tiada tajuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera :)


Selamat pagi dan selamat tido kepada yang mana da lena time2 camgini, mesti semua penat kan, x pa sabar ye, hari ni hari jumaat dah, sabtu ahad dah cuti, so rehat sepuas2 nya ya.

kepada yang bekerja sabtu ahad sama cam aku tu, harap bersabar la ya, nak wat camana tanggungjawab kita sebagai seorang pekerja, xpa la kita korbankan hari minggu kita dengan melaksanakan kerja, ini adalah yang terbaik untuk kita lakukan, pada kita lalai dan leka dengan keseronokan dengan hujung minggu yang tanpa ada pengisian, kepada yang da bekeluarga tu lain la, waktu hujung minggu dapat spent time ngan anak isteri, itu bagus lah untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

hehe...da mula dah merepek aku nih...x tau nak cakap apa,melayan mata yang x mahu nak lelap nih, tambah lak perut tengah kenyang makan satay...tetiba malam semalam mengidam makan satay, Alhamdulillah rezeki ak semalam murah, kawan belanja makan satay, tu la sapa suruh order 50 cucuk satay sorang, x pernah hayat ak habis kan satay sebanyak tu. Baru jumpa orang fanatik ngn satay nih...memang ak angkat bendera putih la lau nak lawan depa nih...aku 10 cucuk pun dah memadai, ni kan pula 50 cucuk....korang boleh la kot kan hehe, ak ni tangki perut x berapa nak besar, so muatan nya terhad la.

Bila stress ngn kerja ni, sekali sekala lepak borak2, makan2, gelak2 dapat gak hilangkan stress kerja, makan pun berselera, lau x baru nak suap nasi ke mulut mula la nk pk pasal masalah kerja, mana la x kurus, lau makan asyik termenung, akhirnya setan gak yang kenyang. sebab apa ak kata setan yang kenyang, sebab lau da termenung confirm nasi yang nak di makan tu x habis.

ini lumrah kehidupun, kadangkala cuba untuk atasi, tetapi sering kali gagal....nak wat camana kelemahan dalam diri tu sentiasa ada, cuba sedaya upaya untuk perbaiki, tetapi sering kali tertewas. Dek kerana hati yang x cekal, cepat sangat nak mengalah.

tu la semakin tua ni, semakin banyak masalah yang nk di fikirkan, x terlepas sesaat pun tuk tidak memikirkan masalah, masalah tu tetiba datang, dan membuat kan kita terfikir. Hidup ni mana ada yang sempurna, cuma apa yang mampu adalah melawan dan mengatasi masalah dengan cara yang berhemah dan profesional. Pemikiran kita seharus nya berfikiran secara matang, kita bukan lagi kanak2.

semuanya ada pada diri sendiri, bab kata pepatah nak seribu daya, x nak seribu dalih....so renung2kan lah....untuk diri sendiri. sekian saje repekan aku pada pagi ni, mata pun dah mengatuk, nampak nya dia nk tido la tu....k la selamat malam dan selamat siang, maaf jika ada salah budi bicara, salah ejaan, salah maksud dan salah sbgainya.......

2 comments:

oshin kecik said...

selamat berhujung minggu khai :)

Normi Nieza said...

dah kerja balik..:)