari yang penuh plan, tapi terasa malas la plak, gara2 semalam punya pasal la, sampai ke hari ini aku masih lagi pening2..sib baik x muntah je, selama ini aku main game outdoor nih, xda la pening sangat, semalam aku cuma main 3 game je kat themepark times square, tapi sampai sekarang masih rasa lagi….

plan hari ni nak ke bukit tinggi, klang, tapi tengok keadaan la, sebab kawan pun ajak ke putrajaya juga, ada pesta belon panas….rasa pun nk pergi juga tapi tgk keadaan lu la camana…korang hari ni apa plan? mesti banyak kan program yang nk dilaksanakan hari ni….apa2 pun guna la masa cuti ni sebaiknya k, sebenarnya cuti2 nih dok umah rehatkan badan lagi bagus sebenarnya, boleh jimat kan cost dan blh kurangkan kesesakkan lalu lintas…..sebab aku malas nak drive time panas n time jem…amat membosankan….

ok, ini saja yg ak nk kasi tau korang, enjoy your sunday k..pada yang kerja tu kerja leklok, jangan cemburu ngn orang cuti hari ni k…..bye…assalamualaikum

Salam Sabtu..

Assalamualaikum..

IMG_2779

salam sabtu dan selamat bercuti kepada semua yang mana cuti hari ni ye, gunakan cuti korang sebaik yang mungkin, hari ini aktiviti aku pergi main themepark kat times square and main ice skating kat sunway pyramid…ini adalah aktiviti yang biasa dilakukan, cuma theme park kat times square tu je, jarang main, hari ni sebab dapat voucher free, tu yang pg tuh, lau x xda la, just bowling n ice skating je la..k la, selamat berhujung minggu la ya….

10 Perkara Yang Aku Suka

 

1. Makan

2. Tidur

3. Binatang

DSC06944

4. Mendaki Bukit.

s

 

5. Mandi

 

6. Bercuti.

EWA_7333

 

7.Berblog.

 

8. window shopping

9.Main bowling

10. Ice Skating.

 

entry kali ini, tidak ada description, hanya gambar sahaja yang boleh menceritakannya, ikut kan lebih pada 10 perkara yang aku minat, tapi cukup la 10 dulu k….aku senaraikan yang mana paling aku suka yang berada dalam 10 senarai teratas hehe….

nak mintak tolong boleh?

Assalamualaikum…

Aku nk mintak tolong boleh x? tolong like Daus AF8 di sini KLIK

kerjasama korang amat lah saya hargai Smile

hilang tension aku….

Assalamualaikum…

Hari2 ada je kan masalah yang di alami, kekadang x tertanggung masalah di buatnya, nak wat camana kan lumrah hidup kita cam tu, lau xda masalah x sah la kan??? tapi bila kita ada dalam keadaan tension atau nk marah orang, kita kena la cari sesuatu yang menghiburkan kan? baru la hilang sikit perasaan nk marah atau tension kita tuh,

bila aku tengok video ni, segala tension dan marah aku pun hilang, sebalik nya gelak terbahak2, sakit perut aku di buatnya…memang terbaik la idea diorang nih, yang lain aku x nak komen. yang penting hati aku terhibur dah cukup bagi aku…kalau korang nk tgk, tgk la ya…..

 

MANIA Mencetuskan Revolusi Super Star!




Bagi mencapai matlamat untuk mengukuhkan lagi kedudukan sebagai peneraju utama kandungan dalam dunia penyiaran, Astro dengan berbesar hati membawakan sebuah lagi projek hebat berjudul Mania yang bakal menggegarkan industri muzik tanah air. Program yang akan menyaksikan pertembungan sengit penyanyi-penyanyi hebat berbakat besar yang akan bekerjasama dengan penerbit muzik tersohor di rantau ini bakal bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104.
Berkonsepkan pertandingan nyanyian, program Mania ini akan dikemudikan oleh Aznil Haji Nawawi yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.


Program Mania bakal menyaksikan dua belas (12) penyanyi terkenal iaitu Stacy AF6, Jaclyn Victor, Hafiz AF7, Shila Amzah, Hazama AF9, Atilia, Akim AF7, Alyah, Kumpulan Estranged, Adira AF8, Kumpulan Kristal dan Awi Rafael yang akan berentap untuk membuktikan bakat dan kebolehan menyanyi masing-masing sekaligus dinobatkan sebagai juara di kalangan yang terbaik.
Tiga (3) orang ikon muzik tersohor telah diberi amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai penerbit muzik untuk program Mania yang mana empat (4) orang penyanyi akan diletakkan di bawah bimbingan dan pemerhatian mereka. Mereka juga diberi kuasa untuk memilih sendiri penyanyi-penyanyi yang akan dibimbing kelak. Ikon-ikon tersebut adalah Dato’ M Nasir, Ahmad Dhani dan Aubrey Suwito.


Uniknya program ini, sebanyak tiga (3) orang penyanyi lagi akan diserap masuk menyertai pertandingan ini yang akan dipilih menerusi undian Hot Seat secara online, menjadikan jumlah keseluruhan peserta adalah seramai 15 orang. Penyanyi-penyanyi yang terpilih ini juga akan diletakkan di bawah bimbingan penerbit muzik terlibat yang akan ditetapkan sendiri oleh pihak Astro.
Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 20 Februari 2012 sehingga 16 Mac 2012, jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program Mania di www.mania.com.my. Para peminat kini boleh menilai dan mengundi calon-calon peserta yang digemari untuk diserap masuk ke program Mania.
20 orang penyanyi yang akan dipilih menerusi undian secara online adalah Idayu (AF2), Akma (AF3), Noni, Ebi, Shawal (AF5), Riz, Toi, Nadia (AF6), Aishah, Aril (AF7), Daus, Maulana (AF8), Azri, Kay, Lena, Erul, Fina (AF9), Chaq, Fiq dan Mohd (Mentor).


Program Mania akan menggunakan format pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang mana peserta dengan undian terendah setelah talian ditutup di akhir konsert mingguan pada setiap minggu akan tersingkir. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Ria.
Juara Mania bakal membawa pulang hadiah lumayan iaitu wang tunai berjumlah RM500,000. Manakala naib juara dan tempat ketiga pula masing-masing akan memenangi RM200,000 dan RM100,000. Bukan itu sahaja, penerbit muzik yang berjaya membimbing mana-mana penyanyi di bawah pengawasannya sehingga dinobatkan sebagai juara juga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300, 000.


Jangan lupa saksikan program Mania menerusi Astro Ria pada setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 17 Mac 2012 secara eksklusif di saluran 104!

p/s : minta kerjasama korang semua untuk undi Daus AF8 untuk melayakkan beliau ke dalam program ini, kerjasama korang semua amatlah aku hargai.

Hantu berkaraoke ?

Assalamualaikum…

 

Cam pelik je kan bunyi nya, hantu berkaroake? betul ke, apa perasaan bila korang tengah berkaraoke, tetiba muncul hantu didepan kita, apa reaksi kita….nak tau betul atau x ada hantu berkaroake, jom kita tengok video kat bawah ni k….

selepas korang tengok ni apa perasaan korang? takut??? atau????

terjumpa la plak…

Assalamualaikum …

Sebelum tuh, aku nk ucapkan tq to aunty za, kerana belanja kami makan semalam…hanya Allah saja yg dapat balas balik jasa aunty k, semoga murah rezeki, amin.

semalam plan nak ke i-city, tapi sebelum pergi tu, kawan2 ajak makan sama, plan nya nak makan kat seksyen 7 shah alam, tapi bila sampai shah alam beralih arah la plak makan kat seksyen 13, pun boleh lah, memandangkan perut dah lapar an??? semua pun boleh hehehe,

sampai kat restoran tu, mula2 x perasan pun signboard dia, bila dah duduk baru la perasan, Restoran Lagenda 17, bila baca nama restoran ni macam familiar je Lagenda 17 nih, bila di ingat ambil, betul la, Lagenda Bola sepak Malaysia, sekali tanya kawan, diorang cakap tu la restoran Abg Zainal Abidin, sebelum ni mana la aku tahu yang restoran dia kat sana kan???

apa pun semalam malas nak fikir sangat, sebab fokus pada perlawanan bola sepak kelantan vs sarawak, at last kelantan menang di rumah nya sendiri, tahniah pada pasukan kelantan ya, aku happy kelantan menang, lepas habis bola baru makan, makan lak nasi goreng menangis, memang terbaik la wok….bila sebut bab menangis nih comfirm dah tahu kan, kepedasan nya memang terasa la beb…x tahan aku nak habiskan makanan hehe, bukan aku x makan pedas, tapi dah terlebih pedas x boleh tahan la…..

sebelum berangkat pulang, sempat lagi kami snap pic ngn abg zainal, ye la bukan selalu pun aku ke shah alam kan, semalam pun sib baik kawan yang bawa kesana, lau x sampai sudah aku x tahu hehe…

IMG_3351

dalam gambar ni kami semua jadi kecik kan??

Siapa Awie Omar ??

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada para2 bloggers dan para2 pembaca sekalian.

Siapa saudara Awie Omar ?? mungkin ada sesetengah orang kenal dan tahu siapa saudara Awie Omar nih, dan mungkin juga ada yang belum kenal siapakah beliau?? sebelum aku perkenalkan siapakah saudara Awie Omar nih,terlebih dahulu  aku nak mengucapkan jutaan terima kasih sekali lagi kepada beliau.

Kenapa aku berterima kasih kepada beliau? nak tau? ok teruskan membaca kalau nk tahu k…..

Ok la bermula dengan gambarnya k, aku pun x tahu samada gambar ni dia punya ke atau sebaliknya, sebab aku x pernah jumpa beliau berhadapan, hanya berkomunikasi dalam alam maya sahaja. Dunia blog jadi penghubung untuk berkomunikasi…

ini lah dia saudara Awie Omar , x kenal lagi? yup mestilah kan susah nak kenal, kalau la si awie ni artis comfirm, orang kenal dia kan, (hehe sorry awie….gurau saja), ok lau nak tau awie ni pun orang biasa juga ,sama macam kita semua, beliau ni pun seorang blogger juga…kenapa aku nk citer pasal awie nih???

ok lah kalau korang nak sebab apa aku wat story untuk beliau adalah kerana ini (klik la pada ini tu lau nak tau)… ok la disini aku nk citer serba sedikit la ye sebab musabab kenapa dan mengapa, pertama sekali , saudara awie nih telah meng “invite” aku untuk join game dia, pada mulanya memang aku x faham game yang dia anjurkan itu, tapi disebab nk cuba tu aku menerima jemputan beliau.

Game apa plak nih? Game yang diberi nama “NEXT TOP BLOGGER” yang akan berlangsung selama 16 episod, macamana nak main game nih? pergi la blog beliau dan baca k, sekarang dah 6 episod berlalu, cuma tinggal 10 episod lagi, tapi cam lama lagi nak habis game nih, xpa2 sabar, selagi blog aku masih bertahan dalam carta. Nak join? kena la tunggu game musim pertama ni habis dulu la.

Ok lah, aku x nak citer panjang lebar pasal macamana dan bagaimana nk sertai game nih, sebaik nya sila la tanya pada tuan empunya la k….apa yang aku nk cerita kat sini, dari segi penilaian aku, selama 4 tahun aku dalam dunia blog nih, aku lom pernah jumpa lagi blogger seperti awie nih, apa yang aku boleh katakan pada awie ni, dia seorang yang beridea creative, dari apa yang kita lihat cara dia menganjurkan game nih pun kita dah tahu kan, beliau seorang yang rajin berusaha dan tidak kenal erti putus asa, (awie maaf ye, bukan aku puji ko semata2 nak dapat ranking teratas atau sebagainya, ni pujian yg ikhlas dari aku, atas apa yang aku nilaikan…)

memang x dapat nak dinafikan lagi, memang saudara sorang  yang betul2 teliti dalam apa yang dilakukan nya, seriusly , kalau aku la, xda la nak buat cam saudara buat, atas faktor masa lagi dan pelbagai lagi, tapi saudara pun busy juga, tapi ada masanya saudara luang kan untuk game nih..

aku hargai apa yang saudara lakukan, dan aku nk ucap terima kasih kepada saudara kerana masih lagi beri peluang kepada aku tuk teruskan game nih, bukan senang nk ikut kriteria yang saudara inginkan itu,

dari pandangan aku lah terhadap game nih, ada tujuan dan motif nya sendiri, apa yang aku nampak adalah ni bersaing secara sihat, dan mengeratkan hubungan silaturahim diantara blogger2 yang lain, game ni bukan lah menawarkan hadiah yang lumayan atau sebagainya, tapi hadiah paling bermakna adalah hubungan persahabatan dalam blogger, di mana2 kita sama2 saling tukar2 pendapat dan ilmu untuk kegunaan kita semua.

Kepada peserta yang masih lagi ada, teruskan perjuangan kamu, anggap la ini satu cabaran untuk korang semua dan untuk aku sekali. jangan harapkan habuan atau balasan, anggap lah ini untuk mengasah diri kita untuk lebih kareatif dan memperbaiki penulisan kita ke lebih baik…yang mana kita tau, untuk menjadi seorang penulis ini bukan lah senang ya. mesti kena banyak latihan, latihan nya adalah salah satu game nih, game nih membuatkan kita selalu mengupdate blog kita, dan menggalakkan kita untuk menuluis dan terus menulis, dan inilah yang sebnarnya yang diingini oleh saudara Awie Omar…

cukup la kot sampai sini aku story kan pasal awie omar nih, dan kepada peserta yang tersikir atau tarik diri tu, bukannya korang x hebat, sebenarnya korang semua hebat2 belaka, mungkin faktor masa atau sebagainya yang menghalang kamu untuk teruskan keluarkan entry yang terbaru dan terbaik, xpa x menang dalam game ni, x bermakna korang kalah, tidak sama sekali, harapan aku, teruskan berblog k , semoga kita semua dapat perbaiki segala kesilapan yang telah kita lakukan, belajar dari kesilapan tidak la rugi … kalau korang nak kenal lebih lanjut korang boleh la berkunjung ke blog nya : Awie Omar dan untiuk melihat Game Next Top Blogger 1 –Episod satu sampai 6 klik la link dibawah nih

NEXT TOP BLOGGER 1 – EPISOD 1

NEXT TOP BLOGGER 1 – EPISOD 2

NEXT TOP BLOGGER 1 – EPISOD 3

NEXT TOP BLOGGER 1 – EPISOD 4

NEXT TOP BLOGGER 1 – EPISOD 5

NEXT TOP BLOGGER 1 – EPISOD 6

seperti mana syarat untuk game yang ke 7 ni, di mana peserta mestilah kena buat satu entry untuk di slotkan dalam minggu ke 7 nih, jadi aku pilih entry nih lah untuk dijadi kan entry Khas Untuk Next Top Blogger 1 – Episod 7.

p/s : kepada saudara Awie , maaf sekiranya ada yang salah atau silap info yang aku sampaikan disini ya….sebelum akhiri tahniah dan syabas kerana telah berjaya pertahankan game ke episo yang ke 6 dah…..semoga berjumpa lagi insyaAllah Smile

Gambar mecerita segalanya :)

424751_350558488300833_100000400535219_1140632_1194480362_n

Gambar nih yang membuatkan aku bertambah rindu pada kampung halaman ku, rindu pada kedua ibu bapa aku, adik beradik ku dan anak2 buah ku. Walaupun gambar ini tidak lah bernyawa, tapi dia boleh menceritakan suana di dalam gambar nih, nak menitis air mata pun ada bila aku tengok gambar nih, aku rasa hujung bulan ni kena balik juga, dah x tahan dah rasanya nak balik kg….dalam gambar ni 2 orang kakak aku, sorang abg n sorang adik, yang lain semua anak buah aku …..

422260_349117001778315_100000400535219_1136580_171796532_n

Emily Syahira

409358_289704967753156_100001409648870_789195_253158508_n

Muhamad Hafishy

419691_349116885111660_100000400535219_1136578_872064250_n

320748_241318745925159_100001411059013_671669_196075122_n

ini plak adik beradik, Hafishy dan Hafiqhy

380536_241319119258455_100001411059013_671673_100841674_n

Fiqhy bersama sepupunya Emily

bila tengok gambar wajah mereka tersenyum, terhibur juga hati aku ni kan, apa2 pun aku memang sayang kat semua anak buah aku nk nak senarai nama ramai la plak…xpa la dah mention semua dah pun kan hehehe….nantikan kepulangan uncle mu ini hehe…..

Salam Jumaat…

Assalamualaikum.

me

dah lama rasanya aku post entry x letak pic aku kan? syok sendiri la plak kan, whatever la, hari ni ak letak sekeping je gambar, x mau banyak2….owh lupa nak ucap selamat hari penghulu segala hari, hari ini, semoga kita semua ada dalam keadaan sihat walfiat hendaknya ya. kalau ada yang demam ke sakit ke, cepat2 la pergi jumpa doctor ya…ubat jangan lupa makan plak.

hari ni ramai sungguh orang mc ye, maklum lah hari jumaat kan, mesti x sabar nak balik kampung la tuh, tetiba lak kan hari ini demam, senang cakap nk ambil cuti awal sikit kan, xpa la ikut suka hati hangpa la kan, lau aku pun agak nya sama je kot, maklum la nk balik kampung sabtu ahad mana cukup, x sempat habis rindu kat keluarga dah nk pulang ke kota balik kan??? mana syok.

hari ini, boleh dikatakan hari busy aku lah, kerana setiap hari jumaat kena turun farmasi bawah untuk ambil stock ubat, lepas ambil ubat, kena la susun kat tempat nya dan key in issue in, itu lah kerja aku setiap hari jumaat, dan boleh dikatakan setiap hari jumaat aku akan terserempak dengan jenazah orang meninggal, nk wat camana store farmasi bawah tu bersebelah ngn bilik mayat, tu yang selalu nampak tuh…sebut bab mati ni takut la plak kan??

besok dan lusa cuti, no idea, belum terfikir lagi apa aktiviti untuk hujung minggu nih, tengok keadaan dulu la, bukan apa kat kl ni aku dah x tau lagi da nak p kemana lagi….x kan nak panjat bukit lagi kot…tapi terasa la plak nk p mandi kat hulu langat….nak2 lagi pergi ngn kawan2 dapat la mengeratkan lagi hubungan silaturahim kan, hujung minggu je boleh jumpa kawan2 yang bukan satu tempat keja, lau hari biasa susah la sikit….

Ok la aku pun x tau nak cakap apa lagi, cukup la disini dulu ya, apa2 pun selamat hari jumaat dan selamat berhujung minggu ya.

Jagalah Kesihatan…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca sekalian, mudah-mudahan berada dalam keadaan sihat walfiat, InsyaAllah, bukan apa kalau kita tengok sekarang ramai sangat yang sakit kat mana2 hospital seluruh malaysia nih, tidak kira usia semua ada. Itu yang buat kan kita bimbang….
Hari ni aku nk sentuh sikit bab kesihatan, ini untuk aku sendiri dan korang juga, bukan apa, kita hidup ni saling nasihat menasihatikan baru betul. tapi nk kata aku ni pandai dalam bab2 kesihatan ni, x la juga, sebab aku x berapa master sangat hehe…
Yang pertama aku nk katakan, pasal rokok dan perokok, pada azalinya, perokok itu sendiri tahu yang rokok ini membahayakan kesihatan, dekat kotak rokok pun ada di tulis kat sana, siap ngn gambar lagi, tapi perokok tegar ni hanya pandang sebelah mata je, apa aku kesah, katanya. apa yang best sangat erk hisap rokok nih?? merosakkan paru2 baru tau….jap sebelum tu aku nak bagitau kat sini, ni sume aku kata pada aku sendiri, sebab aku salah sorang perokok yang tegar….yang pelik nya aku tahu, tapi kenapa aku x ambil tahu semua nih, aku tahu yang asap rokok nih boleh bahayakan kesihatan aku sendiri dan kepada orang lain, tapi kenapa hati aku ni degil sangat, kenapa x nak stop? selagi orang larang selagi tu la kita buat, betul x? kalau tanya perokok nih, banyak alasan yang diorang bagi kenapa mereka x dapat nk stop merokok, tapi bagi aku lah, bila dah diri ni degil susah sangat nk dengar nasihat orang ni memang susah lah kan, nak ikut kepala dia sendiri je….balik2nya orang yang x hisap rokok yang dapat penyakit.
tu lah orang kata, semua tu alasan semata-mata, sebenarnya boleh je nk stop smoking nih, bab kata pepatah nak seribu daya x nak seribu dalih, kalau kita memang nk sangat stop smoking nih, macam2 cara kita boleh usahakan, betul? orang kata tepuk dada tanya selera, lagi senang sendiri mau ingat lah, kalau sayang kan diri baik berhenti, kalau x sayangkan diri, terpulang lah….tp untuk kebaikan bersama better stop la…cukup dulu pasal rokok k….
Yang kedua aku nak katakan pasal bersenam, walhal kita tahu kan untuk kesihatan kita terjaga, salah satunya kita sentiasa kena bersenam, tapi kita ada ke nak bersenam, jawapan nya adalah MALAS kan? x kata kat orang lain la, aku la tu hehe…tu dulu la sekarang dah rajin dah…betul kalau kita malas nk bersenam tu yang kita mudah dapat penyakit tuh, bila sebut pasal bersenam ni jangan la kita ingat kena p ke taman je baru boleh kita bersenam, itu salah, sebenarnya mana2 pun kita boleh bersenam, x payah ambil masa lama sangat, 5 min pun dah kira ok la, contoh la, sebelum kita pergi kerja bersenam la dulu, turun naik tangga ke apa, baru la badan kita rasa cergas, xda la rasa lesu je bila kerja, tul x? buat je apa pun asal ada pergerakkan dan keluar peluh, macam aku, hari2 aku p kerja jalan kaki, dan naik tangga, ye la nk berjogging ke taman, memang susah la nk pergi kan, so kalau hari2 aku jalan kaki, dan naik turun tangga tu pun dikiran senaman gak tuh, balik keja lak, terjun swimming pool..cukup la kalau selalu kita praktikkan….so lepas ni boleh la kita semua amalkan hidup sihat k….
nak citer pasal makanan, tapi rasa panjang sangat, cukup la yang ni dulu, nanti korang boring lak kan??? apa2pun aku nak nasihatkan untuk diri aku sendiri dan korang semua, mulai sekarang cuba kita amalkan hidup secara sihat, x rugi pun kalau badan kita sihat kan, sesal sekarang xpa, jangan sesal kemudian, kerana dah x guna lagi dah….saling ingat mengingati ya….aku harap, aku pun dapat stop smoking dan korang yang smoking tu juga dapat stop k….tanam azam baru….
Akhir sekali nasihat aku, Jaga la kesihatan kita sebelum kita sakit, dan rugi kalau kita tidak nikmati keindahan dan kebaikkan yang Allah berikan, jangan la kita sia2kan k…Jasad kita hanya diberi pinjaman sahaja…

Jawatan Kosong !!!

Assalamualaikum...

Di sini aku nak iklan kan jawatan kosong, sila baca ngan teliti ya syarat2 nya....

semoga anda semua berminat la ye, dengan jawatan yang di tawarkan ini :)

Tahniah :)

dsc_3017

Assalamualaikum

Disini aku nk ucap tahniah kat anak buah aku, yang dapat anugerah biasiswa dari yayasan proton di atas kejayaan yang cemerlang yang di perolehinya, aku nk tunjuk mana satu anak buah aku pun x nampak kecil sangat orang nya hehe….aku pun x tau sebenarnya, bila tengok berita tadi baru ku tahu….apa pun abg ucapkan tahniah lah tuk achik ya, teruskan usaha, belajar bersungguh2 semoga mencapai apa impian yang achik mahukan ya…dari kecil sampai la achik dewasa…achik selalu bagi keputusan yang membanggakan…Tahniah.

kenapa dengan mereka?

Assalamualaikum…

simple dan ringkas aku nk bagitahu kat sini, aku nk ucap ribuan terima kasih kat blogger yang tersenarai di bawah ini. nak tau kenapa, pg la kat blog blogger di bawah ni, baru la korang tahu apa jawapannya Smile

 

http://cutest-pooh.blogspot.com/

http://awieomar.blogspot.com/

http://sitinorhajarhamid.blogspot.com/

http://mysuarablog.blogspot.com/

http://duniakuemieysandra.blogspot.com/

http://fanomena.blogspot.com

http://saifhaqiem.blogspot.com

http://naimphotoblog.blogspot.com

http://yien9897.blogspot.com/

http://sejutarasamakusu.blogspot.com/

kepada yang x senarai pun, aku juga nk ucap ribuan terima kasih juga, kerana sudi datang dan tinggal jejak kat blog aku nih….

semoga dapat jawapannya ya…

aku dapat soalan ni lagi….

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

320285_264818560220221_170719719630106_653143_1588739280_n

hampir setiap hari dan setiap masa orang tanya aku bila nak kawin? bila nak kawin? kekadang tu aku dah naik fedup rasanya nak jawab, adakah jawapan aku selama ni diorang masih lagi tidak faham, bukan aku x suka orang tanya pasal bab kawin nih, tapi ada sebab la aku x kawin lagi. sampai masanya, sampai serunya, sampai jodohnya, akhirnya aku akan kawin jua…

dulu aku pernah buat keluar entry pasal bab kawin ni, siapa yang boleh tanya aku pasal kawin nih….ni entry aku yang dulu Bila nak kahwin???, baca la kalau korang nak baca ya…

tapi aku suka pada jawapan yang kawan aku bagi kat aku tadi……katanya jawapan cepu emas kepada soalan yang mereka dok asyik tanya aku bila nak kawin….

Skema jawapan kpd soalan cepucemas (bila nak kawen?)


Kenapa Lambat?
✔ Kerna Allah tahu masa yg tbaik utk ku.


Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerna setiap org tlh ditetapkan jodoh masing2.


Siapa?
✔ Nanti Allah akan perkenalkan kpd ku.


Bila?
✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.


P/S: Jgnlah selalu btanya bila org tu nak kawen. Krn semua RAHSIA itu, tletak DI TANGAN ALLAH. Sampai masa Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah.

thanks a lot zura coz bantu aku hehehe…I like it….memang betul pun, x kemananya lau jodoh n masa nya sudah tiba nanti hehe..tunggu k Smile

Mayat bayi perempuan ditemui dalam baldi

KOTA BAHRU - Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Bachok di sini hari ini.

Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui oleh dua pencuci tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan pada kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej tersebut.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu, katanya.

Jalaluddin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi tersebut. – BERNAMA

 

* ada lagi kes macam ni berlaku, aku ingat kan dah xda, apa la nak jadi ngn manusia sekarang ya, x kasihan ke kat bayi tersebut? masa tgh syok main x pk, bila dah ada hasil baru la nak panik, n buang sana sini, diorang ni x takut dosa ke? apa salah bayi tuh…..kelak nanti roh bayi itu mncari siapa ibubapanya yang sepatutnya bertanggung jawab.

Al-Fatihah untuk bayi yang mnjadi manusia yg kejam ini, semoga rohnya dicucuri rahmat dan syuga ditempatkan nya….amin.

SENARAI PENCALONAN UNTUK ANUGERAH OSCAR 2012

FILEM TERBAIK
"The Artist"
"The Descendants"
"Extremely Loud & Incredibly Close"
"Hugo"
"Midnight in Paris"
"The Help"
"Moneyball"
"War Horse"
"The Tree of Life"
AKTOR TERBAIK
Demian Bichir, "A Better Life"
George Clooney, "The Descendants"
Jean Dujardin, "The Artist"
Gary Oldman, "Tinker Tailor Soldier Spy"
Brad Pitt, "Moneyball"
AKTRES TERBAIK
Glenn Close, "Albert Nobbs"
Viola Davis, "The Help"
Rooney Mara, "The Girl With the Dragon Tattoo"
Meryl Streep, "The Iron Lady"
Michelle Williams, "My Week With Marilyn"
AKTOR PEBANTU TERBAIK
Kenneth Branagh, "My Week With Marilyn"
Jonah Hill, "Moneyball"
Nick Nolte, "Warrior"
Christopher Plummer, "Beginners"
Max Von Sydow, "Extremely Loud & Incredibly Close"
AKTRES PEMBANTU TERBAIK
Berenice Bejo, "The Artist"
Jessica Chastain, "The Help"
Melissa McCarthy, "Bridesmaids"
Janet McTeer, "Albert Nobbs"
Octavia Spencer, "The Help"
PENGARAH TERBAIK
Woody Allen, "Midnight in Paris"
Michel Hazanavicius, "The Artist"
Terrence Malick, "The Tree of Life"
Alexander Payne, "The Descendants"
Martin Scorsese, "Hugo"
LAKONLAYAR ASLI TERBAIK
Woody Allen, "Midnight in Paris"
JC Chandor, "Margin Call"
Asghar Farhadi, "A Separation"
Michel Hazanavicius, "The Artist"
Kristen Wiig and Annie Mumolo, "Bridesmaids"
LAKONLAYAR ADAPTASI TERBAIK
Alexander Payne, Nat Faxton, Jim Rash, "The Descendants"
John Logan, "Hugo"
George Clooney, Grant Heslov, Beau Willimon, "The Ides of March"
Aaron Sorkin, Steven Zaillian, "Moneyball"
Bridget O'Connor, Peter Straughn, "Tinker, Tailor, Soldier, Spy"
FILEM ANIMASI TERBAIK
"A Cat In Paris"
"Chico & Rita"
"Kung Fu Panda 2"
"Puss in Boots"
"Rango"
FILEM BERBAHASA ASING SEPANJANG TAHUN TERBAIK
Bullhead (Belgium)
Footnote (Israel)
In Darkness (Poland)
Monsieur Lazhar (Canada)
A Separation (Iran)
SKOR ASAL
"The Adventures of Tintin," John Williams
"The Artist," Ludovic Bource
"Hugo," Howard Shore
"Tinker Tailor Soldier Spy," Alberto Iglesias
"War Horse," John Williams
LAGU TERBAIK
"Man or Muppet," The Muppets; Music and Lyric by Bret McKenzie
"Real in Rio," Rio; Music by Sergio Mendes and Carlinhos Brown, Lyric by Siedah Garrett
PENGARAHAN SENI TERBAIK
"The Artist"
"Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2"
"Hugo"
"Midnight in Paris"
"War Horse"
PENCAPAIAN SINEMATOGRAFI TERBAIK
"The Artist"
"The Girl With the Dragon Tattoo"
"Hugo"
"The Tree of Life"
"War Horse"
PENCAPAIAN DALAM REKAAN KOSTUM TERBAIK
"Anonymous"
"The Artist"
"Hugo"
"Jane Eyre"
"W.E."
DOKUMENTARI TERBAIK
"Hell and Back Again"
"If a Tree Falls: A Story of the Earth Liberation Front"
"Paradise Lost 3: Purgatory"
"Pina"
"Undefeated"
DOKUMENTARI TERBAIK UNTUK SUBJEK PENDEK
"The Barber of Birmingham: Foot Soldier of the Civil Rights Movement?"
"God Is the Bigger Elvis"
"Incident in New Baghdad"
"Saving Face"
"The Tsunami and the Cherry Blossom"
PENCAPAIAN TERBAIK DALAM SUNTINGAN FILEM
"The Artist"
"The Descendants"
"The Girl With the Dragon Tattoo"
"Hugo"
"Moneyball"
PENCAPAIAN TERBAIK DALAM SOLEKAN
"Albert Nobbs"
"Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2"
"The Iron Lady"
ANIMASI TERBAIK UNTUK FILEM PENDEK
Dimanche/Sunday
The Fantastic Flying Books of Mr. Morris Lessmore
La Luna
A Morning Stroll
Wild Life
FILEM PENDEK AKSI  TERBAIK `LIVE'
"Pentecost"
"Raju"
"The Shore"
"Time Freak"
"Tuba Atlantic"
PENCAPAIAN TERBAIK DALAM SUNTINGAN BUNYI
"Drive"
"The Girl With the Dragon Tattoo"
"Hugo"
"Transformers: Dark of the Moon"
"War Horse"
PENCAPAIAN TERBAIK DALAM ADUNAN BUNYI
"The Girl With the Dragon Tattoo"
"Hugo"
"Moneyball"
"Transformers: Dark of the Moon"
"War Horse"
PENCAPAIAN TERBAIK DALAM KESAN KHAS
"Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2"
"Hugo"
"Real Steel"
"Rise of the Planet of the Apes"
"Transformers: Dark of the Moon"

Menolak Kedudukan dan Gaji Besar

Secercah cahaya melintasi alam raya. Bak musafir yang datang berkunjung. Tiba-tiba pergi lagi dan meninggalkan tempat persinggahannya. Seperti itulah Hasan al-Banna.

Apa yang dapat diambil oleh seberkas cahaya itu dari dunia persinggahannya? Apa yang dapat ia peroleh dari alam raya ini? Tidak ada! Tapi apa yag ditinggalkan seberkas cahaya ini, ketika ia datang berkunjung dengan segala kesucian dan keagungannya? Sesungguhnya ia meninggalkan banyak hal. Terutama saat cahaya itu dalam perasaannya dan bagi mereka yang telah disucikan dan dibersihkan oleh iman dan Islam. Itulah yang dibawa Hasan al-Banna.

Lelaki itu lahir, saat gelombang materialisme menghantam kehidupan kaum muslimin. Menghancurkan akalnya, perasaannya, agamanya. Lalu, manusia menjadi bagian dari materialisme. Nafsu manusia sepadan dengan materialisme yang menjadi tabiat manusia. Termasuk kaum muslimin kala itu. Orang-orang muda kehilangan elan perjuangan terhadap agamanya. Mereka lebih suka menikmati kehidupan dunia yang gemerlap.

Hasan al-Banna : "Materi telah menyangsarakan umat manusia dan kaum muslimin. Materi menjadikan mata kaum muslimin nanar. Tidak dapat lagi membedakan antara halal dan haram. Antara haq dan bathil. Kaum muslimin telah terperangkap dalam dunia materialisme", tukasnya.

"Manusia telah tertipu dengan kehendak nafsunya. Mereka berkompromi dengan segala kesesatan dan kebathilan yang terus menyengsarakan. Tanpa terasa. Mereka telah berada di tubir kehancuran. Mereka berlari sepanjang kehidupan. Mencari dan mengejar dunia. Mereka tidak bersikap zuhud terhadap dunia. Karena itu, manusia dan sebagian kaum muslimin, yang tersesat dan mengejar dunia, mereka menjadi tersesat  dalam lembah kehinaan. Berada di kerak dunia", tambahnya.

Hakekatnya apapun yang ditawarkan dunia, berbentuk keindahan dan kenikmatan, tidak sebanding dengan janji dan anugerah yang bakal diberikan kepada manusia yang lebih mencintai Allah, Rasul, Kitabnya (al-Qur'an), serta orang-orang mukmin. Mereka itulah yang akan mendapatkan kemenangan dan kenikmatan yang kekal. Mereka yang berlari mengejar ampunan dan rahmat-Nya, pasti akan lebih mulia hidupnya kelak.

Apa artinya kekuasaan, jabatan, harta, pangkat serta berbagai pernik-pernik kehidupan duniawi, kalau hanya membuat manusia itu, kemudian tidak taat dan beribadah kepada Allah Azza Wa Jalla. Mereka makan harta-harta dengan lahap, menerima imbalan dan gaji dari para thogut, serta makan dengan tamak. Banyak diantara mereka dengan perut yang buncit kekeyangan dengan harta haram.

Lalu, mereka melupakan Dzat Yang Maha Agung. Melupakan Dzat Yang Maha Rahman dan Rahim. Melupakan Dzat Yang Penuh dengan Janji Ampunan dan Surga-Nya. Tak ada lagi yang menyamainya. Apapun kehidupan di dunia. Betapapun kenikmatan dan keindahan di dunia yang dipertontonkan itu, semuanya tak berharga kelak dihadapan Allah Azza Wa Jalla.

Manusia-manusia yang mengejar dunia akan menjadi malu, hina, dan tak berharga nantinya kelak dihadapan Allah Rabbul Alamin. Tanpa bekal iman dan taqwa. Semuanya yang menjadi kebanggaan selama di dunia itu, hanyalah nisbi. Kebanggaan-kebanggan palsu itu akan pergi dan berpisah. Tak ada yang dapat kekal bersama dengan manusia semua akan pergi bersama dengan datangnya kematian. Sadarlah.

Kematian akan segera menghampiri. Tidak akan ada yang dapat menolaknya. Tak ada dapat menghindar. Sekuat apapun manusia. Baginda Rasul Shallahu Alaihi Wassalam, manusia yang paling dikasihi oleh Allah Rabbul Alamin, justru saat sedang sekaratul maut di datangi Malaikat Jibril, ditawarkan agar tidak segera dicabut nyawanya. Diberi kehidupan dan umur yang lebih panjang. Tetapi, kekasih Allah Rabbul Alamin, yaitu Mohammad Shallahu Alaihi Wassalam, memilih agar segera dapat menemui Rabbnya. Tidak lagi ditangguhkan kematiannya.

Betapa manusia-manusia yang sudah terbelenggu dengan kehidupan dan kenikmatan dunia, ingin hidup sepanjang waktu, kekal, dan tidak ingin mati. Tetapi mereka semua tidak dapat menolak kematian. Mereka yang ingin hidup di dunia lebih lama, akhirnya harus meninggalkan dunia yang mereka cintai itu. Mereka menjadi hina dihadapan Allah Azza Wa Jalla. Semua kemewahan dan kenikmatan dunia itu, tak berharga dihadapan Allah Rabbu Alamin. Mereka mendapatkan azab.

Allah berfirman :

"Allah akan meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh (dalam kehidupan) di dunia dan di akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah berbuat apa yang dikehendaki". (QS : Ibrahim : 27)

Banyak orang yang saat ajalnya sudah mendekat, dan mereka sedang bermaksiat, dan dosa mereka menggunung. Mereka menikmati kehidupan dunia, menjual aqidah mereka kepada musuh Allah, durhaka, dan meninggalkan semua perintahnya. Tidak lagi mau tunduk dan patuh terhadap Allah Azza Wa Jalla. Mereka telah masuk ke dalam perangkap kehidupan dunia. Wallahu'alam.

sumber : Hasan al-Banna

Siapakah Dan Apakah Dajjal?

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Bertemu kembali ya, alhamdulillah agar semuanya sihat walfiat, hari ini aku ingin kongsi lagi kisah dajjal ni, sebab aku suka ambil tahu tentang ini, dan ini juga atas permintaan untuk teruskan kongsikan informasi tentang dajjal ni, apa pun selamat membaca

 

Banyak orang dewasa ini yang sangat lalai memperhatikan soal Dajjal. Padahal Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallam memperingatkan ummatnya mengenai yang satu ini sebagai fitnah yang paling dahsyat sepanjang zaman. Tidak ada fitnah yang melebihi fitnah Dajjal. Bahkan bisa dikatakan bahwa segenap fitnah yang pernah ada di dunia terkait dan hadir dalam rangka mengkondisikan dunia menghadapi fitnah Dajjal.

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:"مَا أَهْبَطَ اللَّهُ إِلَى الأَرْضِ مُنْذُ خَلَقَ آدَمَ إِلَى أَنْ تَقُومَ السَّاعَةُ فِتْنَةً أَعْظَمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ

“Allah tidak menurunkan ke muka bumi -sejak penciptaan Adam as hingga hari Kiamat- fitnah yang lebih besar dari fitnah Dajjal.” (HR. Thabrani 1672)

Tidak ada fitnah yang melebihi fitnah Dajjal. Bahkan bisa dikatakan bahwa segenap fitnah yang pernah ada di dunia terkait dan hadir dalam rangka mengkondisikan dunia menghadapi fitnah Dajjal.

ذُكِرَ الدَّجَّالُ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَأَنَا لَفِتْنَةُ بَعْضِكُمْ أَخْوَفُ عِنْدِي مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ وَلَنْ يَنْجُوَ أَحَدٌ مِمَّا قَبْلَهَا إِلَّا نَجَا مِنْهَا وَمَا صُنِعَتْ فِتْنَةٌ مُنْذُ كَانَتْ الدُّنْيَا صَغِيرَةٌ وَلَا كَبِيرَةٌ إِلَّا لِفِتْنَةِ الدَّجَّالِ

Suatu ketika ihwal Dajjal disebutkan di hadapan Rasulullahshollallahu ’alaih wa sallam kemudian beliau bersabda: ”Sungguh fitnah yang terjadi di antara kalian lebih aku takuti dari fitnah Dajjal, dan tiada seseorang yang dapat selamat dari rangkaian fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal), dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini –baik kecil ataupun besar- kecuali untuk fitnah Dajjal.” (HR. Ahmad 22215)

Menariknya lagi, Nabi Muhammad shollallahu ’alaih wa sallamtelah mengisyaratkan bahwa kemunculan Dajjal untuk menebar fitnah dan kekacauan justeru bakal terjadi ketika kebanyakan manusia awam telah lalai dan tidak peduli akan Dajjal. Sedemikian rupa sehingga bila ada yang membicarakan soal Dajjal, maka mereka cenderung mentertawakannya dan menganggapnya sekedar sebagai mitos atau legenda. Demikian pula halnya dengan orang-orang pintar ketika itu. Malah para penceramah, Ustadz, da’i dan Imam di mimbar-mimbar tidak memandang perlu untuk mengangkat tema bahaya fitnah Dajjal.

لَا يَخْرُجُ الدَّجَّالُ حَتَّى يَذْهَلَ النَّاسُ عَنْ ذِكْرِهِ وَحَتَّى تَتْرُكَ الْأَئِمَّةُ ذِكْرَهُ عَلَى الْمَنَابِرِ

“Dajjal tidak akan muncul sehingga sekalian manusia telah lupa untuk mengingatnya dan sehingga para Imam tidak lagi menyebut-nyebutnya di atas mimbar-mimbar.” (HR. Ahmad 16073)

Siapakah sebenarnya Dajjal? Dan apakah ia seorang manusia anak keturunan Nabi Adam ‘alaihis-salam, ataukah ia termasuk makhluk kalangan jin atau raksasa atau apa?

Saudaraku, ada sebuah hadist yang panjang dimana di dalam hadits tersebut terungkaplah bahwa Dajjal merupakan seorang lelaki dari kalangan manusia keturunan Nabi Adam ‘alaihis-salam. Namun ia merupakan makhluk yang diberikan Allah keistimewaan tidak seperti kebanyakan manusia pada umumnya. Dan di antara keistimewaan tersebut ialah bahwa ia telah hadir ke muka bumi kita ini sejak zaman Nabi shollallahu ’alaih wa sallamdan para sahabat. Artinya, umur Dajjal sampai saat ini telah mencapai belasan abad atau sekitar seribu empat ratusan tahun. Subhaanallah...

عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ قَيْسٍأَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَّرَ الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ ذَاتَ لَيْلَةٍ ثُمَّ خَرَجَ فَقَالَ نَّهُ حَبَسَنِي حَدِيثٌ كَانَ يُحَدِّثُنِيهِ تَمِيمٌ الدَّارِيُّ نْ رَجُلٍ كَانَ فِي جَزِيرَةٍ مِنْ جَزَائِرِ الْبَحْرِ فَإِذَا أَنَا بِامْرَأَةٍ تَجُرُّ شَعْرَهَا قَالَ مَا أَنْتِ الَتْ أَنَا الْجَسَّاسَةُ اذْهَبْ إِلَى ذَلِكَ الْقَصْرِ فَأَتَيْتُهُ إِذَا رَجُلٌ يَجُرُّ شَعْرَهُ مُسَلْسَلٌ فِي الْأَغْلَالِ نْزُو فِيمَا بَيْنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ فَقُلْتُ مَنْ أَنْتَ قَالَ أَنَا الدَّجَّالُ خَرَجَ نَبِيُّ الْأُمِّيِّينَ بَعْدُ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ أَطَاعُوهُ أَمْ عَصَوْهُ قُلْتُ بَلْ أَطَاعُوهُ قَالَ ذَاكَ خَيْرٌ لَهُمْ

Fatimah binti Qais berkata, "Pada suatu malam pernah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengakhirkan shalat isya` yang akhir, lalu beliau keluar dan bersabda: "Sesungguhnya yang menghalangiku (untuk segera keluar) adalah kisah yang diceritakan Tamim Ad Dari kepadaku dari seorang laki-laki yang berada di sebuah pulau dari gugusan pulau-pulau. Tamim berkata, "Saat itu tiba-tiba ada seorang wanita yang berambut panjang." Tamim selanjutnya bertanya, "Siapa kamu?" Ia menjawab, "Aku adalah Jasasah. Pergilah kamu ke istana itu." Tamim berkata, "Aku pun mendatanginya, ternyata di sana ada seorang laki-laki berambut panjang yang terikat dengan sebuah rantai. Tingginya menjulang antara langit dan bumi. Aku lalu bertanya, "Siapa kamu?" Ia menjawab, "Aku adalah Dajjal. Apakah telah ada seorang Nabi buta huruf yang diutus?" Aku menjawab, "Ya." Ia kembali bertanya, "Apakah orang-orang mentaatinya atau mengingkarinya?" Aku menjawab, "Orang-orang mentaatinya." Ia berkata, "Itu yang lebih baik bagi mereka." (HR. Abu Dawud 3767)

Tamim Ad Dari adalah nama seorang pelaut Nasrani yang hidup di zaman Nabi Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. Ia telah mengadakan suatu pelayaran dimana ia sampai ke sebuah pulau kecil dari gugusan pulau-pulau kecil. Lalu setelah ia turun di pulau itu ia berjumpa dengan Dajjal yang dalam keadaan terikat dirantai. Dan karena begitu ketemu, Dajjal langsung menanyakan perihal Nabi Muhammadshallallahu 'alaihi wasallam, maka itulah sebabnya Tamim segera berangkat ke Madinah begitu meninggalkan pulau tadi. Dan setelah Nabi Muhammad mebenarkan soal fakta yang telah dilihat oleh Tamim, maka Tamim langsung mengucapkan dua kalimat Syahadat alias masuk Islam.Alhamdulillah.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa jahannam dan siksa kubur, dan fitnah kehidupan dan kematian, serta keburukan fitnah Masihid Dajjal." (HR. Muslim 924)

Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

 

Assalamualaikum…

Dalam mata x nak lelap nih aku blog walking la kat blog kawan2, bila ada masa ni la baru boleh aku berjalan2 ke blog kawan, dalam aku dok jalan2 aku terjumpa satu peraduan yang di anjurkan oleh Pengendali Blog, yang bertajuk seperti tajuk entry aku kat atas tu…

Peraduan ini dibuka dari 7/2/2012 sehingga 20/2/2012. so sempat la bagi aku n korang nak join kan? belum terlambat lagi….

kepada yang ingin join peraduan ni sila la klik pada banner di bawah nih, dan baca syarat2 yang di perlukan dengan betul ya……

dan juga boleh klik pada link ini : Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog

 

memandangkan hadiah nya yang menarik juga bagi aku, tu yang buat aku terpikat tuk join peraduan nih, kalau nak tau hadiah dia ? dah tentu la Hosting Percuma kan yang bernilai RM200, percuma selama 2 tahun, dan hadiah ini ditaja penuh oleh Malaysia Web Hosting.  Orang dah offer kita ambil je la kan, mana tau rezeki memihak pada kita, sapa sangka kan???

kalau la aku menang hosting percuma ni, akan aku upgrade kan lagi blog aku ini, agar nampak kemas dan menarik dan cara penulisan yang teratur, dan aku akan guna kan blog yang dah sedia ada, cuma just tukar domain je la, dan insyaAllah aku akan perkembangkan lagi dunia blogging aku ini, dan lebih usaha untuk meningkatkan mutu penulisan…

peraduan ini terbuka kepada semua blogger yang berminat, so boleh la korang join ya, x salah mencuba, menang atau kalah tu adat la kan, kalau boleh semua nak menang kan? tapi sekurangnya kita dah mencuba, dapat atau tidak terpulang la..

selamat mencuba dan insyaAllah semoga korang juga berjaya ya, sekali lagi aku nak ucap ribuan terima kasih kepada penganjur peraduan ini Pengendali Blog dan penaja hadiah Malaysia Web Hosting kerana telah memberi peluang kepada kita semua…..

Terima Kasih

Assalamualaikum…

Terima kasih ini di tuju khas untuk rakan2 blogger yang baru atau yang lama, di atas kesudian dan kerajinan kalian semua datang betandang ke laman blog yang x sebegitu menarik ini, Terima kasih juga kerana saban hari ada je pembaca entry aku, dan follow blog aku….

aku sangkakan xda orang yang baca entry2 aku, sebab aku tengok kat komen xda pun, memang aku x kesah la, tapi bila aku buka je statistik terkejut gak la, rupanya ada  yang datang membaca dan mengikuti blog aku ini, walaupun tanpa meninggalkan jejak orang kata….

tapi itu semua aku x harapkan, korang semua datang ke blog aku pun dah cukup dh, sebab aku tahu blog aku yang jenis camana…ingin aku bagitau sekali lagi, aku berblog bukan ingin mencari populariti atau nama, cuma sekadar hobi aku sahaja……

Terima kasih diatas kerjasama korang semua ya….ada masa kita jumpa lagi.

Kenali pasukan Dajjal dan simbol-simbol mereka

Assalamualaikum

Alhamdulillah bertemu lagi dalam kisah dajjal ni ya, dalam aku dok geledah tentang dajjal ni, aku terjumpa kisah nih yang mana ada di bawah ni yang mana korang boleh baca sendiri k.

Terlebih dahulu aku ingin nyatakan disini, ini bukan la hasil penulisan aku ya, aku ambil ini sebagai perkongsian bersama… Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini.

Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem kebelakangan ini yang menceritakan perihal Freemasons seperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang diberi nama The Freemasons. Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggil Illuminati. Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen, American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.

Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian saya.

Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah tadi itu membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.

Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons.

Sepintas lalu berkenaan Freemasons

Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka antaranya seperti di bawah;

Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illuminati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati itu.

Cuma saya rasa, Presiden John F. Kennedy sahaja yang tidak terlibat dengan mereka atau pun telah sedar diri dan menarik diri dari kumpulan mereka. Kerana beliau pernah menyampaikan ucapan memberi amaran tentang kemunculan kumpulan-kumpulan rahsia ini yang cuba untuk menguasai dunia. Dan tidak lama selepas itu, Presiden JFK ini telah mati ditembak di kepala di hadapan khalayak ramai ketika dia berada dalam kereta bersama isterinya dalam satu perarakan.

Walaupun jumlah ahli Freemasons tidak mencapai billion orang tetapi pengaruh mereka sangat kuat kerana mereka lah yang memegang kuasa ekonomi dan politik dunia sekarang. Dan merekalah yang ingin mengatur sistem kehidupan pada semua orang tanpa kita sedari.

Antara kegiatan-kegiatan mereka

Menurut buku Dajal dan Simbol Setan – Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.

Simbol-simbol lain yang berkaitan dengan Illuminati

Ini gambar lukisan Baphomet, Tuhan yang dipuja oleh Knights Templar dulu

Antara simbol-simbol kepada pemujaan ini yang mana sama dengan simbol-simbol yang dipuja oleh kumpulan Black Metal dan pemujaan syaitan lain antaranya

Dan kebiasaannya simbol-simbol Illuminati mesti ada kaitan dengan Segitiga, bintang syaitan , matahari, burung hantu dan sebagainya. Terlalu banyak identiti mereka yang boleh mengaburkan mata pihak lain , cuma yang paling ketara adalah simbol segitiga dan bintang.

Church of Satan

Church of Satan telah ditubuhkan di San Fransisco , California pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey yang mana dia adalah seorang paderi besar gereja pada ketika itu. Dari tahun 1950an lagi, Anton LaVey telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Order of the Trapezoid yang kemudiannya berkembang menjadi badan pengurusan yang dikenali sebagai Church of Satan ataupun Gereja Syaitan.

Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini, munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam anti-christ.

Bohemian Club

Bohemian Club adalah sebuah kelab rahsia yang ternama di San Fransisco, California, USA. Kelab ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari artis, ahli perniagaan hinggalah kepada barisan pemimpin tempatan dan global di sana. Dan ramai artis serta pencinta-pencinta seni yang menjadi ahli aktif kelab tersebut. Dan pada setiap tahun, kelab ini akan mengadakan perkhemahan 3 minggu dan akan mengadakan upacara memuja pada sebuah tempat yang berdirinya patung burung hantu yang besar.

Skull and Bones

Hanya golongan tertentu dipilih untuk menyertai Skull And Bones dan biasanya dipilih dari keluarga berpengaruh dan cerdik pandai. Pusat Skull and Bones di Universiti Yale, Connecticut , Amerika Syarikat dan di sinilah pelapis Skull and Bones mula dipilih. Dan secara ringkasnya mereka adalah kumpulan elite yang mengetuai gerakan illuminati itu. Dan anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush.

Bendera Israel

Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.

Tetapi menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.

Dan jika anda perhatikan betul-betul, rupa-rupanya simbol Freemasons juga ada kaitannya dengan Star of David ini, perhatikan simbol di bawah baik-baik yang saya telah lakarkan kaitan dengan Star of David.

Adik beradik kepada ‘Star of David’ itu pula ialah Pentagram yang kebiasaannya adalah simbol yang digunakan oleh kebanyakan puak-puak pemuja syaitan termasuklah dalam simbol Baphomet di atas. Pentagram adalah seperti simbol di bawah ini;

Pentagram kuno – bintang terbalik

Pentagram moden – bintang tak terbalik

Dan simbol pentagram ini bukan sahaja boleh didapati dari tempat-tempat pemujaan dan seumpamanya, tetapi juga boleh diperhatikan pada The Pentagon, iaitu ibu pejabat bagi Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, seperti gambar di bawah.

Simbol bintang pentagram itu pula sebenarnya adalah gabungan 3 buah segitiga. Mari kita lihat pecahan-pecahan segitiga itu seperti di bawah;

Menjadi

Dan simbol bintang David pula terdiri dari gabungan 2 segitiga

Menjadi

Dan banyak lagi sebenarnya simbol-simbol Illuminati yang tidak muat untuk dibicarakan di sini dan sesuai dibicarakan dalam topik yang lain insyaAllah.

Apa kaitannya dengan Dajjal?

Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith di bawah;

Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).

“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari.

Dan banyak lagi hadith lain yang menyebut bahawa Rasulullah S.a.w telah memberi amaran kepada kita tentang bakal kemunculan Dajjal yang bermata satu. Sejak dari Nabi Nuh lagi, semua para nabi memberi amaran tentang kedatangan Dajjal, tetapi hanya Nabi Muhammad S.a.w yang mula mengatakan bahawa Dajjal itu bermata satu. Dan mari kita bandingkannya dengan kemunculan Freemasons dan sekutu-sekutunya.

Freemasons mula muncul pada antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad S.a.w. Sebelum Nabi Muhammad diutuskan , mereka dikenali dengan pelbagai watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad S.a.w berkenaan akan munculnya Dajjal bermata satu yang akan memerintah dunia, kerana matlamat Freemasons dan sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah anti-kristian dimana orang-orang Kristian juga meramalkan kemunculan mereka berdasarkan dari kitab Bible dan menjadi musuh kepada kristianiti.

Maka sudah jelas di situ, tidak lain dan tidak bukan, pasukan Dajjal tersebut adalahThe Freemasons dan sekutu-sekutunya yang berlindung di sebalik nama Illuminati. Maka tidak perlu lagi kita menanti kemunculan Dajjal kerana sebenarnya dia telah muncul dan pengaruhnya menular ke serata pelusuk dunia sekarang ini dengan bermacam cara. Yang penting sekarang kita perlu sentiasa amalkan membaca ayat-ayat dan doa untuk berlindung dari fitnah Dajjal laknatullahu alaih.

Mereka menunjukkan syurga dunia kepada kita sekarang iaitu kemewahan, alat-alat canggih, hiburan-hiburan dan seumpamanya. Manakala mereka yang tidak mahukan semua itu diibaratkan berada dalam neraka sekarang kerana bagi mereka kehidupan tanpa perkara-perkara tadi adalah memboringkan, tidak seronok, tidak memuaskan dan sebagainya.

Tentang syurga dan neraka yang dibawa oleh Dajjal, anda boleh membacanya dalam kandungan khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal. Dan antara isi nya bermakud, “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”

Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal

1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)

2 – Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,

اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”

Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam :)

sumber : http://hikmatun.wordpress.com