Aku Juga Ada Impian


Assalamualaikum dan Selamat Pagi Semua.

Tentu korang semua dah tido kan? aku biasa la, bila mood ak datang nak menaip, dia x kira waktu datang nya. Al Maklum la aku sekarang ni dah kembali menjadi penganggur terhormat buat seketika waktu, jadi boleh la aku nk tido ikut suka dan bangun pun ikut suka, sebab xda jadual yang menyekat.

Intro panjang2 wat apa, terus pada entry aku pada pagi ini. Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini, semuanya mempunyai cita-cita dan impian masing-masing. Sama juga seperti aku, aku juga punyai cita-cita dan impian aku sendiri. Apa dia impian dan cita-cita aku, hanya diri sendiri sahaja yang tahu, jadi x perlu la kan nk di heboh2 kan.

Tapi apa yang aku ingin sampaikan disini, adalah masalahnya impian aku dan cita-cita aku blom lagi tercapai, pelbagai halangan dan dugaan dalam proses tuk mencapaikan impian aku ini, mungkin belum masanya lagi kot, tapi kan terasa sikit jeles dalam hati ini, bila melihat kawan2 yang sudah pun tercapai impian mereka, apa yang boleh aku lakukan, hanya lihat dan senyum dan tumpang gembira je.

Banyak sangat impian aku nih, tu yang x tercapai2 lagi. sbg contoh..impian aku untuk mendirikan rumah tangga, dah macam2 cara aku cuba, tapi ada je halangan yang datang, tapi aku x boleh nk salah kan lah, sebab Allah belum bagi aku lagi, mungkin ada yang terbaik untuk aku, cuma aku sahaja yang x nampak.

Impian ni x akan menjadi realiti, sekiranya kita tidak set kan minda kita tuk berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapaikannya, sekadar impian di bibir mulut sahaja, sampai sudah tidak akan menjadi realiti. Itu lah penting nya dalam diri kita ni mesti kena ada matlamat yang betul, di serta kan visi dan misi, baru lah mudah untuk kita capai kan.

Ada beberapa impian aku sudah pun tercapai, cuma impian aku yang besar2 ni, belum tiba masa nya lagi, jawab nya, teruskan berusaha dan banyak2 bersabar. kerana ujian dari Allah sentiasa ada untuk kita sampai ke puncak.

kepada korang semua yang mana belum tercapai impian tuh, ayuh lah kita sama2 usaha ya, jangan cepat mengalah, jangan cepat merungut, jangan cepat melatah dan yang penting jangan cepat putus asa, percaya pada diri sendiri dan yakin lah pada diri sendiri serta banyak2 lah berdoa minta pertolongan dari Allah swt, supaya memudahkan usaha kita ini, InsyaAllah. Mudah2han suatu hari nanti kita akan tercapai apa yang kita impikan, cuma masa sahaja yang akan menentukan samada cepat atau lambat.

Semoga berjaya tuk diri aku sendiri dan korang ya, sekadar ini saje coretan aku pada pagi ini, masa untuk mata berehat...insyaAllah jumpa di next entry k....sapa yang baca entry ni aku sayang bangat sama kamu.

Assalamualaikum.

4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jom ke blog saya pula.

Rizman Khairul said...

Thanks @TetamuIstimewa kerana sudi singgah ke blog ini, ok nanti akn di follow blk ok.

Normi Nieza said...

semoga impian menjadi kenyataan..aamiin

Rizman Khairul said...

Kak norm : insyaAllah, hope kak norm pun sama k