Aku pun kena….

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

 

Aku ingat kan kawan aku je yang kena camni, aku pun sama juga kena, haishh!! x leh jadi nih….hairan la juga kan? selalunya hal ni berlaku kepada artis je, or orang2 yang femes je, tapi aku ni apa la sangat, nakkata artis, bukan artis, dan bukan sapa2, tapi kena juga…nak tau p la kat link nih..https://www.facebook.com/profile.php?id=100003571219086

aku pernah tanya beliau, kenapa guna pic aku sebagai DP dia, tapi no respond, malah saban hari, semakin banyak lak pic aku yang digunanya, aku nk tgk x dapat sebab dia x friend ngn aku, tetapi aku percaya dia ada nama lain dan menjadi friends ngn aku kat fb, sebab tu dia boleh ambil gambar aku sesuka hati mak bapak dia. Sebab pic aku hanya yang dah jadi kawan je yang boleh tengok…

Hari ini, aku dapat juga buka fb dia dan lihat sendiri apa yang ada lam fb dia, mula2 aku terkejut gak la, sebab semalam baru dia upload pic2 aku ke dalam fb dia, aku tahu apa motif dia guna pic aku, dia nak pikat perempuan, bagi aku la budak ni ada krisis identity kot, hodoh sangat ke muka dia, sampai nak guna pic org lain, maaf la kalau aku kutuk budak ni, bagi aku memang patut kot kena kutuk, sebab x leh terima hakikat muka dia tu HODOH, bukan aku nk kata aku ni ecem ke apa, tapi dah guna pic org takut nk guna pic sendiri apa hal kan???

Rupanya budak ni orang sarawak je, dekat je pun ngn kuching, aku rasa aku kenal sapa budak nih,   mana aku tahu? tgk pic bawah nih

16

Siapa Mohd Hafizul ni? nama sebenar atau nama samaran yang digunakan, dalam About dia, dia ada nyatakan, x suka cari pasal ngn orang, tapi sekarang dia x cari pasal ngn orang ke??? aku tahu dia akan baca entry nih, dan aku galak kan kalau dia baca…..aku x marah der…cuma sikap ko tu buat aku meluat tgk ko der…nk tackle awek, x berani nk guna pic sendiri, x gentle la beb, lambat laun kantoi juga ko der…..

Buat aku panas tu, dia juga ambil pic aku ngn mak aku, dan sesuka hati letak nama mak aku bukan2…der!!! buat aku marah sangat der, ko main2kan mak aku tu der, ko xda mak ke? ke mak ko dah mati hah??? ke ko xda mak bapak????  sampai mak orang pun ko nak guna…aku paling sensitif lau berkenaan ngn mak aku, lau aku sorang aku x kesah lagi der….ni melibatkan mak aku….

15

 

5

6

memandai ko je kan, tukar nama mak aku, nama adik aku, aku x tau la apa masalah ko der!! ko xda adik beradik erk? ko ank yatim piatu ke apa? kasihan sungguh aku tgk ko nih…ke ko ni cacat??? der jangan marah lau aku cakap cam ni….ko pk sendiri la der, aku tau ko hanya memerhati je apa yang aku lakukan kan????

3412

ini adalah antara gambar2 yang ko curi dari fb aku kan der?? banyak lagi cuma aku hanya papar yang ni je…..lps ni ko nk curi semua album aku ke apa der????

13141910

Der!! kasihan kat aweks tu der, mati2 dia ingat kan pic tu, pic ko der, sadih lak aku dengar der….ko x malu ke der????

der!!! ini separuh sahaja yang dapat aku paparkan, banyak lagi der, ko tukar la camana sekali pun aku dapat detect ko der, ko salah orang ko nak main der!!! pada mula nya aku tahu, aku x marah der kat ko, lantak la ko nak wat apa der, tapi bila aku dapat tahu ko ambil juga pic mak aku dan family aku, tu buat aku hangin je satu badan…..aku akan maf kan ko, kalau ko gentle tunjuk muka yg sebenarnya….

 

der xda masa aku nk cari gaduh ngn org ni, banyak lagi benda yg berfaedah yg aku blh buat….tapi tolong la der, stop this…..

 

aku mohon maaf kalau entry ini banyak perkataan yng bunyi nya kasar, tapi ini bukan aku tuju pada korang k…..

Alhamdulillah ...

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masih lagi berpeluang untuk aku mencoretkan laman blog aku ini, yang mana aku akui laman blog aku ini semakin hari semakin suram, tetapi itu bukan bermakna laman ini akan terkubur.

Ini bukan la alasan aku sibuk atau sebagainya sehinggakan aku tidak dapat luangkan masa untuk terus berblog, ini kerana aku ketandusan idea untuk mengupdate blog ini. Aku juga sama seperti blogger lain, tetapi cara aku sahaja yang berlainan, kalau dilihat blogger lain saban hari semakin banyak idea untuk di kongsikan bersama dengan blogger lain dan pembaca sekalian.

Aku juga tidak kisah blog aku sekarang ni pengunjungnya berkurangan, sebab aku tahu kerana aku tidaklah aktif seperti sebelum ini, dan aku juga berterima kasih kepada blogger yang datang singgah ke blog aku dan membaca entry2 aku serta tinggalkan komen, aku juga mohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk membalas komen anda...insyaAllah aku akn cuba untuk membalas komen tersebut.

Sejak dua menjak ini, aku post entry aku melalui aplikasi smartphone, yang mana hanya aku blh update sahaja, dan untuk view tu agak kurang sedikit, al maklum lah dalam phone nak view pun x best, sebab screenya kecil, harap korang faham k...

Apa-apa pun aku hargai sokongan dan dorongan korang semua, dan aku tidak pernah sekali pun melupakan korang semua...sebelum aku undurkan diri aku, maafkan diatasa segala kekurangan k...bagi blogger lain, teruskan kongsikan entry korang k...sehingga jumpa lagi...insyaAllah :)

Selamat Hari Ibu….

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Bila tiba je bulan Mei, semua orang akan tahu ada hari2 yang istimewa, seperti hari pekerja yang di sambut 1 mei setiap tahun, hari ibu yang disambut pada 13 mei, dan hari guru yang disambut pada 16 mei, hari2 ini adalah penting bagi kita semua betul?

tetapi isu yang aku ingin bincangkan pada kali ini adalah semperna hari ibu yang bakal tiba 13 Mei ini, kebanyakannya orang dah sibuk dengan planning masing-masing untuk membuat kejutan atau sebagainya untuk ibu yang tersayang dan yang tercinta betul?

Semperna dengan hari ibu yang bakal tiba ini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu-ibu yang ada di Malaysia ini dan di luar Malaysia, Raikan hari ibu anda dengan penuh istimewa dan penuh kasih sayang Smile

Memang betul hari ibu di sambut pada 13 hb Mei, tetapi bagi aku hari ibu adalah, hari-hari adalah hari ibu, sejak aku dilahirkan dan hingga aku dewasa dan sehingga hari ini, selagi hayat ibu masih ada, adalah hari ibu. Apa yang aku ingin disampaikan disini adalah khas untuk ibu aku…..

Ibu,

Pertama sekali anak mu ini ingin menyusun 10 anak jari memohon keampunan dan maaf, kerana anak mu tidak dapat pulang ke kampung untuk meraikan hari bahagia ini, tetapi percaya la ibu, walaupun jasad anak mu tidak ada di depan mata ibu, tetapi di hati anak mu ini sentiasa ada ibu bersama-sama ke mana saja anak mu berada, sesekali anak mu tidak pernah melupakan mu ibu, kerana ibu adalah cinta sejati yang anak mu sanjung dan sayang selama ini, ibu adalah ratu hati anak mu ini.

Ibu,

Dikesempatan ini anak mu ini ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu, kerana telah melahirkan anak mu ini kedunia, dan membesar, mendidik dan menjaga kebajikan dengan cukup baik serta penuh dengan kasih sayang yang tak dapat untuk anak mu balas. Sudah banyak masa dan waktu ibu korbankan untuk anak mu ini, dan ibu sesekali tidak pernah erti jemu dan putus asa dalam membesar dan mendidik anak mu ini, sehingga la anak mu ini menjadi orang yang berguna.

Ibu

Terima kasih, kerana ibu tidak pernah jemu untuk mendoakan kejayaan anak mu ini, walau dalam apa jua keadaan sekali pun, terima kasih juga,kerana ibu sentiasa ada apabila anak mu ini berada dalam kesusahan.Jasa ibu teramatlah besar untuk anak mu balas, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa ibu selama ini.

ibu

ketahuilah bahawa anak mu ini sayang sangat-sangat pada ibu, ibu dalam hidup anak mu ini ada 6 CINTA, ibu mahu tahu apa 6 cinta itu, cinta yang pertama adalah cinta kepada ALLAH swt, Cinta ke dua adalah Cinta pada ibu yang tersayang, Cinta yang ke tiga Cinta pada Ayah, Cinta yang ke empat Cinta pada adik beradik, Cinta yang ke lima Cinta pada kaum keluarga, Cinta yang ke enam adalah Cinta pada makhluk ciptaan Allah swt.

ibu

anak mu ini dengan rendah diri memohon keampunan dari ibu, di atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah anak mu ini lakukan samada dalam sedar atau pun tidak sedar dan juga anak mu minta ampun dan maaf jika selama ini anak mu ini ada terkasar bahasa atau kata-kata yang mengguris hati ibu, anak mu harap ibu ampunkan ya, kerana anak mu tidak ada niat untuk sakit kan hati ibu atau sebagai nya.

ibu

apa lagi yang anak mu ini perlu ucapkan disini?? ibu jangan lah bersedih di hari yang bahagia ini, ibu gembira lah, kerana itu adalah hari ibu, dan ibu ingatlah bagi anak mu ini hari ibu adalah hari-hari ya, kasih sayang anak mu terhadap ibu, sikit pun tidak pernah pudar dalam hati anak mu ini. malah semakin hari semakir mekar rasa kasih sayang kepada ibu. ibu ini bukan ucapan kosong dari ank mu, tetapi ini semua benar yang bersaksikan kedua2 malaikat yang berada di bahu kanan dan kiri anak mu , serta Allah swt  yang maha mengetahui segala-galanya.

ibu

anak mu ini sudah ketandusan idea untuk terus mencoret kan ucapan ini, sebelum anak mu ini mengakhiri coretan ini, anak mu ingin memohon keampunan sekali lagi dari anak mu ini, dan halalkan mkn minun anak mu selama hari ini serta jutaan terima kasih kerana ibu sayang pada anak mu ini. anak mu juga sayang pada ibu selagi nyawa dikandung badan, ibu, u are the best mom for me. anak mu setiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan ibu sentiasa terjaga.

 

sekali lagi ingin mengucaokan selamat hari IBU kepada ibu aku dan kepada semu ibu di malaysia atau diluar malaysia….anak adalah aset dunia dan akhirat….dan jangan sesekali derhaka pada ibu, hormati dan sanjungi lah ibu selagi masih ada…ingat SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, Assalamualaikum.

Pindah lagi...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seriously, bulan nih aku rasa bulan yang penuh dengan masalah dan dugaan...lepas satu, satu masalah timbul, tapi apa boleh buat, sabar dan tabah menghadapi dugaan ini...

Sekarang ni nk dapatkn umh bukan senang di kl nih, sah kan rumah, bilik pun susah, macam goreng pisang panas lak, jap je iklan dah ada orang ambil...

Kenapa aku nk pindah umah? Sebab ak dah x tahan dok serumah ngn housemate yg tidak sehaluan, masing2 nk ikut kpla masing2, x nk bawa berbincang elok2, tp ini semua adat lah dok bujang...so ni nk cari rumah sendiri lak, t xda la nk pening2 pasal isu rumah nih....

Ak x nk buruk kan sape2 disini, so jalan penyelesaian nya pindah la lagi senang, x payah nk tension2 dan x yah nk pening2...

Balik kerja kita nk rehat di rumah kan? Kalu blk umh jiwa rasa serabut otak rasa x tenang, camana nk rest kan, dah la penat2 blk kerja dan blk umh nk kena pk benda remeh temeh nih...buang masa je...so x perlu nk besar kan kes, bg aku yg dah lbh umur nih, mengalah lah lau bergaduh pun bukan dapat faedah pun kan? Huhu...

Sorry la terluah perasaan la plak....

Dugaan dan Cabaran

Assalamualaikum dan salam jumaat kepada semua, semoga jumaat ini membawa keberkatan dalam hidup kita semua. InsyaAllah...

Dugaan dan cabaran, selalu ada dalam kehidupan kita semua, sama la dalam hidup aku pun, dugaan dan cabaran tu memang xdapat nk dipisahkan lagi, malah kerap sekali aku menghadapi dugaan dan cabaran dalam hidup aku, aku x blh nk merunggut, kerana ini semua adalah ujian dari Allah untuk aku, yang mana Allah mahu lihat samada aku mampu atau tidak menghadapi semua ujian Nya.

Itu lah orang kata, nk berjaya dalam hidup ini bukan mudah, malah kita kena banyak menghadapi perbagai ujian dan dugaan serta cabaran...tp senang je nk jadi org yang x berjaya kan?

Org yang yang x tahan dengan ini semua, org itu lah yang ingin lari diri dari kejayaan, x boleh terima cabaran dan dugaan sedikit, dah mengeluh dah berputus asa, camana kita nk hidup senang dan selesa lau sikit je je ujian Allah bg pd kita, kita terus down or sebagainya...ingat ya orang yang betul ingin berjaya dalam hidup dia, dia x pernah kenal erti penat, x pernah kenal erti putus asa, dan x pernah jemu apa yang dilakukan, demi utk mencapai kejayaan...bila diorang dah berjaya baru lah kehidupan mereka selesa...baru lah penat lelah diorang sebelum ini terbalas....

Setakat ini dulu ya, salah silap ampun dan
Maaf k....

Bulan Nikah Kahwin

Assalamualaikum....eh2 dah masuk bulan may dah, jap je kan? Bila masuk je bulan may ni, so jadual hari minggu padat denga. Majlis kenduri kahwin kawan2, adoi pening kepala den, sebab diorang kahwin bukan satu tempat, banyak la negeri yang aku lawati nanti...

Apa2 pun aku ucapkan tahniah kepada sahabat handal aku yang bakal berkahwin nanti, jodoh korang masing2 da sampai, aku je yang belum lagi..hehe

Tapi tengok pada keadaan la, yang mana sempat aku akn pergi la, lau x sempat tu minta maaf banyak2 k :)