Alhamdulillah rezeki bulan Ramadhan

Assalamualaikum, selamat berpuasa semua.

Apa khabar korang semua? sihat? lama dah x bertanya khabar kan? harap2 korang semua sihat walfiat hendak nya k. Camana persiapan raya? semua dah selesai ke? terlebih dahulu aku ingin ucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada korang semua ya, memandangkan lg seminggu lg kita berpuasa kan? jadi yang mana pulang ke kampung halaman tu, harap2 berhati-hati lah di jalan raya ya, ingat ya kita balik kampung nk meraikan hari yang mulia dan hari yang bahagia k, xpa la x bawa keta laju2 pun, janji selamat sampai ke destinasi yang dituju k.

Panjang lak intro kali ni ya….hehehe sebelum tu ingin maklum kan hari ahad ni 12hb aku akan balik kampung, tahun ni Alhamdulillah dapat cuti panjang, so x nk lepaskan peluang tuk cuti lama di kampung bersama keluarga tersayang hehe…

hari ni aku nak kongsikan satu maklumat dengan korang ya, seperti entry aku sebelum ini yang aku post tentang peluang kerja di rumah tu, Alhamdulillah menjadi juga, hasil berkat dan sabar serta yakin pada diri sendiri, pada mulanya aku tidak yakin dengan iklan2 di internet ni, maklum lah banyak kes2 yang kita dengar sebelum ini kan? sebenarnya bukan tipu, semua nya betul, cuma cara dia je yang berbeza, kebanyakkan nya berkonsepkan MLM, korang tau kan apa maksud MLM tu kan? sebagai contoh infinity dowline yang mana yuran dia RM 100, bila dah masuk tugas kita lak kena cari orang masuk bawah kita kan?

tapi apa yang aku ingin kongsikan ni, bukan sama cam infinity downline, ini adalah kerja yang betul di mana kita boleh laksanakan di mana2 saja yang kita suka dan di waktu mana yang kita ingin kan, ia sama cam kerja di office, cuma yang beza nya ini di buat di rumah atau di mana2 tempat la. kerja yang aku maksud kan ini adalah kerja sebagai Data entry, writing n translating, web developer, web designer dan pelbagai lagi la bidang kerja yang ditawarkan, semua kerja nih di offer oleh syarikat international. Dan bila dah daftar dengan Jobdirumah.com , dia akan bagi tip2 dan panduan macamana kita nak dapat kan kerja tersebut.

Mungkin korang x faham apa yang aku maksudkan ini, korang boleh lah baca di Jobdirumah ini terlebih dahulu dan cuba faham kan k. Mungkin kurang pasti, dan mungkin kurang percaya kepada ini semua..betul x? sama la cam aku, pada mula nya aku cam x percaya, sebelum aku join benda nih, aku pk 3 4 kali juga sebelum aku register, tapi atas niat nk mencuba dan yakin pada diri, aku register di bawah program ini, Allhamdulillah lah, minggu pertama aku join dah dapat habuan nya, dia akan bayar kita bila kita sudah siapkan tugasan nya.

Sapa sangka kan rezeki bulan ramadhan ni murah, hasil berkat dan kesabaran aku akhirnya terbalas juga. aku tidak memaksa korang utk join nih, cuma nak kongsikan bersama je. terpulang pada korang la. peluang ini khas tuk orang yang betul2 ingin kan kerja sampingan dan duit sampingan. kalau setakat nk mencuba sahaja..nanti korang akan kata kerja ni tipu lak.

sekiranya kerjanya ini memberikan hasil yang lumayan, insyaAllah aku akan tumpukan pada kerja ini, lagi pun best wat kerja kat rumah je dan waktu kerja lak kita yang tetap sendiri…..

antara syarat2 utk sertai kerja dirumah ini, korang boleh tgk di entry aku yg sebelum ini ok…atau pun terus ke laman web nya k…. PELUANG KERJA DI RUMAH

safe_image

sebelum aku akhiri…ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap ya….

PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA

jawatankosong

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini aku ambil kesempatan untuk menawarkan kerja sambilan di rumah, ini khas kepada sesiapa yang minat untuk menambah pendapatan lebih dan sebagainya. Kerja nya mudah sahaja.


Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan


Untuk Maklumat lanjut layari korang boleh la lawati link di bawah ini ya :
http://www.jobdirumah.com/khairiz85

peluang ini hanya diberikan kepada mereka yang minat dan rasa mahu mencuba sahaja, sekiranya tidak berminat tiada paksaan …

Nuzul Al-Quran

 

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah SWT

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Panduan

Dari maklumat serba sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:

1. Tidak ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran

2. Ayat pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia melalui perantaraan Pena dan Tulisan.

3. Kelemahan umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.

Apabila disebutkan bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Manakala penurunan al-Quran pula didahului dengan suatu kalimah ‘iqra’’ iaitu ‘baca’ di mana membaca adalah kunci kepada penerokaan ilmu. Selepas itu pula Allah mengiringi dengan ayat yang bermaksud; Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” Keadaan ini menguatkan lagi bahawa pembacaan dan penulisan itu menjadi antara perkara yang paling penting dalam penguasaan ilmu pengetahuan. Di mana sebagaimana diketahui umum melalui satu ungkapan bahawa: “ilmu pengetahuan dan teknologi itu adalah kuasa”.

Perkara ketiga ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Bagi mencari malam-malam yang berkemungkinan sebagai malam al-qadar, maka kalangan ulama ada menyatakan bahawa, malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam al-qadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah SAW pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah SAW. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah SWT supaya setiap

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Umat Islam juga perlu me

 

sumeber : JAKIM

Hanya kepada Mu, aku bersujud….