terpilih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tetiba ingin kongsikan berita gembira, apa dia? nak tau baca keratan email di bawah ini.


Salam,

Saya...., script writer dari produksi Hitech Inovation untuk sebuah program magazine bertajuk 'Blogger Voice" yang memulakan penggambaran pada sekitar Jun nanti. Program ini akan ditayangkan di saluran TVi (180 astro) durasi 30 minit sebanyak 13 episod.

 Blogger Voice adalah sebuah program yang memaparkan suara para blogger yang menulis di ruang maya agar ia menjadi inspirasi kepada masyarakat luar untuk melihat medium blog sebagai tempat ekspresi dan cara berkomunikasi di zaman pasca moden ini.

Program ini akan menampilkan 2 orang blogger yang dipilih berdasarkan populariti dan kesesuaian untuk setiap tema yang akan dibincangkan. Setiap episod mempunyai tema yang berbeza.

 Ini adalah senarai tema bagi setiap blog yang akan dikupas :

 SENARAI PEMECAHAN EPISOD
1. Eps 1 - Blog Celebriti
2. Eps 2 - Blog Jenaka
3. Eps 3 - Blog Seni - (filem, teater, lukisan & etc)
4. Eps 4 - Blog Sukan
5. Eps 5 - Blog Masakan
6. Eps 6 - Blog Selebriti
7. Eps 7 - Blog Kecantikan & Fashion
8. Eps 8 - Blog Pasal Lelaki
9. Eps 9 - Blog Travel
10. Eps 10 - Blog Pasal Perempuan
11. Eps 11 - Blog D.I.Y - inovasi, (bikin kereta, rekacipta and etc)
12. Eps 12 - Blog pasal Photography
13. Eps 13 - Blog Pets (binatang)
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak produksi ingin menjadikan anda sebagai salah seorang subjek yang akan dipaparkan dalam program ini nanti. Jadi sebelum bermulanya sesi penggambaran (shooting) saya akan mendapatkan beberapa info daripada pihak anda untuk tujuan pembinaan skrip. Kemudian Production Manager (PM) kami akan menghubungi anda untuk menentukan tarikh shooting sekiranya pihak anda bersetuju untuk bekerjasama.

Pihak produksi bersetuju untuk menjadikan anda subjek dalam tema blog lelaki kerana terdapat pelbagai info menarik yang boleh dijadikan panduan kepada lelaki berkerjaya di luar sana :)

Lokasi penggambaran juga akan ditentukan berdasarkan tema setiap blog dan ia tidak akan mengambil masa yang lama, bergantung kepada keperluan skrip dan durasi setiap episod.

 Saya berharap pihak anda sudi untuk terlibat dalam program ini. Ini kerana proses pembuatan skrip akan melibatkan sesi temubual antara saya dan pihak anda. Ia juga boleh dilakukan secara online sahaja. Semuanya bergantung kepada masa anda. Skrip akan kita emel kepada anda dulu untuk mendapat kebenaran anda sebelum memulakan penggambaran.

 Saya harap anda sudi bersama-sama untuk menjayakan program ini. Pihak produksi akan menyediakan saguhati untuk setiap blogger yang terlibat dalam program ini. Ini semua akan dibincangkan terus dengan producer kami.


 Saya menunggu berita baik dari pihak anda. :)
 Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
 Yang benar,
...................
Penulis skrip Blogger Voice

tak sangka plak blog "Tentang Lelaki" terpilih untuk program tersebut, sebab blog tu da lama ak x update, hehehe lagi pun  blog tu banyak info-info dan fakta-fakta tentang lelaki,  so x perlu lah nak update selalu. hehehehehe.

Nampak gaya nya kena rajin la update blog yg lagi satu tu. Dulu buat blog ni just suka2 je, buat sebagai hobi je, tapi bila tgk rakan2 blogger yang lain dengan berblog je mereka boleh maju ke hadapan, ak bangga ngn rakan2 blogger ak yang mana blog mereka  telah terpapar di dada akhabar, di majalah....dan tidak terlintas di fikiran untuk menjadi seperti mereka, hanya mampu beri sokongan sahaja.

tapi apa2 pun, x boleh lari dari tujuan asal buat blog nih.....bukan untuk mencari nama dan populariti, cuma hanya untuk jadi diari di alam maya saja. 

Banyak pujian dan banyak makian dan kritikan yang x membina yang telah ak dapatkan tentang blog "Tentang Lelaki" nih,  tapi itu semua sikit pun tidak buat ak mudah berputus asa. Blog tu juga lah ramai pihak2 yang x dapat nak ak senarai disini, yang mana telah memberi pandangan dan pendapat yang bagus....dan boleh pakai.

Apa2 pun jutaan terima kasih kepada kalian semua, kerana telah banyak memberi sokongan dan kerjasama...walaupun ak tidak seaktif seperti sebelum ini......


terasa panjang plak entry nih, ok la sampai disini dulu ya......


3 comments:

Normi Nieza said...

tahniah khai..:)

oshin kecik said...

tahniah khai...masuk tv lagi eh hehe

Khairiz said...

kak norm dan oshin : thanks a lot....kerana bagi sokongan :)