SEGMENT : BLOG PILIHAN SAYA



Assalamualaikum.
Pertama kalinya dalam sejarah blogging aku membuat segment, selama empat tahunaku berada dalam dunia blogging, ini lah baru pertama kali aku mencuba untuk membuat segment.


Macamana nak joint segment ini?  Mudah saja, korang perlu ikut syarat-syarat yang tertera di bawah ini...itu saja.

Syarat-syarat

1.       Follow blog ini dan Like Pages My Life Story ( nak follow atau x terpulang pada korang la ya, tiada paksaan disini.)
2.       Buat satu entry yang bertajuk “SEGMENT:BLOG PILIHAN SAYA” dan korang perlu senaraikan 5 blog pilihan korang , yang mana korang suka baca atau sebagainya.
3.       Ceritakan serba sedikit tentang Blog Pilihan Korang tu ya
4.       Dalam enrtry tersebut letakkan Gambar di atas dan Link kan pada post ini.
5.       Dan juga Tag 3 orang kawan korang selain dari lima blog pilihan itu, pastikan orang yang di Tag itu tahu.

Senang je kan syarat-syaratnya. Selepas korang selesai buat entry tersebut, letakkan link entry itu diruangan komen entry ini ok.  Senang untuk  review nanti, dan Segment ini bertujuan untuk memperkenalkan rakan-rakan blogger yang lain dan disamping itu juga mengeratkan lagi hubungan kawan antara blogger-blogger yang lain.

Segment ini terbuka kepada sesiapa sahaja dan Tarikh tutup untuk menyertai Segment ini adalah pada 31 March 2012.
Terima kasih kerana sudi menyertai Segment ini. 

Jawapn Kepada Alasan Mereka Yang Tak Nak Menutup Aurat

Assalamualaikum, hari ni aku ingin kongsikan sedikit tentang bab penutupan aurat nih, sebab masih lagi ramai orang di luar sana khususnya bagi wanita muslim yang kurang faham atau saje2 x nk faham atau sebagainya, wallahu’alam x boleh nak kata la, entry kali aku cuba kongsikan sedikit tentang jawapan kepada beberapa alasan yang mana tidak mahu menutup aurat. Kalau boleh baca betul2 dan cuba fahami maksud sebenarnya, jangan lah terlalu ego dalam diri kita, nak ego ngn manusia boleh diterima, tetapi dengan Allah swt jangan sesekali k…sekadar perkongsian saja ya, nk terima atau tidak terpulang pada individu ya.



1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda:
Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”   (Surah an-Nur ayat 31)



Blog yang Suam

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada anda sekalian, amacam hari ini ada sihat?? Harap2 semuanya sihat la ya, takut la juga sebab musim ni musim berpenyakit, kalau tengok kat hospital ni, ramai yang sakit setiap hari, so kesihatan perlu la kena jaga, permakanan pun kena jaga..bukan doctor pun aku ni, sekadar nasihat menasihati aje…terpulang la nk terima atau x, kalau sakit datang hospital aku bagi ubat je la…hehehehe.

Panjang lak intro nya kan…hehe biasa la, lau x membebel pepagi nih x sah kan? Bebalik pada entry aku, kenapa blog semakin suam?? Nak tau? Sebebnya tuan punya blog pun dah suam juga, harap faham2 la ye…kekadang level kegigihan berblog tu tinggi, kekadang rendah, sama la hidup kita juga, kekadang kita berada di tangga atas, kekadang kita berada tangga bawah.

Ini semua bergantung pada Mood, kena tengok mood dulu macamana, lau mood ok, ok la, lau x, x la…bukan apa. Idea dalam kepala otak nih dah kurang, maybe sebab kurang membaca kot, maklum la sibuk ngn kerja. Hari2 dok baca nama ubat je, lama2 naik pening kepala nih dengan nama2 ubat nih…

Walaupun blog suam, tapi x bermakna mahu berundur, masih lagi kekal buat masa ni la…ok la..cukup disini dulu la ya..Terima kasih kepada korang smua ya..

4 Jenis Lelaki Yang di Tarik Perempuan ke Neraka



Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As- Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang di pikul…

Yang pertama : Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuanya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…tidak cukup kalau dengan hanya member kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

Yang Kedua , Suaminya.

Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami, tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang yang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut di tarik oleh isterinya ke neraka.



Yang ketiga, Abang-abangnya.

Apabila ayah nya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya di biar melencong dari ajaran ISLAM..tunggulah tarikkan adiknya ke neraka kelak.

Yang akhir sekali Anak lelakinya.

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikkannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT :-



Harga seseorang yang beriman amatlah berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA , semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga  dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengedah janji dan peluang yang ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam…..

Petang yang suam ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, minggu ni agak lemau juga la tuk aku update blog, entah kenapa aku x tahu.

Hari ni, x sesibuk semalam, so boleh la aku update blog tuk hari ini, dah berapa hari dah mata aku ni layu je, x cukup tidur, penuh dengan aktiviti je, sampai masa tuk rehat pun xda. Ikutkan hari ni aku malas nak wat kerja, tapi bila difikirkan x elok la plak kan, org dah amanah kat kita tuk wat keja, kita lak malas2 nak wat kerja, lau bab time terima gaji, laju je kan?

Biasalah hidup ni xda masalah, x lengkap hidup nih, aku anggap apa yang berlaku pada diri aku nih, sebagai dugaan dari Allah swt. Dan aku haru tabah menghadapinya..aku x boleh nk melawan takdir yang telah ditentukan, kerana aku insan biasa, hanya seorang hamba biasa saja disisi Allah.

Apa yang telah berlaku, biar la ia berlalu pergi, kalau di ingatkan kembali memang boleh buat hati sakit dan jiwa x tenang. So lupakan itu semua, malah fikir apa yang akan berlaku di hadapan. Jadi lah seorang yang matang, dan jangan terlalu mengikut emosi, bila emotional menakluk diri kita, itu lah yg akan menghancurkan hidup kita, dan menjadi seperti manusia yang x punyai akal.

Tapi ini semua sudah biasa di lalui oleh mana2 orang, yang penting pandai control diri sendiri dan matang dalam melakukan sesuatu atau  matang dalam membuat sebarang keputusan.

Ingat la wahai sahabat, hidup ni jangan terlampau sangat ego tu ya, fikir la, kita hamba yang hina dan jijik di sisi Allah, sedar la….sesungguh nya ego tu boleh membuat kan orang benci akan kita. Lau nak ego sekalipun biar la bertempat k.

Happy Sunday :)

Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu semua, bila sebut hujung minggu nih, ramai dikalangan kita suka keluar kemana saja, x kira la dengan pasangan ataupun keluarga, sebab hujung minggu ni masa yang berpeluang bersama mereka, walaupun 2 hari sahaja hari minggu, kalau digunakan dengan sebaik mungkin, InsyaAllah akan cukup.

Seperti aku la, hujung minggu aku busy kan aktiviti ngn kawan2, lau nk bersama family kena balik kampung, lau blk lak setakat 2 hari memang x cukup masa dan rehat, dan happy tu kejap je..walauapapun apa yang kita ingin lakukan itu biar lah berfaedah dan memberi manfaat kpd kita semua k...

Petang ni just rest kat umah je, coz malam ni kawan ada wat birthday party, so maybe malam ni baru keluar kot...so hari ni ada la masa tuk menonton tv dan memasak :)

Dah x tau nk type apa lg nih, mmndangkan type via iPhone so macam ada je typo kot...k la happy sunday n have a nice day to u all :)

Ubat Tradisional...

Assalamualaikum.

Teringat kisah-kisah silam semasa di zaman kanak-kanak dahulu, yang agak super nakal, selalu buat kecoh dan wat hal. Tetapi itu dulu, kini dah berubah banyak sangat, pemikiran pun dah matang.

Hari ini aku kongsikan kisah silam aku yang mana aku tidak dapat nak dilupakan sehingga kini. Dulu aku dan adik aku suka panjat pokok, tak kisah la pokok apa pun, kami panjat je, jatuh tu ada la jarang-jarang, biasa la budak nakal mana nak ada rasa serik kan? walaupun sakit hehe.

Pada satu petang tu, aku ngn adik aku ni panjat la pokok jambu yang ada kat depan umah aku tuh, tak silap aku masa tu umur aku 7 or 8 tahun, masa aku dan adik aku berada di atas pokok tuh, kami tak perasan sebenarnya kat dahan depan aku tu ada sarang tebuang, masa aku nk ambil buah jambu la baru aku perasan sarang tebuang tuh. baru je nk mengelak dari sarang tu, adik aku pula pg tarik hujung dahan tuh, lepas tu korang pun tahu apa jadikan.

Dapat la habuan nak pokok jambu hari itu, elok je tebuang tu sengat kat hidung aku, masa tuh dah x fikir dah, terus terjun dari pokok, sib baik x patah kaki. Panik nya pasal kan, tapi aku rasa kan, di sebabkan tebuang sengat hidung aku, tu hidung aku tinggi kot??? hahahaha

Gara-gara sengatan dari tebuang aku demam, sambil hidung aku membengkak, tido je la keja aku, x tahan sakit nya pasal. Tapi bila aku terbangun dari tidor aku terasa satu cecair yang xda bau ada kat hidung aku, baru aku nk sapu buang, tetiba Arwah nenek marah, katanya itu ubat, nanti lau x letak ubat, lambat sembuh la katanya..aku pun biarkan.

Malam tu plak lepas abah aku balik ke rumah, dia usik aku, katanya kat atas hidung aku tu tahi lembu, marah la aku bila dengar abah aku kata macam tu kan? x pasal2 abah kena marah ngan nenek hehe.. tapi memang betul pun ubat nenek letakkan kat hidung aku tu, cepat sembuh..sakit pun kurang.

Korang nk tahu x, ubat apa yang nenek aku gunakan tuh??? aku pun masa tu tertanya-tanya la juga, bila dah ok, baru la aku teringat nak tanya nenek, tapi jawapan nenek kasi tuh sebenarnya betul la apa yang abah aku cakap kan? katanya lau nenek cakap nanti aku buang cecair tu kat atas hidung aku tuh, so nenek terpaksa la bohong ngn aku. katanya ubat tu sebenarnya "TAHI LEMBU" yang masih fresh lagi, katanya lagi ambil yang bahagian atas je xda la bau nanti.

Bila aku dengar nenek aku cakap cam tu terdiam la aku, nak kata apa kan? so itu lah ubat tradisional nenek aku guna tuk sembuh kan hidung aku dari bengkak kena sengatan tebuang...

Disebabkan "TAHI LEMBU" la aku ingat sampai sekarang, bila teringat, rindu plak rasanya pada Nenek....nenek dah xda...:(

Al-Fatihah untuk Nenek ....

Ujian dariNya

Assalamualikum hari penghulu segala hari, mudah-mudahan hari ini dirahmati dan di berkati oleh Allah swt.

Hari ini aku x berapa nk sihat, dan terpaksa MC, rasa berat je nk MC, tapi keadaan x mengizinkan, terpaksa la aku berehat di rumah, siapa sangkakan, semalam elok lagi, sihat walfiat, tetiba pagi nih badan terasa panas, dan rasa tidak selesa…tambah lak ngn selsema n batuk…ini semua bukan kita minta, tapi ini adalah ujian dari Allah pada aku.

Kenapa Allah sentiasa menguji hambaNya? kerana Allah mahukan kita ingat padaNya, kerana Allah rindu pada kita semua,kalau Allah x bagi kita sakit, kita kekadang lupa akan Dia, sebab tu lah di bagi kita sakit. Sungguh besar kuasa Allah swt…

tetapi ada sesetengah manusia yang x boleh nk berfikir dengan waras, kerana menyalahkan Allah  memberi kesakitan kepada mereka, kalau mereka fikir sudah tentu mereka tahu apa sebab musabab Allah turunkan ujian kepada mereka.

setinggi mana sekalipun darjat kita, sekaya mana pun kita, kita tetap manusia biasa, manusia yang telah di cipta oleh Allah swt, adakah kita lupa siapa yang mencipta kita hidup di dunia yang fana ini? dan siapa yang memberi kesihatan tubuh badan kepada kita? adakah kita lupa siapa yang memberi rezeki kepada kita? kalau kita ingat sudah tentu kita panjatkan kesyukuran kepada Allah swt.

Tetapi sebaliknya, ada segelintir manusia yang suka menyalahi Allah swt, kerana menghalang mereka untuk bekerja, katanya bila dah sakit camana nak kerja ? tanggapan dan pemikiran negetive ini lah yang perlu kita elakkan. Takut nanti kite terpesong pada ajaran NYA.

Allah rindu kan kita sebenarnya,DIA rindu nak dengar kita sebut nama NYA ,  DIA rindu nk tengok kita dekat dengan NYA, DIA rindu nk tengok kita sembahyang berjemaah di masjid2NYA bila masuk nya waktu, DIA rindu pada Doa kita.

di sebabkan DIA RINDU lah, DIA beri ujian kepada kita, DIA nak uji samada kita ni seorang yang kuat agamanya atau lemah agamanya…kalau korang perasan la, bila kita sakit, kita selalu sebut perkataan “ALLAH” , “YA ALLAH” , disebabkan ini lah Allah bagi ujian pada kita, sebab kita sering menyebut dan memanggil nama NYA, masa kita sihat ada selalu kita sebut namanya? kalau orang yang menunaikan solat fardhu 5 waktu sehari semalam tu, memang selalu la dia menyebut nama ALLAH, tapi bagi yang langsung tidak menuaikan perintahNya???

ini aku cakap untuk diri aku sendiri, dan untuk korang juga, sebab aku tahu di mana tahap aku di sisi ALLAH, sebab aku tahu apa yang aku lakukan ini, Hanya Allah sahaja yang tahu segala2nya. walauapapun aku terima dengan tabah dan sabar ujian dari ALLAH, sebab aku tahu ALLAH sayangkan aku, sebab itu dia beri ujian pada aku.

Ampun maaf jika ada kesilapan yang tak disengajakan atau sebaliknya ya….Assalamualaikum.

Mengapa remaja perlu membaca bahan bacaan yang bermutu?


Jika remaja tidak berminat membaca mereka akan ketinggalan tentang perkembangan pesat yang berlaku di dunia pada hari ini. Dunia pada era globalisasi ini adalah bertunjangkan maklumat dan ilmu sebagai asas perkembangannya. Sekiranya remaja tidak gemar membaca, tambahan pula jika mereka hanya membaca bahan bacaan yang ringan dan bercorak hiburan, gosip, hal-hal picisan, tahayul, kisah-kisah artis dan penghibur semasa, ilmu mereka tidak akan berkembang.
Remaja perlu membaca bahan-bahan bacaan yang bermutu untuk melatih diri supaya berfikir dan menganalisis. Generasi yang membaca bahan bacaan yang bermutu akan dapat menghasilkan idea-idea yang bermakna untuk diri, masyarakat dan negara. Dalam bahan bacaan yang bermutu terkandung maklumat dan ilmu yang amat berguna untuk remaja.
Masyarakat Barat dan Jepun amat gemar membaca. Membaca bukan saja menjadi tabiat sebahagian masyarakat mereka di segenap peringkat, tetapi juga menjadi santapan jiwa.  Bagi mereka, mendapat bahan bacaan yang digemari ibarat mendapat teman yang sangat dikasihi. Kalau remaja rajin membaca bahan bacaan yang bermutu nescaya pada masa hadapan mereka mampu menempa kejayaan dan perubahan yang berguna untuk masyarakat dan negara seperti orang Barat dan Jepun tersebut.
Tabiat membaca mesti dipupuk dan dilatih sejak kecil lagi. Anak-anak yang masih kecil patut didedahkan dengan bahan-bahan bacaan yang bermutu supaya daya pemikiran mereka akan berkembang dan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan. Sekiranya remaja membaca bahan bacaan yang tidak bermutu mereka hanya berupaya memikirkan perkara-perkara yang remeh sahaja. Justeru, apabila dewasa mereka tidak akan berupaya menghadapi desakan hidup yang kian mencabar.
Sebagai negara yang sedang menuju tahap negara maju dan berpendapatan tinggi  Malaysia seharusnya memiliki generasi muda yang berminat membaca kerana kemajuan negara banyak bergantung kepada kemampuan ilmu pengetahuan dan pemikiran rakyatnya supaya kita tidak akan terpinggir daripada arus maklumat, ilmu dan juga kemajuan pada era globalisasi yang sedang kita tempuh. Proses memajukan negara harus seimbang dengan darjah kemampuan rakyatnya berfikir.

CONGRATULATIONS

Assalamualaikum.

Result SPM pun dah diketahuikan hari ni, ada yang dapat result yang cemerlang, ada yang dapat result sederhana, yang sederjana tu jangan la sedih2 ya..terima dengan tabah ye..mungkin usaha sebelum ni x mencukupi kot....

Apa2 pun aku nk ucapkan kepada semua pelajar yang mendapat result SPM hari ini

Kita semua impinkan

Assalamualaikum

kalau di tanya semua orang inginkan keluarga bahagia
sama lah dengan aku juga. kerana Kebahagiaan  sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta’atan keluarga kepada Allah.


bagi aku keluarga adalah segala-galanya...bila keluarga bahagia kita pun akan bahagia, hidup pun aman.

kehidupan kita....

Assalamualaikum.

Kita terlalu mengejarkan ini

dan ini



sehinggakan kita abaikan dan lupakan ini...


sama-sama la kita renungkan k...

simple je entry aku nih....semoga jelas maksud yang cuba disampaikan....Assalamualaikum

Tahniah Abang ucapkan...

Assalamualaikum.

Entry ini aku dedicate kan pada anak sepupu aku Myra, yang telah pun dipetik oleh sang kumbang pada 15/3 yang lepas, Tahniah abg ucapkan, maaf sebab abg x dapat nk balik masa majlis tersebut. InsyaAllah kenduri kahwin nanti abang balik k.

anak sepupu dah bertunang, yang pak sepupu dia ni bila plak ??? nak tau bila..tungguuuuuu....to Myra sekali lagi abg ucapkan tahniah k. jangan lama2 ye, x sabar nk makan nasi minyak nih..hehehe

Sekitar Mentor 6

Assalamualaikum

Semalam dengan secara tidak sengaja terpergi ke MBSA tuk tengok persembahan pembukaan tirai mentor tuk musim yang ke 6.

Happening tu ada la sikit. biasa la baru openingkan? belum mula lagi bertanding. Kat sini apa yang aku nk kata, semuanya berbakat. semalam aku just dengar je dulu, bukan kata nk jadi juri tuk nilai depa semua nih, just nk bagi pendapat aku je.

Ke enam2 protege telah aku saksikan persembahan mereka, tapi yang dapat menawan hati aku, untuk meminati suara nya, adalah Protege Faizal tahir iaitu anas

dan Ana Syuhada
 anas dan ana yang boleh buat aku suka akan suara dan cara nyanyian nya...protege lain bukannya x bagus, bg aku semua nya bagus, cuma yang lain tu kena banyak belajar dan berusaha bersungguh-sungguh.bersaing la secara baik ye dik..semua ni baya adik aku je...Good Luck to all

Masih dalam carta NTB1


Next Tugasan Imuniti. x tau betul atau x


NO
PERKARA
PESERTA NTB 1
1
Total Posts : 186
2
Entri : Aku Suka Kutuk AWIE OMAR
3
Entri : aku bukan alien
4
Entri : The Power Of Faith
NiKisa Izah
5
Peserta pertama menarik diri dari NTB
6
UPSI
iemah
7
Entri : Perempuan Melayu Terakhir
8
Atikah & Arfan
9
Ladang Kelapa Sawit
Wan zulqhairi
10
Encikmasadepan
11
Jururawat Kerajaan
Riena tomato
12
Entri : tak ku sangka tak ku duga
13
December 2008 - 7 entri dipost
14
Bachelor in Human Resource Management
15
UITM Merbok Kedah
16
Kata - kata seindah nama
Sheypull
17
Terukir Di Bintang
Farah azurah
18
Entri : boringlah pergi masjid...
19
Yamaha 135 LC
Irwan Miswan
20
Entri : Penyakit Yang Susah Nak Sembuh
21
UPM Serdang Selangor
Wan zulqhairi
22
Tingkatan 6
Farah azurah
23
Fashionista
NiKisa Izas
24
Entri : Fikir la sendiri
Affendi Shofie
25
Entri : Rabun Itu Cool
Wan zulqhairi
26
Entri : novel or buku???
iemah
27
Sarawakian
arahcahayacinta
28
Persinggahan Sementara
Affendi Shofie
29
UTM-Bachelor in Electrical & Electronic (telecommunication) Engineering
sheypull
30
Bahagian Farmasi, Hospital Pakar UKM
khairiz
31
Entri : Nama Saya Azura!
Mas saari
32
Blog dibuka Julai 2011
Riena tomato
33
Muar Johor
Irwan miswan
34
Entri : Kalau nak pinjam duit
sheypull
35
http://ryderchip.blogspot.com/
Mas saari
36
Entri : apa celop perosak bangsa
iz
37
Entri : Siapa Awie Omar ???
Khairiz
38
Entri : kisah si Kijang Emas yang berkilauan
Irwan miswan
39
Flying without wings
Irwan miswan
40
Tanah Merah, Kelantan
Noorniey azman