Selamat Pagi :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar, lama dah rasa nya blog ni terbiar sepi tanpa dikemaskini...

Pejam celik..pejam celik, hari ni dah penghujung bulan bagi bulan April di tahun 2012 ini, begitu pantas masa berlalu..hinggakan x terasa ia nya berlalu pergi...

Dalam masa satu bulan nih, banyak kenangan manis dan pahit yang telah aku lalui...sehingga hari ini aku masih lg ingat aku kerja di tempat yang lama, seriously aku suka akan kerja lama aku, macam sedih aku nk tinggal kan semua ini, tp aku percaya lumrah hidup kita ni biasa la, ada masa kita happy ada masa kita sedih...

So apa aku harapkan pada hari mendatang ni agar lebih baik dari yang sebelum...sebelum terlupa, selamat hari pekerja kepada seluruh pekerja yg ada di malaysia ini, berikan perkhidmatan yg cemerlang kpd setiap company yang anda kerja, jadi lah pekerja yg berdedikasi dan tulus dlm mlksanakan tugas masing2 ...assalamualaikum

Bulan Rezeki

Assalamualaikum...rasa dah lama x update kan blog aku nih, hari ni aku nk curi masa jap nak update blog yang suam2 kuku nih,

Alhamdulillah segala nya berjalan dengan lancar, hari ni adalah hari lastday aku berada di UKMSC, dan hari ni juga aku mula keja di company yang baru. Alhamdulillah inilah dikatakan rezeki Allah.

Memang bulan ni adalah bulan rezeki aku, yang pertamanya aku dapat offer kerja baru, kedua jumaat lepas aku di anugerah kan pekerja cemerlang , dapat di saat akhir aku di Hospital ini, dan sabtu lepas Bos belanja makan di Penang Village Alamanda, siapa sangka kan? ini semua Allah yang tentukan, aku mampu bersyukur kehadrat nya...

so sekarang ni aku dah mula  balik kehidupan yang baru, Alhamdulillah satu peningkatan yang baik...

menghintung hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sebelum itu, aku sebagai rakyat jelata, ingin mengucapkan sekalung tahniah di atas pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, buat kali kedua. Daulat Tuanku.
Hari ini bagaikan hari isnin pula, sedangkan baru hari khamis, disebabkan cuti semalam tu yang ingat cuti hujung minggu. Esok lagi sehari lagi aku bekerja, dan akan bercuti selama seminggu di Kuching, Sarawak, mesti korang tertanya-tanya kan, xda tempat lain ke aku nak cuti, asyik Kuching je, sebenarnya aku ada hal kat sana la, sebab tu aku selalu terbang ke sana, alang2 dah ke sana, sambil2 tu bercuti la kan?

Balik dari cuti, aku kerja 2 hari je, lepas tu aku akan meninggalkan segala kenangan aku selama 5 bulan di farmasi ini, kalau nk ikut kan memang hati aku ni berat untuk meninggalkan kerja aku sekarang ini, ya la, aku selesa kerja disini, tetapi disebabkan impian dan cita2 aku, aku terpaksa meninggalkan jua. Cukup la 5 bulan aku belajar sesuatu ilmu yang baru dalam hidup aku, kita semua tahu kan, ilmu kalau nk dikutkan memang x habis untuk kita pelajari.

Setelah setahun lebih aku meninggalkan bidang aku ni, so sekarang aku kena mula kan balik, bagi refresh otak beku aku nih, maklum la kita ni mudah lupa kalau jarang praktikan sesuatu benda kan, nak pulak berkenaan dengan coding, demi untuk Berjaya dalam hidup, erti putus asa tidak muncul dalam diri…sebaliknya semangat berkobar2 adalah….

Apa2 pun aku harapkan semuanya berjalan dengan lancar…..

Alhamdulillah...

Assalamualaikum dan Selamat Petang.



Panjat kesyukuran kehadrat Illahi kerana telah memakbulkan Doa permintaan aku, dan Permintaan Ibu Bapa aku, Hari ini dalam sejarah hidup aku, Pergi interview terus dapat surat tawaran kerja..dalam jangkaan aku, pada mulanya aku x akan dapat kerja nih, tetiba aku hilang keyakinan diri, tetapi bila disaat last, keyakinan aku datang balik, baru la aku boleh buktikan pada mereka yang mereka patut ambil aku kerja kat syarikat mereka.

Tetapi ini semuanya rezeki yang Allah berikan...bukan senang aku nk dapat kerja kena ngn bidang aku nih, dah banyak dah kerja yang bukan bidang aku, aku kerja, berkat dan kesabaran aku selama ini telah pun berakhir...kembali semula hidup sebagai PROGRAMMER. Lepas ni aku akan rindu akan suasa Hospital dan Suasana Ubat dalam Farmasi tempat aku kerja nih,

agak la berat tuk aku meninggalkan tempat kerja lama aku nih, kerana aku rasa selesa dan enjoy kerja kat sini, tapi bila di fikirkan masa depan aku terpaksa hadapi semua ini....semalam dapat panggilan interview, pagi tadi pergi interview dan balik umah sambil bawa surat tawaran, dah x perlu tunggu seminggu or dua minggu jawapan dari company tersebut... Thanks a lot kerana memberi kepercayaan dan menerima aku kerja dengan syarikat tersebut.

Terima kasih juga pada semua org yang tolong doakan kejayaan aku k, dan aku sentiasa doakan kejayaan korang semua k...

masih di beri peluang

Assalamualaikum.

Selamat petang kepada semua, apa yang aku ingin katakan disini adalah esok aku ada interview bagi position PHP Programmer, bila dapat call tadi, memang rasa excited coz, memang lama dah aku mencari kerja ni, dah berpuluh2 company dah aku apply, tapi dalam x sangka, ada gak yang tersangkut untuk di interview.

perasaan nervous tu pun ada juga, disebabkan dah hampir 2 tahun dah aku tinggal bidang nih, tetiba nak masuk balik bidang ni, walaupun ini adalah bidang aku yang sebenarnya, tapi walauapapun, aku tetap percaya pada diri sendiri, aku akn cuba buat yang terbaik, insyaAllah Allah akan membantu ku…

Yang buat aku berminat sangat nk bekerja di company tersebut, adalah GAJI yang ditawarkan….hehe berapa tuh x perlu la aku bagitau..apa pun aku akan cuba sebaik yang mungkin insyaAllah.

Tiada Tajuk....


Berakhir sudah....

Assalamualaikum dan salam jumaat … sedikit rasa lega, kerana telah berakhirnya episod NTB1, sememang aku telah sangkakan yang aku x dapat nak teruskan hingga penghujungnya, di sebabkan masa x cukup untuk aku follow up. Aku terpaksa dahulukan apa yang patut, masing2 ada commitment masing2 kan?

Jutaan terima kasih kepada saudara penganjur segment yang berbentuk game nih, memang  seronok serta game seperti ini, sebelum ni aku boleh nk follow sebab banyak masa terluang, tapi start kebelakangan ni, memang x dapat den nk kejor…hehe xpa la mungkin xda rezeki untuk terus ke final, tempat ke 3 pun dah ok la…

Selepas nih, mungkin jarang dah kot, untuk aku sertai mana2 segment, kecuali kalau masa mengizinkan. Pepagi nih banyak kerja perlu disettelkan, so setakat ni je yang sempat aku coret kan….InsyaAllah jumpa di next entry J

Terima Kasih Ibu ...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..sayangilah ibu selagi ibu masih ada...sesal la sekarang kerana bila ibu dah xda menyesal menagis darah sekalipun xda guna nya lagi..ini nasihat untuk diri aku juga...

Aku sayang sangat2 ibu aku, kerana ibu lah aku hidup didunia ini, tanpa ibu tiada la aku didunia ini, jasa ibu memang xdapat aku nk balas, hanya Tuhan saja yg dapat membalasnya, begitu besarnya pengorbanan ibu. 

Tapi aku sedih, lau kita lihat anak2 zaman skrg dah pandai biadap dan kurang hajar ngn ibu, langsung x nk peduli kan apa nasihat ibu, yang penting apa kehendak anak dapat ditunaikan, sehinggakan ibu menitis air mata. Jangan buat x tahu ya, berdosa besar kalau kita buat ibu menangis dengan sikap kita, kecuali ibu menangis kerana bangga melihat anaknya berjaya.

Kenapa aku keluarkan entry ini, sebab aku syg ibu aku, banyak berita aku dgr ada anak sanggup buang ibu nya, dengan alasan x mampu nk jaga ibu sorang...bodohnya ank seperti ini, x fikir ke? Ibu membesar kita ngn adik beradik kita camana? Biarla ibu x makan, sanggup berlapar asalkan anak2 ibu dapat makan, ibu x pernah pun merunggut demi membesarkan kita semua, sejak dalam kandungan lagi ibu jaga kita dengan sebaiknya, tapi apa dah jadi apabila kita dah dewasa, ada kehidupan sendiri, lalu ibu kita diabaikan dan dilalaikan...aku x ckp banyak, tunggu aje la balasan di akhirat nanti..

Apa2 pun aku nk ucapkan terima kasih yang x terhingga buat ibu ku tercinta dan tersayang, kerana telah menjaga aku dan mendidik aku dengan sempurna, dengan jasa dan pengorbanan ibu lah membuatkan teladan bagi aku, yang mana harus aku ingati sampai bila2, aku tahu ibu x mau balasan wang ringgit dari kita, apa yang ibu perlukan kasih sayang kita terhadap ibu, seperti mana ibu beri kasih sayang pada kita...aku sanjungi ibu ku, kerana syurga di bawah telapak kaki ibu, dan ibu adalah org yang paling mulia bagi aku..Terima kasih Ya Allah dan aku bersyukur kehadrat Mu, kerana telah mengurniakan ibu yang baik bagi aku...

Selagi hayat masih ada aku akan jaga ibu dengan sebaiknya, ampunkan aku ibu jika selama ini aku ada buat salah n silap..yang sengaja atau tidak sengaja...

Pesanan aku jadikan lah ibu mutiara dalam kaca yang putih dan bersinar, utamakan ibu dalam apa jua yang kita ingin lakukan, jangan pula kita utama kan kekasih dari ibu k, sebab ramai sangat yang lupa kerana syok sangat bercinta sampai lupa ibu dan nasihat ibu..dan sanggup menipu ibu demi cinta ...

Salah dan silap aku pohon keampunan ye, salam senyum dari saya, assalamualaikum

Busy Day :)


Assalamualaikum dan salam sejahtera, apa khabar semua? Sihat? Alhamdulillah lah lau sihat ye, blog aku ni dah berabuk dah, maklum la cam jarang dah update blog nih hehe…di atas sebab2 tertentu kenapa aku jarang update.

Hari ini adalah hari yang agak busy katakana, maklum lah partner aku lagi sorang tengah bercuti balik kampong hehe, so maknanya aku sorang2 je la kena siapkan kerja nih, biasa nya hujung n awal bulan je yang busy, lau lepas tu free je manjang.

Jadual aku bulan ni n bulan 5 ni agak la padat, dengan kursus n bengkelnya, sabtu n ahad ni aku ada kursus sanggar kerja yang di anjurkan oleh jabatan Farmasi yang berlangsung di Gold Cost Morib, banting, dan minggu depan lepas kursus, sekali lagi aku fly ke kuching, Sarawak. Hehehe.

Busy ngn kerja la penyebab aku jarang update blog, maklum lah masing2 ada komitmen kan? So kena la dahulu yang penting hehehe…

Ok la, nanti kita sambung lagi di next entry k J

Selamat Datang April...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kalian semua, mudah-mudahan sihat walfiat. Kita baru sahaja melepaskan pergi nya bulan mac, dan kita sambut baik kedatangan April pula, banyak kenangan yang telah kita tinggalkan di bulan Mac, dan cuba bina kembali kenangan yang baru di bulan April ini.

Sebelum aku meneruskan lagi coretan aku ini, aku nk berterima kasih kepada saudari Hajar Hamid, yang mana sudi join segment aku yang x seberapa tuh, aku ingatkan xda orang yang nak join, rupa2 nya ada yang join, walaupun sorang pun kira ok la kan? pada xda langsung, hakikat nya aku memang x kesah sama ada nk join or tak segment, tuh, aku buat tu pun suka2 sahaja. sekali lagi terima kasih kpd saudari hajar hamid ya.

Pantas sungguhkan masa berlalu, tut..tut..kita dah pun masuk bulan baru, dan bulan ini ada yang melangkah ke tahun yang baru, ada yang baru melihat dunia dan ada yang pergi meninggal kan kita buat selama-lamanya, itu lah lumrah kehidupan kita sebagai hamba Allah ini.

Rasanya semalam baru aku sambut kedatangan tahun baru, tetapi hakikat nya dah 3 bulan berlalu, dalam 3 bulan di tahun baru ni, ada yang azam mereka janjikan di awal tahun tempoh hari terlaksana? ataupun belum sampai lagi? ataupun kata-kata kosong sahaja, maklum la, awal tahun tgk org wish azam baru, kita pun ikut sekali kan? x nak ketinggalan katakan, azam tahun lepas pun lom lg tercapai,ni plak azam tahun nih...aku harap korang x sama cam aku maksud kan tu la ya...korang semua aku percaya akan usaha gak demi nk capai cita2 masing2 kan....

apa pun aku harap korang semua berjaya la ya, sambil usaha sambil la berdoa pada Tuhan, sambil dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah tercapai la cita2 korang tu ya...

ampun dan maaf aku pinta, semperna bulan baru nih, harap tiada apa2 kesilapan yang akan aku lakukan di bulan baru ini, tetapi siapa la kita kan? manusia x akan terlepas dari melakukan kesilapan, tetapi cuba usahakan utk yang terbaik...Assalamualaikum.